RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

MINGGU

33

MATA PELAJARAN

MATEMATIK

MASA

10.00 – 11.00 pagi

TARIKH

28.11.2023

TEMA / BIDANG

1.0 BENTUK

HARI

JUMAAT

TAJUK

BENTUK

KELAS

5 INOVATIF

STANDARD PEMBELAJARAN

1.1.1

Menamakan bentuk-bentuk tiga dimensi 3D.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

  1. Menamakan bentuk-bentuk tiga dimensi 3D berdasarkan ciri-cirinya.

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Set Induksi / Refleksi pengetahuan sedia ada

  1. Murid diberi peringatan ringkas tentang peraturan-peraturan yang patut dipatuhi di dalam Smart Classroom.
  2. Sebagai refleksi pengetahuan sedia ada, murid dipilih secara rawak untuk memadankan ciri-ciri bentuk 2D dan 3D mengikut kumpulan. (Pemikiran Komputasional: Pengecaman Corak)
  3. Murid diminta merujuk Buku Teks muka surat 7 untuk menyemak jawapan. Guru membincangkan jawapan bersama murid. (AFL: Self & Teacher Assessment)

AKTIVITI 1: Ciri Istimewa Saya

  1. Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan. Setiap kumpulan diedarkan lembaran kerja dari Buku Teks muka surat 17.
  2. Murid dikehendaki bergerak dalam kumpulan ke 6 stesen yang telah ditetapkan yang mana setiap stesen telah diletakkan satu objek 3D.
  3. Setiap kumpulan dikehendaki meneliti objek di setiap stesen untuk mengenal pasti nama objek, bilangan permukaan, sisi dan bucu objek. (Pemikiran Komputasional: Pengecaman Corak).
  4. Setiap kumpulan menampal hasil dapatan kumpulan untuk disemak dan dibuat penilaian oleh rakan-rakan kumpulan lain.  (AFL: Peer Assessment)

AKTIVITI 2: Bina dan teka siapa saya.

  1. Setiap kumpulan dikehendaki memilih wakil kumpulan yang akan bertindak sebagai robot. Setiap wakil kumpulan diberikan plastisin.
  2. Ahli kumpulan yang lain diminta mencabut undi jenis-jenis bentuk 3D yang perlu dibina oleh wakil kumpulan.
  3. Tanpa memberitahu kepada wakil kumpulan bentuk yang akan dibina, ahli kumpulan yang lain diminta memberikan arahan langkah demi langkah kepada wakil kumpulan untuk membina bentuk 3D yang dikehendaki menggunakan plastisin yang diberikan. Wakil kumpulan bertindak sebagai Robot yang akan mengikut arahan yang diberikan. Masa 5 minit diberikan untuk menyelesaikan misi. (Pemikiran Komputasional: Peniskalaan & Algoritma).
  4. Hasil dipamerkan di hadapan kelas untuk dibuat penilaian oleh kumpulan lain. (AFL: Peer Assessment)
  5. Murid diterangkan tentang kepentingan untuk memberikan arahan yang jelas, langkah demi langkah untuk dapatan hasil yang lebih baik.

PENUTUP:

Murid diminta menyebut semula nama-nama bentuk 3D yang dipelajari sebagai refleksi sesi pengajaran dan pembelajaran hari ini.

REFLEKSI

 20 / 20 orang murid dapat menguasai objektif pembelajaran dan diberi latihan pengayaan / pengukuhan

___ / ___ orang murid tidak menguasai objektif pembelajaran dan diberi latihan pemulihan