Language: English & Malay
Organiser: Agora Society Malaysia
Event Partners: Universiti Malaya Students Union, Rasuah Busters
Admission is Free, Please register here.
For more information, please visit our official campaign page (
facebook.com/CorruptionFreeGeneration) or contact Chan Yit Fei (
agora.msia@gmail.com)
Thank you for your time and we look forward to seeing you at the event.
*Agora Society Malaysia is a network of intellectuals, writers and activists who seek to advance democratic progress in Malaysia based on the principles of democracy and good governance.
***
Ramai orang sering kaitkan rasuah sebagai masalah moral atau politik, tidak sedari bagaimana rasuah boleh memberi kesan buruk kepada ekonomi dan masyarakat.
Ekonomi bukan hanya data dan angka-angka besar seperti KDNK, tetapi juga harus termasuk faktor-faktor penyumbang seperti tenaga buruh dan penggunaan tanah. Tenaga buruh yang dieksploitasi dan perampasan tanah membawa kesengsaraan kepada rakyat dan memiskinkan sesetengah mereka.
Kerugian dalam ekonomi akibat rasuah boleh menyebabkan peningkatan kos hidup, kerana pemberi rasuah akan bersedia untuk memindahkan kos kepada pengguna akhir. Akhirnya, ini bermakna harga yang lebih tinggi untuk perumahan dan kenderaan persendirian. Apabila pencarian sewa menjadi norma, ia mengubah persaingan pasaran, mencegah pasaran yang sihat dan menafikan peluang yang adil.
Kerugian kepada dana kerajaan dari rasuah juga bermakna kurang wang untuk komuniti yang memerlukan. Lapisan rasuah juga boleh menimbulkan risiko kepada masyarakat jika projek tertentu dikompromi, mengganggu kawalan kualiti dan keselamatan awam.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kesan rasuah terhadap ekonomi kita, sertailah kami pada Sabtu 25 Mac (9 pagi-1 petang) untuk siri kuliah umum pertama Generasi Bebas Rasuah. Pendaftaran percuma. Sila rujuk kepada senarai pembicara dan topik perbincangan di bawah.
Tarikh: 25 Mac 2023 (Sabtu)
Masa: 9.00 pg – 1.00 tgh
Tempat: Auditorium Tun Mohamed Suffian, Fakulti Undang-undang, Universiti Malaya
Pembicara:
Dr. Edmund Terrence Gomez, Mantan Profesor Ekonomi Politik di Universiti Malaya
Dr. Melati Nungsari, Profesor Madya Ekonomi di Asia School of Business
Dr. Michael Jeyakumar Devaraj, Mantan Ahli Parlimen Sungai Siput
En. Adrian Pereira, Pengarah Eksekutif dan Pengasas Bersama Inisiatif Utara-Selatan
Bahasa: Bahasa Inggeris & Bahasa Melayu
Penganjur: Agora Society Malaysia
Rakan Acara: Universiti Malaya Students Union , Rasuah Busters
Masuk percuma, sila berdaftar sini.
Untuk maklumat selanjutnya, sila layari laman web rasmi: (
facebook.com/CorruptionFreeGeneration) , atau hubungi En. Chan Yit Fei (
agora.msia@gmail.com)
Sekian, terima kasih.
*Agora Society Malaysia ialah sekumpulan intelektual, penulis dan aktivis sosial yang berusaha menggalakkan proses demokrasi di Malaysia berdasarkan prinsip demokrasi dan tadbir urus yang baik.