TMP6103 : Personality and Learning Styles of Gifted Children
TMP6103 :
“ Personality and Learning Styles of Gifted Children”
Definisi tradisional tentang konsep kecerdasan pada umumnya merujuk kepada individu yang mempunyai kebolehan intelek yang tinggi dan kebolehan itu dijelmakan dalam bentuk tingkah laku yang dianggap bernilai oleh sesuatu budaya. Oleh sebab keadaan persekitaran merupakan salah satu faktor penting dalam membentuk nilai bagi sesuatu budaya, maka definisi pintar cerdas bergantung pada lokasi geografi, konteks, suasana dan masa yang tertentu. Setiap budaya menggunakan kriteria yang tertentu dalam mentafsirkan konsep pintar cerdas dan definisi yang dianjurkan oleh sesuatu budaya secara tidak langsung menggambarkan imej budaya tersebut. Berdasarkan definisi kecerdasan yang dianjurkan oleh sesebuah masyarakat, kita dapat mempelajari beberapa perkara tentang nilai dan harapan masyarakat tersebut. Kita juga dapat mempelajari bahawa individu pintar cerdas ditentukan oleh kebolehan diri dan keperluan sesebuah masyarakat.
Definisi kecerdasan berubah dan berkembang dari semasa ke semasa selaras dengan penemuan saintifik dan pengumpulan maklumat yang baru. Sebagai contoh, definisi kecerdasan yang pertama ditemui di Amerika Syarikat adalah berkait rapat dengan prestasi individu dalam Skala Kecerdasan Stanford-Binet, iaitu satu ujian kecerdasan individu yang dikembangkan oleh Lewis Terman. Kanak-kanak yang mendapat markah 140 atau lebih dianggap sebagai kanak-kanak pintar cerdas. Menurut Terman(1925), individu pintar cerdas ialah individu yang dapat berfikir secara abstrak dengan berkesan. Biasanya, individu tersebut mempunyai tubuh yang sihat, emosi yang stabil, watak yang boleh dipercayai dan pencapaian tinggi dalam bidang akademik.
Thurstone(1938) mentakrifkan kecerdasan sebagai kebolehan mental yang mengandungi tujuh aspek asas, iaitu kefahaman berbahasa, kelancaran menggunakan perkataan, kemahiran menggunakan nombor, menggambarkan ruang, penaakulan, ingatan dan kelajuan penagamatan, manakala Sternberg(1985) pula menakrifkan kecerdasan sebagai kebolehan intelek yang mengandungi tiga bahagian. Bahagian pertama terdiri daripada konteks dan bahagian ini memberi penekanan kepada kepentingan dan pengaruh persekitaran terhadap pembentukan kecerdasan individu. Bahagian kedua pula terdiri daripada pengalaman dan bahagian ini memberi penekanan kepada kepentingan dan pengaruh pengalaman lalu terhadap perlakuan individu dalam menjalankan tugas yang baru. Cara seseorang individu menyesuaikan diri dengan persekitaran baru dan tahap keupayaannya untuk melaksanakan fungsi kognitif merupakan dua unsur penting bagi kecerdasan individu tersebut. Seterusnya, bahagian ketiga terdiri daripada komponen, iaitu mekanisme yang digunakan oleh individu untuk memperoleh, memproses dan menyimpan maklumat.
Dari perspektif lain pula, Guilford(1988) menakrifkan kecerdasan sebagai kebolehan intelek yang mengandungi 180 faktor atau sub-kebolehan yang khusus. Faktor-faktor ini boleh disusun dalam satu struktur yang mengandungi tiga dimensi. Dimensi yang pertama mengandungi enam jenis operasi mental, dimensi yang kedua mengandungi lima jenis kandungan yang menjadi bahan mentah bagi operasi mental, dan seterusnya dimensi yang ketiga mengandungi enam hasil yang diperoleh melalui penggunaan sesuatu operasi mental pada kandungan tertentu. Gabungan ketiga-tiga dimensi inilah yang membentuk kecerdasan manusia. Seterusnya menyentuh tentang sifat kognitif bagi kanak-kanak pintar cerdas ini. Ianya dikaitkan dengan kecerdasan yang merujuk kepada sifat psikologi yang khusus dan stabil, yang menandakan penggunaan dan fungsi intelek itu sendiri. Sifat-sifat tersebut dianggap memainkan peranan yang sangat penting dalam membezakan individu pintar cerdas dengan individu yang lain.
