Request edit access
BORANG KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN JABATAN KETUA MENTERI MELAKA FASA 1/2021

Jabatan Ketua Menteri Melaka (JKMM) sedang menjalankan kaji selidik mengenai tahap kepuasan pelanggan yang berurusan dengan JKMM. Kaji selidik ini akan dijalankan sebanyak dua fasa iaitu fasa satu pada bulan Jun manakala fasa dua pada bulan Disember setiap tahun. Tujuan kaji selidik ini adalah untuk mengukur tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan yang disediakan serta memudahkan tujuan penambahbaikan perkhidmatan dan kemudahan sedia ada di JKMM.

Aspek yang diukur melalui kajian ini terbahagi kepada tiga iaitu:
-Perkhidmatan Teras JKMM
-Layanan Pegawai/Kakitangan JKMM
-Kemudahan di JKMM

Oleh yang demikian, dipohon kerjasama YB Datuk/SS Datuk Wira/YAA Datuk/YBhg. Datuk Wira/YBhg. Datuk/YBhg. Dato’/Tuan/Puan serta semua pegawai dan kakitangan di unit/bahagian YB Datuk/SS Datuk Wira/YAA Datuk/YBhg. Datuk Wira/YBhg. Datuk/YBhg. Dato’/Tuan/Puan untuk melengkapkan serta mengisi borang kaji selidik tersebut yang dijalankan secara atas talian bermula 1 Ogos 2021 sehingga 15 September 2021.

Kerjasama dan perhatian awal daripada pihak YB Datuk/SS Datuk Wira/YAA Datuk/YBhg. Datuk Wira/YBhg. Datuk/YBhg. Dato’/Tuan/Puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

"MELAKAKU MAJU JAYA, RAKYAT BAHAGIA MENGGAMIT DUNIA"
“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Untuk maklumat lanjut YB Datuk/SS Datuk Wira/YAA Datuk/YBhg. Datuk Wira/YBhg. Datuk/YBhg. Dato’/Tuan/Puan boleh menghubungi:

Bahagian Komunikasi Korporat
Jabatan Ketua Menteri Melaka
Aras 3, Blok Laksamana
Seri Negeri, Hang Tuah Jaya
75450 Ayer Keroh, Melaka
No. Tel : 06-2307273 / 7254
Next
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. Report Abuse - Terms of Service - Privacy Policy