MODUL  1

Bahasa Melayu Kertas 1

Bahagian A

Usaha kerajaan untuk menggalakkan pelibatan masyarakat dalam bidang keusahawanan.

Bahagian B

Domain Awam

Usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh pelbagai pihak untuk meningkatkan mutu sukan di tanah air.

Domain Peribadi

Faedah  anda sebagai remaja untuk meningkatkan kesedaran remaja lain untuk melibatkan diri dalam bidang penulisan kreatif .

Saya/kita/remaja

Domain Pendidikan

Kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan haiwan liar perlu dipupuk sejak di bangku sekolah.

Domain Kerjaya

Inisiatif-inisiatif yang perlu dilakukan untuk menarik minat generasi muda menceburkan diri dalam bidang kejururawatan.

Format: Rencana

MODUL 1

Bahasa Melayu Kertas 2

Soalan 1 – MORFOLOGI  

Tiga kata nama terbitan – gabungan / kedudukan / keadaan

susu pekat manis dan air berkarbonat Aiskrim Soda.

dan Barat menyebabkannya menjadi pelabuhan terpenting pada zaman keagungan Empayar Melaka.

Satu kata majmuk – mata kasar (mata biasa)

                dengan mata kasar.

Soalan 2: SINTAKSIS    

Penukaran ayat pasif  kepada ayat aktif.

1.        Pihak yang berkenaan gagal menyediakan kemudahan asas untuk berniaga.

2.        Penjaja di pasar malam akan menjual pelbagai makanan yang telah sedia

untuk dimakan.

3.        Lokasi jualan gerai seperti di tepi longkang, tepi jalan dan kawasan yang

banyak lalat turut mempengaruhi kadar pencemaran.

Soalan 3: PENYUNTINGAN

Petikan 1

Petikan 2

Soalan 4 – BAHASA MELAYU STANDARD    

Kertala Sari masuk makan bersama-sama saudagar itu. Setelah jauh malam, saudagar itu pun masuk tidur.  Kertala Sari telah mencuri segala harta saudagar yang mampu dibawanya dan isteri saudagar itu dicabulnya (mencabul isteri saudagar itu). Kemudian, dia kembali ke tempat persinggahannya. Hari telah siang. Saudagar itu riuh mengatakan dirinya mengalami kecurian.

Soalan 5: Peribahasa

BAHAGIAN B : PEMAHAMAN

Soalan 6 : Petikan Umum

(i)              merealisasikan - mewujudkan

                  hasrat - keinginan/kehendak/harapan                

 

(ii)        Persamaan dan perbezaan berhubung peranan kerajaan dalam bidang

        pertanian di negara kita.

        Persamaan -

        Kerajaan amat serius dalam usaha menggalakkan masyarakat/golongan

        muda         agar melibatkan diri dalam sektor pertanian.

                                                                                        

        Perbezaan -

B1        Pelaksanaan Program Agropreneur Muda bermula pada tahun 2016 di                 bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11)

B2        Kerajaan memperkenalkan pakej pembiayaan sehingga RM50,000                 disediakan bagi pembesaran projek pertanian boleh diperoleh daripada                 pihak TEKUN Nasional.

                                                                                         

      (iii)          Punca golongan muda kurang berminat untuk menceburkan diri dalam                 sektor pertanian di negara kita ialah

P1        Golongan muda kurang mendapat galakan untuk menyertai aktiviti

        pertanian daripada keluarga

P2        Golongan muda beranggapan bahawa bidang pertanian tidak akan         mendatangkan keuntungan.                                                        

P3        Golongan muda lebih tertarik dengan pekerjaan di pejabat / sektor                 Teknologi Maklumat yang sedang rancak berkembang di dunia kini.

P4        Pemikiran sempit/ Tidak didedahkan skop/peluang kerjaya dalam bidang          pertanian                                                          

(iv)        Sebagai Pengerusi Kelab, aktiviti yang boleh dilakukan bersama                 dengan ahli kelab bagi merealisasikan rancangan tersebut ialah

P1        mendapatkan kebenaran daripada pihak sekolah

P2        membentuk ahli jawatankuasa

P3        mengumpul dana

P4        membeli peralatan dan biji benih untuk bercucuk tanam

P5        menyediakan jadual untuk penjagaan tanaman

Soalan 7: PETIKAN SASTERA

Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i)        membawa - mendukung

        gelora - perasaan

(ii)        Sebab-sebab kita, khasnya golongan muda perlu mempunyai semangat

cinta akan negara  kerana                                                         

B1        penting untuk menentang musuh/berani mati (demi negara).

