Content 3 – Giftedness in Early Childhood
Article 1 :The Early Years of Albert Einstein
Source : http://www.giftedchildren.org.nz/apex/pdfs15/Beeston%20D.pdf
Critique Article 1 :
Artikel ini adalah berkaitan dengan sebuah kajian kes yang membahaskan tentang kehidupan awal Albert Einstein melalui teori dan penyelidikan dalam usaha memahami mengapa beliau menjadi pelajar berprestasi rendah di sekolah. Prestasi rendah umumnya dipandang sebagai perbezaan tahap pelajar dengan potensi akademik mereka. Ini adalah sikap belajar yang boleh disebabkan oleh faktor di dalam dan luar sekolah termasuk keluarga dan masyarakat, kurikulum sekolah dan kaedah pengajaran, dan ciri personaliti. Cara mengenal pasti pelajar berbakat berprestasi rendah berkaitan rapat dengan mengenal pasti bakat itu sendiri dan pelajar berbakat boleh terpinggir jika sekolah adalah konservatif. Hal ini juga menyoroti keperluan guru untuk memastikan bahawa mereka mengikuti perkembangan terbaik sehingga mereka dapat memenuhi keperluan pendidikan untuk pelajar pintar dalam kelas mereka.
Article 2 : Highly gifted children in the early years
Source : http://www.davidsongifted.org/db/Articles_id_10124.aspx
Critique Article 2 :
Artikel ini ditulis oleh Mirara Gross adalah mengenai perkembangan dan keperluan kanak-kanak pintar pada masa waktu bayi, kanak-kanak dan prasekolah. Ia juga membincangkan tentang tahap pemikiran mereka yang sangat ekstrem serta mengenal pasti dan keperluan kanak-kanak pintar ini.Kanak-kanak pintar sering kali disalah anggap di awal pendidikan mereka seperti kesalahan mengenalpasti, kurikulum yang tidak mencukupi. Faktor lain adalah seperti kemampuan mereka berbeza daripada rakan sebaya. Guru juga tidak mempunyai latihan dalam pendidikan kanak-kanak pintar dan tidak menggunakan ujian prestasi dalam mengenal pasti kanak-kanak pintar ini. Pekembangan awal kanak-kanak pintar ini hanya dikenalpasti melalui percakapan, gerakan dan pembacaan yang menjadi petunjuk kemampuan intelektual yang luar biasa.
Article 3 : Nurturing The Giftedness in All Children
Source :
Critique Article 3 :
Semua kanak-kanak mempunyai potensi untuk melakukan melampaui apa yang biasanya diharapkan, jadi bagaimana kita memelihara kurnia di dalam semua kanak-kanak? Beberapa orang mengatakan bahawa dalam mengenal pasti kanak-kanak pintar' pada awal usia anak-anak adalah sukar.
Article 4 : Giftedness in Early Childhood: The Search for Complexity and Connection
Critique Article 4 :
Kanak-kanak pintar menunjukkan ciri-ciri khas terutama dalam domain kognitif, sosial dan emosional. Sifat pemikiran kanak-kanak pintar bermula tempoh anak usia awal. Terdapat berbagai definisi tentang kepintaran. Kepelbagaian definisi ini menunjukkan kesan daripada penyelidikan dan menunjukkan bahawa pengetahuan tentang kanak-kanak pintar ini terus dikaji. Kepintaran anak pada awal usia adalah anak-anak yang mempunyai kemampuan untuk melakukan satu atau lebih domain berbanding rakan-rakan seusianya.
Article 5 : Sign of Giftedness in Early Childhood
Source : http://www.giftedchildren.org.nz/agm08/sue.pdf
Critique Article 5 :
Tanda-tanda kanak-kanak pintar dapat dikenal pasti dengan cara perkembangan kanak-kanak tersebuh seperti kebolehan membaca, bercakap di awal usia. Selain itu, mereka juga mempunyai karektor seperti memerlukan tidur yang sekejap, fasih apabila bercakap, menggunakan perkataan yang jarang digunakan, berdikari, memerlukan perhatian, cepat bosan dengan perkara atau permainan yang mudah dan sebagainya. Oleh itu, setiap anak-anak dilahirkan dengan potensi yang kreatif tetapi ibu bapa dan guru perlu merangsang potensi tersebut seperti menyediakan persekitaran yang kreatif dan menggalakkan penyelesaian masalah secara kreatif.