Bantahan Penjualan Arak di 99 Speedmart, Bandar Enstek, Negeri Sembilan
Kepada :

Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Nilai
No 1, Kompleks Pentadbiran Kerajaan,
Persiaran Pusat Bandar,
71800 Nilai, Putra Nilai,
Negeri Sembilan
(U.P : En Mohd Lotffee Bin Abdullah)


BANTAHAN PENJUALAN MINUMAN KERAS ATAU ARAK DI PREMIS 99 SPEEDMART, MERCATO, BANDAR ENSTEK, NEGERI SEMBILAN ( KES BERULANG )

Merujuk kepada perkara di atas adalah dengan ini saya bersama Persatuan Komuniti Embun Timur@Enstek,  Bandar Enstek, Negeri Sembilan dalam membantah penjualan arak dengan menurunkan sokongan secara tandatangan atau dalam talian dengan membuat bantahan sekeras-kerasnya terhadap penjualan MINUMAN KERAS ATAU ARAK di PREMIS 99 SPEEDMART yang beralamat di alamat No: 4 & 5 (Ground Floor), Jalan Timur 6/1A, Mercato @ Enstek, 71760 Bandar Enstek, Negeri Sembilan. Penjualan ini bermula sejak 22 Ogos 2015 dan dihentikan penjualan setelah diarahkan MPN melalui noitis bertarikh 19 Oktober 2015. Walau bagaimanapun, premis telah kembali menjual minuman keras pada 29 Disember 2015.

Penjualan minuman keras ataupun arak menurut syarat-syarat pemegang lesen di bawah Seksyen 35 Akta Eksais 1976 , Lesen Kedai Runcit, Peniaga Borong dan Rumah Awam telah menetapkan antaranya :
a) pemegang lesen mncit tidak dibenarkan pelanggannya minum arak di kedainya,
b) mempamerkan lesennya pada setiap masa di suatu tempat yang mudah dilihat di premis berlesen,
c) hendaklah beroperasi antara waktu-waktu yang ditetapkan,
d) pemegang lesen tidak boleh mengadakan atau membenarkan sebarang pertunjukan muzik atau lain-lain hiburan dalam premis berlesen kecuali mendapat kebenaran Ketua Pegawai Polls atau Pesumhjaya Polls,
e) pemegang lesen tidak boleh membenarkan pelanggannya mabuk atau melakukan kekacauan atau perjudian di dalam premis berlesennya,
f) pemegang lesen tidak boleh membekal atau menjual liquor kepada seseorang yang mabuk atau seseorang yang di bawah umur 18 tahun,
g) pemegang lesen tidak boleh menjual liquor yang memabukkan kepada seseorang yang beragama Islam, hendaklah mengadakan Papan Kenyataan "MEMINUM ARAK DAN SEUMPAMA DENGANNYA ADALAH HARAM BAGl ORANG-ORANG ISLAM". Papan Kenyataan ini hendaklah dipamerkan di bahagian bar bagi rumah-rumah awam.
h) Pemegang terlebih dahulu hendaklah mendapat lesen Man daripada Majlis Daerah, Pemegang Lesen Rumah Awam tidak dibenarkan mengambil/menempatkan pekerja wanita/lelaki Islam di bahagian bar.

Bantahan kami ini adalah bersandarkan atas beberapa faktor
a) Lebih 90 peratus penduduk sekitar Bandar Enstek adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam dan segala yang berkaitan dengan arak termasuk membeli, menjual, meminum mahupun menghidangkan adalah haram di sisi umat Islam.
b) Arak adalah nilai buruk dalam pandangan semua budaya dan tamadun masyarakat dan meminumnya boleh memudaratkan kesihatan.
c) Penjualan di premis berkenaan akan memudahkan akses orang ramai kepada arak bermakna memberikan laluan kepada masyarakat untuk sesuatu yang buruk dan merosakkan

Berdasarkan alasan di atas, sekali lagi kami menyuarakan bantahan sekeras-kerasnya akan penjualan arak di PREMIS 99 SPEEDMART, Mercato, Bandar Enstek. Pohon tindakan pihak tuan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.
Sign in to Google to save your progress. Learn more
Nama Penuh *
E-mel *
Submit
Clear form
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google.