IKLAN PENGAMBILAN PERSONEL MYSTEP

BAHAGIAN KHIDMAT PERUNDING, JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA, JANM

  1. Bahagian Khidmat Perunding, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) ingin mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi segera kekosongan seperti berikut :

JAWATAN

3                 

:

Pegawai Juruanalisis Sistem

KLASIFIKASI      

PERKHIDMATAN

3  

:

Perkhidmatan Professional

AGENSI

3  

:

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)

KADAR PEMBAYARAN PERKHIDMATAN        

3

:

RM 2,000.00

TEMPOH KONTRAK

3

:

Mulai tarikh lapor diri hingga 31 Disember 2022

KEMUDAHAN

:

Cuti Rehat, Cuti Sakit, Caruman KWSP, Caruman PERKESO

PENEMPATAN        

:

Bahagian Khidmat Perunding, Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Putrajaya

  1. KETERANGAN TUGASAN:

Bertanggungjawab mengkaji dan menganalisis kemungkinan kesesuaian sistem komputer yang sedia ada dan seterusnya merancang, mereka bentuk, membangun, melaksana, menyelenggara, serta memantau sistem pemprosesan data dan menjalankan kajian ke atas perkara dan maklumat yang bersesuaian bagi kegunaan Jabatan. Pegawai juga tertakluk kepada lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

  1. SYARAT KELAYAKAN :

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  3. Ijazah Sarjana Muda Komputer Sains/Teknologi Maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
  4. Lulus Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
  5. Kemahiran dan pengetahuan melaksanakan aktiviti dalam kitar hayat pembanggunan sistem;
  6. Kemahiran dan pengetahuan dalam bidang pengaturcaraan sistem;
  7. Kemahiran dan pengetahuan dalam mereka bentuk, mencipta, dan menyelenggara pangkalan data;
  8. Kemahiran dan pengetahuan dokumentasi teknikal pembangunan sistem;
  9. Mempunyai minat untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran diri;
  10. Bertanggungjawab, memiliki personaliti yang menarik dan berdisiplin; dan
  11. Bersedia melaksanakan tugas di luar kawasan.

  1. CARA MEMOHON

Sila muat naik borang JANM(K) 1/2008 (boleh dapatkan borang di pautan https://drive.google.com/drive/folders/13JB3vKUKMMiRKbf2AOxZScpuXXWye2Mc?usp=sharing), resume, gambar berukuran passport,  salinan Kad Pengenalan, salinan Surat Beranak, salinan SPM, salinan sijil berhenti sekolah, salinan sijil vaksinasi, salinan sijil akedemik, salinan transkrip akedemik dan lain-lain sijil pencapaian yang berkaitan (Semua dokumen disusun dalam satu folder dan di'zip'kan sebelum dimuat naik) di pautan https://tinyurl.com/2s4mc6k3. Hanya calon-calon yang layak, dan menghantar dokumen yang lengkap akan dipanggil untuk temuduga.

  1. TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan adalah pada 29 April 2022 (Jumaat) pada 12.00 tengah hari.