Khilda Farhana Wali Mohamad
4 Muzzafar
Manusia,
Akibat kerakusan nafsumu
Rumahku manjadi korban
Bangunan tinggi manjadi ganti
Asap kereta manjadi hirupan
Manusia,
Tidakkah kau rasa
Tidakkah kau sedar
Kebobrokan sifatmu itu
Hanyalah menghapuskan keturunanku
Mempertirikan kami di bumi sendiri
Kerana memburu piala penghormatan
Sehingga tenggelam di lautan kemegahan
Dahulu,
Disinilah tempatku membesar
Di sinilah tempatku bermain
Hutan inilah punca rezekiku
Namun
Segalanya tinggal kenangan belaka
Kenangan yang tersemat di hati
Yang tak mungkin dapat dirasai kembali
Kini,
Aku terdampar di pinggir hutan
Bertemankan ketakutan yang menghantui
Melihat keturunanku musnah
Dan aku kini
Hanyalah menunggu masa
Untuk mengalami keadaan yang sama.