Lampiran 1

Rancangan Pengajaran Harian Kajian Tempatan

Tarikh                                : 20 Oktober 2010

Tahun                                : 5 Hijau

Bilangan  murid                : 30 orang

Umur                                : 11 tahun

Masa                                 : 0830-0900 ( 30 minit)

Tema                                : Sejarah negara kita

Topik                                 : Sejarah Awal Sabah

Subtopik                        : Asal usul nama Sabah

Hasil pembelajaran                : Pada akhir pembelajaran murid dapat:

  1. Menjelaskan dua cerita tentang asal-usul nama Sabah.
  2. Membanding dan membezakan dua cerita tentang asal usul nama Sabah.
  3. Melukis peta negeri Sabah dengan betul.

Pengetahuan Sedia Ada     :  

  1. Murid sudah mengetahui lokasi Malaysia di Asia  Tenggara dan di dunia.
  2. Murid sudah mengetahui dan mengenali negeri-negeri di Malaysia.

Penerapan nilai murni         :  

  1. Cinta akan negara.
  2. Bekerjasama
  3. Perpaduan

Penerapan nilai murni alam sekitar :

  1.  Prinsip mencintai persekitaran.
  2. Prinsip tanggungjawab setiap individu.
  3. Prinsip menghormati alam/bumi.
  4. Prinsip perlindungan dan pemulihan ekosistem.
  5. Prinsip mengekalkan hidupan liar dan kepelbagaian hidup.
  6. Prinsip kerjasama.

Unsur-unsur patriotisme        :    

  1. Berbangga dengan sejarah Sabah.
  2. Bersyukur dengan keindahan dan keharmonian di negeri Sabah.

Bahan sumber pengajaran dan pembelajaran (BSPP) :  

  1. Pisang
  2. Peta Malaysia
  3. Kad manila yang mengandungi peta Sabah dan dua cerita asal usul nama negeri Sabah.
  4. Kad manila yang mengandungi keistimewaan negeri Sabah.

KBKK :

  1. Berfikir
  2. Menjawab
  3. Membaca
  4. Menulis
  5. Melukis

Langkah / masa

Isi

Pelajaran

Aktiviti Pengajaran

dan Pembelajaran

Catatan

Set induksi

(2 minit)

Guru menyoal:

  1. Apakah yang dapat anda fikir tentang pisang ini?

Jawapan:

  • sejenis buah-buahan
  • baik untuk kesihatan
  • sedap dimakan
  1. Cuba anda teka asal usul nama negeri yang manakah di Malaysia berkaitan dengan pisang?

Jawapan: Sabah

  1. Guru menunjukkan sesikat pisang kepada murid-murid.
  2. Guru mengemukakan soalan dan meminta murid-murid menjawab berdasarkan pisang yang ditunjukkan.
  3. Guru menerangkan kandungan topik pembelajaran iaitu tentang asal usul nama negeri Sabah.

BSPP:

  • Pisang

KBKK:

  • Mendengar
  • Berfikir
  • Menjawab

Langkah 1

(3 minit)

Peta Malaysia

Guru menyoal:

  1. Di manakah kedudukan negeri Sabah di dalam peta Malaysia ini?

Jawapan:  timur Malaysia

  1. Guru memaparkan satu peta Malaysia kepada murid-murid.
  2.  Guru mengemukakan soalan dan meminta murid-murid menjawab soalan berdasarkan peta Malaysia yang ditunjukkan.
  3. Guru menenguhkan jawapan murid yang dijawab dengan tepat dan menyatakan semula kedudukan negeri Sabah di dalam peta Malaysia.
  4. Guru menerangkan negeri Sabah merupakan negeri yang kedua besar di Malaysia.

BSPP:

  • Peta Malaysia

KBKK:

  • Mendengar
  • Berfikir
  • Menjawab

Nilai murni:

  • Cinta akan negara

Langkah 2

(10 minit)

Kad manila yang mengandungi peta Sabah dan dua cerita asal usul nama negeri Sabah.

