INSTITUT PENGAJIAN SISWAZAH

TMP 6103

MATHEMATICS FOR GIFTED CHILDREN

TUGASAN 2 :

PENULISAN ILMIAH (INDIVIDU)

“CONCEPTIONS OF INTELLIGENCE”

NAMA PELAJAR                : HUSNUL HADI BIN HALIM

NO.MATRIK                        : M20101000132

BIDANG PENGAJIAN                : SARJANA PENDIDIKAN

  (MATEMATIK SEKOLAH RENDAH )

NAMA PENSYARAH          : PROF. DR. MARZITA PUTEH

CONCEPTIONS OF INTELLIGENCE

PENGENALAN

Kecerdasan adalah istilah yang sering diperkatakan oleh ramai orang namun kerap kali disalah erti oleh tanggapan rawak. Bagi masyarakat umum, kecerdasan dihubungkan dengan keupayaan mental dengan pencapaian yang boleh dilihat seperti pencapaian akademik, status di dalam hierarki pekerjaan, berjaya di dalam bidang-bidang yang diceburi dan kecerdasan minda melakukan proses 4 kognitif seperti mengira dan menyelesaikan masalah. Namun bagi sesetengah ahli psikologi pula memberi definisi kecerdasan seperti berikut :

  1. Daya melakukan tindak balas yang baik daripada sudut kebenaran atau fakta (E. L. Thorndike).
  2. Keupayaan untuk melakukan proses berfikir secara abstrak (L. M. Terman).
  3. Keupayaan untuk belajar menyesuaikan diri dengan persekitaran (S. S. Colvin).
  4. Keupayaan untuk mendapatkan pengetahuan dan memanfaatkan pengetahuan (V. A. C. Herman).
  5. Keupayaan untuk belajar atau memanfaatkan pengalaman (H. Woodrow).

(Sternberg dan Powell 1982, 978)

Manakala ramai lagi ahli psikologi yang memberi maksud kecerdasan ini yang disusun mengikut kronologinya iaitu:

  1. Keupayaan individu memahami, membuat pertimbangan dan taakulan dengan baik (Binet, 1916).
  2. Keupayaan individu mengatasi masalah dalam kehidupan seharian. (Alloport, 1937)
  3. Apa yang diukur oleh ujian kecerdasan (Boring, 1950).
  4. Membuat adaptasi pada persekitaran fizikal dan sosial (Piaget, 1950).
  5. Kebolehan kognitif yang umum dan semula jadi (Burt, 1954).
  6. Keupayaan menyeluruh individu bagi bertindak secara bermatlamat, berfikir secara rasional dan menguruskan persekitaran dengan berkesan (Wechsler, 1958).    
  7. Konsep biologi yang merujuk tahap kecerdasan yang tinggi hasil daripada integrasi fungsi-fungsi yang tinggi dan terpecut dalam otak (Clark, 1983).
  8. Menggunakan kognisinya dengan berkesan bagi memenuhi tuntutan kehidupan seharian (Lahey, 1983).

Dan sering digunapakai datangnya daripada Ahli psikologi dari Universiti Yale, Robert Sternberg (1985), kecerdasan merupakan pengetahuan dan maklumat tentang dunia, dan kebolehan menggunakan pengetahuan tersebut untuk menaakul, dan membuat adaptasi kepada, persekitaran kita (Sternberg, 1985)

Menurut kamus dewan, kecerdasan bermaksud kesempurnaan akal (untuk berfikir, mengerti, dan lain-lain seperti kepandaian, kepintaran, kecerdikan). Sebenarnya istilah ‘kecerdasan’ mula diperkenalkan oleh Sir Francis Galton dan beliau percaya bahawa kebolehan intelek seseorang adalah bersifat penurunan. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kecerdasan seseorang individu iaitu faktor warisan iaitu kecerdasan dipengaruhi oleh hubungan genetik dan ada juga menganggap faktor persekitaran seperti susunan kelahiran, kelas sosial dan cara pengasuhan ibu bapa turut mempengaruhi kecerdasan seseorang individu itu.

Pengertian kecerdasan mengikut pakar-pakar psikologi ini memperlihatkan ada kecenderungan untuk menjelaskan hakikat kecerdasan, iaitu terdapat hanya satu jenis kecerdasan sahaja yakni kecerdasan kognitif. Beberapa penyelidik telah menyarankan bahawa kecerdasan adalah kemampuan, tunggal umum, sementara yang lain percaya bahawa kecerdasan merangkumi pelbagai bakat, kemahiran, dan bakat yang akan dirungkai kelak melalui model-model kecerdasan.

