SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SRI ANDALAS
LAPORAN MINIT MESYUARAT BIDANG KEMANUSIAAN
2010

TARIKH : 26. 7. 2010
MASA : 12.30 PETANG
TEMPAT : BILIK MESYUARAT SMKSA
KEHADIRAN :
- Semua guru sesi petang

BIL

AGENDA

PERKARA / CADANGAN/ KEPUTUSAN

TINDAKAN

1.

Ucapan Pengerusi

  • Ucapan terima kasih untuk semua guru kerana menghadiri mesyuarat Bidang Kemanusiaan.
  • Ketua bidang menyatakan tujuan utama mesyuarat diadakan adalah untuk merancang dan meneliti aktiviti bidang sempena sambutan Bulan Kemerdekaan 2010 sesi petang.
  • Bagi tahun ini diharapkan semua guru-guru Bidang Kemanusiaan meneruskan semangat kerjasama yang ditonjolkan dan sentiasa menyumbang idea untuk kepentingan bidang mahupun sekolah.

Semua guru Bidang Kemanusiaan

2.

Pengagihan tugas Program Sambutan Bulan Kemerdekaan 2010 sesi petang

  • Semua guru bidang kemanusiaan merancang Sambutan Bulan Kemerdekaan 2010. Pelaksanaan dilakukan mengikut jadual waktu masing-masing. Aktiviti dijalankan serentak mengikut kelas yang telah ditetapkan.
  • Setiap pertandingan perlu menyediakan borang penyertaan untuk memudahkan penyampaian sijil.
  • Program dijalankan selepas rehat pada jam 5.oo petang. Pelajar Islam digalakkan menunaikan solat Asar terlebih dahulu, manakala pelajar bukan Islam digalakkan membantu guru-guru menyediakan aktiviti di tempat yang ditetapkan.
  • Program akan tamat pada jam 6.15 petang. Perhimpunan mingguan seperti biasa akan diadakan.

Semua guru sesi petang

3.

Program Bicara Tokoh

  • Program ini akan menjemput Datuk Jamali Shadat untuk menyampaikan ceramah bertajuk “1 Malaysia”. Pelajar terdiri daripada tingkatan 1 Galaksi, 1 Utarid, 1 Suria, 2 Galaksi, 2 Utarid dan 2 Suria.

Semua guru panitia Sejarah.

Pelajar 1 Galaksi, 1 Utarid, 1 Suria, 2 Galaksi, 2 Utarid dan 2 Suria.

  • Guru Penyambut tetamu akan menyambut ketibaan tokoh dan menyediakan jamuan untuk tokoh.

Haryani dan Aisyah

  • Guru PA system yang dibantu oleh Kelab Audio akan menyelaras persediaan dan mengemas audio.

Mariani

  • Dewan akan disusun kerusi dan meja ke tepi supaya member peluang pelajar duduk di atas lantai.
  • Meja dan kerusi akan dikemas semula ke kedudukan asal selepas program tamat.

Suhaiza dan Siti Zanaida

  • Guru cenderamata akan menyediakan cenderamata berupaya cek sagu hati kepada penceramah. Guru akan berurusan dengan Ketua Bidang.

Roslina

  • Ketua Bidang melantik Encik Ahmad Hidayat sebagai pengacara majlis.

 

Ahmad Hidayat

4.

Program Tayangan Ambang Kemerdekaan

  • Program ini akan diadakan di bilik bahasa bersama pelajar tingkatan 1 Zuhrah, 1 Bumi, dan 1 Marikh.
  • Guru panitia Sivik akan menyediakan soalan kuiz berdasarkan filem yang akan ditayangkan. Soalan berbentuk isi tempat kosong atau soalan ringkas supaya pelajar dapat terus menjawab soalan tersebut.

Semua guru panitia Sivik.

Pelajar 1 Zuhrah, 1 Bumi, 1 Marikh.