B2        setiap individu mempunyai tanggungjawab yang tertentu.

B3        sanggup berkorban jiwa dan raga demi mempertahankan kemerdekaan

negara.

(iii)        Pada pandangan saya, peranan yang boleh dimainkan oleh kerajaan agar

generasi muda dapat menghargai jasa dan pengorbanan perwira negara ialah                

P1        Pihak Berkuasa Tempatan boleh menamakan jalan/bangunan/taman dengan

nama perwira negara

P2        RTM menghasilkan dokumentari/filem tentang peranan/sumbangan perwira

negara      

P3        DBP menerbitkan buku perihal kisah hidup perwira negara

(iv)        Sebagai seorang murid yang bertanggungjawab, saya akan menasihati 

mereka dengan                

P1        berhemah agar murid tersebut tidak mengulangi perbuatannya

P2        menyatakan kesan buruk akibat tindakannya terhadap murid-murid yang lain

P3        menegaskan bahawa akan melaporkan kepada pengawas yang bertugas

ataupun guru disiplin

Soalan 8 – Novel   

   

(i)         Setelah Muhammad Taufik merobek jambangan bunga mawar merah yang diterimanya di hospital, dia mendapat sehelai kain selendang berhias manik-manik kristal yang bergemerlapan dengan biasan tujuh warna pelangi. Dia juga mendapat secebis kertas jatuh ketika meleraikan kain selendang tersebut. Selain itu, dia juga menemui kerongsang mutiara berharga RM10.00 di bahagian bawah dagunya tersemat pada selendang tersebut.

(ii)         Huraikan dua peristiwa yang menunjukkan kepincangan masyarakat dalam

novel yang anda kaji.

Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib

Masyarakat yang gemar membuang masa.

Contoh:        Nordin dan kawan-kawannya gemar membuang masa di Warung

Pak Samad yang terletak  di simpang jalan.

Masyarakat yang berfikiran sempit

Contoh:         Penduduk kampung berfikiran sempit dengan mengatakan Adnan

akan murtad sekiranya belajar di sekolah aliran Inggeris. Hal ini  terjadi apabila Pak Saidi mengambil keputusan menyekolahkan Adnan di sekolah Inggeris.

Masyarakat yang mudah berpaling tadah.

Contoh:         Samad mudah berpaling tadah apabila sanggup menjadi pembelot

dengan menjadi tali barut Jepun di Singapura.

Di Sebalik Dinara, karya Dayang Nor

Masyarakat yang mementingkan diri sendiri

Contoh:         Farisya berasa jengkel dengan wanita yang mementingkan diri

sendiri yang ditemui di lapangan terbang. Wanita itu  bercakap

kuat di telefon tanpa mempedulikan orang sekeliling yang berasa

terganggu.

Masyarakat yang terlalu taksub akan sains sehingga melupai nilai kemanusiaan.

Contoh:        Karl yang terlalu taksub dengan sains telah menjadikan Farisha

sebagai bahan uji kaji. Karl menanam pelbagai jenis implan dalam

tubuh Fariaha agar beliau menjadi genius. Menurut Medina, Karl

ialah ayah kandung Farisha dan merupakan saintis gila

Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin

Masyarakat yang kejam

Contoh:         Seman seorang yang kejam kerana sanggup memukul dan

melakukan keganasan rumahtangga terhadap isterinya, Che Jah

dan anak-anaknya.

Masyarakat yang suka minum arak

Contoh:         Sikap Seman yang suka minum arak menyebabkannya kerap

mabuk dan melupakan tanggungjawabnya terhadap keluarga.

Masyarakat yang menuduh tanpa usul periksa

Contoh:         Penduduk kampung menuduh Sugi Oggway yang menghantar

kawannya dari sebuah syarikat untuk memujuk orang kampung menjual tanah mereka untuk dibina deretan rumah sewa sedangkan dia jujur menjalankan urusniaga yang berfokus kepada usaha memajukan tanah-tanah terbiar untuk projek agropolitan.

