Published using Google Docs
[Public] Soalan Lazim Pemohonan Rumah EPIC Homes
Updated automatically every 5 minutes

Hai! Terima kasih atas minat anda untuk membuat permohonan rumah EPIC Homes.

Berikut ialah beberapa soalan lazim tentang cara berbuat demikian.

  1. Siapakah EPIC?

EPIC dalam Bahasa Inggeris bermaksud Extraordinary People Impacting Communities. Terjemahan Bahasa Melayu bermaksud Orang Hebat yang Berjasa kepada Komuniti.

EPIC adalah satu organisasi yang menyokong perkembangan komuniti dan kami ingin lihat dunia yang penuh dengan orang EPIC.

Kami ingin bekerjasama dengan komuniti tempatan dalam memberi sokongan untuk menangani cabaran hidup dan mengenalpasti potensi untuk memajukan diri dan komuniti untuk mencapai kehidupan yang bahagia dan maju mengikut kehendak masing-masing.

Harapan kami adalah untuk komuniti dan individu yang telah mendapat sokongan dapat membantu dalam memberikan peluang yang sama kepada komuniti dan individu lain.

  1. Bagaimanakah EPIC memulakan proses pemilihan kampung?

Pihak EPIC menerima pencalonan dan cadangan daripada:

  1. Bagaimanakah cara untuk saya memohon rumah?

Untuk mendaftarkan minat untuk permohonan rumah, sila isikan borang ini: https://forms.gle/8WTxqxy4W7RAm7BW8 

Dengan melengkapkan borang ini, anda bersetuju untuk menjemput pihak EPIC untuk melawat dan menjalankan aktiviti banci untuk kampung anda.

Pihak EPIC ingin membantu semua pemohon tetapi sumber kami terhad, kami akan memaklumkan kepada anda jika kampung anda terpilih untuk tujuan bancian.

  1. Apakah proses yang perlu dilalui untuk permohonan rumah?

Setiap permohonan yang diterima, pihak EPIC akan membuat penilaian mengikut kampung. Sekiranya kampung anda terpilih untuk bancian:

  1. Pihak EPIC akan menghubungi anda untuk lawatan pertama. Ini merupakan sesi suai kenal bersama pemimpin kampung, (Tok Batin dan JPKK)
  2. Selepas lawatan pertama, pihak kampung akan menentukan sama ada kampung anda ingin melanjutkan kerjasama dengan pihak EPIC.
  3. Jika pihak kampung memutuskan untuk bekerjasama dengan EPIC, kami akan menetapkan masa untuk lawatan kedua.
  4. Pada lawatan kedua, sukarelawan EPIC akan datang untuk banci keluarga-keluarga di kampung, ini termasuk mereka yang ingin memohon rumah baru.
  5. Selepas itu, pihak EPIC akan membuat lawatan sekali lagi untuk memaklumkan kelulusan permohonan rumah dan turutan pembinaan rumah.

  1. Bilakah tempoh pembukaan permohonan rumah?

Pendaftaran minat untuk permohonan rumah dibuka sepanjang tahun.

  1. Adakan bayaran dikenakan untuk permohonan rumah?

Tiada bayaran yang dikenakan untuk permohonan.

  1. Apakah syarat-syarat kelulusan permohonan?

Kelulusan permohonan rumah ditentukan oleh jawatankuasa kelulusan EPIC berdasarkan keperluan.

Syarat-syarat kelulusan tidak mengambil kira agama atau apa-apa pandangan politik.

  1. Apa jangka masa permohonan hingga ke penerimaan rumah?

Pihak EPIC tidak boleh memberi jangka masa untuk penerimaan rumah baru. Penerimaan rumah adalah bergantung kepada dana kewangan yang diterima.

  1. Adakah saya dikenakan bayaran untuk rumah?

Penerima tidak dikenakan bayaran tunai untuk rumah, tetapi penerima hendaklah menyumbang tenaga dan masa dengan menyertai Cabaran EPIC.

Cabaran EPIC adalah cabaran untuk bekerjasama untuk siapkan projek perumahan dan baik pulih rumah  untuk kampung anda.

  1. Apakah proses pembinaan rumah?

Turutan pembinaan rumah ditentukan oleh jawatankuasa EPIC, pihak pemimpin kampung dan orang kampung. Rumah EPIC akan dibina mengikut turutan tersebut, apabila dana diperolehi. Jangka masa adalah bergantung kepada dana dan jangka masa pembinaan tidak boleh ditetapkan.

Apabila dana diperolehi:

  1. Penerima rumah akan dimaklumkan tarikh pembinaan dan penerima rumah wajib untuk datang menolong untuk membina rumah sendiri.  
  2. Penerima rumah dan Orang kampung akan bekerjasama untuk menyediakan tapak untuk rumah.
  3. Pihak EPIC dan sukarelawan EPIC akan datang untuk membina bersama dengan penerima rumah dan orang kampung dalam masa tiga hari.
  4. Pendawaian elektrik akan dipasang selepas rumah dibina
  5. Tandas dan sistem paip adalah tidak termasuk.