SENARAI TUGAS GBM

*GBM diminta memastikan perkara berikut dapat dilaksanakan 30 minit lebih awal:

ATUR CARA PERHIMPUNAN SEKOLAH PADA HARI AHAD  

  1. KETUA GURU BERTUGAS MEMBERI ARAHAN KEPADA MURID-MURID BERSEDIA
  2. PENGACARA MAJLIS (PENGAWAS) MEMULAKAN ACARA
  3. BACAAN DOA
  4. NYANYIAN LAGU NEGARAKU (SAMBIL MENAIKKAN JALUR GEMILANG)
  5. NYANYIAN LAGU SEKOLAH (SAMBIL MENAIKKAN BENDERA SEKOLAH)
  6. UCAPAN TEMA MIGGUAN/PESANAN/MAKLUMAN JIKA ADA
  7. PENYAMPAIAN HADIAH (JIKA ADA)
  8. UCAPAN GURU BESAR/PK/PK PETANG
  9. NYANYIAN LAGU PENDIDIKAN GEMILANG KEDAH GEMILANG
  10. NYANYIAN LAGU NEGERI KEDAH
  11. NYANYIAN LAGU PATRIOTIK .
  12. KETUA GURU BERTUGAS MEMBERI ARAHAN SUPAYA MURID-MURID BERSURAI            

DI DALAM BARISAN MENUJU KE KELAS MASING-MASING

CATATAN

SENARAI AGIHAN / TINDAKAN GURU BERTUGAS

MENGIKUT SEKTOR /BIDANG TUGAS

  1.  KETUA GURU BERTUGAS

1.        Tempoh bertugas setiap hari bermula Ahad hingga Khamis

                         Sesi Pagi :    07.00 pagi hingga 01.30 tengahari.

                Sesi Petang 12.45 tgh   hingga 06.20 petang .

  1. Menyediakan jadual pembahagian tugas harian guru dalam kumpulannya . Pastikan setiap guru bertugas sentiasa bersama mengawal murid semasa perhimpunan dijalankan .
  2. Membuat rondaan 3 kali sehari. Meliputi semua sektor / kawasan dalam jadual                                agihan tugas:

Kali pertama : 7.30 pagi (sesi pagi) – 1.20 tgh (sesi ptg)

        Kali kedua : Pada masa rehat

        Kali ketiga : Selepas masa akhir hari berkenaan

  1. Memastikan semua murid berbaris dengan betul apabila loceng dibunyikan pada:

        - Masa pertama (Dataran)

        - Selepas rehat (Dataran)

        - Masa akhir persekolahan (Berhampiran kelas masing-masing)

6.  Memastikan laporan kehadiran harian setiap kelas diperolehi dan dimasukkan dalam system berkomputer untuk laporan ke JPN sebelum jam 9.00 pagi /2.00 ptg setiap hari

  1. Memastikan loceng dibunyikan secara manual jika sistem penggera automatic tidak berfungsi.

8.         Mengetuai operasi “ Spot Check” ke kelas tertentu dengan bantuan guru disiplin / pengawas  dan mengambil tindakan susulan. (“ Spot Check” dijalankan sekurang-kurangnya untuk 1 (satu) kelas dalam minggu berkenaan.)

 11.         Memastikan Buku Laporan Bertugas Mingguan telah dikemaskinikan dan diserahkan  kepada Guru Besar / PK Hem pada setiap hari khamis.

 12.        Membuat ulasan / laporan bertugas minggu berkenaan semasa perhimpunan minggu berikutnya.

 13.        Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar / Penolong Kanan.

 14.         Memastikan kipas.lampu dan pintu ditutup sebelum meninggalkan kelas .

  1. GURU BERTUGAS DI PINTU PAGAR

        1.  Tempoh bertugas:

       Sesi pagi    : 7.20-7.35 dan 12.40-1.20 /  Sesi Petang  : 12.40 – 1.15 dan 6.10 – 6.20

  2.  Memastikan para pengawas menjalankan tugas di semua laluan masuk / keluar sekolah serta menandatangani borang laporan bertugas mereka.

        3.  Memastikan pelajar yang datang ke sekolah atau balik selamat dan sentiasa

                mematuhi undang-undang lalu lintas.

  4.         Memastikan tiada pelajar yang keluar dari kawasan sekolah sepanjang waktu persekolahan kecuali dengan kebenaran GB/ PK /Ketua Guru Bertugas.

  5  Memastikan para pelajar yang berbasikal menunda basikal mereka dari / ke pintu pagar dalam satu   barisan menuju / dari tempat letak basikal pelajar.

  6. Memastikan basikal-basikal pelajar diletak dengan teratur dan berkunci tempat yang telah

      ditetapkan.

