Dari Mauidzah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Dari Ruangan Fikrah
Kewajipan berwasiat dan bertaubat sebelum tidur
22-24 Syawal 1431 (1-3 Oktober 2010)
- IMAM Ghazali menyatakan; bahawa doa kebanyakan para nabi a.s., ialah berdoa seperti berikut (yang bermaksud): "Ya Allah Tuhanku, aku minta ampun kepada-Mu daripada sebarang dosa yang aku telah bertaubat, tapi setelah itu aku lakukan semula. Aku minta ampun daripada semua yang telah aku janji dalam hati kepada-Mu tetapi tidak aku laksanakan.
- "Aku bertaubat daripada dosa waktu aku ibadat untuk-Mu, tetapi tiba-tiba mencelah sesuatu menyebabkan ibadah berubah kepada kerana yang lain daripada-Mu.
- "Aku mohon ampun kepada-Mu kerana nikmat yang Engkau kumiakan itu sepatutnya untuk mentaati-Mu, sebaliknya telah aku gunakannya untuk ingkar suruhan-Mu.
- "Wahai Tuhan yang Maha Mengetahui sama ada yang zahir atau yang terselindung, aku minta ampun daripada sebarang dosa yang aku lakukan pada siang hari atau pada malam gelap di tempat tersembunyi, ketika beramai atau ketika seorang diri, ampunilah daku wahai Tuhan yang Maha Lemah Lembut."
- Demikian doa dan istighfar para nabi sejak daripada Nabi Adam hingga ke Nabi akhir zaman, telah dinukilkan oleh Imam Ghzali yang dimuatkan dalam kitabnya. Untuk mendapat perhatian dan menjadi amalan umat akhir zaman, yang persoalannya sangat penting dan bemilai tinggi.
- Kini akan membincangkan mengenai adab tidur. Meskipun tidur itu sebagai perkara tabi'i kebiasaan bagi manusia, sebagaimana makan minum dan naluri lain seumpamanya.
- Semua tuntutan naluri tabi'i dan segala gerak geri itu, boleh dijadikan sumber pahala untuk bekalan ahirat.
- Tidur merupakan kesinambungan daripada sifat mengantuk. Sesungguhnya sifat mengantuk itu bukan sesuatu yang dicari atau diusahakan, tetapi ia terjadi setelah tubuh letih akibat aktiviti kerja sepanjang hari.
- Islam mengajar manusia sama ada perkara yang diikhtiar atau tidak jika seseorang itu tahu, ia akan jadi bekalan hidup di akhirat.
- Tidur setelah didahului rasa mengan¬tuk kumiaan Tuhan, akan menjadikan tubuh rehat dan cergas segar semula. Di akhirat ada habuan bagi manusia itu.
- Justeru Islam mengajar peraturan dan adab tidur, supaya tidur menjadi suatu ibadah yang berfaedah kepada manusia di dunia clan akhirat.
- Peraturan dan adab yang pertama, ialah bersihkan mulut dengan bersugi (gosok gigi) dan bersuci serta berwuduk.
- Islam bukan saja suruh berwuduk ketika hendak menunaikan solat atau membaca al-Quran sahaja, bahkan Islam anjurkan berwuduk itu mengajar manusia agar tidur dalam keadaan beribadat kepada Allah SWT.
- Seseorang yang berwuduk andainya meninggal dunia semasa tidur, maka matinya dalam keadaan suci bersih. Tiada yang boleh beri jaminan bahawa selepas tidur dia akan bernafas semula untuk meneruskan hidupnya.
- Oleh itu apabila seseorang hendak tidur dia hendaklah bersiap, kerana dia sendiri pun tidak tahu masih adakah baki umurnya selepas tidur.
- Setelah bersugi dan berwuduk mereka dikehendaki bersiap menyediakan air (khusus di tempat yang sukar air) untuk bersugi dan berwuduk selepas bangun pagi esoknya.
- Jika dia dikumiakan umur lagi, persia¬pan itu untuk mengulangi keperluan bersugi dan berwuduk sebagai sunnah Nabi s.a.w.
- Sebelum meletakkan kepala atas bantal untuk tidur, hendaklah dia menaruh azam dalam hati dengan niat untuk bangun menunaikan ibadat solat tahajud dan witir juga ibadah selainnnya.