MODEL-MODEL KECERDASAN

Jika dilihat daripada jadual tersebut, terdapat banyak teori-teori dan model-model kecerdasan yang telah disusun mengikut kronologi. Namun penulis hanya akan mengetengahkan tiga model utama yang mempengaruhi konsep kecerdasan iaitu yang digunakan oleh Council of Curriculum, Examinations and Assessment (CCEA) iaitu

  1. Model Kecerdasan 3 Rings Joseph Renzulli
  2. Model Pelbagai Kecerdasan Howard Garner
  3. Model Kecerdasan Thiarchic Robert Stenberg

 MODEL KECERDASAN 3 RINGS JOSEPH RENZULLI

Rajah 1: Joseph Renzulli

Dalam buku Conception Giftedness, Renzulli menyatakan sejarah tidak mengingati mereka yang mendapat markah tertinggi dalam ujian IQ ataupun mereka yang belajar dengan sempurna. Hal ini dibuktikan seperti Albert Einstein bukan seorang yang bijak semasa di sekolah. Menurut Renzulli (1978) mencadangkan tiga faktor utama untuk mengenalpasti tahap keupayaan kanak-kanak. Tiga ciri dalam model Renzulli iaitu komitmen kerja, kreativiti dan kebolehan yang lebih tinggi. Model Renzulli ini menjelaskan bakat individu boleh dikembangkan. Renzulli telah membuat andaian bahawa kecerdasan merupakan multi-dimensi dan ia boleh diletakkan di setiap kawasan kemampuan manusia. Jika ciri tersebut digabungkan akan membentuk tingkah laku yang berbakat. Hal ini menunjukkan ketiga-tiga ciri tersebut adalah berkait-rapat untuk menjadikan seseorang itu berbakat kreatif. Berikut adalah ciri-ciri ketiga-tiga faktor yang mempengaruhi kecerdasan seseorang:

Kebolehan Yang Lebih Tinggi (Above-average ability)

Faktor pertama ialah kebolehan yang lebih tinggi mempunyai perbezaan antara keupayaan biasa dengan keupayaan spesifik. Contoh kebolehan biasa ialah memproses maklumat, pemikiran abstrak dan pengalaman bersepadu. Manakala, kebolehan spesifik ialah kemampuan menyimpan pengetahuan dan dapat ditunjukkan dalam aktiviti. Menurut teori ini, individu tidak dinilai berdasarkan keupayaan yang tinggi atau hebat. Oleh itu, kebolehan lebih tinggi tidak harus disamakan dengan kecerdasan intelektual yang tinggi. Beliau menganggap individu yang paling produktif tidak selalu mempunyai skor di atas lima peratus dari ujian kemampuan umum. Walau bagaimanapun, beliau menolak ujian kemampuan intelektual umum untuk menentukan kebolehan lebih tinggi. Hal yang demikian, beliau menyarankan kecerdasan atau ujian potensi akademik digunakan hanya untuk pengesan awalan atau untuk menetapkan tahap prestasi minimum. Berikut adalah ciri-ciri lain bagi faktor kebolehan lebih tinggi ini iaitu:

  1. Tahap pemikiran abstrak, penalaran verbal dan numerik, hubungan visual, memori dan kelancaran kata yang tinggi.
  2. Adaptasi kepada situasi baru
  3. Pemilihan maklumat yang cepat, tepat dan terpilih.
  4. Pelaksanaan kemampuan ini kepada satu atau lebih bidang khusus dalam pengetahuan, teknik dan strategi
  5. Penggunaan kemampuan di (4) dengan tepat dalam mengejar masalah atau kepentingan tertentu.
  6. Kapasiti untuk menyusun   maklumat dari yang relevan dan tidak relevan dalam (5).

