RANCANGAN MENGAJAR
Tingkatan : 4 Cemerlang
Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Bilangan murid: 30
Tarikh : 06 Julai 2011
Masa : 80 Minit
Tajuk : “Faktor-faktor berlaku pencemaran alam sekitar”
Objektif : Pada akhir pelajaran, pelajar dapat:
i. Menyatakan sekurang-kurangnya 4 faktor yang menyebabkan berlakunya pencemaran alam sekitar.
ii. Membina perenggan pengenalan jenis gambaran yang menarik.
iii. Menulis perenggan isi yang dimulai dengan isi karangan diikuti oleh ayat huraian.
iv. Membina perenggan kesimpulan dengan menggunakan penanda wacana yang betul.
Hasil Pembelajaran Khusus | Huraian Hasil Pembelajaran |
Fokus Utama 8.2 Menyusun maklumat mengikut keutamaan. | Aras 1 ii. Menyusun maklumat berdasarkan kriteria tertentu. |
Fokus Sampingan 2.5 Memberikan penjelasan secara spontan tentang sesuatu perkara terhadap isu yang dikemukakan. | Aras 1 iii. Menjelaskan idea secara deduktif. |
Kemahiran bahasa : Menulis dan bertutur.
Sistem bahasa : Tatabahasa - Sintaksis
Ilmu : Tatabahasa
Kemahiran bernilai tambah : Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
Nilai : Cinta akan alam sekitar dan bertanggungjawab.
Alat bantu mengajar : LCD, kertas edaran, kertas sebak dan gambar.
Pengetahuan sedia ada : Pelajar sudah mengetahui format penulisan karangan.
Langkah Pengajaran
Isi Pengajaran | Objektif Pembelajaran Khusus | Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran | Catatan 1 | Catatan 2 |
Paparan video “pencemaran alam sekitar” Antara soalan yang mencungkil pengetahuan sedia ada pelajar i) Siapa di antara kamu yang sayangi alam sekitar? ii) kediaman siapa yang berdekatan dengan sungai? iii) Apa yang kamu dapat setelah kamu saksikan paparan video tadi? | Set Induksi (5 minit) i) Guru menayangkan video “pencemaran alam sekitar ”. ii) Guru bersoal jawab dengan pelajar. iii) Guru mengaitkan topik perbincangan dengan dengan tajuk pembelajaran. | Alat Bantu Mengajar: LCD | Teknik: Soal jawab | |
2.5 Aras 1 (iii) Faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya pencemaran alam sekitar. i) pembuangan sisa kilang/perindustrian ii) pembakaran secara terbuka iii) penebangan hutan iv) pembuangan sampah merata-rata | Objektif (i) | Langkah 1 (15 minit) i) Guru meminta pelajar menyenaraikan faktor-faktor yang menyebabkan fenomena pencemaran alam sekitar. ii) Pelajar memberikan pendapat secara spontan kepada guru. | Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) Nilai: Bertanggungjawab | Strategi: Berpusatkan pelajar |
Menulis pengenalan jenis gambaran. i) Perenggan pengenalan yang menarik untuk meransang pembaca supaya terus membacanya. | Objektif (ii) | Langkah 2 (15 minit) i) Guru menerangkan kepada para pelajar tentang cara-cara membuat pengenalan karangan jenis gambaran. ii) Guru mengedarkan satu contoh pengenalan karangan jenis gambaran kepada pelajar untuk diteliti oleh pelajar. iii)Setiap pelajar dikehendaki berbincang dengan kawan sebelah untuk membina pengenalan yang menarik. iv) Guru meminta pelajar membaca hasil penulisan pengenalan yang telah dibuat. | Alat Bantu Mengajar: Kertas edaran Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) Nilai: Bertanggungjawab | Strategi: Berpusatkan pelajar Teknik: Perbincangan dengan kawan. |
8.2 Aras 1 (ii) Menulis perenggan isi. Perenggan Deduktif i) Dimulai dengan menonjolkan isi karangan ii) Diikuti oleh huraian. iii) Huraian bermaksud ayat yang disokong berserta bukti dan contoh. iv) Boleh menggunakan kriteria AMBA iaitu “apa”, “mengapa” dan “bagaimana” untuk mengembangkan isi. | Objektif (iii) | Langkah 3 (20 minit) i) Guru menerangkan langkah- langkah menulis huraian dalam sesebuah karangan. ii) Setiap pelajar diminta menulis satu perenggan huraian isi yang lengkap. iii) Guru meminta pelajar menulis huraian berdasarkan isi yang telah dibincangkan. iv) Guru memanggil pelajar secara rawak untuk membaca satu perenggan isi yang telah ditulis oleh pelajar. | Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) Nilai: Sayang akan sumber air | Strategi: Berpusatkan pelajar |
Perenggan kesimpulan. i) Mengandungi pandangan akhir penulis dan mesti berkaitan dengan isi terdahulu. ii) Ditandai dengan penanda wacana yang menunjukkan karangan sudah tamat. Contohnya: - Kesimpulannya... - Oleh itu... - Rumusannya ialah... - Tuntasnya... - Secara keseluruhannya... iii) Empat unsur yang perlu dimasukkan dalam perenggan kesimpulan ialah rumusan, cadangan, harapan dan pendirian tentang persoalan yang dibincangkan. | Objektif (iv) | Langkah 4 ( 15 minit) i) Guru menerangkan kepada para pelajar berkenaan cara-cara menulis penutup yang tepat. ii) Guru mendedahkan perkara- perkara penting yang perlu ada dalam penutup karangan. iii) Guru bertanya kepada pelajar apakah penanda wacana yang sesuai digunakan. iv) Guru meminta pelajar menulis perenggan pentup. v) Guru meminta pelajar membaca hasil penulisan penutup yang telah dibuat. | Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) Nilai: sayangi alam sekitar | Teknik: Soal jawab Strategi:
|
Penutup (10 minit) i) Guru merumuskan pengajaran berkaitan topik yang diajar. ii) Guru menekankan sekali lagi cara-cara menulis karangan yang betul. iii) Guru menayangkan gambar berkaitan kesan pencemaran alam sekitar untuk dijadikan pengajaran supaya menyayangi sumber air. | Alat Bantu Mengajar: Gambar pencemaran air yang mengalami pencemaran teruk akibat kerakusan manusia. | Penyerapan: Nilai-nilai murni |
1