Persatuan Alumni Kolej Matrikulasi Perak (Alumni KMPk) 1681-09-PRK merupakan sebuah NGO berdaftar yang ditubuhkan bagi mengumpulkan bekas-bekas pelajar Kolej Matrikulasi Perak. Badan ini bermatlamat untuk menjadi sebuah badan alumni yang profesional dan aktif serta menggunakan segala pengalaman dan kepakaran bekas pelajar untuk menjadi pemangkin kecemerlangan kolej. Melalui badan ini juga kebajikan ahli-ahli akan dijaga dengan mewujudkan rangkaian ke arah mencapai kecemerlangan di dalam bidang akademik dan kerjaya di samping membina semangat setia kawan.
[KEAHLIAN]
Semua bekas pelajar Kolej Matrikulasi Perak layak untuk mendaftar sebagai ahli. Ahli-ahli persatuan yang berdaftar perlu mematuhi peraturan-peraturan seperti yang tertakluk pada perlembagaan persatuan. Untuk melihat perlembagaan persatuan klik
www.alumnikmpk.blogspot.com/perlembagaan [PENDAFTARAN]
Terdapat dua jenis keahlian persatuan. Tuan / Puan hanya perlu memilih salah satu jenis keahlian sahaja.:
- Ahli seumur hidup (yuran berjumlah RM100.00; dibayar sekali seumur hidup)
- Ahli tahunan (yuran berjumlah RM 20.00; dibayar untuk setiap dua tahun/sepenggal).
Pembayaran di atas nama "NOR NADZATUL AIN BINTI NAZURIN", Bendahari Kehormat Persatuan Alumni Kolej Matrikulasi Perak, CIMB Bank: (7612059856).
Copy butiran transaksi dan paste di ruangan 'Bukti Pembayaran' bagi online transfer, atau scan dan emel slip pembayaran bagi deposit tunai di mesin ATM / kaunter bank.
Sila PM printscreen butiran transaksi/gambar resit deposit tersebut ke Facebook Bendahari Kehormat Persatuan Aumni KMPk (
https://www.facebook.com/nadzatulain) atau e-melkan ke :
bendaharialumni.kmpk1416@gmail.com[PENGESAHAN]
Pengesahan keahlian hanya akan dibuat setelah pembayaran diterima. Sekiranya Tuan / Puan mendaftar di borang ini tanpa membuat pembayaran, keahlian Tuan/Puan tidak dapat disahkan.
Lawati
http://www.facebook.com/AlumniKMPk.168109PRK dan klik Like untuk mengetahui berita-berita terkini berkaitan akitiviti dan program Alumni KMPk.
Tuan/Puan juga boleh mengikuti kami di twitter @AlumniKMPk dan Instagram @alumnikmpk atau berkunjung ke blog rasmi persatuan di
http://www.alumnikmpk.blogspot.comSebarang pertanyaan sila hubungi 019-2910168 / 013-4694602 atau e-melkan ke
su.alumnikmpk@gmail.com.
Terima kasih!
Unit Pendaftaran
Jabatan Setiausaha
Persatuan Alumni Kolej Matrikulasi Perak