Request edit access
Borang Permohonan Online Video Conference, UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat
Perkhidmatan Video Conferencing (V.C.) antara Universiti UiTM Cawangan Johor ke cawangan dan kampus UiTM Se-Malaysia adalah untuk memudahkan aktiviti akademik, dan pentadbiran UiTM.

Kualiti perkhidmatan persidangan video bergantung kepada penggunaan trafik rangkaian pada pautan rangkaian.
Dalam kebanyakan kes kualiti yang baik adalah di luar waktu bekerja.

Dengan menggunakan teknologi inovasi ini, beberapa penjimatan dapat dibuat iaitu :
◘ Penjimatan kewangan – kos perjalanan
◘ Penjimatan masa – masa perjalanan, masa menunggu mesyuarat di jalankan
◘ Penjimatan tenaga kerja – perlaksanaan majlis dibuat sekali sahaja

Pengguna : Staf UiTM

Antara lokasi V.C adalah seperti berikut :
1. Bilik Mesyuarat Utama
2. Bilik Mesyuarat, Bahagian Pentadbiran
3. Bilik Seminar PTDI1, Bahagian Perpustakaan
4. Makmal Komputer

Syarat- Syarat Permohonan & Penggunaan :
1. Tuan/puan perlu menempah bilik-bilik mesyuarat sidang video terlebih dahulu, sila berurusan dengan PTJ yang
berkenaan.
2. Tempahan perlu dibuat sekurang-kurangnya 3 hari sebelum persidangan video berlangsung dan persediaan bilik
persidangan video akan dilakukan 1 hari sebelum persidangan video berlangsung.
3. Borang ini perlu di isi secara elektronik dan sila hubungi staf teknikal selepas membuat permohonan.
4. Sila pastikan tuan/puan berada 15 minit lebih awal di bilik mesyuarat kerana MCU akan membuat panggilan secara
auto. Tuan/puan mungkin perlu menekan butang Answer pada Remote Control.
5. Tuan/puan mungkin perlu mendail nombor tertentu, bergantung kepada keperluan semasa.
6. Sila bawa laptop sendiri jika ada keperluan untuk membuat persembahan. Staf bertugas akan membantu dalam
pemasangan laptop tersebut.
7. Pembatalan penggunaan sidang video hendaklah di maklumkan dengan kadar segera kepada Unit Teknologi
Maklumat di talian 607-9352827 / 07-9352332.
8. Permohonan masa tempahan diluar waktu pejabat hendaklah disertai dengan surat kelulusan dari Pihak Pengurusan.

* Masa tempahan mestilah di dalam tempoh waktu operasi pejabat sahaja.
Ahad - Rabu : 8.00 pagi - 4.30 petang
Khamis : 8.00 pagi - 3.00 petang

Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi staf teknikal yang bertugas

Staf Teknikal V.C. 1 ;
◘ Mohammad Ashraf Bin Abu Bakar
◘ 07-9352827 / *2332
moham471@johor.uitm.edu.my

Staf Teknikal V.C. 2 ;
◘ Mohd Bokhari Bin Hamdan
◘ 07-9352827 / *2332
mohdb118@johor.uitm.edu.my

Telah dikemaskini : Jun 2017
Next
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. Report Abuse - Terms of Service - Additional Terms