Kreativiti (Creativity)

Faktor kedua ialah kreativiti. Menurut Taylor (1978), Khatena dan Sawyers (1987) menggambarkan kategori utama kecerdasan ialah kreativiti. Renzulli, Albert dan Runco (1986) percaya bahawa kreativiti merupakan ciri-ciri kecerdasan. Namun, kurang bersetuju dengan penggunaan istilah kreativiti. Menurut Ebert (1994) dan Cropley (1997) menjelaskan kreativiti digunakan secara pelbagai untuk ditafsirkan seperti siapa kreatif, produk dan proses pemikiran. Manakala, ,terdapat empat ciri kreatif yang dikemukan oleh Guilford dan Torrance (Wallace 1986b). Pertama ialah ciri kelancaran iaitu kemampuan untuk menjana pelbagai idea. Kedua ialah fleksibiliti iaitu membenarkan perubahan. Ketiga ialah keaslian iaitu kemampuan mencipta dan menghasilkan idea yang luar biasa. Keempat ialah penghuraian iaitu kemampuan untuk mengolah idea, serta kesan dan akibatnya. Merujuk kepada Renzulli (1986) dan Khatena (1992), kemampuan untuk berfikif kreatif dapat membezakan kanak-kanak pintar cerdas dengan kanak-kanak normal. Ciri-ciri lain ialah:

  1. Kelancaran, fleksibel dan keaslian.
  2. Keterbukaan terhadap pengalaman dan penerimaan terhadap apa yang baharu dan berbeza.
  3. Rasa ingin tahu, berfikir spekulasi, inginkan cabaran dan sanggup mengambil risiko dalam pemikiran dan tindakan.
  4. Sensitif terhadap  ciri-ciri dan nilai-nilai estetika tentang sesuatu dan idea-idea.
  5. Kesediaan untuk bertindak atau bertindak balas terhadap ransangan luar dan idea-idea dan perasaan sendiri.

Komitmen Dalam Tugas (Task commitment)

Dalam komitmen tugas, Renzulli menjelaskan motivasi berubah menjadi tindakan seperti ketekunan, daya tahan dan bekerja keras. Beliau berpendapat bahawa tanpa komitmen tugas prestasi tinggi sangat mustahil. Oleh itu, komitmen tugas juga berkait rapat antara ciri-ciri lain untuk mencapai ciri berbakat. Ciri-ciri faktor komitmen dalam tugas ini ialah:

  1. Kemampuan untuk tahap minat, daya tarikan, keghairiahan dan penglibatan yang tinggi.
  2. Kemampuan untuk ketekunan, daya tahan, tekad, kerja keras dan amalan berdedikasi.
  3. Kepercayaan kendiri – percaya terhadap kemampuan seseorang untuk melaksanakan perkara-perkara penting.
  4. Dorongan untuk mencapai kejayaan.
  5. Kemampuan untuk mengenal pasti masalah khusus dan menetapkan kepada komunikasi dan pembangunan baru.
  6. Penetapan standard tinggi untuk bekerja.
  7. Keterbukaan dalam menerima kritikan daripada diri sendiri dan orang lain.
  8. Pembangunan rasa estetika terhadap kualiti dan kecermerlangan dalam kerja sendiri dan orang lain.

Rajah 2: Konsep Renzulli’s Three-Ring

Model Renzulli bukan model kecerdasan tetapi merupakan model kepada kemampuan untuk mengembangkan bakat yang ada. Menurut Gagne (1991) menyatakan model Renzulli tidak mengambarkan tahap pencapaian kanak-kanak pintar cerdas dan hanya penyokong perkhidmatan untuk anak-anak yang sudah berjaya akademik (Gross 1993a). Renzulli (1986) menyatakan kanak-kanak tidak perlu menunjukkan ketiga-tiga ciri iaitu keupayaan tinggi, kreativiti dan komitmen tugasan tetapi masih dikenalpasti sebagai pintar cerdas jika mereka mempunyai potensi menunjukkan perkembangan ketiga-tiga ciri utama.

Berbeza dengan Feldhusen dan Hoover (1996) menyatakan bahawa kebolehan biasa, bakat spesifik merupakan salah satu pencapaian yang tinggi kepada potensi kecerdasan. Mereka percaya bahawa rasa diri (sense of self) akan mencipta motivasi untuk belajar dan meningkatkan potensi. Manakala, Renzulli menerangkan aspek motivasi dan kreativiti berdasarkan Feldhusen dan Hoover berpendapat hasil dari persekitaran menyumbangkan kepada rasa diri (sense of self). Mereka berpendapat bahawa, walaupun motivasi dan kreativiti adalah untuk tujuan pendidikan yang bermanfaat, ini tidak akan menjadikannya cerdas atau berbakat dan kerana itu tidak perlu mendefinisikannya. Terdapat kritikan terhadap model Renzulli kerana ciri-ciri bakat merupakan ciri dalaman individu. Tetapi, merujuk kepada Abraham dan Tannenbaum (1983, 1997) menerangkan bakat dan produktiviti bukan sahaja hasil daripada pengaruh dalaman tetapi juga daripada pengaruh luaran kanak-kanak.

