Mohon tuan/puan yang baik hati sebarkan borang ini.Kaji selidik sosial ini dijalankan untuk mengetahui mengapa masih ramai rakyat Malaysia tidak menyambungkan pelajaran sedangkan terdapat pelbagai bentuk biasiswa dan pinjaman untuk pelajaran peringkat tinggi. IPTA dan IPTS berkualiti banyak di sekeliling kita. Dengan minimum 3 kredit SPM sebenarnya anda sudah boleh mencorak masa depan yang lebih baik. Beza taraf hidup pemegang SPM dgn pemegang diploma dan ijazah amat ketara, maka kami ingin tahu kenapa anda ragu-ragu untuk mengejar impian anda. Jadi, mohon jelaskan situasi anda, agar kami boleh hasilkan produk yang sesuai untuk anda semua! Kami Yakin anda Mampu melakukannya. Oleh itu bantu kami untuk membantu anda.