Galton(1883) berpendapat bahawa, kecerdasan individu ditentukan oleh dua sifat umum yang diwarisi iaitu tenaga atau kemampuan yang tinggi untuk menjalankan kerja dan kepekaan terhadap apa yang berlaku dalam persekitaran di sekeliling. Binet(1916) pula berpendapat bahawa, individu yang cerdas mempunyai tiga sifat asas iaitu haluan atau tujuan untuk bertindak dengan lebih jelas, penyesuaian diri yang tinggi dalam menjalankan tugas, dan kawalan yang baik terhadap pemikiran dan tindakannya itu sendiri. Satu himpunan sifat psikologi yang berkait dengan kecerdasan dalam bidang akademik dapat disimpulkan daripada penulisan Scheifele(1953), Rice(1970), Reynolds dan Birch(1977) dan Bloom(1982). Sifat-sifat positif yang dinyatakan oleh penulis-penulis ini seolah-olah menggambarkan kanak-kanak pintar cerdas sebagai kanak-kanak yang bebas daripada masalah fizikal, psikologi dan social.
Pandangan tersebut adalah tidak benar. Menurut Kitano dan Kirby(1986), Kirk dan Gallagher(1986), kanak –kanak pintar cerdas boleh dibahagi kepada beberapa kumpulan seperti kanak-kanak pintar cerdas yang Berjaya, kanak-kanak pintar cerdas yang berpencapaian rendah, kanak-kanak pintar cerdas yang cacat fizikal, kanak-kanak pintar cerdas yang mempunyai budaya yang berbeza dan keluarga yang berpendapatan rendah, kanak-kanak pintar cerdas yang mendiami kawasan luar bandar dan kanak-kanak pintar cerdas yang suka mencabar orang dewasa daripada mereka. Setiap kumpulan ini memerlukan tindakan, perhatian, bimbingan dan campur tangan yang berbeza bagi setiap permasalahan yang berbeza.
Pada umumnya, teori pintar cerdas yang berorientasikan sifat kognitif adalah berlandaskan pendekatan psikometrik. Dalam pendekatan ini, konsep pintar cerdas ditakrifkan dari sudut pengendalian sebagai prestasi individu dalam ujian kecerdasan tertentu. Pada dasarnya, pendekatan psikometrik mentafsirkan kefungsian intelek dengan memberikan anggaran berbentuk nombor kepada aspek prestasi tunggal. Pendekatan ini tertumpu kepada persoalan asas iaitu “sebanyak mana” sesuatu sifat kecerdasan itu wujud. Jadi, definisi pintar cerdas yang dianjurkan oleh pendekatan psikometrik mengandungi ciri kuantitatif kerana definisi tersebut adalah berlandaskan markah yang diperolehi dalam ujian kecerdasan tertentu. Ringkasnya disini, pendekatan psikometrik banyak bergantung kepada jumlah kuantitatif iaitu nombor yang dipanggil markah darjah kecerdasan (DK) atau istilah dalam Bahasa Inggeris ialah “Intelligence Quotient score (IQ score)” dalam memberi makna terhadap konsep kecerdikan.
