BORANG PENDAFTARAN preMEDIC 2013 (Kerjasama MedicMesir dan UPM)
Bismillahirahmanirahim , Assalamualaikum wbth,
Tahun 2013 merupakan tahun keenam MedicMesir menjalankan kerjasama dengan Fakulti Perubatan, UPM, Serdang. Alhamdulillah.
Program preMedic adalah satu program persediaan asas yang telah dirumus sebaik mungkin terutamanya untuk lepasan SPM sebelum melangkah ke tahun pertama di Mesir. Program ini adalah kerjasama MedicMesir dan Fakulti Perubatan,. Program ini merangkumi aspek akademik dan bukan akademik.
Untuk bidang bukan akademik, pelajar banyak didedahkan mengenai suasana kehidupan di Mesir.
Untuk bidang akademik, fokus dibuat terus mengikut subjek yang akan belajar semasa Tahun 1 di Mesir. Ini merangkumi: HISTOLOGI / ANATOMI / FISIOLOGI / BIOKIMIA
Sesi akademik dibahagi kepada dua:
Sesi siang : 9 – 5 petang : Subjek Perubatan
Sesi malam : 8-10 malam : Kelas Bahasa Arab
Program ‘preMedic 2013’ ini amat sesuai untuk lepasan SPM. Ini adalah kerana:
a. Pelajar lepasan SPM tidak mempunyai sebarang asas Silibus Perubatan seperti pelajar-pelajar Matrikulasi. Oleh itu pendedahan ini adalah yang terbaik sebelum mereka memulakan sessi pengajian di Mesir kelak.
b. Pada kebiasaannya, pelajar yang baru sampai akan menerima pelbagai kejutan dan mengambil masa untuk menyesuaikan diri. Oleh itu program preMedic menyingkatkan proses penyesuaian pembelajaran ini kelak.
c. Program ini juga mampu mengisi masa terluang dari Jan hingga Ogos 2012. Program berjalan dari June hingga Julai dan pelajar boleh mengulangkaji sendiri sehingga September. Ini menjamin masa yang terluang sebelum berangkat akan dimanfaatkan sebaik mungkin.
d. Program akan diadakan di Fakulti Perubatan, UPM. Oleh itu pelajar boleh mendapat pendedahan awal di Fakulti Perubatan di Malaysia dan membuat perbandingan bila berada di Fakulti Perubatan di Universiti Mesir.
e. Kuliah preMedic dikendalikan 100% oleh pensyarah perubatan UPM.
SESI BERSAMA PAKAR
Sesi bersama pakar bertujuan untuk memberi pendedahan awal berinteraksi dengan doktor pakar didalam bidang tertentu. Yang pentingnya, pelajar boleh mendapatkan tips untuk menjadi ‘pelajar perubatan yang berjaya’ dari setiap doktor pakar jemputan ini nanti
MAKANAN DAN ASRAMA
Makan tengahari dan malam disediakan pada setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad
Asrama disediakan. Jarak antara asrama dan kuliah adalah dekat
Tempat adalah TERHAD kepada 200 pelajar yang terawal memohon sahaja. ‘First Come-First Registered’
Kos Program adalah RM3500 (termasuk asrama, makan tengahari dan malam) untuk 6 minggu
RM4000 utk pelajar bukan MedicMesir
JIKA BERMINAT:
i. Sila isi borang pendaftaran ONLINE preMedic MM 2013 ( Borang dibawah)
ii. Sertakan samada deposit pendaftaran RM500 (non refundable dalam apa jua keadaan)
(No akaun Maybank, CampusCity Management, 512802506800
iii. Deposit TIDAK DIKEMBALIKAN. Oleh itu, sila pastikan anda betul-betul berminat sebelum mendaftar.
iv. Bayaran baki RM3000 mesti dijelaskan selewat-lewatnya 20hb June 2013
v. Agensi lain boleh menyertai dengan kadar yuran RM4000
v. Fax slip bayaran beserta dengan borang pendaftaran preMedic 2013 ke 03 89423827
vi. Makluman terperinci dan pendaftaran di UPM akan dihantar sebulan sebelum program bermula.
vii. Pendaftaran bermula pada 29hb June 2013 (10-12 tghri) dan Sesi bersama IbuBapa pada sesi petang (2-4ptg).
viii. Program akan tamat pada Jumaat , 2hb Ogos 2013 (12 tghri).
Semoga program berjalan lancar. Allah Yusahhil
Salam,
UmmiMM