Pantai Kasih karya Azmah Nordin

Masyarakat yang ego

Contoh:         Doktor Sadiz tetap dengan keegoannya dengan menyalahkan Dr.

Raiha atas kematian anak perempuan mereka. Hakikatnya tindakan Dr. Sadiz membakar kereta mewah miliknya yang menyebabkan Rahayu mati.

Masyarakat yang mengambil jalan mudah menyelesaikan masalah

Contoh:         Felecia yang tersepit antara kejujuran kerjaya dengan pengaruh

kuasa sehingga menyebabkannya terlibat dengan kematian

Rahayu telah mengambil jalan mudah menyelesaikan masalah

dengan meminum ubat batuk secara berlebihan bagi

menenangkan diri.

Masyarakat yang angkuh

Contoh:         Sikap Dr Sadiz, duda beranak dua yang angkuh serta usianya  

yang lebih tua daripada dirinya menyebabkan bapa Dr Raiha tidak

bersetuju dengan keputusan Dr Riha berkahwin dengannya.

Songket Bebenang Emas, karya Khairuddin Ayip

Masyarakat yang pilih kasih

Contoh:         Nek Kiah seorang yang memilih kasih kerana tidak suka akan

keluarga Dahlia. Apabila keluarga Dahlia dalam kesusahan, Nek

Kiah langsung tidak membantu bahkan menyalahkan Saleha yang

berkahwin dengan Embong.

Masyarakat yang mementingkan diri sendiri.

Contoh:        Nek Kiah amat mementingkan diri apabila tidak mengambil tahu

akan keperitan hidup cucunya setelah Saleha dimasukkan ke

hospital.

Masyarakat yang percaya kepada perkara tahyul.

Contoh:        Nek kiah percaya kepada perkara tahyul. Nek Kiah percaya hantu

dan syaitan yang menyebabkan nasib malang selalu menimpa

Embong dan keluarganya serta berhasrat menghalau hantu-hantu

tersebut.

Tirani, karya Beb Sabariah

Masyarakat yang percaya kepada kepercayaan nenek moyang yang karut.

Contoh:        Raidah percaya kepada kepercayaan nenek moyang bahawa

ketupat lepas boleh mengelakkan diri daripada ditimpa bala.

Masyarakat yang bertindak terburu-buru.

Contoh:        Zahid bertindak terburu-buru menceraikan Waheeda kerana

cemburu dan rupa paras anaknya tidak cantik seperti Waheeda.

Masyarakat yang menyembunyikan kebenaran / tidak jujur.

Contoh:        Akibat sikap Waheeda yang menyembunyikan kebenaran bahawa

dirinya cantik kerana menjalani pembedahan plastik Waheeda

menghadapi pelbagai dugaan rumahtangga sehingga akhirnya

diceraikan oleh suaminya, Zahid.

Silir Daksina,  karya Nizar Parman

Masyarakat yang mementingkan diri

Contoh:        Rafiqah seorang yang mementingkan diri kerana memutuskan

hubungan Haiqal dengan ayahnya, Abdullah Kayan setelah mereka

bercerai sehingga menyebabkan penderitaan jiwa mereka

anak-beranak.

Masyarakat yang pendendam

Contoh:        Pemergian Haiqal ke Kampung Seri Purnama tidak direstui

uminya yang kelihatan amat mendendami arwah ayah kandung

Haiqal.

Masyarakat yang suka berjudi

Contoh:        Sikap abang Tauke Lim yang suka berjudi menyebabkan

keluarganya berada dalam kesusahan dan dia terpaksa

mengambil upah menoreh getah ayah Cikgu Zam

Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop

Masyarakat yang pendendam

Contoh:        Dato’ Johann Arlington-Majid berdendam dengan Tan Sri Muhaimin

kerana kalah dalam perebutan kasih Maryam Wickham.

Masyarakat yang licik mengambil kesempatan

Contoh:        Orang suruhan Dato’ Johann @ tonto licik mengambil kesempatan

dengan menculik Nurul Hafsa sebagai usaha memerangkap

Muhammad Taufik dan ayahnya agar menarik balik sebut harga

tender membekalkan lampu di Kuala Selangor dan membatalkan

Projek Kawasan Simpan Langit Gelap.

BAHAGIAN C: RUMUSAN

Soalan 9: Rumusan

Pendahuluan [ 2 markah ]      

Rumusan membincangkan faedah-faedah menabung dan langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk menabung demi masa depan.