Seterusnya kita membincangkan tentang personality bagi kanak-kanak pintar cerdas. Setiap orang dilahirkan dengan mempunyai perwatakan berbeza. Jika dua individu yang berbeza mempunyai masalah yang sama tetapi cara menyelesaikan masalah tersebut mungkin dengan cara yang berbeza. Ini kerana cara pemikiran setiap individu adalah tidak sama. Personality seseorang itu dapat dibayangkan oleh kecenderungannya sendiri untuk bertingkah laku mengikut cara yang tertentu (Kamaruddin Hj. Husin,1996). Menurut Carver&Scheier (1998), personality mempunyai faktor yang penting dalam kehidupan seseorang individu. Ianya mempengaruhi segala bentuk kelakuan individu tersebut. Ianya juga melambangkan ciri-ciri keperibadian seseorang dan mencirikan perbezaan antara manusia dengan manusia yang lain.
Menurut Heim(1978) dan Anida(2000), personality merupakan keseluruhan individu iaitu semua sifat keindividuan dan dapat membezakan seseorang individu dengan individu lain. Personality termasuklah kombinasi semua sentimen seperti kecenderungan minat, kemahiran kehendak, ciri-ciri dan gaya yang membentuk setiap individu tersebut. Ini menunjukkan bahawa personality melambangkan seseorang dari segala sudut aspek. Personality merupakan ciri-ciri keseluruhan tingkah laku yang tetap pada seseorang individu tetapi berbeza dengan individu yang lain. Menurut Warren&Carmichael(1930), personality merupakan seluruh organisasi mental seseorang manusia dalam semua peringkat perkembangannya. Individu yang lahir dari keluarga yang sempurna mungkin personalitinya berbeza dengan individu yang lahir dalam keluarga yang berpecah belah begitu juga dengan individu yang mempunyai pengalaman hidup yang pahit berbanding individu yang mempunyai pengalaman yang menggembirakan dalam hidup mereka sudah tentunya mempunyai personality yang berbeza. Ini menunjukkan bahawa pengalaman hidup yang lepas juga mempengaruhi personality seseorang individu itu tersendiri.
Menurut Asmahwati Baharuruddin dan Norhalim Ibrahim (1996), personality seseorang individu merangkumi aspek-aspek kecenderungan tingkah laku. Personality merupakan natijah kepada interaksi faktor genetik dan faktor persekitaran. Personality dipengaruhi oleh faktor-faktor dalaman dan luaran. Faktor –faktor dalaman termasuklah baka dan keturunan, aspek-aspek fizikal, fisiologi dan biokimia, pengaruh endokrin dan proses-proses pertumbuhan, kematangan dan pembesaran. Antara faktor-faktor luaran pula ialah ibu bapa, guru-guru, media, faktor social dan budaya, pengalaman hidup masa lampau, kerencatan fizikal dan mental serta reaksi terhadap penyakit.
Dalam teori Dabrowski (1970) pula, menyatakan teori perkembangan emosi manusia adalah berkembang menerusi beberapa siri tahap yang dipengaruhi oleh “positive maladjustment”. Faktor yang terlibat dalam teori pembangunan Dabrowski (1970) ialah pembangunan dan keturunan, persekitaran dan faktor autonomi yang unik. Dalam teori ini juga memperkenalkan lima jenis “overexcitabilities” iaitu psikomotor, sensual, intelek, imaginasi dan emosi. Setiap individu yang dilahirkan mempunyai bakat dan potensi yang boleh diperkembangkan dan dipertingkatkan. Dengan kemajuan pada masa kini dan kemudahan dalam mendapatkan pelbagai jenis maklumat sedikit sebanyak memberi kesan yang besar terhadap perkembangan dan pertumbuhan fizikal, psikomotor dan emosi individu terutamanya di kalangan mereka yang mempunyai potensi dan bakat yang laur biasa yang juga dikenali sebagai mereka yang pintar cerdas(gifted). Manusia mempunyai potensi kekuatan dan kelemahan tertentu. Mana-mana kekuatan dan kelemahan akan berkembang subur dengan banyak berdasarkan beberapa faktor seperti jiwa manusia, corak asuhan, kualiti pendidikan, persekitaran fizikal dan sosio budaya. Bakat yang dimiliki pelajar pintar cerdas ini perlulah diperkembangkan supaya ianya tidak dipersia-siakan. Untuk memperkembangkan potensi dan bakat yang dimiliki pelajar pintar cerdas ini, satu bentuk pendidikan khas perlu disediakan untuk pelajar pintar cerdas kerana mereka adalah aset yang penting kepada kemajuan negara. Negara memerlukan khidmat serta sumbangan mereka dari segi perkembangan ilmu, penciptaan ilmu dan pembangunan ekonomi untuk mampu bersaing dengan negara-negara lain(Nik Azis, 1999).