- Kalau tidur berniat begini akan dipermudah oleh Allah SWT untuk bangun di hujung malam. Kerana tidur dengan hasrat untuk melakukan ibadah sebagaimana kelazimannya, tidurnya tidaklah tidur mati tetapi sentiasa teringat ingat akan niatnya,
- Adab tidur seterusnya ialah bagi mereka yang sepatutnya ada wasiat lantaran berhutang, maka kewajipan mereka ialah menyediakan surat wasiat.
- Kewajipan orang berhutang ialah berwasiat kepada keluarganya, supaya tanggungjawab itu dipikul keluarganya jika dia meninggal dunia.
- Jika orang yang berhutang itu mati menyebabkan rohnya terseksa, tidak dapat ke mana-mana dan tidak dapat menikmati fadilat svahid. Hutang yang belum dilunaskan jadi penghalang untuk menikmati segala fadhilat itu.
- Orang yang mempunyai keyakinan tentang bahaya hutang yang belum dijelaskan, wajib baginya berwasiat kerana seseorang itu tidak selamat daripada diambil nyawanya oleh Tuhan semasa tidur.
- Hendaklah sedar bahawa seseorang ketika tidur mempunyai peluang lebih luas untuk mati, berbanding peluang untuk terus hidup.
- Ini kerana apabila seseorang tidur rohnya akan beredar meninggalkan jasad, meskipun jantung dan nadi bergerak darah terus mengalir dan nafas keluar masuk.
- Hal tersebut terserah sepenuhnya kepada Allah SWT. Justeru itu dalam keadaan tidak sedar kerana roh naik ke atas seperti benar-benar telah mati.
- Adab seterusnya apabila bersiap untuk tidur, seseorang itu bertaubat daripada semua dosa, dan tidur dalam keadaan hati suci bersih dengan semua orang Islam. Tiada hasrat di hati hendak menganiaya orang apabila terjaga esok.
- Dengan adab itu dunia akan aman daripada segala kemungkaran dan penyelewengan juga keburukan. Jika seseorang tidak menghormati janji sendiri yang dibuat sebelum tidur, lalu bagaimanakah orang lain akan menghormati dirinya.
Jangan terlalu bermewah sediakan tempat tidur
25-28 Syawal 1431 / 4-8 Oktober 2010
- ADAB tidur seterusnya ialah bersederhana dalam menyediakan tempat tidur, selagi tidak terlalu bermewah dengan tilam berharga ribuan ringgit dan katil berukir mewah, hingga membazir dengan rezeki Tuhan.
- Apatah lagi untuk mempamerkan kemewahan dan kemampuan dalam berhelanja. Rezeki kurnia Allah SWT sepatutnya digunakan untuk mencari keredaan-Nya.
- Antara perkara dibenci-Nya ialah perbuatan membazir, Allah SWT berfirman kepada para pembazir melalui firman-Nya yang bermaksud: "Dan hari (ketika) orang-orang engkar dihadapkan ke neraka (mereka ditempelak): 'Kamu telah menghabiskan rezekimu yang baik dalam kehidupan duniawimu dan kamu telah bersenang lenang dengannya; maka hada hari ini kamu dibalas dengan azab yang menghinakan kerana kamu telah menyombongkan diri di muka bumi tanpa hak dan kerana kamu telah fasiq." (Surah Al-Ahqaf ayat 20)
- Sentiasalah beringat akan amaran tuhan itu dengan kehidupan ditakdirkan rezeki melimpah, mereka tidak bermewah-mewah hingga membazir dengannya.
- Adab tidur selanjutnya seseorang itu tidak tidur selagi tidak didatangi rasa mengantuk. Tidak wajar paksa diri untuk tidur kecuali bertujuan untuk bangun pada hujung malam.
- Meskipun dia mampu berjaga untuk sejam dua lagi, jika dia berbuat demikian dikhuatiri akan terlewat bangun dan terlepas niatnya untuk ibadat hujung malam.
- Jika tiada kekhuatiran kemungkinan lewat bangun maka bolehlah bersekang mata, kerana banyak kerja kebaikan untuk dunia dan akhirat yang boleh dilakukan, seperti membaca kitab atau menulis rencana.
- Adab tidur seterusnya, sayogia dia tidur dalam keadaan menghadap kiblat, kerana kiblat adalah tempat yang paling mulia di sisi Islam, segala kerja kebajikan sebaiknya menghadap kiblat.