Cox, Daniel dan Boston (1985) menyatakan bahawa teori Renzulli melihat kepada ucapan yang telah dibuat oleh Whitehead iaitu pendidikan haruslah mempunyai irama “roman, ketelitian dan generalisasi”. Henry Levin, telah memegang kepada teori yang telah dikemukaan oleh Renzulli dan model yang berkaitan tentang pengayaan Schoowide. Teori yang dikemukakan oleh Renzulli menunjukkan diagram Venn, yang berpendapat bahawa seseorang yang berbakat mempunyai jumlah kecerdasan yang lebih tinggi, kreativiti dan mempunyai komitmen dalam tugas. Oleh itu, satu langkah kecerdasan yang tinggi dalam intelektual dan kreativiti untuk sekolah telah dianjurkan tetapi menggunakan instrumen seperti senarai semak dan ujian kreativiti.

Menurut Renzulli dan Reis (1989), perilaku seseorang yang berbakat mencerminkan interaksi dasar antara tiga dasar kumpulan yang terdapat pada diri seseorang manusia itu iaitu mereka yang mempunyai kecerdasan yang tinggi secara umum ataupun khusus dalam sesuatu perkara, mempunyai komitmen tugas yang tinggi dan mempunyai tahap kreativiti yang tinggi. Individu seperti ini juga mampu mengembangkan sifat yang ada pada dirinya dan menerapkannya keseluruh kawasan yang berpotensi meningkatkan prestasi seseorang manusia itu.

Memandangkan bahawa bakat yang dibangunkan hanya dilihat pada orang dewasa, definisi bakat yang dicadangkan kepada kanak-kanak ialah sesuatu potensi yang dilihat di dalam dirinya dalam kegiatannya sebagai seorang yang kritis dalam sesuatu bidang yang mampu meningkatkan moral, fizikal, emosi, sosial, intelektual atau kehidupan umat manusia. Sesungguhnya definisi yang diberikan ini berdasarkan teori iaitu mereka yang melihat dari segi kedudukan falsafah tentang sifat seseorang yang berbakat.

MODEL PELBAGAI KECERDASAN HOWARD GARDNER

Rajah 3: Howard Gardner

Pada tahun 1983, seorang ahli psikologi barat iaitu Howard Gardner telah mengasaskan satu teori yang berkaitan dengan kecerdasan iaitu teori kepelbagaian kecerdasan melalui bukunya Gardner, Frames of Mind. Teori ini hasil daripada kajian beliau yang dijalankan terhadap pelbagai lapisan masyarakat yang mempunyai pelbagai kriteria tersendiri dalam kalangan kanak-kanak biasa dan kanak-kanak istimewa. Menurut Howard Gardner, kecerdasan tidak boleh diwarisi semata-mata dan kecerdasan boleh dipengaruhi oleh budaya, persekitaran, peluang pendidikan, makanan, suasana pembelajaran dan lain-lain. Teori Pelbagai Kecerdasan yang diperkenalkan oleh Howard Gardner lebih kepada aspek kognitif dan perkembangan psikologi, antrapologi dan sosiologi dalam menjelaskan kecerdasan manusia. Pada mulanya teori ini terdiri daripada tujuh kecerdasan tetapi pada tahun 1999 dan 2005, dua lagi kecerdasan dimasukkan ke dalam teori ini.

