Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth,
1. MedicMesir dengan kerjasama beberapa pihak akan menganjurkan Kem "I Love Medic". Program ini khas untuk lepasan SPM 2012 yang ingin mendapatkan makluman lanjut mengenai kerjaya PERUBATAN. Program ini bertujuan untuk memastikan pelajar membuat pilihan yang tepat bersesuaian dengan kemampuan dan minat masing-masing sebelum memilih bidang yang 'paling kritikal' dan 'paling mencabar' ini.
2. Program ini tidak terhad kepada negara Mesir, tetapi juga terbuka kepada peluang melanjutkan pengajian didalam bidang perubatan di dalam negara dan luar negara seperti Indonesia, China, India, UK, Australia dan Moscow.
3. Pendedahan mengenai peluang kemasukan ke pengajian perubatan didalam negara dibawah universiti awam dan swasta juga akan diberikan oleh wakil dari Universiti tempatan.
4. Beberapa slot bersama Doktor-Doktor pakar juga akan diadakan bagi berkongsi pengalaman dan pandangan mengenai 'realiti kerjaya pengamal perubatan' yang sebenar. Ini bagi memastikan, pelajar-pelajar yang memilih bidang ini membuat persediaan 'mental dan attitude' yang sebenarnya.
5. Kos pendaftaran sebelum 20hb Mac 2013 adalah RM50 seorang. Pada atau selepas 20hb Mac 2013 adalah RM100 seorang. Sesiapa yang berminat sila isikan nama anda di link ini. Sila bank in terus bayaran pendaftaran ke CampsuCity Management (Maybank ) 512802506800. Email slip bank in ke
medicmesir@gmail.com dan NYATAKAN <NAMA PENUH> < NO HP> <I LOVE MEDIC>
6. Sila ambil maklum TARIKH ASAL pada 28hb April 2013 telah diubah kepada 19hb May 2013. Harap Maklum
Semoga program ini mendatangkan manfaat.
Salam,
UmmiMM