5.

Pertandingan Congkak (Perempuan)

  • Program ini diadakan di Kantin bersama pelajar perempuan tinkatan 2 Zuhrah dan 2 Bumi.
  • Guru panitia PJK akan menentukan syarat pertandingan. Para pelajar diberikan masa 10 minit untuk bermain congkak. Pelajar yang mempunyai guli yang terbanyak di rumahnya akan dikira sebagai pemenang.

Semua guru panitia PJK.

Pelajar 2 Zuhrah dan 2 Bumi.

6.

Pertandingan Sepak Raga Bulatan (lelaki)

  • Program ini dijalankan di tapak perhimpunan bersama pelajar lelaki tingkatan 2 Zuhrah dan 2 Bumi.
  • Setiap pasukan terdiri daripada 4 orang. Pasukan dikira sebagai pemenang jika dapat menimang bola paling lama.

Semua guru panitia PJK.

Pelajar 2 Zuhrah dan 2 Bumi.

7.

Pertandingan Mewarna

  • Program ini dijalankan di kelas bersama pelajar tingkatan peralihan 1 dan peralihan 2.
  • Guru akan menyediakan kertas dan corak lukisan. Pelajar perlu membawa alatan mewarna sendiri.

Rosaida.

Pelajar peralihan 1 dan peralihan 2.

8.

Pertandingan Melukis

  • Program akan dijalankan di kelas bersama pelajar tingkatan 1 Musytari, 1 Zuhal, 2 Marikh, 2 Musytari, dan 2 Meteorit.
  • Guru akan menyediakan tajuk dan kertas lukisan. Pelajar perlu mambawa alat melukis sendiri.

Siti Norliza.

Pelajar 1 Musytari, 1 Zuhal, 2 Marikh, 2 Musytari, dan 2 Meteorit.

9.

Kuiz Agama / Moral (bertulis)

  • Program  akan dijalankan di Pusat Sumber Bersama pelajar tingkatan 1 Uranus, 1 Neptun, 2 Zuhal dan 2 Uranus.
  • Guru Panitia Pendidikan Islam dan Moral akan menyediakan soalan kuiz bertulis dan skema jawapan untuk menyemak. Soalan direso mengikut bilangan pelajar.

Semua guru panitia Pendidikan Islam dan Moral.

Pelajar 1 Uranus, 1 Neptun, 2 Zuhal dan 2 Uranus.

10.

Kuiz Cintai Malaysia (bertulis)

  • Program akan dijalankan di Kelas bersama pelajar tingkatan 1 Pluto, 1 Asteroid, 1 Meterorit, 2 Neptun, 2 Pluto, dan 2 Asteroid.
  • Guru panitia Geografi menyediakan soalan kuiz bertulis dan skema jawapan untuk menyemak. Soalan direso mengikut bilangan pelajar.

Semua guru panitia Geografi.

Pelajar 1 Pluto, 1 Asteroid, 1 Meterorit, 2 Neptun, 2 Pluto, dan 2 Asteroid.

11.

Futsal 1 Malaysia
Bola Jaring 1 Malaysia

  • Pertandingan akan dijalankan sepanjang 3 Ogos 2010 sehingga 10 Ogos 2010 kepada semua pelajar tingkatan peralihan, tingkatan satu, dan tingkatan dua.
  • 10 markah bonus akan diberikan kepada kumpulan yang mempunyai pelbagai kaum iaitu, kaum Cina, India, dan Melayu.

Semua guru panitia PJK.

12.

Penangguhan

  • Mesyuarat Bidang Kemanusiaan ditangguhkan pada pukul 1.00 petang.

Semua guru Bidang Kemanusiaan

Disediakan oleh,

.........................................

(Halimatun Saadiah Binti Hell Mee)
Setiausaha

Disahkan oleh,

......................................
(Sarimah bt Abdul Murad)
Ketua Bidang Kemanusiaan