  7.  Menahan pelajar yang lewat hadir dan mengambil tindakan susulan ke atas mereka. ( Pelajar mesti berada di kawasan sekolah selewatnya-lewatnya 05 minit sebelum bermula waktu persekolahan / perhimpunan harian

  8.        Memastikan tiada orang luar yang memasuki kawasan sekolah tanpa urusan  yang berkaitan dengan sekolah.

        9.  Membuat laporan melalui ketua guru bertugas untuk dicatatkan dalam Buku Laporan Bertugas     Mingguan.

   10. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua / Penonlong Kanan .

   

  1. GURU BERTUGAS MENGAWAL BLOK PERSEKOLAHAN (KECERIAAN)  

                1.    Tempoh bertugas :

            Sesi pagi     : 7.30 pg-1.30 tgh / Sesi petang : 1.20 tgh – 6.20 ptg

                2.    Membuat rondaan ke seluruh blok persekolahan 3 kali sehari :

            Kali pertama : 7.45 pg ( sesi pagi ) -1.20 (sesi ptg)

            Kali kedua    : Permulaan waktu rehat

            Kali ketiga    : Selepas loceng akhir persekolahan

                3.    Membuat pemerhatian dan pengawasan ( semasa rondaan dan sepanjang tempoh bertugas ) mengenai aspek :

            a.        Kelancaran proses P&P

                    b.       Kebersihan kelas-kelas, kaki lima kelas dan kawasan sekitar

               c.       Keceriaan dan ketenteraman suasana P&P

                   d.       Membuat penilaian kebersihan dan keceriaan kelas dari aspek yang telah ditetapkan.

           4.   Menyediakan laporan untuk dicatatkan dalam buku laporan mingguan melalui ketua guru bertugas.

  1.  GURU BERTUGAS SELAKU GURU DISPLIN DAN KESELAMATAN MURID

        1.  Tempoh bertugas :

                       Sesi pagi     : 7.30 pg-1.30 tgh / Sesi petang : 1.20 tgh – 6.20 ptg

       2. Memberi perhatian dan mengambil tindakan segera tentang :

                   a.        Keselamatan murid

                   b.        Disiplin murid

                   c.        Kemalangan / sakit (membawa murid ke hospital / klinik / rumah )

                       dan rawatan kecemasan

                3. Mengisi borang kebenaran murid ke hospital atau keluar dari kawasan sekolah

           ( sakit / sebab lain ) dan memaklumkan kepada guru kelas yang terbabit.

          4. Memastikan dan membimbing para pengawas bagi sektornya menjalankan

              tugas dengan baik da menandatangani laporan bertugas mereka.

                5.  Mengambil tindakan susulan kepada murid yang sengaja melanggar peraturan

              sekolah dan ke atas kelas yang kurang ceria /  tidak kemas.

           6.   Mengemaskinikan borang-borang Akaun Salah Laku Pelajar mengikut kelas  yang berkaitan.

                7.  Memastikan murid-murid beratur dengan betul pada awal masa pertama,

              selepas rehat dan selepas loceng akhir persekolahan dibunyikan serta memastikan para pelajar  

               telah menutup semua suis, tingkap dan pintu sebelum meninggalkan kelas masing-masing.

                8.  Menyampaikan laporan kepada ketua guru bertugas untuk dicatatkan.

  1. GURU BERTUGAS DI KANTIN SEKOLAH

                1.  Bertugas membantu guru RMT dalam mengawas pelajar ketika makan seawal jam 7.15 pagi /  

              12.45 tgh        

        2. Membantu guru disiplin / pengawas yang bertugas di kantin sekolah. Tempoh bertugas ialah 10    minit sebelum waktu rehat hingga 10 minit selepas waktu rehat harian pelajar.

        3. Memastikan murid-murid membeli dan menikmati makanan serta minuman dalam keadaan yang  teratur, tertib serta berdisiplin.

                4. Memastikan tiada murid yang makan di luar daripada kawasan yang telah ditetapkan.

        5. Memastikan murid-murid hanya membuang bekas / pembalut makanana atau minuman ke dalam tong sampah yang disediakan dan tidak membuang sampah sesuka hati.

6. Memastikan murid meletakkan sudu, gelas, piring dan pinggan di tempat yang  telah  ditetapkan dengan tertib dan betul sebaik sahaja selesai makan.

  1. Memastikan disiplin murid dalam keadaan terkawal sepanjang waktu rehat .

                8.  Membaca Doa Makan sebelum makan dan selepas makan.

       9.     Memastikan semua murid bergerak ke kelas dengan segera dan tertib, sebaik sahaja loceng tamat waktu rehat dibunyikan. Selepas rehat, murid-murid mestilah berada di tepi kelas masing-masing.

10. Membuat laporan kepada Ketua Guru Bertugas untuk dicatatkan sebagai tindakan dan perhatian Guru Besar / P.K (HEM).

11.  Menjalankan tugas-tugas semasa yang diarahkan oleh Guru Besar/ PK