BM 012 UPSR : SENARAI NILAI MURNI (BAHAGIAN C)
NILAI | PERBUATAN / AKTIVITI / TINDAKAN / FRASA |
RAJIN | Mengulang kaji pelajaran/mengemas rumah/buat kerja rumah/buat jadual waktu belajar/menyiapkan kerja sekolah/buat latihan |
TOLONG-MENOLONG | MEMBANTU ibu pergI ke kedai/membasuh pinggan/mengajar rakan/memberi derma/ tolong guru di sekolah/ |
BEKERJASAMA | bergotong-royong / bermain dgn. bersungguh-sungguh/ bermuafakat/berbincang/berganding bahu bahu/berpadu tenaga/bersama-sama/bergilir-gilir/bersepakat |
BAIK HATI | Memaafkan kesalahan/menolong orang/menghulurkan derma/belanja kawan makan/tidak berdendam |
PEMURAH/ MURAH HATI | Memberi hadiah/menghulurkan derma/belanja kawan makan/menolong/membantu/berkongsi… |
JUJUR | bercakap benar/mengakui kesalahan/tidak mengambil harta benda orang/memulangkan/menyerahkan/mengembalikan |
AMANAH | melakukan tugas yang diberi oleh guru/ ibu bapa/menyimpan rahsia/wang yang diamanahkan. |
RELA/SANGGUP BERKORBAN | Menawarkan diri untuk melakukan sesuatu perkara/ secara sukarela |
MENGHARGAI MASA | Bangun awal/ membaca buku/mengulang kaji pelajaran /mengemas rumah/buat kerja rumah/buat jadual waktu belajar/menyiapkan kerja sekolah/buat latihan |
MENGHARGAI / MEMBALAS JASA | Mengucapkan terima kasih/memuji kebaikan/ memberikan hadiah/memberikan ganjaran/duit |
PRIHATIN | Menolong orang/menghulurkan bantuan/menderma /menyumbang/mengutip sampah di atas lantai/menegur |
BERDISIPLIN | Mengenal diri dengan cara menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang. |
GURU CEMERLANG BM SKPHT
BM 012 UPSR : SENARAI NILAI MURNI (BAHAGIAN C)
MENJAGA KEBERSIHAN | Menjaga kebersihan diri/rumah/sekolah/alam sekitar/menebas rumput/membakar sampah |
MENJAGA KESIHATAN | Makan makanan berkhasiat/ makanan seimbang/bersukan/berjoging/ bermain badminton |
MENJAGA KESELAMATAN | Berhati-hati/memeriksa kenderaan/memandang ke kiri dan kanan/memakai topi keledar |
SEMANGAT PATRIOTIK | Berdiri apabila mendengar lagu Negaraku/ melawat Tugu Negara/tempat bersejarah |
TABAH/SABAR/ CEKAL | Tidak kecewa dengan kematian/kesusahan/ dugaan/diejek/dihina/dibuli |
PERAMAH/MUDAH MESRA | Bertanya khabar/menyapa kawan |
IKHLAS | Menolak ganjaran/pemberian/melakukan sesuatu tanpa mengharapkan balasan |
KASIH SAYANG/ SIMPATI | Memeluk anak/cucu kerana lama tak jumpa/ menghulurkan derma kepada orang miskin |
RASIONAL | Melakukan sesuatu setelah memikirkan kebaikannya |
TAAT / PATUH | Mengikut arahan/nasihat ibu bapa/guru Mengikut peraturan |
SEMANGAT BERMASYARAKAT / KEJIRANAN | Gotong-royong kenduri / ziarah jiran sakit Ziarah kematian – ucap takziah Beri makanan kepada jiran / tolong jiran |
BERTANGGUNGJAWAB | Memulangkan harta benda orang / melaksanakan tugas / menegur perbuatan negatif |
BERDIKARI | Membuat sesuatu perkara sendiri tanpa mengharapkan orang lain/gosok baju/basuh kasut |
GURU CEMERLANG BM SKPHT
BM 012 UPSR : SENARAI NILAI MURNI (BAHAGIAN C)
KEBEBASAN | Mengeluarkan pendapat dalam perbincangan, mencadangkan sesuatu… |
BERSIKAP SEDERHANA | Merendah diri/tidak sombong/tidak bermegah-megah/berkongsi kejayaan dengan ibu bapa/guru |
BIJAKSANA / BIJAK BERFIKIR / BIJAK MEMBUAT KEPUTUSAN | Bertindak dengan bijak / melakukan sesuatu setelah berfikir. |
BERWAWASAN / BERCITA-CITA TINGGI / BERJIWA BESAR | Ingin berjaya dalam hidup / ingin mengubah nasib keluarga / melanjutkan pelajaran ke menara gading/ ingin menjadi doctor |
DEDIKASI | Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga dalam melakukan sesuatu yang berfaedah / bekerja dengan bersunggguh-sungguh |
BERDIKARI | Membuat sesuatu perkara sendiri tanpa mengharapkan orang lain/gosok baju/basuh kasut |
BERTOLERANSI / BERTOLAK ANSUR | Memaafkan kesalahan orang / bagi pinjam pensel kepada kawan/ tidak berasa marah atas tindakan rakan / tidak mengambil hati |
MEMPUNYAI JATI DIRI | Tahan lasak / cekal hati / tabah menghadapi cubaan/rintangan/kesusahan |
BERANI | Menyatakan kebenaran / tolong orang lemas / berlawan dengan penjahat / penjenayah / mempertahankan diri |
HORMAT / MENGHORMATI | Memberi salam / ucapan selamat/ menyapa seseorang dengan baik / bangun apabila guru masuk ke dalam kelas. |
Panitia Bahasa Malaysia
SK. Wallace Bay, Tawau
KEBAIKAN MEMBAWA BEKAL KE SEKOLAH
Setiap hari kita diberikan wang saku oleh ibu bapa untuk membeli makanan dan minuman di kantin sekolah. Namun begitu, kita juga boleh membawa bekal ke sekolah. Membawa bekal ke sekolah sebenarnya membawa banyak kebaikan kepada kita.