Isi [ 16 markah]

Isi bahan 1:         Petikan

Fokus 1- Bahan 1:        Petikan

Fokus 1 - Faedah-faedah menabung

F1 1 -         Aktiviti menabung membolehkan seseorang itu merencanakan masa

hadapan dengan ekonomi yang kukuh dan mapan

F1 2 -         Para remaja juga boleh menggunakan wang tabungan untuk membeli

buku rujukan dan menampung perbelanjaan persekolahan lain

F1 3 -         Amalan menabung juga dapat membantu pelajar membiayai kos

pendidikan ke institut pengajian tinggi dan mentaliti kebergantungan kepada wang bantuan

F1 4 -         Ibu bapa tidak perlu lagi bergolok-gadai untuk membiayai kos pendidikan         anak yang kian meningkat

F1 5 -         Amalan menabung juga dapat mendidik diri supaya sentiasa berjimat

cermat.

Bahan 1: Petikan

Fokus 2 - Langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk menabung demi masa depan 

F2 1 -        Seseorang itu perlu menukar tabiatnya untuk menjadi lebih baik

F2 2 -          Seseorang itu juga haruslah memastikan mindanya telah bersedia dan         berdisiplin kerana semuanya terletak di tangan sendiri

F2 3 -        Tanamkan azam untuk sentiasa menabung, konsisten dan rancanglah

aliran         kewangan dengan baik

Isi bahan 2 : Bahan Grafik

Fokus 3 - Langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk menabung demi masa depan

F3 1 -        Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengadakan         kempen untuk pembukaan akaun SSPN serendah RM30.00 sahaja.

F3 2 -        Pelbagai hadiah menarik disediakan seperti berpeluang memenangi

Huawei Mediapad dan sebagainya.

Kesimpulan [2 markah]

K1         Kesimpulannya, semua pihak (P) perlu mengamalkan amalan

menabung (T+C) supaya generasi yang berjimat cermat dan

bijak berbelanja dapat dilahirkan.

MODUL 2

Bahasa Melayu Kertas 1

Bahagian A

Kepentingan pelaksanaan pembelajaran STEM kepada murid di sekolah

Bahagian B

Domain Awam

Kepentingan Suntikan Vaksin kepada Masyarakat dan Negara.

Format: Rencana

Domain Peribadi

Cara-cara yang akan saya ambil untuk meningkatkan kemahiran bahasa Melayu.

Domain Pendidikan

Usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk mendidik masyarakat agar mengamalkan aktiviti kitar semula

Domain Kerjaya

 Kelebihan-kelebihan perniagaan dalam talian

MODUL DUA

Bahasa Melayu Kertas 2

Soalan 1 – MORFOLOGI

Dua kata kerja transitif - menyumbang/mendepani/melibatkan

Dua kata kerja pasif - diwajibkan/dianggarkan/disumbangkan

Dua kata kerja transitif -

menyumbang sebanyak RM4.2 billion kepada

negara melalui kutipan hasil pada tahun 2020.

terhadap vaksin dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

tidak bersalah kepada lima pertuduhan rasuah

melibatkan keseluruhan wang berjumlah RM80,000.

Dua kata kerja pasif -

saringan Covid-19 mingguan secara bergilir mulai

tahun hadapan.

telah dibeli oleh pemuda itu.

akan digunakan untuk membeli buku bahi kegunaan

kanak-kanak di rumah anak yatim tersebut.

Soalan 2: SINTAKSIS  

1.         Ayat Susunan Songsang Penuh

Menjadi bahagian penting dalam kehidupan harian manusia sebagai saluran komunikasi maya komputer, telefon bimbit atau peranti yang menggunakan teknologi ini.

2.        Ayat Susunan Songsang Penuh

Ikut membangun dengan pesat seiring dengan kemajuan teknologi Internet dan kecanggihan telefon bimbit media sosial.

3.        Ayat Susunan Songsang Penuh

Boleh diakses di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa dengan hanya menggunakan telefon bimbit media sosial.

Soalan 3 – PENYUNTINGAN                                                        

Petikan 1

Soalan 4 – BAHASA MELAYU STANDARD    

“Patik semua suka untuk memberikan kepada Laksamana. Demi Allah dan Rasul-Nya, dengan hati yang tulus dan ikhlas,” sembah mereka. Masing-masing pun memberikan kesemua hartanya kepada Laksamana.