- Jika ketika jenazah diletakkan dalam kubur dituntut menghadap kiblat, hendak tidur adalah ketika munasabah untuk latih diri menghadap kiblat. Dengan cara mengiring ke kanan dan berbantalkan lengan kanan, sebelum seseorang menghadapi mati. Demikianlah diri ketika hendak tidur dengan menghadap kiblat.
- Orang Islam diberi nasihat cara tidur supaya kehidupan 24 jam dalam keadaan siap sedia, kerana manusia diciptakan untuk mendapat keredaan Allah SWT.
- Jika insan yang hidup sementara mendapat kurnia Tuhan dengan kekayaan harta dunia, mereka harus sedar harta kekayaan bukan matlamat hidup umat Islam. Sebaliknya sekadar jambatan menuju keredaan Allah S4VT.
- Setelah bersugi dan berwuduk hendak meletakkan tubuh menghadap kiblat, tibalah ketikanya yang amat mustahak untuk berdoa -kepada Allah SWT, dengan sebanyak mana doa yang warid daripada Rasulullah s.a.w. Sebahagian lafaz yang perlu dibaca sebelum tidur itu ialah membaca surah al-Ikhlas, surah al-Falaq serta surah an-Nas. Inilah antara surah yang dibaca oleh Nabi s.a.w.
- Dapatkan doa-doa Rasulullah s.a.w. yang pelbagai, di antaranya seperti: Allahumma laka al hamdu wa minka al halaju wa minka al mustaka. Atau: Allahumma aslamtu wa bika amantu wa 'alaika tawakkaltu.
- Ada amalan Rasulullah s.a.w. setelah membaca surah tiga qul itu lalu beliau seperti meludahkan kepada dua tapak tangannya kemudian disapu ke mukanya, diusap arah kepalanya sampai ke hujung kaki. Dengan niat untuk jaga iubuh badan dan sebagainya.
- Berdoalah dengan apa jua jenis doa yang ditemui dalam kitab-kitab, bahawa Nabi s.a.w. baca doa tersebut sebelum tidurnya. Nabi s.a.w. juga membaca ayat al-Kursi yang bermaksud: "Allah tiada Tuhan melainkan Dia, Yang hidup kekal lagi terus-menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Siapakah dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah Mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa-apa yang dikehendakki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya (langit dan bumi), dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar." (Surah AL Baqarah ayat 255)
- Memulakan bacaan ayat Kursi sama ada dari "wa ilahukum" atau "Allahu lailaha illahu" sehingga "Hifdzuhuma wahual 'aliyyul 'adzim", ulang tiga kali dengan niat jaga tubuh serta keluarga dan rumah tangga, juga harta benda daripada gangguan makhluk bahaya iaitu syaitan seteru manusia yang sebenar.
- Allah SWT tidak merasa berat memelihara langit dan bumi, tentulah sangat mudah dan ringan menjaga diri manusia dan keluarga, serta harta kepunyaanya yang amat sedikit jika dibandingkan kepunyaan Allah SWT.
- Justeru peliharalah mereka yang mohon pertolongan penjagaan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar Kekuasaan-Nya.
- Rasulullah s.a.w. juga bertaqdis, bertahmid dan bertakbir 33 kali sebelum tidur, (Subhanallah wal bamdulillah Allahu Akbar) seperti yang diajarkan kepada puteri kesayangannya Siti Fatimah, ketika Fatimah r. anha mengemukakan permohonannya supaya diberikan hamba sahaya, untuk membantu tugasnya yang meletihkan.
- Nabi s.a.w. tidak memperkenan permintaan puterinya. Sebaliknya diberi amalan, setelah itu puteri Nabi itu tidak mengeluh keletihan lagi.
Mati ketika tidur diukur daripada amalan sunnah
29 Syawal - 2 Zulkaedah / 8 - 10 Oktober 2010
- ADAB tidur seterusnya apabila sesaorang bersiap untuk tidur, hendaklah sedar bahawa tidur itu sebahagian daripada mati. Meskipun terus bernafas dan jantung berdegup, tetapi tidak sedar apa yang berlaku di sekelilingnya.