Pendapat yang dikemukakan oleh Howard Gardner menunjukkan bahawa kecerdasan seseorang dapat ditingkatkan melalui pendidikan dan latihan. Beliau telah menyenaraikan lapan kecerdasan yang terdapat pada seseorang. Kecerdasan seseorang tidak semestinya melibatkan kesemua kecerdasan yang dinyatakan oleh Howard Gardner. Walaubagaimanapun, Gardner (2005), telah membuat satu spekulasi bahawa terdapat kewujudan kecerdasan yang kesembilan iaitu ‘existential intelligent’ yang digelar oleh beliau sebagai ‘intelligence of big question’ . Menurut Gardner, setiap individu mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza kecerdasan dan kecerdasan tersebut boleh ditingkatkan dengan pendidikan melalui aktiviti yang bersesuian. Kecerdasan kesembilan yang rendah dalam jenis kecerdasan yang lain. Walaubagaimanapun, terdapat juga mereka yang yang mempunyai tahap kecerdasan dalam kesemua lapan kecerdasan yang disenaraikan. Kecerdasan yang dinyatakan dalam teori kepelbagaian kecerdasan mempunyai perkaitan antara kecerdasan tersebut. Hampir semua orang boleh diperkembangkan dalam kesembilan-bilan kecerdasan yang disenaraikan ke tahap yang tinggi, jika keadaan-keadaan seperti galakan, penggayaan dan pengajaran adalah sesuai (Armstrong, 1994). Dalam konteks pendidikan, guru memainkan peranan penting untuk merancang aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran supaya dapat memenuhi keperluan kecerdasan iaitu yang terdiri daripada sembilan kecerdasan yang diperkenalkan oleh Gardner. Berikut adalah kesembilan-sembilan kecerdasan yang diutarakan oleh Gardner:

Rajah 4: Teori Pelbagai Kecerdasan Howard Gardner

Kinestetik

Kebolehan menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota tubuh badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah. Cekap mengintepretasi pergerakan anggota atau tubuh. Lebih cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pergerakan badan seperti bersukan, menari, gimrama dan lain-lain. Seseorang individu juga cekap memanipulasi objek fizikal dan dapat mengimbangi antara pergerakan fizikal dengan mental.

Interpersonal

Kecerdasan interpersonal membolehkan seseorang memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Individu ini dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah. Dapat memberi motivasi kepada orang lain.

Intrapersonal

Kebolehan untuk refleksi diri sendiri dan sedar akan sifat dalaman diri. Individu ini cuba untuk memahami perasaan dalaman, impian, perhubungan dengan orang lain, kelemahan dan kekuatan yang ada. Kemahiran yang ada ialah mengenalpasti kelemahan dan kekuatan sendiri, menganalisis diri sendiri dan menilai cara berfikir.

Logik-Matematik

Kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak ini membolehkan seseorang menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual dan abstrak. Individu yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menyelesaikan masalah kompleks yang berkaitan dengan matematik dengan mudah serta boleh membuat perkaitan, menyoal, menganalisis, mensintesis, mengira dan menggunakan komputer dengan cekap.

Muzik

Kebolehan untuk berfikir dalam bentuk musikal, mendengar dan mengecam paten, membezakan antara bunyi dan mencipta lagu. Sensitif dengan bunyi di persekitaran. Kemahiran individu ini ialah menyanyi, bersiul, mengubah lagu, mengingati melodi, memahami struktur dan rentak lagu.

Verbal-Linguistik

Kebolehan menggunakan bahasa dengan efektif sama ada  secara lisan dan bertulis. Individu ini mempunyai kemahiran mendengar dan berfikir dalam bentuk perkataan. Kemahirannya meliputi mendengar, bercakap, menulis, bercerita, menerangkan, mengingati maklumat dan memahami perkataan.

Visual-Ruang

Kebolehan untuk berfikir secara gambaran, imej, bentuk dan corak. Kebolehan untuk membentuk model secara visual dan mengaplikasi model itu kepada dunia fizikal. Individu ini gemar melihat peta, carta, gambar, video dan filem. Kebolehan individu ini ternasuk membaca, menulis, memahami carta dan graf. melakar, melukis dan menterjemah imej secara visual.

Naturalis

Seseorang pencinta alam yang dapat mengenali dan mengklasifikasikan flora, fauna dan galian dengan mudah. Lebih menghabiskan masa di luar dan gemar mendengar bunyi-bunyian yang terdapat di alam sekitar. Individu yang sensitif terhadap alam sekitar dan dapat menghubungkaitkan antara kehidupan flora dan fauna.

