BERSAMA MEMERANGI JENAYAH SIBER. APAKAH PERANAN ANDA?
Dimaklumkan bahawa UTHM Kampus Pagoh bersama Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Pendidikan Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Politeknik Tun Syed Nasir, Universiti Islam Antarabangsa akan menganjurkan forum bertajuk “BERSAMA MEMERANGI JENAYAH SIBER. APAKAH PERANAN ANDA?”
Program ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan para peserta berkaitan jenayah siber dan peranan kita untuk memerangi jenayah ini.
Sehubungan dengan itu,
pihak kami ingin menjemput warga UTHM untuk menyertai Program yang julung kali diadakan ini.