- Tidur dianggap sebahagian besar daripada mati, bererti peluang hidup hanya sedikit peratusnya. Orang tidur itu jika dibuka kelopak matanya dia tidak melihat, dicubit kulitnya tidak merasa sakit dan sebagainya.
- Menyedari kedudukan dirinya menghadapi sebahagian daripada kematian, apabila terjaga daripada tidur bererti menemui semula sebahagian daripada hayatnya.
- Justeru sebelum tidur hendaklah tentukan kedudukan hatinya, adakah dia meletakkan dirinya sama ada sebagai pencinta dunia atau pencinta Allah SWT.
- Supaya malaikat merekodkan kedudukkan hatinya sama ada sayang Allah dan Rasul-Nya, jika terjadi kematian ketika tidur mudah-mudahan catatan malaikat akan menetapkan dirinya sebagai pencinta kebenaran.
- Semua adab tingkah laku sebelum tidur seperti bersugi, wuduk, berdoa mohon sesuatu kebajikan daripada Tuhan, membaca ayatul Kursi dan tiga qul, anggota tubuh mengiring ke kanan dan menghadap kiblat.
- Semuanya akan dicatat oleh malaikat, atas dasar itu menjadi sandaran cinta atau tidaknya kepada Allah dan Rasul-Nya serta akhirat. Perlu seseorang mengambil tahu bagaimana mereka dibangkitkan oleh Tuhar dari kubur di Mahsyar kelak, ia dibangunkan mengikut rekod catatan sebagaimana mereka mati di dunia dahulu.
- Jika mereka mati dalam keadaan sayang dan patuh kepada Allah SWT, maka mereka dibangkitkan dari kubur dalam keadaan demikian juga. Begitulah sebaliknya jika sebagai pencinta dunia.
- Demikianlah beberapa penjelasan mengenai adab sebelum tidur, adab tersebut memimpin manusia untuk menerokai sebahagian daripada kematiannya semasa tidur.
- Setelah terjaga daripada tidur, jika Tuhan rezekikan dengan dikembalikan sebahagian daripada usianya, mudah-mudahan mereka mengamal kebaikan untuk dirinya.
- Kini akan membincangkan tentang segala wirid dan semua bacaan yang disifatkan sebagai zikir.
- Perkara ini dikira baik (tustahabbu) untuk orang yang tiada peranan lain selain daripada beribadah, sekiranya dia tidak melakukan amal ini bererti dia duduk membuang masa dan usia sahaja.
- Misalnya orang berusia lanjut yang tidak terdaya untuk buat kerja lain, waktu yang berbaki daripada usianya dihabiskan dengan rehat-rehat sahaja. Sedangkan matanya masih melihat cerah, sedang lidahnya boleh membaca al-Quran. Kepada golongan itu eloklah diberi wirid, istighfar atau selawat dan zikir tertentu.Orang seperti itu jika tidak buat sedemikian maka hidupnya kosong tiada aktiviti akhirat, bekerja tidak upaya kerana usia lanjut.
- Kalau hendak mengaji atau menuntut ilmu minda sudah lemah, kaki tidak kuat untuk berjalan. Digalakkan berwirid tertentu untuk mengisi baki usia supaya berguna dan berfaedah di akhirat kelak.
- Tetapi kepada orang alim yang boleh berbakti dan berjasa kepada masyarakat, melalui majlis pengajian dan beri petua tertentu melalui karangannya.
- Susunan wirid orang yang sedemikian tidak sama dengan susunan wirid sang 'abid (ahli ibadah) yang berusia lewat itu.
- Orang yang berilmu yang boleh memberi manfaat akan ilmunya kepada orang ramai, dengan mengajar dan bersyarah di merata tempat. Mengarang menghurai pelbagai masalah agama dan masyarakat, itulah wirid dan zikir yang selayaknya untuk mereka.
- Orang alim sebelum pergi mengajar atau bersyarah, dia perlu mengambil masa mentelaah kitab-kitab ulama yang dikira lebih bijak, supaya dia boleh tumpang ilmunya ketika mengajar.
- Begitu juga orang yang mengarang perlu mengikuti perkembangan dan siasah dunia yang sentiasa berubah, kerana cara penyelesaian juga berbeza turut berubah.
- Mereka mengajar kepada orang ramai tidak boleh secara congak-congak sahaja, dia perlu mengambil masa secukupnya baca kitab untuk berdepan orang ramai.