KERTAS KERJA
PROGRAM PENGANTARABANGSAAN
MALAYSIA-SINGAPURA
KEBITARAAN PANDU PUTERI
SK PEREMPUAN METHODIST, IPOH
1.0 PENDAHULUAN
Berpegang kepada pepatah ‘jauh berjalan, luas pemandangan, banyak pengalaman’, maka Program Pengantarabangsaan bagi Kebitaraan Persatuan Pandu Puteri, SK Perempuan Methodist, Ipoh telah bercadang untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Girl Guides, Singapura sebagai salah satu program pengantarabangsaan bagi memenuhi keperluan kebitaraan Pandu Puteri. Selain itu, lawatan ini juga merupakan landasan untuk meningkatkan pengetahuan serta memberi pendedahan tentang Pandu Puteri Tunas kepada guru-guru dan murid-murid. Melalui lawatan ini juga, diharapkan guru-guru dan murid-murid dapat mengambil inisiatif untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam meningkatkan prestasi serta kualiti Persatuan Pandu Puteri Tunas di sekolah. Disamping menimba ilmu, perhubungan masyarakat antara dua negara Malaysia dan Singapura juga dapat dipupuk dan dikekalkan keharmoniannya.
2.0 RASIONAL
Selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menggalakkan perhubungan antarabangsa di antara Malaysia dengan negara-negara lain, lawatan ini secara tidak langsung akan dapat mengeratkan lagi perhubungan antara Malaysia dengan Singapura. Melalui aktiviti seperti ini, keyakinan guru-guru dan murid-murid yang terlibat untuk memajukan persatuan Pandu Puteri dapat dipertingkatkan. Selain itu, lawatan seperti ini merupakan satu aktiviti sosial yang penting dalam usaha membuka minda dan memberi inspirasi kepada pelajar untuk meneroka masa depan yang lebih baik.
3.0 OBJEKTIF
1. Diharapkan program ini dapat dijadikan sebagai landasan kepada guru – guru dan
murid-murid membina keyakinan diri melalui aktiviti sosial yang bersesuaian.
2. Dapat membuka minda guru-guru dan murid-murid dengan suasana dan pengalaman
yang baru.
3. Dapat memberi keyakinan kepada murid-murid untuk berhadapan dengan dunia luar
dan masyarakat.
4. Memberikan inspirasi kepada guru-guru dan murid-murid dalam merancang aktiviti
persatuan.
4. 0 DESTINASI
Singapura
5.0 PERLAKSANAAN LAWATAN
Tarikh :
Hari : Khamis - Jumaat
Masa : 7.00 pagi – bertolak
12.30 malam – tiba di Rawang
6.0 KUMPULAN SASARAN
Program ini disasarkan kepada guru-guru dan murid-murid dari Persatuan Pandu Puteri Tunas, SK Perempuan Methodist, Ipoh.
SENARAI NAMA PELAJAR-PELAJAR
BIL | NAMA PELAJAR |
1. | |
2. | |
3. | |
4. | |
5. | |
6. | |
7. | |
8. | |
9. | |
10. | |
11. | |
12. | |
13. | |
14. | |
15. | |
16. | |
17. | |
18. | |
19. | |
20. | |
21. | |
22. | |
23. | |
24. | |
25. |
SENARAI NAMA GURU
BIL. | NAMA |
1. | |
2. | |
3. | |
4. | |
5. | |
6. | |
7. | |
8. | |
9. | |
10. | |
11. | |
12. |
7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
PERKARA | KUANTITI | JUMLAH |
Bas |
| RM |
Makanan | (pel) (guru) | RM RM |
Penginapan | RM | |
Jumlah | RM | |
7.1 AHLI JAWATAN KUASA
Pengerusi | : | Datin (Guru Besar SK Perempuan Methodist) |
Naib Pengerusi | : | Puan (Guru Penolong Kanan Pentadbiran) |
Setiausaha | : | |
Bendahari | : | |
AJK Pengangkutan | : | |
AJK Dokumentari/Dokumentasi | : | |
AJK Makanan dan Minuman | : | |
AJK Disiplin | : | |
AJK Keselamatan/kebersihan | : |
7.2 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB AHLI JAWATANKUASA
1. Setiausaha :
Menyediakan surat menyurat, menghubungi pihak-pihak yang terlibat
dengan proram lawatan. Memaklumkan kepada Pengerusi/Naib
Pengerusi tentang perkembangan terkini urusan program. Membuat
follow up pada setiap AJK. Menyediakan semua tindakan AJK.
