CONTOH SURAT PERMOHONAN KEBENARAN MENGGUNAKAN PKN BAGI SEKOLAH-SEKOLAH DI PERAK
SMK Pasir Bogak
32300 PANGKOR,
Perak.
Tarikh:
Ruj. Kami:
Ruj. Tuan:
Penolong Pengarah,
Pusat Kokurikulum Negeri,
32300 Pangkor
Perak
Tuan,
Permohonan Mengadakan Program Pendidikan Luar Badan Pengawas Sekolah
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Untuk makluman tuan, di bawah ini dinyatakan maklumat mengenai program yang akan diadakan :
2.1 Tarikh : 25 – 27 Ogos 2008 ( Jumaat – Ahad)
2.2 Masa : 3.00 petang (Pendaftaran)
2.3 Peserta :
Lelaki 40 orang
Perempuan 37 orang
2.4 Guru Pengiring:
Lelaki 03 orang
Perempuan 02 orang
Jumlah 82 orang
3. Sehubungan dengan pihak sekolah memohon jasa baik tuan agar dapat memberikan kebenaran untuk menggunakan kemudahan yang terdapat di tempat tuan dan khidmat jurulatih dari pihak Pusat Kokurikulum Negeri pada tarikh dan masa yang dinyatakan di atas. Semoga permohonan ini mendapat perhatian dan pertimbangan sewajarnya dari pihak tuan. Segala kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
4. Sekian untuk makluman dan tindakan dari pihak tuan.
Terima kasih.
’BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
Saya yang menurut perintah,
t.t
(FAISAL BIN MOHD JAPERI)
Pengetua
SMK Pasir Bogak.
32300 Pangkor.