PENDIDIKAN ALAM SEKITAR MERENTAS KURIKULUM

RANCANGAN AKTIVITI BULANAN 2010

BULAN SEPTEMBER

TARIKH

AKTIVITI

OBJEKTIF

PELAKSANAKAN

PENGLIBATAN

CATATAN

06.09.2010

   Hingga

10.09.2010

Pertandingan Kutipan Bahan Kitar Semula Antara Kelas

  • Meningkatkan kesedaran dalam kalangan warga sekolah tentang betapa pentingnya program kitar semula dalam kehidupan kita seharian.
  • Menggalakkan kerjasama secara berkumpulan dalam kalangan pelajar.
  • Murid-murid dan guru-guru membawa surat khabar lama ke sekolah
  • Mengumpul suratkhabar  mengikut kelas  dan kelas yang dapat mengumpul suratkhabar yang paling banyak diberi hadiah.
  • Pertandingan melibatkan  guru-guru dan murid.

Lampiran 1

13.09.2010

Hingga

17.09.2010

Pertandingan mereka Poster Jimatkan Sumber

  • Meningkatkan kesedaran dalam kalangan warga sekolah and orang ramai tentang pemeliharaan sumber- sumber tenaga negara kita.
  • Membangkitkan semangat kekitaan dan sikap jimat-cermat demi memelihara alam sekitar.
  • Mengeratkan hubungan antara guru dengan murid-murid.

  • Semua kelas diwajibkan mereka poster tersendiri.
  • Poster jimatkan sumber (air dan elektrik) dilekatkan di dalam kelas bilik sendiri.
  • Poster-poster ditampal di tempat-tempat yang strategik di sekeliling kawasan sekolah contohnya di dalam bilik guru, bilik tandas dan lain-lain.

  • Pertandingan terbuka kepada semua warga sekolah (staf pentadbiran, guru-guru dan murid-murid), dan juga ibu bapa.

Lampiran 2

20.09.2010

Hingga

24.09.2010

Kempen Ciptaan daripada Bahan Terpakai

  • Mampu membangkitkan kesedaran murid-murid tentang “one person’s trash is another person’s treasure”.
  • Mencungkil kreativiti murid-murid dalam aktiviti yang memberi sumbangan kepada alam sekitar
  • Murid-murid dikehendaki mencipta sesuatu daripada bahan-bahan terpakai atau tidak berguna lagi.
  • Bahan-bahan ciptaan harus bernilai di mana ia boleh dijual kepada pengguna dengan sesuatu nilai..
  • Kempen melibatkan murid-murid sekolah.

Lampiran 3

27.09.2010

Hingga

01.10.2010

Hari “penghijauan alam sekitar”

Menerapkan kepada murid-murid tentang kepentingan tumbuh-tumbuhan kepada manusia.

  • Penanaman pokok bunga di sekitar kawasan sekolah.
  • Menempatkan papan tanda bercat yang lebih tahan lama di tepi pokok bunga untuk menunjukkan nama pokok tersebut.
  • Melibatkan semua guru, murid-murid dan ibu bapa .

Lampiran 4

BULAN OKTOBER

TARIKH

AKTIVITI

OBJEKTIF

PELAKSANAKAN

PENGLIBATAN

CATATAN

04.10.2010

Hingga

08.10.2010

Projek “Sayang Alam!

  • membangkitkan kesedaran tentang ancaman bahan-bahan plastik terhadap alam sekitar.
  • Setiap kelas diwajibkan mempamerkan sesuatu

Modul bahan-bahan plastik yang boleh mengancam alam sekitar.

  • Melibatkan semua kelas.

Lampiran 5.