Eksistensialis

Menurut Suppiah et al (2009), kecerdasan eksitensialisis ini merupakan aliran falsafah yang fahamannya berpusat kepada kejadian dan kewujudan manusia, erti kehidupan, kematian dan juga realiti yang dihadapi oleh manusia dalam kehidupannya. Kebayakkan individu yang memiliki kecerdasan ini sering menimbulkan persolan yang berkaitan dengan nilai-nilai hasil pemerhatiannya terhadap persekitaranya. Persoalan yang ditimbulkan oleh mereka kadang kala tidak dapat ditimbulkan oleh individu biasa dan sukar untuk diterima. Individu seperti ini juga gemar dengan pembelajaran yang bermakna, membuat sintesis idea, perkaitan dengan kurikulum, sastera dan budaya. Individu yang memiliki kecerdasan ini memerlukan pengajaran melalui kaedah pengajaran terhadap kajian alam dan mengaitkan bahan dengan tema. Antara tokoh yang dikaitkan dengan kecerdasan ini adalah seperti Plato , Socrates dan Einstein.

MODEL KECERDASAN THIARCHIC ROBERT STENBERG

Rajah 3: Robert J. Sternberg

Ahli psikologi dari Universiti Yale, Robert Sternberg, menganggap kecerdasan adalah sesuatu yang bersangkut paut dengan pemprosesan maklumat. Dia mengkaji bagaimana maklumat mengalir ke dalam diri kita dan bagaimana maklumat ini berubah mengikut keperluan lingkungan kita. Analisis yang dilakukannya akhirnya muncul sebagai model kecerdasan bercabang tiga (triarchic). Cabang-cabang yang dinyatakannya adalah kecerdasan analitik (componential intelligence), kecerdasan pengalaman (experiential intelligence) dan kecerdasan praktikal (contextual intelligence).

Sternberg mengakui bahawa seseorang individu tidak semestinya mempunyai satu sahaja kecerdasan yang disebutkannya. Ada individu yang mempunyai integrasi ketiga-tiga cabang kecerdasan ini dengan menunjukkan tahap kecerdasan yang tinggi. Berikut adalah ketiga-tiga ciri kecerdasan tersebut:

Kecerdasan Analitik (Componential Intelligence)

Kecerdasan seseorang individu dalam bidang akademik bolehlah dipanggil sebagai kecerdasan analitik. Kecerdasan menganalisis merupakan ciri utama kecerdasan ini. Ada di antara pelajar yang dikatakan mempunyai kecerdasan luar biasa sehinggakan dinaikkan beberapa gred dalam persekolahannya (sistem persekolahan langkau kelas).  Menurut Sternberg, aspek kemahiran memproses maklumat (componential) menyatakan bahawa proses kognitif bertanggungjawab terhadap tingkah laku kecerdasan.  Kecerdasan analitik digunakan untuk mengenali dan memecahkan masalah, merumuskan strategi, menyusun dan menyampaikan maklumat.  

Perilaku kecerdasan analitik (Componential Intelligent Behavior).  Sub teori ini menekankan pada struktur dan mekanisme yang mendasari perilaku cerdas. Di dalamnya terdapat tiga komponen pemprosesan data iaitu belajar melakukan sesuatu, merencanakan apa yang akan dilakukan, dan bagaimana melakukan hal tersebut. Orang yang tergolong dalam bentuk ini umumnya akan meraih nilai yang tinggi dalam ujian kecerdasan, tapi  kurang kreatif dan kurang dapat berfikir kritis.

Kecerdasan analitik melibatkan tindakan menganalisis, membanding serta menilai.  Sebagai contohnya, pelajar membuat latihan Matematik.  Di dalam proses menyelesaikan masalah Matematik, pelajar akan menganalisis maklumat yang diberikan.  Kemudian membuat gerak kerja penyelesaian mengikut formula tertentu.

Kecerdasan Pengalaman (Experiental Intelligence)

Kecerdasan ini disama ertikan dengan kreativiti. Kecerdasan ini bolehnya dilihat sebagai kebolehan untuk mengatasi situasi baru lantas mempelajari dari situasi tersebut.  Dalam erti kata yang lain, individu yang berpengalaman akan lebih cekap dalam memproses maklumat dalam situasi baru.

Perilaku kecerdasan pengalaman (Experiential Intelligent Behavior).  Sub teori ini menunjukkan bahwa perilaku yang cerdas tidak akan selalu sama, seiring dengan perkembangan waktu. Kemampuan ini sangat ketara ketika seseorang harus menghadapi suatu hal baru atau harus menghadapi sesuatu persoalan secara spontan. Mereka yang memiliki karakter seperti ini mungkin tidak dapat mencapai nilai tinggi dalam ujian kecerdasan, namun sering merupakan orang yang kreatif dalam menghadapi hidup.

