LAMPIRAN J
SYARAT-SYARAT BAZAR RAMADAN TAHUN 2023
MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG
- KAWALAN PEMATUHAN PENGOPERASIAN OLEH PENGANJUR
- Kelulusan permit Bazar Ramadan ini hanya untuk 30 hari sahaja bermula daripada 23 Mac 2023 sehingga 21 April 2023 dan permit wajib dipamerkan oleh peniaga.
- Waktu operasi Bazar Ramadan adalah bermula dari jam 4.00 petang hingga jam 8.00 malam.
- Pihak penganjur perlu memastikan keadaan persekitaran tapak perniagaan sentiasa dalam keadaan bersih dan kemas selepas selesai waktu operasi serta kawasan Bazar Ramadan ini adalah kawasan Larangan Merokok.
- Pihak penganjur perlu memastikan semua peniaga dan pembantu adalah seorang Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.
- Pihak penganjur perlu memastikan sampah diletakkan di dalam plastik sampah / bekas bersesuaian (untuk sisa tebu & kelapa) dan diikat kemas. Kutipan sampah akan dilakukan oleh kontraktor lantikan Majlis Perbandaran Selayang (MPS).
- Pihak penganjur perlu memastikan tiada struktur kekal dinaikkan sepanjang tempoh bazar ramadan.
- Pihak penganjur perlu memastikan peniaga wajib meletakkan pelapik getah / kotak sebagai alas atas jalan raya bagi aktiviti melibatkan memasak atau menggoreng.
- Pihak penganjur hendaklah memastikan peniaga tidak meninggalkan barang atau peralatan selepas tamat waktu perniagaan kecuali di lokasi yang dibenarkan oleh MPS beserta cagaran yang telah dijelaskan.
- Pihak penganjur hendaklah memastikan saiz petak perniagaan / khemah yang dibenarkan untuk setiap peniaga adalah mengikut ukuran 10’ x 10’ sahaja. Penggunaan saiz khemah yang berlainan, perlu mendapatkan kelulusan bertulis daripada pihak MPS.
- Penggunaan ‘polisterin’ untuk pembungkusan makanan dan minuman adalah dilarang.
- Pihak penganjur perlu mengadakan pelan susun atur petak perniagaan yang baharu mengambil kira jumlah petak yang dibenarkan dan penyusunan mengikut jenis aktiviti jualan.
- KAWALAN PEMATUHAN AKTIVITI PENGENDALIAN DAN JUALAN.
- Pihak penganjur perlu memastikan peniaga yang mengendalikan jualan makanan dan minuman wajib mendapatkan suntikan Thypoid (Ty2) dan mengikuti kursus pengendalian makanan serta memakai pelitup muka, topi, apron dan kasut sepanjang masa jualan.
- Peniaga dilarang memakai alatan perhiasan diri seperti cincin, gelang, jam tangan semasa mengendalikan makanan.
- Pihak penganjur perlu memastikan peniaga tidak membuang apa-apa sisa makanan ke dalam longkang awam atau sungai atau mana-mana tempat yang bukan ditetapkan sebagai lokasi membuang sampah.
- Peniaga perlu memastikan peralatan perniagaan untuk jualan tidak diletakkan di atas lantai atau tanah secara terus tanpa apa-apa alas terutamanya ais batu.
- Peniaga perlu memberikan kerjasama terhadap Pihak Berkuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang akan melaksanakan pengambilan sampel makanan yang dijual oleh peniaga di dalam kawasan bazar untuk diuji keselamatannya ke makmal.
- KAWALAN KESELAMATAN DAN LALULINTAS
- Penganjur perlu bertanggungjawab ke atas kawalan lalulintas dipersekitaran tapak bazar dan dibantu oleh RELA.
- Kawalan hendaklah diberi tumpuan kepada laluan masuk dan keluar serta perimeter bazar.
- Penganjur perlu mengemukakan Pelan Kawalan Trafik (TMP) kepada pihak MPS.
- Penggunaan warna untuk cat petak bazar perlulah mendapat persetujuan daripada pihak MPS bagi mengelakan kekeliruan pengguna lalulintas.
- KAWALAN KEMASUKAN PENGUNJUNG
- Pengunjung mestilah seorang yang tidak terlibat sebagai PUI (Patient Under Investigation) atau sedang menjalani apa-apa perintah kuarantin penyakit berjangkit.
- Pengunjung tidak tertakluk kepada had tempoh maksima, namun digalakkan tidak terlalu lama dan segera beredar setelah selesai pembelian.
- Urusan bayaran secara cashless adalah digalakkan.
- Pergerakan dalam kawasan bazar mestilah terkawal secara sehala sahaja. Laluan pintu masuk dan keluar yang berbeza.
- Kawalan bilangan pengunjung dalam bazar pada satu-satu masa adalah bergantung kepada saiz dan lokasi bazar seperti yang ditentukan oleh pihak MPS.
- KAWALAN OPERASI DAN PENGUATKUASAAN
- Tindakan pemotongan cagaran, kompaun, sitaan alat-alat perniagaan atau menutup serta-merta Bazar Ramadan sekiranya didapati gagal mematuhi mana-mana syarat yang telah ditetapkan oleh MPS atau mana-mana agensi kerajaan yang lain.
- Tindakan penguatkuasaan boleh diambil di bawah mana-mana peruntukan Akta dan Undang-Undang Kecil atau mana-mana perintah peraturan yang masih digunapakai oleh Pihak MPS atau mana-mana agensi kerajaan yang lain.
- Pihak penganjur adalah terikat kepada pematuhan terhadap SOP dari Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
- Pihak MPS berhak meminda, mengubah atau mengatur mana-mana lokasi bazar yang didapati tidak sesuai.
- Harga petak perniagaan yang dijual adalah tidak boleh membebankan peniaga dan perlu sesuai serta munasabah mengikut kadar yang ditetapkan oleh MPS.
- PERINGATAN: Pihak MPS tidak akan bertanggungjawab ke atas apa jua bentuk kemalangan / kecederaan/ kehilangan/ kecurian/ kerugian yang berlaku semasa tempoh perniagaan dijalankan.
Dikeluarkan oleh:
JABATAN PELESENAN,
MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG
15 Februari 2023
SYARAT-SYARAT BAZAR RAMADAN TAHUN 2023 MAJLIS PERBANDARAN SELAYANGPage