Sebagaimana yang termaktub di dalam Fasal 5 hingga Fasal 7, Undang-Undang Kelab Orang Hutan Malaysia, Syarat Keahlian adalah seperti berikut :

FASAL 5 :  PERMOHONAN MENJADI AHLI

 

(1) Syarat-syarat untuk menjadi ahli Persatuan ini adalah seperti berikut :

 

(a) Warganegara Malaysia;

 

(b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan ke atas;

 

(c) Sanggup mematuhi peraturan atau Undang-Undang Persatuan pada setiap masa;

 

(d) Menetap di Semenanjung Malaysia.

 

(2) Permohonan untuk menjadi ahli hendaklah dibuat dengan mengisi borang ahli dan hendaklah dihantar kepada Setiausaha untuk dikemukakan kepada Jawatankuasa Persatuan untuk kelulusan secepat mungkin.

 

(3) Jawatankuasa boleh menolak mana-mana permohonan untuk menjadi ahli tanpa perlu memberi sebarang sebab dan keputusannya adalah muktamad.

 

(4) Setiap orang yang mendatftar sebagai ahli Persatuan akan diberikan No. Keahlian dan No. Keahlian ini tidak boleh ditukar dengan No. Keahlian ahli yang lain atau ditukar pemilikan dengan seseorang yang bukan ahli.

 

(5) Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan hendaklah membayar bayaran pendaftaran dan yuran tahunan yang pertama seperti yang ditentukan di fasal 6, diterima menjadi ahli dan berhak menikmati kemudahan-kemudahan yang disediakan.

 

 

FASAL 6 : BAYARAN MASUK, YURAN DAN BAYARAN LAIN

 

(1)  Bayaran masuk dan yuran yang perlu dijelaskan oleh ahli adalah seperti berikut :

 

(a) Bayaran masuk RM 20.00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Sahaja);

 

(b) Yuran Tahunan RM 50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja);

 

(2) Yuran tahunan hendaklah dibayar tidak lewat dari 1hb Februari tiap-tiap tahun kepada Bendahari. Sekiranya yuran itu tidak dibayar, ahli yang berkenaan akan menerima surat peringatan yang ditandatangan oleh atau wakil Setiausaha, dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan.

 

(3) Sekiranya yuran tahunan tidak dijelaskan dalam tempoh satu tahun tanpa alasan yang munasabah, Jawatankuasa berhak memberhentikan keahlian ahli yang berkenaan dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.

 

(4) Bayaran-bayaran lain untuk perkara yang tertentu boleh dikenakan ke atas ahli-ahli dengan persetujuan Jawatankuasa dan kelulusan Mesyuarat Agung.

 

(5) Sekiranya ahli yang telah dibatalkan keahliannya ingin menjadi ahli semula, beliau dikehendaki untuk mengemukakan permohonan baru dengan menyertakan bayaran pendaftaran, yuran tahunan dan penalti sebanyak RM50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja). Permohonan ini tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa.

 

 

FASAL 7 : TANGGUNGJAWAB DAN HAK AHLI

 

(1) Setiap ahli bertanggungjawab mematuhi peraturan dan Undang-Undang Persatuan pada setiap masa;

 

(2) Setiap ahli bertanggungjawab untuk memelihara nama baik Persatuan pada setiap masa;

 

(3) Setiap ahli bertanggungjawab membayar yuran yang dikenakan tepat pada waktunya;

 

(4) Setiap ahli berhak menerima satu salinan Undang-Undang Persatuan;

 

(5) Setiap ahli yang layak, berhak untuk hadir, bercakap, mengundi dan diundi untuk sebarang jawatan dalam mesyuarat yang berkenaan;