LAPORAN JAWATANKUASA AUDIT EKSA KLINIK KESIHATAN SERI ISKANDAR

Ahli Jawatankuasa Audit : 1)         Pn Anis Basyirah Bt Abdul Hamid

                            2)        Dr Fahmi Bin Sidek

                            3)        En Hairul Nizam Bin Mohamed

Aktiviti yang telah dijalankan

  1. Pasukan audit telah menjalankan audit dalaman pada 10 April 2020. Lokasi audit yang dipilih adalah bilik fundus camera, bilik rawatan , bilik kecemasan, bilik asthma bay, bilik prosedur – dressing,kaunter pendaftaran utama, kaunter zon A dan Zon B dan bilik utiliti

  1. Terdapat beberapa penemuan ditemui semasa audit dijalankan
  1. Program penjimatan tenaga / sumber secara menyeluruh tidak dilaksanakan sepenuhnya. Terdapat bilik dan ruang kerja yang tidak mempamerkan
  1. Notis /arahan penjimatan tenaga
  2. Notis Penjimatan air
  3. Go green tidak dilaksanakan ( tiada tong sampah berkaitan)

  1. Keperluan umum

Susun atur peralatan tidak kemas dan teratur

  1. Dulang (tray) keluar masuk tidak dilabel sepenuhnya
  2. Laci berselerak dan dilabel- alatan tidak disimpan mengikut label
  3. Susunan fail tidak teratur
  4. Komputer tidak teratur
  5. Tatacara penggunaan peralatan guna sama seperti komputer tidak dilabel
  6. Cop di kaunter pendaftaran tidak disusun dan dilabel

Keperluan Umum

  1. Etika / tatacara penggunaan bilik gunasama tidak dipamerkan
  2. Pelan lantai dan pelan lampu tidak dipamerkan
  3. Bilik demonstrasi masakan – makanan dan minuman tidak disusun dengan kemas dan teratur

Kaunter Utama

Tidak terdapat kriteria tersebut di kaunter utama iaitu

  1. Sistem maklumbalas pelanggan
  2. Direktori warga agensi

Surau

Tiada kemudahan berikut disediakan

  1. Tanda arah kiblat
  2. Tempat letak/rak kasut

Pantri/ Tempat minum

  1. Pantri / Bilik Demonstrasi aras bawah dalam keadaan tidak tersusun
  2. Tiada etika penggunaan bilik gunasama dipamerkan
  3. Peti sejuk di bilik demonstrasi tidak kemas dan teratur

KESELAMATAN PERSEKITARAN

  1. Pelan Tindakan Kecemasan tidak disediakan
  2. Kabel Komputer/ mesin peralatan tidak diikat dengan rapi
  3. Terdapat plag yang tidak dilabel
  4. Tiada tatacara Penggunaan alat pemadam api
  5. Tiada tanda arah keluar yang jelas di pintu keluar makmal dan farmasi

TEMPAT KHAS KHUSUS

Bilik  Makmal

  1. Persekitaran makmal tidak kemas dan  tersusun
  2. Sistem failing yang seragam belum diwujudkan
  3. Peralatan tidak dilabel dan tidak tersusun

Bilik / Ruang Rekod Perubatan

  1. Tidak menyediakan dan mempamerkan peraturan pengambilan rekod

Stor barangan primer

  1. Peralatan tidak disusun dengan kemas
  2. Bincard/ inventori stok tidak disediakan 

Bilik Rawatan

  1. Almari penyimpanan barang tidak dilabel
  2. Peralatan atau stok barang tidak disusun dengan teratur

DISEDIAKAN OLEH :

Anis Basyirah Bt Abdul Hamid

Ketua Jawatankuasa Audit EKSA KKSI