Pelajar pintar cerdas mempunyai personality yang tersendiri, berdasarkan kajian lepas, Allport(1961) menyatakan bahawa terdapat faktor lain umpamanya personality mempengaruhi pencapaian akademik. Menurut teori psikologi Karl Jung, Catherine Briggs dan anaknya Isabel Myers telah menghasilkan empat dimensi personality iaitu dimensi Extraversion dan Introversion, dimensi Sensing dan Intuitive, dimensi Thinking dan Feeling dan juga dimensi Judging dan Perceiving, Extraversion (ekstrovert) suka bergaul dengan ramai orang, suka bercakap, berjenaka, berfikiran terbuka, bertenaga bila berada dalam suatu kumpulan, bercakap dulu sebelum berfikir, tidak suka menyatakan sesuatu dalam tulisan, kurang berminat ambil tahu apa yang berlaku pada seseorang, mudah hilang kesabaran dan emosi cepat berubah. Manakala Introversion(introvert) bertentangan dengan ekstrovert iaitu pemalu, pendiam. Suka menyendiri, mengelak daripada berjumpa dengan orang ramai, beri peluang kepada orang lain dalam percakapan dan perbahasan, menyatakan idea dalam bentuk tulisan, tidak mengambil berat apa yang berlaku di luar tetapi mementingkan sifat diri seseorang.
Sensing(penderiaan) pula, menggunakan secara praktikal sumber maklumat yang kukuh, jelas dan nyata, mental memikirkan keadaan semasa dan baik dalam memperkatakan pengalaman yang lepas. Intuitive(gerak hati), pula suka maklumat yang kabur, tekaan dan suka berkhayal tetapi menggunakan khayalan terhadap apa yang berlaku. Mental pula memikirkan masa hadapan dan ingatan sentiasa mengutamakan melihat corak, mencari hubungan dan makna serta baik dalam pemahaman teori. Thinking(pemikiran) pula mengutamakan tugas dan pekerjaan yang sempurna, mencari fakta yang logic dalam membuat keputusan, menyediakan objektif analisa yang kritikal dan mengakui perselisihan faham dengan manusia sebagai hubungan yang biasa. Manakala Feeling(perasaan), lebih kepada mengutamakan pertimbangan antara kehendak dan tindakan manusia, bersetuju kepada cadangan yang lebih popular, pencarian menggunakan perasaan manusia dalam membuat keputusan dan tidak bersetuju dalam perselisihan faham serta mengambil tindakan diluar dugaan. Judging(penghakiman), membuat rancangan lengkap sebelum sesuatu tindakan, elakkan tekanan perasaan sehingga ke garisan terakhir dalam menjalankan tugas, meletakkan target(sasaran) dan menilai masa sebagai aturan hidup. Dan yang terakhir sekali iaitu Perceiving(pengamatan) lebih selesa bergerak dalam membuat tindakan terus tanpa rancangan, toleransi dengan tekanan perasaan dalam bekerja, menggemari kepelbagaian dan kebebasan dalam menentukan matlamat kehidupan.