        Kecerdasan pengalaman berlaku apabila kita mencipta, umpamanya menghasilkan puisi, mencipta permainan baru, menghasilkan lukisan dan sebagainya.  Pengajaran dan penilaian kreatif harus membolehkan pelajar mendefinisikan masalah disamping memastikan pelajar dapat menyelesaikan masalah dengan baik dan boleh mengutarakan idea-idea mereka.

        Sebagai contoh, jika pelajar diberi suatu tugasan baru yang mempunyai kaitan dengan mereka, pelajar-pelajar yang mempunyai kecerdasan yang tinggi dalam kecerdasan pengalaman akan dapat belajar dengan cepat, menggunakan strategi yang sesuai secara automatik dan cekap tanpa membuang masa.

Kecerdasan Praktikal (Contextual Intelligence)

Ada sesetengah orang yang mampu mengadaptasi diri mereka di dalam apa sahaja situasi yang dituntut dalam lingkungan mereka. Mereka yang mempunyai kecerdasan ini pandai mengorak langkah untuk berjaya di dalam hidup.  Malahan mereka juga dapat bertahan dalam hidup kerana berjaya untuk mengatasi perubahan.

Perilaku kecerdasan praktikal (Contextual Intelligent Behavior).  Kecerdasan ini meliputi adaptasi dengan lingkungan, pemilihan lingkungan yang lebih optima daripada yang dimiliki sekarang, menata lingkungan yang ada agar sesuai dengan keterampilan, minat dan nilai yang dimiliki.  Kemampuan ini memungkinkan seseorang untuk menyatu dengan lingkungan dengan mengubah orang, lingkungan, atau keduanya. Dengan kata lain kemampuan untuk menyesuaikan diri dengan dunia.

Kecerdasan praktikal berlaku apabila kita menggunakan ataupun mengaplikasikan apa yang telah dipelajari ke dalam konteks dunia yang sebenar.  Sebagai contoh, Bakar belajar bahasa Arab di dalam kelas.  Apabila Bakar pergi melancong di negara-negara Timur Tengah, beliau menggunakan bahasa Arab tersebut untuk berinteraksi dengan orang-orang di tempat berkenaan.

Rajah 6: Teori Kecerdasan Thiarchis Robert Sternberg

PENUTUP

Membincangkan model-model kercerdasan ini, penulis dapat menyimpulkan bahawa sejak dahulu kecerdasan telah difokuskan pada dua isu utama. Pertama, adakah kecerdasan hanya satu atau pelbagai? Pada awal tahun 1904, ahli psikologi Inggeris Charles Spearman menggunakan analisis faktor untuk berpendapat kecerdasan yang terdiri dari sifat mental yang tunggal yang ia sebut "kecerdasan umum” (faktor (g)). Edward L. Thorndike dari Universiti Columbia, sebaliknya, berpendapat kecerdasan yang benar adalah bersifat heterogen, sementara L.L. Thurstone dari Universiti Chicago berpendapat kecerdasan terdiri dari sejumlah kecil kemampuan relatif yang bebas. Kemudian, Philip E. Vernon menawarkan konsep hirarki kecerdasan dalam usaha untuk mencapai kesimpulan pada isu ini. Namun, teori-teori alternatif bercambah banyak: khususnya bermula daripada tahun 1960 dan seterusnya, Joy P. Guilford berpendapat kecerdasan yang terdiri daripada 150 faktor independen (bebas); Howard Gardner dilihat mengfokuskan kepada tujuh jenis kecerdasan, dan Robert J. Sternberg berpendapat kecerdasan yang bercabang tiga (thiarchic). Sementara itu, faktor (g) Spearman terus untuk menarik ramai penyokong.

Isu kedua yang berterusan berfokus pada masalah keturunan lawan persekitaran. Awal abad kesembilan belas dalam mengukur keturunan dan peringkat spesies dan bangsa berevolusi percaya bahawa kecerdasan yang baik datang secara biologi dan diwariskan. Pada awal abad kedua puluh, para penyokong eugenik diyakini dan meminta kebenaran pelbagai program sosial, di sekolah-sekolah tinggi untuk menyokong pendapat kelayakan keturunan itu.