Laksamana pun membahagikan harta tersebut kepada tiga bahagian dan Laksamana mengambil sebahagian untuk dirinya. Sebahagian yang diambil itu pula dibahagikan kepada tiga bahagian lagi dan yang sebahagian itu didermakan kepada fakir miskin manakala sebahagian lagi diberikan kepada para pegawai yang tidak berpangkat dan sebahagian lagi diberikan kepada orang ramai. Segala harta tersebut habis dibahagikan oleh Laksamana tanpa mengambil apa-apa.

Soalan 5: Peribahasa

BAHAGIAN B: PEMAHAMAN

Soalan 6: Petikan Umum

i)        menjamin - menjanji

kelestarian - keaslian

ii)         Persamaan - Tindakan penanaman semula pokok untuk menjamin

kelestarian alam agar terus terjaga.

Perbezaan -

B1        Kementerian Air Tanah dan Sumber Asli (KATS) melalui Jabatan

Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) telah melaksanakan Program Penanaman Pokok Bakau dan Spesies-Spesies yang Sesuai di Pesisiran Pantai Negara dengan pelibatan pelbagai agensi

                                                        

B2        Jabatan Perhutanan Daerah Hulu Terengganu membekalkan pelbagai

jenis anak pokok bukan hanya untuk ditanam semula di kawasan

pembalakan malah melalui hasil semaian itu malah mampu

membekalkan pokok untuk pelbagai program yang dianjurkan oleh

pelbagai agensi terbabit.

                                        

iii)        Pada pendapat saya, kesan aktiviti manusia terhadap alam sekitar ialah

P1        kemusnahan habitat semula jadi bagi flora dan fauna

P2        suhu dunia akan meningkat

P3        alam sekitar terdedah kepada pelbagai bencana alam.

iv)        Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, saya akan

P1        memberikan nasihat dengan berhemah

P2        menunjukkan tempat/tong sampah untuk  membuang sampah

P3        memaklumkan kepada ibu bapa mereka

P4        melaporkan kepada pihak berkuasa

P5        menularkan ke media sosial

Soalan 7: PETIKAN SASTERA

i)        menjejaskan - merosakkan

kualiti - nilai/mutu

ii)        Kesan-kesan negatif yang berlaku apabila penerokaan hutan dilakukan  

dengan rakus dan tidak terkawal.                                          

B1           Pihak yang tidak bertanggungjawab mencemarkan sungai, kampung

halaman telah mengalami pembangunan dan dicemari dengan asap serta

debu yang berterbangan.

B2           Kebimbangan penduduk  masyarakat Orang Asli etnik Jahut berasaskan

pelbagai faktor seperti perubahan iklim, merosakkan tadahan air,

kehilangan hak mengekal dan memulihara tadahan air, hilang sumber

perubatan tradisional, hilang sumber aktiviti berburu dan hasil hutan.

B3           Alam sekitar terjejas atau musnah akibat perlakuan manusia yang tidak

berharmoni dalam tindak-tanduk seharian mereka

                                                                       

iii)        Pada pendapat saya, langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh semua

pihak dalam usaha membendung penerokaan hutan secara tidak terkawal ialah

P1           Kerajaan menguatkuasakan undang-undang dan denda yang setimpal

dengan kesalahan yang dilakukan oleh peneroka haram.

P2           Kerajaan mengadakan kempen Hargai dan Sayangi Hutan Kita.

P3           Kerajaan menawarkan ganjaran kepada pemberi maklumat tentang

aktiviti pembalakan haram

                                                                                                     

iv)        Sebagai rakyat yang prihatin, tindakan yang terbaik boleh saya lakukan

bagi menghadapi situasi tersebut ialah

P1            Saya akan menelefon Pasukan Bomba dan Penyelamat untuk

memadamkan kebakaran.

P2            Saya akan memberitahu orang-orang kampung supaya berjaga-jaga dan

sentiasa menjaga keselamatan diri serta ahli keluarga.

P3            Saya akan mengarahkan orang-orang kampung berkumpul di tempat

yang selamat.

P4        Saya akan memberikan bantuan kepada orang-orang kampung yang tidak

berdaya seperti orang-orang tua.

