Published using Google Docs
Content 4.docx
Updated automatically every 5 minutes

Content  4 – Characteristics and Needs of Talented Learners

Article 1 : Characteristics and Competencies of Teachers of Gifted Learners: The Hong                                     Kong Teacher Perspective

Source : http://findarticles.com/p/articles/mi_hb6470/is_4_23/ai_n28853533/

Comment1 :

Di Hong Kong, kanak-kanak pintar memerlukan pembelajaran yang khusus, keperluan soaial-emosional dan kurikulum yang berbeza dengan persekitaran belajar yang opimum.Guru juga mempunyai pengaruh yang signifikan dalam pembelajaran dan kejayaan program kanak-kanak pintar. Guru-guru juga perlu dilatih untuk mengajar kanak-kanak pintar ini kerana kejayaan pembangunan program untuk kanak-kanak pintar ini bergantung kepada guru yang dilatih. Pendidikan untuk kanak-kanak pintar di Hong Kong lebih menekan kepada guru keran guru berkesan untuk memberi pemahaman dan pembangunan profil kanak-kanak pintar ini. Ciri-ciri guru-guru yang berjaya adalah serupa dengan yang ditemui pada pelajar pintar dan berbakat, dan dikehendaki oleh semua guru. Ciri-ciri ini termasuklah menjadi sangat cerdas, berorientasikan prestasi, berpengetahuan dan fleksibel,mempunyai kepentingan budaya dan intelektual, menghormati perbezaan individu, dan berhubungan baik dengan individu-individu berbakat.

Article 2 : Characteristics of A Gifted Student

Source : http://www.brighthub.com/education/special/articles/25337.aspx

Comment 2 :

Pelajar pintar ini mempunyai ciri-ciri yang positif an negatif. Dalam pembelajaran, pelajar pintar mempunyai ciri-ciri besar banyak yang membuat pengajaran guru menarik kerana mereka berkemampuan untuk belajar dan menyimpan maklumat dengan cepat, mereka tertarik untuk belajar perkara baru dan biasanya mempunyai banyak soalan untuk bertanya. Mereka juga berkali-kali akan mempunyai keinginan untuk belajar membaca dan matematik pada peringkat lebih cepat daripada pelajar-pelajar lain. Anda juga akan mendapati bahawa mereka menyelesaikan sesuatu tugasan dengan cepat dan tertarik dalam melakukan lebih tugasan. Namun, mereka juga mempunyai ciri-ciri negatif yang boleh membuat pengajaran sukar. Pelajar pintar juga mempunyai ciri-ciri personaliti seperti suka berdebat tentang sesuatu isu dalam pembelajaran. Mereka juga mempunyai ciri-ciri suka berjenaka.

Article 3 :Gifted?

Source : http://www.learnnc.org/lp/pages/771?ref=search

Comment 3 :

Masyarakat menganggap pelajar pintar akan melakukan semua perkara dengan baik. Guru juga memerlukan bantuan mereka untuk membantu pelajar-pelajar lain dalam belajar. Ini hanyalah mitos yang tidak memahami keperluan pelajar pintar ini. Tujuan nebgajar pelajar pintar adalah sama dengan tujuan mengajar semua pelajar. Namun, pelajar pintar ini berkemampuan belajar lebih daripada pelajar yang sama usianya. Faktor yang menyumbang kepada masalah ini adalah kurangnya pengubahsuaian kurikulum, kurangnya pendedahan ke tahap pemikiran yang lebih tinggi. Artikel ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti dan memahami pelajar pintar cerdas ini dan menyarankan cara-cara yang dapat memenuhi keperluan mereka.

Article 4 : Characteristics and Needs of The Gifted

Source : http://www.riage.org/articles/characteristics-and-needs-of-the-gifted/

Comment 4 :

Artikel ini secara keseluruhannya mengupas dengan baik keperluan dan ciri-ciri pelajar pintar. Menurut Dr. Linda Silverman dari Gifted Development Center, ibu bapa adalah golongan yang terbaik yang dapat mengenalpasti kepintaran anak mereka. Kajian mendapati 84% daripada kanak-kanak yang dikatakan pintar oleh ibu bapa mereka menepati skor 120 IQ. Lebih 95% pula menunjukkan bahawa kepintaran dalam lebih dari satu bidang. Namun 'asynchronous development' menyebabkan skor IQ mereka menurun. Jika anda merupakan ibu bapa yang berpendapat bahawa anda mempunyai anak yang pintar, langkah berikut perlulah diambil. Antaranya adalah dengan mengenalpasti sama ada anak anda menjukkan sifat yang unggul dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Anak anda juga perlu diperhatikan sikap ingin tahu secara intelektual, kerap menanya soalan dan menunjukkan minat yang mendalam secara semulajadi tentang manusia dan kehidupan.

Article 5 : Characteristics of Gifted Students

Source  : http://www.prufrock.com/client/client_pages/Definitions_and_Characteristics/Definitions_and_Characteristics_of_Gifted_Students.cfm

Comment 5 :

Artikel ini membincangkan tentang definisi, model dan cirri-ciri pelajar pintar cerdas. Pelajar berbakat atau pelajar pintar cerdas adalah seorang kanak-kanak atau pelajar yang menunjukkan potensi prestasi di tahap yang sangat tinggi apabila dibandingkan dengan orang lain pada usia yang sama, pengalaman atau persekitaran.Artikel ini menetapkan ciri-ciri yang sesuai dengan bahagian-bahagian yang spesifik. Mereka tidak menunjukkan kecenderungan kemampuan dalam semua bahagian. Para penyelidik mengenal pasti ciri-ciri tersebut adalah berkaitan dengan kebolehan intelektual seperti cepat belajar, mempunyai memori yang tinggi, penggunaan perbendaharaan kata yang tinggi dan sebagainya.