  1. Cerita pertama :
  • Diperolehi daripada tanaman pisang yang dipanggil ‘Pisang Saba’ (Pisang Menurun).
  • Jenis pisang ini biasa tumbuh di sepanjang pantai barat Sabah.

  1. Cerita kedua:
  • Dialek orang tempatan yang menyebut ‘saba’ seperti menyebut ‘Sabah’ telah menyebabkan nama Sabah diperolehi.
  • Dikenali sebagai ‘Negeri Di Bawah Bayu' .
  • Kedudukan negeri Sabah berada di bahagian luar dan selatan zon ribut.
  1. Guru memaparkan peta negeri Sabah yang mengandungi dua cerita mengenai asal usul nama negeri Sabah.
  2. Guru menerangkan kedua-dua cerita tentang asal usul nama negeri Sabah  kepada murid-murid.
  3. Guru meminta murid-murid membaca cerita yang dipaparkan dalam kad manila tersebut.

BSPP:

  • Kad manila yang mengandungi peta Sabah dan dua cerita asal usul nama negeri Sabah.

Unsur patriotisme:     

  • berbangga dengan sejarah Sabah.

KBKK:

  • Mendengar
  • Memikir
  • Membaca

Langkah 3

(5 minit)

Kad manila yang mengandungi keistimewaan negeri Sabah:

  1. Gunung Kinabalu
  2. Arung jeram
  3. Burung kenyalang
  4. Orang utan
  5. Penyu
  6. Monyet Belanda
  7. Bunga Rafflesia
  1. Guru juga memaparkan satu kad manila yang mengandungi keistimewaan negeri Sabah seperti tempat-tempat, flora dan fauna yang menarik serta  istimewa yang boleh dijumpai di negeri Sabah.
  2. Guru membuat penerangan tentang tempat-tempat, flora dan fauna yang menarik serta  istimewa di negeri Sabah kepada murid-murid.
  3. Guru membuat penerangan kepada murid-murid tentang kepentingan flora dan fauna dalam alam sekitar serta langkah-langkah pemeliharaan dan pemuliharaan berdasarkan kad manila tersebut.

BSPP:

  • kad manila yang mengandungi keistimewaan negeri Sabah

Unsur patriotisme: 

  • bersyukur dengan keindahan dan keharmonian di negeri Sabah.

Nilai murni alam sekitar:

  • Prinsip mencintai persekitaran.
  • Prinsip tanggungjawab setiap individu.
  • Prinsip menghormati alam/bumi.
  • Prinsip perlindungan dan pemulihan ekosistem.
  • Prinsip mengekalkan hidupan liar dan kepelbagaian hidup.
  • Prinsip kerjasama.

Langkah 4

(8 minit)

  1. Kertas soalan

(Sila rujuk Lampiran 1.1)

  1. Contoh jawapan

(Sila rujuk Lampiran 1.2)

  1. Guru membahagikan murid-murid kepada enam kumpulan.
  2. Guru mengedarkan satu helai kertas latihan kepada setiap kumpulan.
  3. Guru meminta murid-murid berbincang dalam kumpulan dan membuat perbandingan dan perbezaan antara dua cerita asal usul nama negeri Sabah.
  4. Guru meminta murid-murid menuliskan jawapan yang betul dalam kertas latihan yang telah diedarkan.
  5. Guru membincang jawapan dengan murid-murid.

KBKK:

  • Mengengar
  • Berfikir
  • Menjawab
  • Menulis

Nilai murni:

  • Bekerjasama, perpaduan.

Penutup

(2 minit)

  1. Murid–murid melukis peta negeri Sabah dengan betul dalam buku nota di rumah.
  1. Guru membuat kesimpulan terhadap pembelajaran yang telah disampaikan.
  2. Guru meminta murid-murid melukis peta Sabah dengan betul dalam buku nota sebagai kerja rumah.

KBKK:

  • Melukis

Nilai murni:

  • Cinta akan negara

Unsur patriotisme:

  • berbangga dengan sejarah Sabah.

1