Published using Google Docs
FUTSAL PCA 2011.pdf
Updated automatically every 5 minutes

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN

KEJOHANAN FUTSAL PCA 2011

1.0 UNDANG-UNDANG

Kejohanan ini akan dipertandingkan mengikut Undang-undang Persatuan Bolasepak Antabangsa (FIFA) dan juga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang sedang berkuatkuasa masa kini.

2.0 PERATURAN KEJOHANAN

2.1 PENGENALAN

2.1.1 Kejohanan ini dikenali sebagai KEJOHANAN FUTSAL POLYMER COMPOSITE ASIA dianjurkan oleh Sports Club PCA, terbuka untuk warga PCA serta Hexagon Vetec & FRP sahaja.

2.1.2 Keseluruhan pertandingan akan diadili oleh pengadil bertauliah.

2.2 TARIKH DAN TEMPAT

2.2.1 Kejohanan ini akan diadakan pada 28HB JULAI 2011 bertempat di Gelanggang Futsal, Pasar Borong Nilai 3, Nilai bermula jam 8.00 malam hingga 11.00 malam.

2.2.2 Taklimat dan undian akan dijalankan pada 27hb JULAI 2011 (RABU) di Bilik Mesyuarat Production pada pukul 10.30 pagi. Bayaran boleh di buat pada hari tersebut.

2.2.3 Pihak penganjur berhak menjalankan undian bagi pihak sekiranya tiada wakil.

2.3 FORMAT KEJOHANAN

2.3.1 Pertandingan akan dijalankan secara liga di Peringkat Kumpulan dan kalah mati di pusingan seterusnya.

2.3.2 Masa perlawanan adalah selama 11 minit iaitu 5 minit pada separuh masa pertama dan 5 minit pada separuh masa kedua termasuk 1 minit waktu rehat.

2.3.3 Sekiranya berlaku keputusan seri pada peringkat pusingan kalah-mati, kemenangan akan ditentukan melalui sepakan penalti (3 pemain).

2.4 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

2.4.1 Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada 5 orang pemain dan 2 pemain simpanan serta seorang pengurus pasukan.

2.4.2 Setiap pemain hanya dibenarkan mewakili satu pasukan sahaja.

2.4.3 Setiap pasukan dikenakan yuran penyertaan RM100.00

2.4.4 PENYERTAAN TIDAK TERHAD. Setiap Division boleh mendaftar seberapa banyak pasukan.

2.4.5 Sekiranya penganjur mendapati mana-mana pasukan yang gagal mematuhi peraturan, pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan pasukan berkenaan untuk menyertai kejohanan ini. Keputusan pihak penganjur kejohanan dalam satu- satu perkara adalah muktamad.


3.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

3.1 Semua pasukan dikehendaki berada dan sedia untuk bermain di tempat pertandingan 15 minit sebelum perlawanan dimulakan.

3.2 Tempoh masa menunggu adalah 5 minit daripada masa yang dijadualkan dan mana-mana pasukan yang melanggar peraturan akan dikira kalah seperti berikut:-

3.2.1 Pasukan lawan mendapat kemenangan 2-0.

3.3 Pihak penganjur berhak dan berkuasa menangguhkan atau mengubah sesuatu perlawanan dengan memaklumkan kepada pasukan yang terlibat atau diputuskan dengan serta merta tanpa diberitahu terlebih dahulu.

3.4 Semua pemain di wajibkan berpakaian sukan yang sesuai dan mestilah berkasut.

3.5 Hanya pemain-pemain yang didaftarkan dalam Borang Penyertaan sahaja dibenarkan bermain di sepanjang pertandingan ini.

4.0 HADIAH PERTANDINGAN

4.1 Hadiah-hadiah akan diberi kepada pasukan yang berjaya menyandang gelaran Johan, Naib Johan, Tempat ketiga dan Tempat ke empat.

4.2 Hadiah pertandingan akan disediakan seperti berikut:

HADIAH : JOHAN : RM 400.00 + HAMPER

NAIB JOHAN : RM 200.00 + HAMPER

KETIGA : RM 100.00 + HAMPER

KE-EMPAT : RM 100.00 + HAMPER

TARIKH TUTUP PENYERTAAN 27HB JULAI 2011 (RABU)

PENGAKUAN DIRI Saya pengurus pasukan seperti nama di bawah dengan ini bersetuju mengikut segala undang-undang dan peraturan serta mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak penganjur dan pasukan saya mengaku tidak akan mengemukakan sebarang tuntutan terhadap pihak penganjur dan agennya di atas sebarang musibah ke atas diri/pasukan saya sebelum, semasa dan selepas menyertai pertandingan ini

Tandatangan :___________________________ Nama :__________________________________

( PENGURUS PASUKAN)

SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI:

URUSETIA PERTANDINGAN

Encik Faizal : H/P 012-2643604

Encik Chua Sun Fat : H/P 012-6013415


BORANG PENDAFTARAN PASUKAN

KEJOHANAN FUTSAL PCA 2011

ANJURAN SPORTS CLUB PCA

NAMA KUMPULAN :

NAMA PENGURUS PASUKAN : __________________________________

NO. TELEFON : ________________________________

AHLI PASUKAN :

1) ________________________________________________

2) _________________________________________________

3) _________________________________________________

4) _________________________________________________

5) _________________________________________________

6) _________________________________________________

7) _________________________________________________