Content 5 – Identification and Assessment of Talented Learner
Article 1 : Is My Child Gifted?
Source : http://giftedkids.about.com/od/gifted101/p/how_to_identify.htm
Comment 1 :
Setiap anak yang berbakat dan tidak berbakat adalah berbeza antara satu sama lain. Ibu bapa sering tertanya-tanya adakah anak mereka pintar ataupun tidak. Namun, anak-anak yang berbakat dapat dilihat daripada sifat dan ciri-ciri mereka seperti membaca awal, mempunyai ingatan yang kuat dan berkemampuan melakukan sesuatu melebihi usianya. Walau bagaimanapun, seseorang anak yang berbakat tidak perlu mempunyai sifat dan ciri-ciri berbakat tersebut untuk menentukannya berbakat. Faktor yang turut perlu diambil perhatian adalah tonggak pembangunan pemikiran anak mereka. Kebiasaannya, kepintaran seseorang itu adalah sangat berkait rapat dengan keturunan. Oleh itu, ibu bapa digalakkan untuk menyenaraikan kelebihan dan perbezaan yang diperhatikan ada pada anak mereka dan membandingkan dengan kanak-kanak seusia dengannya. Artikel ini mengurai dengan sangat baik langkah-langkah yang boleh diambil ibu bapa bagi menyelesaikan kegusaran mereka mengenai kepintaran anak mereka.
Article 2 : The Identification of Students Who Are Gifted
Source : http://www.ericdigests.org/2004-2/gifted.html
Comment 2 :
Terdapat kontroversi pro dan kontra dalam melabelkan kanak-kanak pintar ini. Artikel ini membahaskan tentang mengenal pasti pelajar pintar cerdas, kesulitan dalam proses mengenalpasti, amalan mengenalpasti yang tepat dan prosedur yang boleh membantu mengenal pasti pelajar pintar cerdas ini. Sistem sekolah menghadapi kesukaran untuk menjalankan prosedur dalam mengenal pasti pelajar pintar cerdas ini walaupun wang telah diperuntukkan untuk proses menalpasti ini. Pelajar pintar cerdas ini tidak harus diabaikan. Mereka harus dikenalpasti dan menerima pendidikan yang sewajarnya.
Article 3 : Identifying Gifted Children From Diverse Populations
Source : http://www.nagc.org/index.aspx?id=4660
Comment 3 :
Terdapat penyelidikan yangdilakukan untuk mengenal pasti kanak-kanak pintar seperti yang dilakukan oelh Pusat Penyelidikan Nasioanal / kanak-kanak pintar di luar negara untuk melihat halangan dan kesukaran untuk mengenalpasti pelajar pintar daripada pelbagai latar belakang dan membangunkan strategi untuk mengenal pasti dan penilaian terhadap merea. Hal ini juga berlaku di mana Program Permata Pintar yang telah dijalankan di Malaysia dalam usaha yang sama. Terdapat prinsip-prinsip dalam mengenal pasti pelajar pintar ini seperti menggunakan instrument tertentu seperti ujian IQ.
Article 4 : Development and Validation of Giftedness Assessment Instrument (GAI) for the Identification of Creative –Productive Giftedness ability
Comment 4 :
Dalam setiap masyarakat dan setiap sekolah mempunyai pelajar pintar cerdas. Pelajar pintar cerdas ini mampu memberikan sumbangan terhadap masyarakat kerana mereka mempunyai kekuatan kognitif . Sebahagian besar negara di dunia mengenal pasti pelajar pintar cerdas ini kerana mereka mempunyai kemampuan intektual yang tinggi. Higeria ingin mengubah ekonomi dan meningkatkan standard kehidupan mereka. Oleh demikian keputusan untuk mengenal pasti kanak-kanak pintar ini adalah sangat penting. Artikel ini membuat kajian dalam mengenal pasti kanak-kanak pintar yang kreatif dan produktif dengan menggunakan “Giftedness Assessment Instrument –GAI” .
Article 5 : Identifying Gifted and Talented Learners – Getting Started
Source : http://www.cfbt.com/lincolnshire/PDF/183_MainLink.pdf
Comment 5 :
Setiap sekolah dan institusi pendidikan mempunyai pelajar pintar dan berbakat dan harus menyimpan senarai pelajar tersebut. Oleh itu, sekolah dan institusi perlu mengenal pasti pelajar-pelajar ini dengan menggunakan instrument yang sesuai seperti senarai semak, ujian, maklumat ibu bapa dan sebagainya.