Published using Google Docs
Syaza Mawaddah Zul Azki.docx
Updated automatically every 5 minutes

Syaza Mawaddah Zul Azki

4 Muzaffar

Pada dahulu hari

Kaulah penghuni hutan yang sunyi

Kaulah penghibur hutan yang sepi

Kau juga setia manjadi peneman hutan

Siang dan malam

Panas dan hujan

Pada masa ini

Hatimu pedih bagai dihiris sembilu

Melihat khilafan manusia

Melihat kerakusan manusia

Merosakkan syurgamu

Membunuh keluargamu

Memusnahkan segala-galanya

Yang satu ketika dahulu manjadi milikmu

Wahai penghuni hutan

Jangan kau salahkan kami

Jangan kau menghukum kami

Kerana kau masih ada kami

Yang akan berusaha sedaya mungkin

Menghentikan niat jahat manusia

Kerana kami tidak sanggup berputih mata

Melihat kepupusan

Wahai penghuni hutan

Kami dedikasi sajak khas buatmu, PONGO

Kerana kami tidak mahu melihat kepupusanmu

Tidak mahu kau hilang dari muka bumi ini

Kasihanilah generasi masa depan

Kerana ini pasti manjadi satu kerugian.