Soalan 8 – Novel      

                                                                                     

Kelainan yang tercetak di atas kad undangan Waheeda ialah terdapat senarai Ahli Jawatankuasa iaitu al-hakirin dan al-wakilin. Al-hakirin merupakan pemangku kerja, iaitu saudara-saudara atau ahli keluarga tuan rumah manakala al-wakilin ialah orang harapan atau penyelenggaraan majlis yang tugasnya menyambut dan melayan tetamu.

Songket Berbenang Emas Karya Khairuddin Ayip

Kepincangan masyarakat yang bersikap prejudis - Peristiwa ini dapat memberikan panduan kepada pembaca melalui tindakan Nek Kiah bersikap prejudis terhadap Embong sekeluarga. Nek Kiah meluahkan perasaan tidak puas hatinya terhadap Embong kerana membawa nasib malang kepada Saleha sejak mereka berkahwin sehingga mempunyai enam orang anak. Hal ini ditambah lagi dengan hasutan Seman yang memfitnah Embong dengan mengatakan bahawa Embong membela ilmu hitam menyebabkan Saleha menjadi gila. Nek Kiah yang percaya akan fitnah Seman, turut bersetuju dengan cadangan anaknya tersebut untuk menjual tanah pusaka seluas seekar yang diduduki oleh keluarga Saleha dengan harga RM15,000.00.

Kepincangan masyarakat yang tidak tahu menghargai jasa dan pengorbanan orang lain terhadap keluarganya - Peristiwa ini dapat memberikan panduan kepada pembaca melalui tindakan Dahlia bergegas ke tebing sungai apabila mendengar jeritan bahawa Said, anak Aton  tenggelam di dasar sungai dan Dahlia berusaha terjun untuk mencari dan menyelamatkan  Said yang tenggelam di dasar sungai walaupun arus sungai deras.  Malangnya Aton telah memaki hamun Dahlia di hadapan orang kampung dan menuduh Dahlia membunuh anak lelaki tunggalnya, Said.

Jendela Menghadap Jalan - Ruhaini Matdarin

Kepincangan masyarakat yang bersikap panas baran - Peristiwa ini dapat memberikan panduan kepada pembaca melalui tindakan Seman iaitu suami Che Jah bukan sahaja seorang yang panas baran tetapi juga kaki mabuk dan kaki judi. Seman telah memukul Haziq sehingga cedera dan memaki hamun Haziq seperti orang kena rasuk. Sikap Seman ini menyebabkan Rafik dan Haziq terlibat dalam kegiatan dadah dan mencuri. Mereka telah menculik Lili kerana terpaksa melepaskan diri daripada orang yang mengejar.

Kepincangan masyarakat yang runtuh/rosak akhlak apabila kalangan remaja/ anak muda terlibat dengan najis dadah - Peristiwa ini dapat memberikan panduan kepada pembaca melalui tindakan anak-anak Che Jah iaitu Rafiq dan Haziq terlibat dengan penagihan dadah dan sering mencuri barang-barang di rumah mereka termasuk barang kemas ibu mereka Che Jah untuk membeli dadah sehingga pernah dimasukkan ke penjara dan pusat tahanan juvana atas kesalahan juvana yang pernah dilakukan sebelum ini.

Leftenan Adnan Wira Bangsa - Abdul Latip Talib

Kepincangan masyarakat yang suka berprasangka buruk dan berfikiran negatif - Peristiwa ini dapat memberikan panduan kepada pembaca melalui tindakan penduduk Sungai Ramal mewakili masyarakat yang berprasangka buruk dan berfikiran negatif apabila mendapat tahu Pak Saidi menghantar anaknya belajar di sekolah Inggeris. Penduduk kampung menjadi gempar dan ada yang mahu menghalau Pak Saidi keluar dari kampung. Hal ini demikian kerana mereka khuatir anak Pak Saidi akan menjadi murtad sehingga melaporkan perkara itu kepada ketua kampung.

Kepincangan masyarakat yang tidak mempunyai sikap patriotik dan bersikap individualistik - Peristiwa ini dapat memberikan panduan kepada pembaca melalui tindakan Samad yang sanggup menjadi tali barut Jepun dan mengintip bagi pihak Jepun untuk mendapatkan maklumat pertahanan pasukan askar Melayu sebelum tentera Jepun melancarkan serangan.

