Sumber : Our mom (Safiah Binti Omar)

Ditulis semula : Sj Homemade Cookies (puterisalju122.blogspot.com)

 

Biskut Makmur

 

Bahan - bahan Doh :

500gram tepung gandum

200gram minyak sapi

20gram gula aising

 

Cara - Cara :

 Gaul semua bahan sehingga sebati & menjadi doh. Jika lembik tambah lagi sikit minyak sapi yer..)

 

Bahan - Bahan Inti :

kurma secukupnya (dikisar)

kacang tanah secukupnya (digoreng & ditumbuk halus)

 

Cara - Cara :

Gaulkan kedua2 bahan sehingga boleh dikepal kecil2..

 

* Ambil sedikit doh dan letakkan inti. Buat bulat2 mengikut saiz yang dikehendaki. Jika buat sebesar ibu jari boleh dapat dalam 70biji. Bakar pada suhu 160 darjah selama 25minit atau sehingga masak. Bila dah sejuk, gaulkan biskut tadi bersama gula aising.

 

Mudah je kan.. selamat mencuba..!!