Seorang ahli Antropologi Franz Boas pada tahun 1910, bagaimanapun, menyarankan bahawa persekitaran memainkan peranan penting dalam membentuk kecerdasan, yang diperkuatkan dengan kajian seterusnya pada tahun 1930-an dan 1940-an, terutama di Institut Penyelidikan Kecerdasan Kanak-Kanak Iowa. Di era pasca Perang Dunia Kedua, baik faktor keturunan dan persekitaran sudah mendapat banyak perhatian. Kajian yang diinterpretasikan oleh beberapa ahli psikologi sebagai menunjukkan hubungan yang erat antara kecerdasan dan keturunan. Pada masa yang sama, terdapat peningkatan data di seluruh dunia di skor IQ (kesan Flynn) dan menunjukkan pengaruh pemakanan dan keadaan persekitaran di rumah menunjukkan kecerdasan datang daripada faktor persekitaran.Sementara beberapa korelasi positif dari skor IQ menafsirkan dengan status sosial ekonomi sebagai bukti dari sifat meritokrasi masyarakat Barat, yang lain berpendapat bahawa itu menggariskan watak budaya terikat dari semua instrumen kecerdasan-pengukuran, terutama ketika diterapkan pada masalah IQ dan bangsa. Adakah ujian kecerdasan itu kritis atau tidak, bagaimanapun, hanya sedikit yang mencabar idea bahawa kecerdasan itu sendiri merupakan sifat yang berkait dengan perundingan dunia kontemporari. 

RUJUKAN

An Influential Model of Giftedness (2005). Diperoleh pada September 27, 2010 daripada www.uni-bielefeld.de/paedagogik/Seminare/.../Renzulli.html.

David Lazear (2007). Pemikiran Aras Tinggi: Kaedah Kecerdasan Pelbagai (Wirakarnain Sani, Terjemah). Selangor. Wisdom Mind Resource Sdn Bhd.

Davis, G.A. dan Rimm, S.B. (1998). Education of the gifted and talented edn: Allyn & Bacon, Baston, MA.

Feldhusen, J.F., Van Winkle, L., dan Echle, D.A. (1996). Is it acceleration or simply appreciate instruction for precocious youth?. Teaching exceptional children, vol. 28, no 3, pp 48-51.

Gifted Education Program Review (2009). Diperoleh pada September 27, 2010 daripada www.peel.edu.on.ca/.../Final_-_Literature_Review_password_pat.pdf.

Guilford, J.P. (1959). Three faces of intellect American psychologist vol. 14, no. 8, pp 469-479.

Kecerdasan. Diperoleh pada Oktober 14, 2010 daripada http://eprints.utm.my/6264/1/BAB5.pdf

Kepelbagaian Kecerdasan Menurut Kline dan Martel. Diperoleh pada Oktober 12, 2010 daripada http://www.docstoc.com/docs/

Multiple Intelligence and Learning Style. Diperoleh pada Oktober 14, 2010 daripada http://projects.coe.uga.edu/epltt/index.

Paul S. Boyer. "Intelligence, Concepts of." The Oxford Companion to United States History. 2001. Encyclopedia.com. (January 18, 2011). http://www.encyclopedia.com/doc/1O119-IntelligenceConceptsof.html

Piirto, J. (1999). Talented Children and Adults. Ashland University: Merril Prentice Hall.

Porter (1999). Gifted young children: a guide for teachers and parents. Buckingham: Open University Press.

Ramlah Jantan, Psikologi Pendidikan Pendekatan Kontemporari, 2002, McGraw-Hill, Malaysia

Renzulli J.S. (2005). The three-ring conception of giftedness: a development model for promoting creative productivity. New York: Cambridge University Press.

Renzulli, J. S. (1986). The three-ring conception of giftedness: A developmental model for creative productivity. In R. J. Sternberg & J. E. Davidson (Eds.), Conception of giftedness (pp. 53-92).

Rizal Ariffin dan Hairul Nizam Ismail (2007). Konsep Keadilan dalam Teori Kecerdasan Pelbagai Menurut Perspektif. Diperoleh pada Oktober 14, 2010 daripada web.usm.my/education/publication/rizal.pdf

Robert J. Sternberg, Psychology in Search Of Human Mind, 3rd Edition, 2001, Harcourt College Publishers

Salhah Abdullah (2009). Kecerdasan Pelbagai: Aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur: PTS Profesional.

The Three-Ring Conception of Giftedness (2010). Diperoleh pada September 27, 2010 daripada http://www.dukegiftedletter.com/movabletype/mt-tb.cgi/345.