Tirani - Beb Sabariah

Kepincangan masyarakat yang suka berprasangka buruk dan cemburu - Peristiwa ini dapat memberikan panduan kepada pembaca melalui tindakan Bazilah berprasangka buruk dan cemburu apabila melihat kemesraan hubungan antara Waheeda dengan tunangnya, Dr. Bahari ketika Waheeda menumpang tinggal di rumah Bazilah di Yishun Street, Singapura. Waheeda terpaksa melayani Dr. Bahari di ruang tamu kerana Bazilah sibuk menelaah dan sering memerap di dalam bilik untuk menyiapkan kajian dan bahan tesisnya. Akibat ingin menjaga perasaan Bazilah akhirnya Waheeda berpindah keluar dari rumah Bazilah dan tinggal di Flamingo Resort.

Kepincangan masyarakat yang menuduh isteri curang tanpa bukti yang kukuh - Peristiwa ini dapat memberikan panduan kepada pembaca melalui tindakan Waheeda tabah menerima kata-kata kesat daripada Zahid walaupun dia sedang mengandung seperti menuduh bahawa Waheeda curang dengan lelaki lain. Selain itu, Waheeda tabah menghadapi sikap Zahid yang jarang-jarang pulang ke rumah setelah mereka bergaduh dengan alasan ingin menonton perlawanan bola

sepak

Di Sebalik Dinara oleh Dayang Noor

Kepincangan masyarakat melakukan kesalahan jenayah untuk mencapai matlamat yang diinginkan - Peristiwa ini dapat memberikan panduan kepada pembaca melalui tindakan Medina sanggup mengupah Farid dan Amin untuk menculik Farisha untuk berjumpa dengannya dan menyatakan dia amat menyayanginya.

Kepincangan masyarakat dalam hubungan kekeluargaan - Peristiwa ini dapat memberikan panduan kepada pembaca melalui tindakan Farisha terpaksa diserahkan kepada keluarga angkat disebabkan pertelingkahan antara kedua ibu bapanya iaitu Karl dan Medina untuk menjadi seorang saintis yang paling terkemuka sehinggakan membahayakan nyawa Farisha.

Silir Daksina karya Nizar Parman

Kepincangan masyarakat penceraian yang berlaku dalam sesebuah keluarga telah menyebabkan seseorang anak tidak mendapat kasih sayang daripada ayah atau ibu - Peristiwa ini dapat memberikan panduan kepada pembaca melalui tindakan Abdullah Kayan berpisah dengan Isterinya,Rafiqah. Rafiqah melarang Haiqal berhubung dengan ayahnya menyebabkan Haiqal tidak mendapat kasih sayang ayahnya.

Kepincangan masyarakat yang mengamalkan sikap mementingkan diri sendiri - Peristiwa ini dapat memberikan panduan kepada pembaca melalui tindakan Rafiqah mementingkan diri sendiri sehingga menyekat Haiqal untuk mengenali ayah kandungnya dan melawat arwah ayahnya yang meninggal dunia. Haiqal hanya mengenali ayah kandungnya melalui manuskrip yang dikirimkan oleh Ong See hwa setelah 7 tahun ayahnya meninggal dunia.

Bima Sakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop

Kepincangan masyarakat mengenai seorang tokoh perniagaan yang cuba menggagalkan usaha golongan muda melestarikan alam sekitar - Peristiwa ini dapat memberikan panduan kepada pembaca melalui usaha yang dilakukan oleh Dato’ Johann Arlington-Majid yang cuba menggagalkan pembentangan projek Kawasan Simpan Langit Gelap oleh Nurul Hafsa kerana bimbang jika projek tersebut berjaya dilaksanakan, lampu jalan yang dibekalkan oleh syarikatnya akan terhenti. Tindakan Dato’ Johann ini menunjukkan masyarakat yang sanggup mengaut keuntungan tanpa memikirkan keindahan alam sekitar yang perlu dilestarikan.