Menurut teori yang dikemukan oleh Erik Erikson, terdapat perbezaan dalam pembentukan identiti mengikut jantina. Pengaruh keluarga dan budaya juga dikenalpasti memberi pengaruh dan kesan terhadap personaliti individu. Jadi, dikalangan pelajar pintar cerdas, adakah jenis personality yang dimiliki oleh pelajar-pelajar yang berlainan jantina dan bangsa ini juga akan menunjukkan perbezaan? Ini adalah sebahagian daripada perkara yang ingin dikaji oleh penyelidik dalam kajian ini. Individu yang pintar cerdas ialah individu yang mempunyai potensi dan bakat yang luar biasa yang boleh dipertingkatkan dan diperkembangkan. Golongan pintar cerdas di Malaysia ini mula diberi perhatian dengan terlaksanya System Kelas Ekspress pada tahun 1662. Dalam system ini, kanak-kanak yang memiliki potensi dan memporelehi keputusan cemerlang mengatasi rakan-rakan yang sebaya dengannya telah diberi peluang untuk memendekkan tempoh persekolahan rendah mereka daripada enam tahun menjadi lima tahun sahaja. Tetapi system ini telah diberhentikan perlaksanaannya pada awal tahun 1970-an. Perlu ditegaskan bahawa pelajar-pelajar yang mempunyai potensi pintar cerdas tidak akan berkembang menjadi pelajar pintar cerdas sekiranya mereka ini tidak diberi peluang atau tidak didedahkan kepada pengalaman dan aktiviti pembelajaran yang sesuai. Matlamat pelajar pintar cerdas adalah untuk melahirkan pelajar baik, memiliki personality yang menarik, seimbang dan sepadu. Kanak-kanak pintar adalah satu sumber alam yang berharga (Gardner,1961) dan mereka adalah tergolong dalam sebahagian daripada harta kekayaan negara.
Seterusnya kita membincangkan tentang gaya pembelajaran kanak-kanak pintar cerdas. Apakah yang dimaksudkan dengan gaya belajar? Gaya belajar ialah satu cara dimana seseorang itu mengambil, memahami dan mengingati sesuatu maklumat. Gaya pembelajaran ialah cara seseorang itu belajar dengan baik dalam suatu keadaan. Menurut Rita Dunn, Karen Burke & Janet Whitely, What do you know about learning style? A Guide for Parents of Gifted Children; “tidak ada gaya pembelajaran yang baik atau yang buruk, setiap orang boleh belajar mengikut gaya tersendiri. Namun begitu, terdapat ibubapa dan guru yang tidak faham dan juga tidak dapat menerima bentuk pembelajaran anak-anak yang pelbagai cara. Mereka meragui bagaimana cara anak-anak belajar dan cuba menggalakkan anak-anak untuk belajar dengan cara yang salah. Keadaan ini sangat bersesuaian dengan gaya pembelajaran anak-anak pintar cerdas(gifted children) berbanding dengan kanak-kanak biasa lain yang sebaya dengan mereka”.
Terdapat beberapa teori gaya pembelajaran yang berbeza. Terutama dalam membina teori-teori psikologi dan mengembangkan teori tersebut untuk menjelaskan bagaimana seseorang itu belajar dengan baik. Menurut Dr. Lynn Curry, beliau telah mempelajari peningkatan teori gaya pembelajaran dan telah mencipta “Onion Model” pada tahun 1987. Model ini menerangkan bahawa teori gaya pembelajaran boleh dinyatakan dalam tiga lapisan asas seperti bawang. Yang pertama ialah “Instructional preference” iaitu lapisan luar dimana dalam lapisan ini menunjukkan bahawa persekitaran pelajar adalah penting untuk gaya pembelajaran. Teori ini percaya bahawa pelajar itu lebih suka untuk menerima pengetahuan baru melalui persekitaran yang berbeza. Seterusnya, “Information Processing Style” dimana dalam lapisan pertengahan ini pula, mengandungi teori pembelajaran yang memfokuskan kepada bagaimana strategi pelajar untuk memproses sesuatu maklumat yang mereka perolehi. Dan lapisan yang terakhir iaitu “Cognitive Personality Style” dimana dalam lapisan ini mengakui bahawa ciri-ciri asas keperibadian seseorang pelajar itu memberi keutamaan kepada mereka untuk belajar. Ketiga-tiga lapisan ini berkaitan diantara satu sama lain dalam membentuk gaya pembelajaran yang baik.
