SHAREPOINT
Sehingga saat blog ini ditulis, sebuah syarikat penyedia perkhidmatan hosting bagi sistem SharePoint 2010, http://www.portalfronthosting.com/, telah menawarkan perkhidmatan percubaan percuma selama 30 hari. Ia satu laluan pantas bagi mereka yang mahu mencuba sistem SharePoint. Bagi sesiapa yang sudah biasa dengan SharePoint Server 2010, tentu sahaja mereka tahu bahawa bukan mudah hendak memasang sistem SharePoint 2010. Keperluan perkakasannya adalah tinggi manakala pra-syarat perisian pula mengambil masa dan memerlukan sambungan Internet. Maka, ini adalah cara mudah untuk membuat pandu uji terhadap SharePoint Server 2010.
Layari alamat http://www.portalfronthosting.com/ dan isi borang seperti di atas. Tunggu email susulan dan klik pautan yang diberikan di dalam email tersebut. Gunakan nama pengguna dan kata laluan sepertimana yang telah diisi dalam borang tadi untuk mengakses laman pentadbir. Hasilnya, anda akan melihat laman seperti di bawah.
Laman Login
Laman Utama
LAWATAN KE PUSAT PENTADBIRAN (ADMIN CENTER)