11.10.2010

Hingga

15.10.2010

Hari “Cinta Sekolah Kita”

  • Memupuk sikap cinta kepada alam sekitar
  • Memupuk sikap bertanggungjawab sebagai komuniti sekolah.
  • Kegiatan gotong-royong membersihkan alam sekitar sekolah.
  • Pihak sekolah sentiasa bertungkus-lumus mengorak langkah dalam usaha memelihara alam sekitar dari pelbagai sudut, yakni dari segi keceriaan sekolah.
  • Projek gotong-royong yang disertai oleh semua warga sekolah

Lampiran 6.

18.10.2010

Hingga

22.10.2010

Pelaksanaan aktiviti sampah sifar

  • Mengurus bahan buangan dengan bijak
  • Mendapatkan gambaran yang jelas tentang kandungan sampah di sekolah.
  • Mengenal pasti langkah-langkah mengurangkan sampah .

  • Memelihara alam sekitar dari segi pengurusan bahan buangan:
  1. pertandingan antara kelas tentang kelas yang paling kurang sampah
  2. sampah diasingkan dan dikitar semula .
  3. membuat kajian tentang audit sampah
  • Melibatkan semua kelas

Borang audit sampah lampiran 7

25.10.2010

Hingga

29.10.2010

Kempen

   “Save our environment ,  

    save our world”

  • menyahut seruan pihak sekolah untuk memberhentikan penggunaan plastik.
  • mengurangkan penggunaan bekas polistirena dan beg plastik di kantin.

  • Setiap murid juga dibekalkan sebuah bekas makanan oleh pihak sekolah untuk digunakan semasa membeli makanan di kantin.

Melibatkan  semua warga sekolah

BULAN NOVEMBER

TARIKH

AKTIVITI

OBJEKTIF

PELAKSANAKAN

PENGLIBATAN

CATATAN

01.11.2010

Hingga

04.11.2010

Kajian Audit Hijau

  • meningkatkan kualiti di sekeliling kawasan kajian dan individu sekali gus mendidik individu dalam masyarakat untuk belajar memahami interaksi manusia dengan alam sekitar dan bagaimana alam sekitar berfungsi
  • Menggalakkan kerjasama secara berkumpulan dalam kalangan pelajar.
  • Menjalankan kajian untuk mengaudit bilangan pokok atau tumbuhan di kawasan sekolah.
  • Menjalan soal selidik tentang audit hijau.
  • Kajian ini melibatkan pelajar-pelajar dan guru-guru serta staf pentadbiran.

Borang audit ijau

Lampiran 8

08.11.2010

Hingga

12.11.2010

Ceramah “Smart Ranger Modules” mengenai 4R 2C.

  • Meningkatkan kesedaran dalam kalangan warga sekolah dan orang ramai tentang kepentingan pemelihara dan pemulihara alam sekitar.
  • 4R 2C diperkenalkan oleh GEC untuk menjadikan seorang pengguna arif alam sekitar (fikir semula) dengan mengelakkan dan mengurangkan , mengguna semula sampah dan meningkatkan  kitar semula.

  • Memberi ceramah tentang “ Smart Ranger Moduls”.
  • Memastikan sampah dikitar semula ke  alam semulajadi (kompos) dan diletakkan balik ke pemasaran (tutup kitaran)

  • Ceramah ini  terbuka kepada semua warga sekolah (staf pentadbiran, guru-guru dan murid-murid), dan juga ibu bapa.

15.11.2010

Hingga

19.11.2010

Pelan “Kitar semula bersama komuniti”

  • Mengitar semula atau mengguna semula bahan kitar semula
  • Memberi kesedaran kepada komuniti sekolah tentang kepentingan mesra alam.
  • Mengumpulkan pelbagai jenis bahan kitar semula seperti telefon bimbit lama, mentol lampu lama, peralatan elektrik lama , pakaian , perabot, alat mainan, buku  dan lain-lain.
  • Menjual barangan kitar semula / barangan using yang masih boleh digunakan semula.

  • Aktiviti ini  terbuka kepada semua warga sekolah (staf pentadbiran, guru-guru dan murid-murid), dan juga ibu bapa.