Terdapat banyak teori yang berbeza mengenai gaya pembelajaran. Bagaimana gaya pembelajaran bagi kanak-kanak pintar cerdas? Dr. Linda Silverman telah mendirikan satu pusat pembelajaran bagi kanak-kanak pintar cerdas iaitu Pusat Pembangunan Berbakat (Gifted Development Center) lebih 30 tahun yang lalu dan telah menguji beribu-ribu kanak-kanak pintar cerdas. Hasil daripada pengalaman tersebut, beliau telah membuat kesimpulan bahawa perbezaan utama dalam gaya pembelajaran adalah berdasarkan kepada pemikiran kanak-kanak tersebut samada didominasi oleh otak kiri atau otak kanan. Pada tahun 1981, beliau telah mencipta satu istilah “Visual-Spatial Learner (VSL)” untuk orang-orang yang didominasi oleh otak kanan manakala “Auditory-Sequential Learner (ASL)” untuk orang-orang yang didominasi oleh otak kiri.
Menurut (Sternberg&Grigorenko,1993) bukan hanya kanak-kanak pintar cerdas sahaja yang boleh belajar banyak atau lebih tetapi bagaimana mereka belajar biasanya berbeza daripada kanak-kanak biasa yang seusia dengan mereka. Menurut (Shore&Dover 1987) gaya pembelajaran yang bersesuaian atau fleksibel dalam pembelajaran adalah penting untuk kanak-kanak pintar cerdas ini mencapai kejayaan yang paling tinggi. Kanak-kanak pintar cerdas ini berbeza dengan kanak-kanak biasa yang lain apabila mereka ini dapat membuat reflektif dengan baik dan berkesan selepas sesuatu pemerhatian yang mereka lakukan. Tindakan mereka ini kadang-kadang cepat dan “impulsive” menjadikan mereka ini lebih produktif.
Terdapat beberapa faktor dorongan dalam gaya pembelajaran kanak-kanak pintar cerdas. Pertama ialah motivasi(motivation), keadaan ini sebenarnya wujud secara semulajadi dalam diri kanak-kanak pintar cerdas, dimana menurut (Baska 1989, Greder 1986, Cited by Ebert 1994, Perleth 1993) apabila kanak-kanak ini berhadapan dengan persekitaran yang mencabar dan mengghairahkan, mereka ini akan bersungguh-sungguh ingin tahu dan mereka akan berusaha untuk mengetahui lebih mendalam tentang keadaan itu dari seawal usia mereka. Menurut (Morelock&Morrison 1996) pula, kanak-kanak pintar cerdas ini mempunyai keinginan yang kuat untuk menguasai kemahiran yang baru dimana memerlukan mereka untuk menggunakan daya imaginasi yang tinggi. Apabila mereka ini diberikan cabaran mereka akan lebih bersedia untuk memberikan sepenuh daya tumpuan dan perhatian untuk melaksanakan tugas disamping untuk membina kecekapan minda mereka dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Kanak-kanak pintar cerdas ini juga lebih bermotivasi untuk melakukan tugas baru dimana mereka percaya melalui pengalaman lepas mereka dapat menyelesaikan semua tugas yang diberi jika ianya bersesuaian dengan minat dan kemahiran mereka. Mereka ini tidak berminat untuk melakukan perkara-perkara yang tidak memerlukan daya pemikiran yang tinggi seperti belajar dengan cara hafalan dan pengulangan, serta tidak berminat untuk melakukan tugasan yang mereka anggap tidak akan mendatangkan hasil atau tidak berjaya untuk masa depan mereka.