Kepincangan masyarakat yang sanggup meruntuhkan rumah tangga demi mencapai kepuasan dalam kerjaya - Peristiwa ini dapat memberikan panduan kepada pembaca melalui keruntuhan rumah tangga yang dibina oleh Tan Sri Muhaimin dan Puan Mariam Wickham kerana tuntutan kerjaya Puan Wickham sebagai aktivis alam sekitar yang sentiasa sibuk. Keruntuhan yang dibina oleh mereka telah membuatkan anak tunggal mereka, Muhammad Taufik tidak mendapat kasih sayang sepenuhnya daripada kedua-dua ibu bapa kerana mereka berpisah dan tinggal berasingan. Peristiwa ini menunjukkan masyarakat yang sanggup mengutamakan kerjaya sehingga berlaku keruntuhan rumah tangga yang menyebabkan anak tidak mendapat kasih sayang sepenuhnya.

Pantai Kasih karya Azmah Nordin

Peristiwa kepincangan seorang ayah sanggup bertindak kejam terhadap anak kandungnya - Peristiwa ini dapat memberikan panduan kepada pembaca melalui tindakan Dr. Sadiz yang sanggup membakar kereta Porshe miliknya telah meragut anaknya, Rohayu yang berada berdekatan dengan kereta tersebut. Tindakan ini dilakukan oleh Dr. Sadiz kerana dia tidak mahu menerima Rohayu yang cacat kerana dapat menjatuhkan maruahnya sebagai seorang doktor pakar. Tindakan Dr Sadiz ini menunjukkan masyarakat yang sanggup bertindak kejam terhadap anak demi menjaga maruah dirinya.

Peristiwa kepincangan seorang suami yang tidak bertanggungjawab dan sanggup bertindak kejam - Peristiwa ini dapat memberikan panduan kepada pembaca melalui tindakan Dr. Sadiz yang menyuruh isterinya, Dr. Raiha menggugurkan kandungan setelah mendapati kandungan itu cacat kerana dapat manjatuhkan maruahnya sebagai seorang doktor pakar. Dr. Sadiz tidak melihat bahawa anak yang dikandung oleh Dr Raiha itu ialah anugerah tuhan yang tidak ternilai. Tindakan Dr. Sadiz ini menunjukkan masyarakat suami yang tidak bertanggungjawab dan sanggup bertindak kejam demi mencapai status kehidupan golongan mewah.

Bahagian C – RUMUSAN

[30 markah]

Pendahuluan [ 2 markah ]      

Rumusan membincangkan kebaikan mendedahkan pendidikan keusahawanan kepada generasi muda dan usaha-usaha yang dilakukan bagi menggalakkan masyarakat melibatkan diri dalam bidang keusahawanan.

Isi [ 16 markah]

Isi bahan 1: Petikan

Fokus 1 - Bahan 1: Petikan

Fokus 1 - Kebaikan mendedahkan pendidikan keusahawanan kepada generasi

    muda

F1 1 -  Generasi muda mampu mewujudkan nilai tambah dari segi sikap berdaya

saing, berinovasi dan kreatif.

F1 2 -  Berupaya mengubah sikap para generasi muda kepada individu yang

cakna terhadap masalah yang dihadapi oleh masyarakat sekeliling.

Bahan 1: Petikan

Fokus 2 -         Usaha-usaha yang dilakukan bagi menggalakkan masyarakat

melibatkan diri dalam bidang keusahawanan

F2 1 -  Menerusi Pelan Tindakan Keusahawanan IPT (2016-2020), setiap institusi

pengajian tinggi digalakkan memperbanyak pembangunan program

keusahawanan sosial berasaskan perniagaan.

F2 2 -   Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia yang ditubuhkan pada tahun

2014 telah mendapat peruntukan sebanyak RM20 juta untuk mewujudkan

Unit Keusahawanan Sosial.

F2 3 -          MyCreative Ventures Sdn. Bhd.  membantu industri kreatif.

F2 4 -         Dunia penerbitan buku juga satu daripada dunia keusahawanan sosial

yang harus diceburi.

                                                                        

Isi bahan 2: Bahan Grafik

Fokus 3 - Kebaikan mendedahkan pendidikan keusahawanan kepada generasi

    muda  

F3 1 -        Apabila ramai usahawan dilahirkan, sesebuah bangsa akan menjadi

maju.

F3 2 -        Apabila usahawan berani mengambil peluang, nescaya sesebuah bangsa

akan menjadi cemerlang.

Kesimpulan [2 markah]

K1         Kesimpulannya, semua pihak (P) haruslah menyokong usaha kerajaan

dalam mendedahkan pendidikan keusahawanan kepada generasi

muda(T+C) supaya/agar  ekonomi negara berkembang di seantero dunia.