Apabila kita membawa makanan sendiri ke sekolah, kita akan dapat menjimatkan wang kita. Wang saku yang diberikan oleh ibu bapa kita boleh disimpan di dalam tabung atau di bank. Lama-kelamaan wang tabungan kita akan bertambah, seperti kata pepatah, “sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit”.
Selain itu, makanan yang dibekalkan oleh ibu kita semestinya sedap dan berkhasiat. Ini dapat mengelakkan kita daripada terkena keracunan makanan. Kita juga akan lebih berselera untuk menikmati makanan yang dimasak oleh ibu pada waktu rehat.
Di samping itu, kita tidak perlu lagi berebut-rebut atau beratur untuk membeli makanan di kantin. Kita dapat menjamah terus makanan yang dibawa dari rumah. Masa rehat kita dapat dijimatkan. Oleh itu, kita masih ada masa untuk membaca buku atau akhbar di perpustakaan.
Kita juga boleh bertukar-bertukar atau berkongsi bekal dengan kawan-kawan kita. Dengan ini, perhubungan kita dengan kawan-kawan akan menjadi lebih erat. Selain itu, hubungan kasih sayang antara kita dan ibu juga akan bertambah erat.
Kesimpulannya, membawa bekal ke sekolah memang mendatangkan banyak manfaat kepada kita. Oleh, itu ada baiknya amalan tersebut kita lakukan untuk kebaikan diri kita sendiri.
KEBAIKAN BELAJAR BERKUMPULAN
Terdapat banyak cara untuk belajar. Sebagai pelajar kita boleh belajar sendiri atau belajar secara berkumpulan. Belajar berkumpulan sebenarnya mendatangkan banyak kebaikan kepada kita.
Apabila kita belajar secara berkumpulan, kita dapat bertanya tentang pelajaran yang tidak kita fahami. Kata pepatah, “malu bertanya, sesat jalan”. Oleh itu, segala masalah kita dalam pelajaran akan dapat diatasi serta-merta dengan bantuan kawan-kawan kita.
Kita juga akan lebih memahami sesuatu perkara jika kita belajar secara berkumpulan. Kawan-kawan kita yang lebih pandai akan memberikan penerangan yang jelas. Sebaliknya, apabila kawan kita pula yang tidak memahami sesuatu perkara, kita boleh membantunya dengan memberikan penerangan yang dimintanya.
Di samping itu, kita juga tidak akan berasa jemu atau mengantuk. Pembelajaran secara berkumpulan yang diselang-selikan dengan perbualan dan gurauan tentunya akan menjadi lebih menarik. Oleh itu,
Kita akan menjadi lebih bermotivasi untuk belajar.
Kita juga boleh bertukar-bertukar atau berkongsi pendapat dengan kawan-kawan kita. Dengan cara ini, ilmu pengetahuan kita akan bertambah dari semasa ke semasa. Perhubungan kita dengan kawan-kawan juga akan menjadi lebih erat.
Kesimpulannya, belajar secara berkumpulan memang mendatangkan banyak manfaat kepada kita. Oleh, itu amalkanlah belajar secara berkumpulan untuk kebaikan kita bersama.
UJIAN PENGUASAAN TATABAHASA BAHASA MELAYU
Garis bahagian ayat yang mengandungi kesalahan dan tidak perlu garis bagi ayat yang betul.
8