Seterusnya ialah attention skills(kemahiran pemerhatian), iaitu gambaran terhadap kemahiran pemerhatian oleh kanak-kanak pintar cerdas ini bercampur kerana berlaku kekeliruan diantara pelbagai bentuk perhatian yang mereka lakukan. Kenyataan ini diterangkan oleh Zentell(1989) dalam empat jenis pemerhatian iaitu “Maintaining a level of arousal” iaitu satu keadaan dimana kanak-kanak pintar cerdas ini sering digambarkan sebagai seorang yang peka terhadap keadaan sekelilingnya berbanding dengan kanak-kanak yang sebaya dengan mereka. Mereka ini juga kadang-kadang dikaitkan dengan pola tidur yang buruk walaupun terdapat hanya sedikit bukti tentang kenyataan tersebut. “coming to attention” iaitu satu keadaan dimana kanak-kanak pintar cerdas ini lebih fokus kepada aktiviti-aktiviti yang dilakukan. Seawal usia mereka, kanak-kanak pintar ini menunjukkan minat dan keutamaan kepada rangsangan yang baru dan mereka cenderung untuk melihat. Sekiranya rangsangan yang sama atau berulang mereka akan hilang tumpuan atau minat untuk melihat. Ini kerana mereka lebih fokus kepada melakukan aktiviti-aktiviti yang merangsang keintelektualan mereka.
“Maintaining attention over-time” dimana satu keadaan yang memastikan kanak-kanak pintar cerdas ini memberikan perhatian yang lebih lama dalam menjalankan sesuatu aktiviti. Oleh itu aktiviti yang dijalankan hendaklah menarik dan mencabar supaya mereka lebih fokus dalam jangka masa yang panjang. Sekiranya aktiviti yang dilakukan oleh mereka itu tidak mencabar dan menarik maka mereka akan melakukan aktiviti tersebut dengan sambil lewa dan tidak bersungguh-sungguh tanpa mereka ketahui dengan lebih mendalam tujuan aktiviti tersebut dilakukan.
Seterusnya yang terakhir ialah “selective attention”, dimana kanak-kanak pintar cerdas ini hanya akan memilih satu rangsangan atau situasi yang menarik minat mereka. Ia melibatkan kemahiran metakognitif dan hanya kanak-kanak pintar cerdas sahaja yang mempunyai kemahiran tersebut. Kemahiran ini tidak sesuai untuk kanak-kanak yang baru memulakan alam pembelajaran mereka kerana ianya memerlukan daya tumpuan yang agak tinggi. Kanak-kanak ini perlu melakukan aktiviti dalam masa yang sama mereka perlu mendengar arahan untuk aktiviti yang seterusnya. Kanak-kanak ini perlu memilih perkara yang lebih penting iaitu aktiviti yang mereka sedang lakukan atau arahan yang seterusnya. Keadaan ini biasanya berlaku semasa sesi pembelajaran didalam kelas.
