Syarat Pertandingan:
1. Pertandingan ini adalah penyediaan video karya asli TikTok berdurasi tidak melebihi 1 minit secara individu/berkumpulan.
2. Video yang dihasilkan perlu menepati tema pertandingan iaitu TikTok Challenge: The Big Idea. Tema ini berkaitan idea mengaplikasikan pengetahuan sains untuk membantu menyelesaikan sesuatu isu yang dipilih, di mana idea tersebut akan membantu untuk menjadikan dunia sebagai satu tempat yang lebih baik untuk didiami. **Contoh video boleh didapati di:
https://tinyurl.com/sampletiktok3. Video perlu dibuat dalam bahasa Melayu ATAU bahasa Inggeris sahaja.
4. Pertandingan ini dibuka kepada pelajar berumur :
ย ย 13 - 15 tahun (Pelajar menengah rendah)
ย ย 16 - 19 tahun (Pelajar menengah atas/Pra-U/Asasi/Matrikulasi
5. Setiap peserta atau kumpulan boleh menghantar SATU penyertaan sahaja dan perlu mendapat keizinan daripada ibu bapa/ penjaga.
6. Semua penyertaan perlu dimuatnaik ke dalam akaun Tiktok peserta, sebut (@mention) akaun TikTok Jabatan Fisiologi, Fakulti Perubatan (@fisiologiFPER) dan perlu ย menggunakan hashtag berikut:
ย ย ย a. #tiktokchallengethebigidea
ย ย ย b. #fisiologiukm
ย ย ย c. #ukmfacultyofmedicine
7. Video perlu dimuatnaik selewat-lewatnya pada 31 Januari 2022 pada jam 11.59 malam. Penyertaan selepas tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan diambil kira.
8. Ahli keluarga terdekat Jabatan Fisiologi tidak layak untuk menyertai pertandingan ini.
9. Keputusan juri adalah muktamad dan sebarang bantahan/rayuan tidak akan dilayan.
Hakcipta:
1. Peserta berhak terhadap hak cipta video yang dipertandingkan. Walau bagaimanapun, hak eksklusif diberikan kepada penganjur (Jabatan Fisiologi, Fakulti Perubatan, UKM) untuk mengedit, menyiarkan, menerbitkan dan mempamerkan video penyertaan dan maklumat yang disertakan bagi tujuan penerbitan, pemasaran, promosi dan komersial.
2. Penganjur juga berhak untuk menyiarkan, menerbitkan dan mempamerkan video penyertaan dalam apa jua bentuk media atau medium sama ada tempatan atau antarabangsa tanpa sebarang notis atau pembayaran royalti kepada para peserta.
3. Penyerahan hasil karya kepada Jabatan Fisiologi, Fakulti Perubatan, UKM secara automatik, peserta mengakui dan membuat representasi bahawa setiap elemen di dalam hasil karya tersebut tidak melanggar hak cipta mana-mana pihak ketiga atau apa-apa undang-undang yang berkuatkuasa di Malaysia atau mana-mana negara.
4. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab dalam apa jua keadaan sekiranya peserta didapati melakukan kesalahan plagiat atau melanggar hak cipta mana-mana pihak ketiga.
5. Penganjur mempunyai kuasa mutlak dan berhak untuk meminda terma dan syarat pertandingan ini pada bila-bila masa sekiranya difikirkan patut dan perlu. Pihak penganjur berhak membuat keputusan yang difikirkan wajar dan munasabah jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini demi memastikan kelancaran perjalanan pertandingan pada ย satu-satu masa.
Kategori Hadiah Pemenang ( Menengah rendah )
๐. ๐๐ข๐๐๐จ ๐๐๐ซ๐๐๐ข๐ค (๐๐๐ง๐ข๐ฅ๐๐ข๐๐ง ๐๐ฎ๐ซ๐ข)
ย ย ย ๐๐๐๐ข๐๐ก ๐๐๐ซ๐ญ๐๐ฆ๐ : ๐๐๐๐๐
ย ย ย ๐๐๐๐ข๐๐ก ๐๐๐๐ฎ๐ : ๐๐๐๐๐
ย ย ย ๐๐๐๐ข๐๐ก ๐๐๐ญ๐ข๐ ๐ : ๐๐๐๐๐
ย ย ย ๐๐๐ ๐ฎ๐ก๐๐ญ๐ข (3๐ฑ) : ๐๐๐๐
2. Kategori Hadiah Pemenang ( Menengah atas/Pra - U/Asasi/Matrikulasi )
ย ย ๐๐ข๐๐๐จ ๐๐๐ซ๐๐๐ข๐ค (๐๐๐ง๐ข๐ฅ๐๐ข๐๐ง ๐๐ฎ๐ซ๐ข)
ย ย ย ๐๐๐๐ข๐๐ก ๐๐๐ซ๐ญ๐๐ฆ๐ : ๐๐๐๐๐
ย ย ย ๐๐๐๐ข๐๐ก ๐๐๐๐ฎ๐ : ๐๐๐๐๐
ย ย ย ๐๐๐๐ข๐๐ก ๐๐๐ญ๐ข๐ ๐ : ๐๐๐๐๐
ย ย ย ๐๐๐ ๐ฎ๐ก๐๐ญ๐ข (3๐ฑ) : ๐๐๐๐
๐. ๐๐ข๐๐๐จ ๐๐ข๐ฅ๐ข๐ก๐๐ง ๐๐๐ฆ๐๐ข (๐ฉ๐๐ฅ๐ข๐ง๐ ๐๐๐ง๐ฒ๐๐ค ๐ฅ๐ข๐ค๐/๐ฌ๐ก๐๐ซ๐)
ย ย ๐๐๐๐ข๐๐ก : ๐๐200
ย ย
Kriteria Pemarkahan:
1. Setiap penyertaan akan dihakimi oleh panel hakim yang telah ditetapkan. Semua panel hakim adalah berkecuali dan tidak mempunyai sebarang kepentingan.
2. Penilaian dan penghakiman adalah berdasarkan kepada pematuhan syarat-syarat dan format pertandingan seperti yang telah digariskan.
3. Penilaian dan penghakiman terhadap karya video adalah lebih tertumpu kepada tema "The Big Idea" yang unik dan mempunyai potensi yang besar untuk diaplikasikan oleh pihak berwajib. Namun demikian, kualiti video dan kreativiti juga akan diambil kira dalam pemarkahan.
4. Keputusan Panel Hakim adalah muktamad dan tiada bantahan akan diterima
Kaedah Penyertaan:
1. Peserta perlu 'Like' dan โFollowโ akaun Tiktok Jabatan Fisiologi, Fakulti Perubatan.
2. Hasilkan video yang paling menarik dan kreatif.
3. Muatnaik video ke dalam akaun Tiktok anda dan perlu menggunakan hashtag berikut:
ย ย a. #tiktokchallengethebigidea
ย ย b. #fisiologiukm
ย ย c. #ukmfacultyofmedicine
4. Muatnaik sebelum 31Januari 2022 ๐ท๐ฎ๐บ ๐ญ๐ญ.๐ฑ๐ต ๐บ๐ฎ๐น๐ฎ๐บ.