Jika anda masuk ke laman portal SharePoint2010 sebagai Pentadbir (Admin), anda dapat perhatikan di sudut kanan bawah laman portal ruangan bertajuk Getting Started (Langkah Mula).
SHARE THIS SITE
Klik “Share this site”. Lihat laman di bawah.
Anda dapat lihat Tab Permission Tools. Perhatikan Sub Group berikut:
Grant
Grant Permissions,
Create Group,
Modify
Edit User Permissions (tidak aktif),
Remove User Permissions (tidak aktif),
Check
Check Permissions,
Manage
Anonymous Access,
Permission Level,
Manage Access Requests
Site Collection Administrators.
Perhatikan Panel Kiri. Ia dinamakan sebagai Quick Launch. Dalam latihan di bawahanda akan mengubahsuai susunannya.
Perhatikan Ruang Utama Tetingkap.
Bawa Mouse Pointer ke butang Navigate Up.
Klik butang Navigate Up. Klik pautan teratas sekali untuk kembali semula ke Laman Rumah.
Tamat. Anda seharusnya melihat Laman Rumah pada ketika ini.
CHANGE SITE THEME
Klik “Change Site Theme”. Lihat laman di bawah.
Anda sekarang berada di Laman Tema Tapak (Site Theme). Gunakan laman ini untuk menukar skima fonts dan warna tapak. Pilih tema yang tersedia atau muatnaik tema baru ke Galeri Tema (Theme Gallery). Pertukaran tema tidak akan mengganggu rekaletak tapak dan tidak akan menukar laman yang telah ditetapkan temanya yang tersendiri.
Klik butang Navigate Up>>Klik Laman Rumah.
Tamat. Anda seharusnya melihat Laman Rumah pada ketika ini.
SET A SITE ICON
Klik “Set a Site Icon”. Anda akan lihat paparan di bawah.
Masukkan maklumat seperti di bawah. Klik OK setelah selesai. Teks untuk Title akan dipaparkan pada setiap laman di dalam tapak ini manakala teks untuk Description akan dipaparkan pada Laman Rumah. Imej Logo sebaik-baiknya berukuran 60 x 60 pixels. Masukkan juga penerangan untuk imej logo.