Faktor dorongan yang ketiga ialah “locus of control”, iaitu dimana kanak-kanak pintar cerdas ini dapat megawal keadaan, mereka belajar melalui pengalaman yang lepas. Sekiranya terdapat perkara-perkara yang berlaku dalam diri mereka, ini adalah berpunca daripada diri mereka sendiri kerana mereka yang mengawal keadaan itu. Terdapat dua jenis keadaan dimana, yang pertama kanak-kanak pintar cerdas ini boleh menerima kejayaan dan juga kegagalan dan yang kedua kanak-kanak ini tidak dapat menerima hakikat kegagalan dalam diri mereka. Ini adalah bergantung kepada perbezaan budaya yang wujud dalam persekitaran mereka. Mereka berpendapat jika berlaku kegagalan dalam diri mereka, ini bukanlah disebabkan oleh kebolehan yang ada dalam diri mereka tetapi disebabkan oleh kekurangan dari usaha mereka sendiri. Kanak-kanak ini percaya mereka bertanggungjawab diatas apa yang berlaku pada diri mereka dan mereka lebih suka belajar melalui kesilapan mereka yang lalu. Kanak-kanak ini juga memerlukan lebih ganjaran supaya mereka lebih berusaha untuk berjaya. Disamping itu, mereka ini memiliki kemampuan komunikasi yang lebih berkesan dan mempunyai hubungan interpersonal yang lebih baik. Serta mempunyai daya tumpuan dan ketekunan yang tinggi, dan mereka sentiasa mengkaji tindakan yang mereka lakukan.
Dan faktor dorongan yang terakhir ialah “independence”, dimana kanak-kanak pintar cerdas ini telah mempunyai sikap berdikari dalam diri mereka secara semulajadi tetapi ianya bertentangan dengan proses awal kanak-kanak mereka. Ini mungkin kerana perbezaan kemahiran mereka berbanding dengan kanak-kanak lain yang sebaya dengan mereka. Setengah kanak-kanak suka bergantung kepada orang dewasa walaupun mereka sudah mampu melakukan aktiviti tersebut secara bersendirian. Tetapi bagi kanak-kanak pintar cerdas ini, mereka lebih suka melakukan aktiviti secara individu atau bersendirian, seperti melakukan aktiviti kerja rumah. Apabila mereka sudah menguasai kemahiran tersebut, kanak-kanak ini tidak akan mengulangi atau melakukannya lagi. Mereka ini tidak sabar untuk mencuba aktiviti yang baru bagi menguji minda mereka.
Secara kesimpulannya, memahami emosi, personality dan gaya pembelajaran kanak-kanak pintar cerdas ini adalah sangat penting kerana ianya memberi panduan kepada ibubapa, guru dan masyarakat sekeliling untuk menyediakan satu program atau kurikulum dan juga sokongan yang bersesuaian dengan gaya pembelajaran kanak-kanak pintar cerdas ini. Ianya dapat memberi impak atau kesan yang positif terhadap perkembangan luar biasa mereka serta untuk mereka berasa selesa dan diterima oleh masyarakat.
Rujukan :
Nik Azis Nik Pa, (1990). Program Pendidikan. Pelajar Pintar Cerdas Teori dan Praktik. Dewan Pustaka Islam.Jiwamas Printers Sdn.Bhd.
Nik Azis Nik Pa (1999), Potensi Intelek.Edisi Pertama. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Louise Porter (1999). Gifted Young Children : A Guide For Teachers and Parents. Open University Press, Buckingham.
David A.Sousa (2003). How The Gifted Brain Learns. Corwin Press,INC. A Sage Publications Company Thousand Oaks, California.
Borkowski, J.G. and Peck, V.A. 1986 ‘Causes and cansequences of metamemory in gifted children’ in Conceptions of giftedness eds R.J. Sternberg & J.E. Davidson, Cambridge University Press, Cambridge, UK.
Lampiran :
ASPECTS OF INTELLECTUAL STYLE
The following lists the characteristics learning style of gifted children. (Those words referring to how they approach learning are in italics):
Sources: Amabile(1990); Anderson(1992); Borkowski&Peck(1986); Cheng(1993); Delisle(1992); Ebert(1994); Gagne(1991,1995); Gallagher&Gallagher(1994); Haensly&Reynolds(1989);Haensly et al.(1986); Jackson&Butterfield(1986); Lovecky(1994); Morelock(1996); Piirto(1999); Rabinowitz&Glaser(1985); Runco(1993); Shore&Dover(1987); Sternberg(1988); Sternberg&Lubart(1991,1992); Tannenbaum(1991,1997); Tardif &Sternberg(1988).
12