2. Bendahari :
Menerima wang pendapatan, kutipan dan sumbangan. Mengawasi
perbelanjaan dan menyelaraskan wang keluar masuk.
3. AJK Pengangkutan :
Menghubungi pihak bas – sebuah bas, bayaran, memastikan bas
mempunyai permit dan insurans serta memastikan kedudukan murid-murid
semasa di dalam bas.
4. AJK Makanan & Minuman :
Menguruskan makan dan minum guru-guru dan murid-murid sepanjang lawatan.
5. AJK Dokumentasi/dokumentari :
Menyediakan peralatan untuk dokumentari/dokumentasi (kamera, video-
cam) dan mendokumentasikan aktiviti sepanjang program berlangsung.
6. AJK Disiplin :
Memastikan disiplin murid-murid sepanjang aktiviti dijalankan.
7. AJK Keselamatan & Kebersihan :
Mengawasi keselamatan guru-guru dan murid-murid sepanjang program berjalan.
Menyediakan plastik (sampah dan muntah) serta first aid. Memastikan
kebersihan sepanjang perjalanan dan penginapan.
7.3 TENTATIF LAWATAN
HARI PERTAMA
7.00 AM BERTOLAK KE SINGAPURA
3.00 PM MAKAN TENGAHARI
4.00 PM CHECK IN HOTEL/HOSTEL
6.00 PM LAWATAN DI SEKITAR SINGAPURA (MERLION PARK,
HARBOUR FRONT, ARAB STREET, GEYLANG SERAI,
LITTLE INDIA-MUSTAFFA ETC)
9.00 PM BALIK KE HOTEL
HARI KEDUA
7.00 AM SARAPAN PAGI DI HOTEL DAN CHECK OUT
8.00 AM LAWATAN KE GIRL GUIDES SINGAPORE
11.00 AM LAWATAN KE SEKOLAH
12.30 PM MAKAN TENGAHARI
2.00 PM LAWATAN KE __________________
7.00 PM BERTOLAK KE MALAYSIA
6.00 AM DIJANGKA TIBA DI SK PEREMPUAN METHODIST, IPOH
7.4 PENUTUP
Dengan adanya program lawatan ini diharap dapat menyuntik satu lagi pengetahuan baru kepada murid-murid dan guru-guru SK Perempuan Methodist, Ipoh. Melalui program ini juga murid-murid diberi pendedahan dan pengalaman yang kemudiannya boleh dikongsi bersama-sama rakan-rakan. Pengetahuan dan pengalaman ini juga boleh digunakan sebagai panduan hidup pada masa hadapan. Semoga lawatan ini memberi manfaat kepada semua peserta yang mengikuti lawatan ini.
Disediakan oleh : …………………………………….. (RAIHAN HAMIZA JALALUDIN) Setiausaha Program Lawatan Bagi tujuan Pengantarabangsaan Malaysia-Singapura Kebitaraan Pandu Puteri SK Perempuan Methodist, Ipoh | Disemak oleh : …………………………… ( ) Penolong Kanan Kurikulum Program Lawatan Bagi tujuan Pengantarabangsaan Malaysia-Singapura Kebitaraan Pandu Puteri SK Perempuan Methodist, Ipoh |
Disahkan oleh : …………………………… ( ) Guru Besar SK Perempuan Methodist, Ipoh. |