PBS BAHAGIAN TILAWAH - AYAT KEFAHAMAN
Khusus untuk pelajar tingkatan 1 SMK Suria Perdana. Anda dikehendaki menjawab setiap soalan ini dengan menggunakan cara menjawab soalan K-BAT iaitu jawapan anda perlu ada:

1. Isi jawapan
2. Huraian Ringkas (Guna kata hubung supaya / kerana)
3. Contoh (Guna perkataan seperti)
4. Kesimpulan (Guna perkataan "Oleh itu, kita mesti ...")

Selepas menjawab kesemua soalan, anda dikehendaki untuk klik "submit"
Sign in to Google to save your progress. Learn more
1. Ayat 1-5 Surah al-Baqarah, menyatakan tentang kecemerlangan dapat dijana daripada penghayatan al-Quran.
Bagaimanakah anda dapat menjadikan al-Quran sebagai panduan untuk mendapatkan kejayaan. [4 markah]
2. Ayat 43 Surah al-Baqarah, menceritakan mengenai kepatuhan para malaikat atas setiap perintah dan arahan daripada Allah SWT
Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk mencontoh sifat patuh pada perintah Allah SWT yang dimiliki malaikat. [4 markah]
3. Dalam ayat 83, surah al-Baqarah, menerangkan mengenai konsep berbuat baik kepada setiap makhluk.
Huraikan cara anda berbuat baik kepada rakan anda yang ditimpa kesusahan kerana rumahnya terbakar. [4 markah]
4.Berdasarkan ayat 155-156 Surah al-Baqarah, ia menerangkan kepentingan bersabar ketika menghadapi musibah.
Ditakdirkan anda kemalangan dan mengalami kecederaan yang teruk. Bagaimanakah anda menghadapi situasi ini. [4 markah]
5. Berdasarkan ayat 219, surah al-Baqarah, Allah SWT memerintahkan agar kita memilih makanan dan minuman yang halal dan baik.
Bagaimanakah anda memilih jenis makanan yang halal dan baik? [4 markah]
6. Ayat 201, Surah al-Baqarah menerangkan kepentingan doa kepada orang Islam.
Pada pendapat anda, apakah usaha yang perlu dilakukan sekiranya setiap doa yang diminta belum diperkenankan oleh Allah SWT. [4 markah]
7. Dalam ayat 219, Surah al-Baqarah, Allah SWT mengharamkan umat Islam untuk berjudi dan meminum arak.
Bagaimanakah anda dapat mengelakkan diri daripada terpengaruh dengan judi dan arak? [4 markah]
8. Berdasarkan ayat 255, Surah al-Baqarah Allah SWT menjelaskan mengenai kekuasaan-Nya yang Maha Hebat dengan menciptakan langit dan bumi.
Jelaskan bagaimanakah hujan yang Allah SWT turunkan mendatangkan manfaat kepada setiap makhluknya di bumi. [4 markah]
9. Ayat 256 Surah al-Baqarah, Allah SWT mengharamkan amalan-amalan taghut.
Bincangkan bagaimana anda dapat membantu keluarga anda yang suka melakukan perbuatan tersebut.  4 markah]
10. Dalam ayat 284-286 Surah al-Baqarah, Allah SWT menyeru kepada manusia untuk terus melakukan kebaikan.
Apakah yang perlu dilakukan sekiranya anda sudah melakukan keburukan yang boleh mendatang dosa. [4 markah]
Submit
Clear form
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google.