ISI KANDUNGAN
Muka Surat | |||||||
BORANG MAKLUMBALAS i SOALAN TUGASAN ii-iv RUBRIK PEMARKAHAN v-ix | |||||||
ISI KANDUNGAN 1 | |||||||
1.0 | PENDAHULUAN | 2 | |||||
2.0 | LITERASI MAKLUMAT | 2 | |||||
3.0 | THE BIG6 | 3 | |||||
3.1 | Definisi tugasan | 4 | |||||
3.1.1 | Gantt Chart | 5 | |||||
3.1.2 | Memahami Tugasan | 5 | |||||
3.2 | Strategi pencarian maklumat | 6 | |||||
3.3 | Mengenalpasti lokasi dan akses maklumat | 7 | |||||
3.4 | Penggunaan maklumat yang dikenalpasti | 8 | |||||
3.5 | Sintesis (Penyusunan dan persembahan maklumat) | 9 | |||||
3.6 | Penilaian produk | 9 | |||||
4.0 | RUMUSAN | 9 | |||||
5.0 | RUJUKAN | 10 | |||||
6.0 | LAMPIRAN | 11-12 | |||||
1.0 Pendahuluan
Pendidikan merupakan tunjang utama sesebuah negara. Pendidikan akan membawa kesan kepada pembangunan sesebuah negara. Hal ini dikatakan demikian kerana pendidikan memainkan peranan yang amat penting sekali dalam memupuk generasi kita yang seterusnya bak kata pepatah, “pemuda tiang negara, pemudi harapan bangsa”. Oleh itu, untuk membiar negara kita lebih maju pada masa hadapan, penggunaan ICT telah diterapkan dalam pendidikan negara kita. Dengan begitu, nescaya bidang ICT sememangnya dapat dikuasai oleh generasi kita. Bidang ICT telah memainkan peranan yang amat penting sekali dalam kehidupan masyarakat pada zaman ini. Oleh itu, generasi kini seharusnya menguasai penggunaan ICT.
2.0 Literasi Maklumat
Kita boleh mencari maklumat yang digunakan dalam apa jua format dengan adanya literasi maklumat yang merupakan suatu kemahiran untuk mencari maklumat. Kita juga dapat membuat pemilihan masalah dan cara penyelesaian yang berkesan dengan adanya literasi maklumat. Hal ini dikatakan demikian kerana literasi maklumat dapat menolong kita mengakses dan menilai sesuatu maklumat. Literasi mengandungi lima elemen iaitu, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran maklumat, kemahiran belajar, kemahiran komunikasi dan kemahiran ICT.
3.0 Big 6
Big 6 merupakan satu kemahiran yang digunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat dalam membuat tugasan mereka. Big 6 merupakan panduan kepada masyarakat dalam menyelesaikan masalah melalui enam langkah iaitu petugas definisi, maklumat sedang mencari strategi, lokasi dan akses, penggunaan maklumat, sintesis dan penilaian. Orang yang membangunkan Big 6 ialah Mike Eisenberg dan Bob Berkowitz.Tuntasnya, Big 6 sememangnya memberi manfaat yang banyak kepada pelbagai lapisan masyarakat dalam menyelesaikan tugasan.
3.1 Definisi Tugasan
Produk akhir yang perlu dipersembahkan kepada pensyarah, Encik Wan Mazlan Wan Rashdi ialah sebuah blog yang dilengkapi dengan laman utama, kenali daku, takwim 2015, kalender akademik 2015, jadual waktu peribadi, jadual waktu kuliah, blog rakan, forum R4, arahan kerja kursus dan tugasan GKB 1053. Laman blog tersebut berada di tapak Blogger/Blogspot( www.blogger.com). Selain itu, blog yang dihasilkan perlu mempunyai unsur-unsur multimedia seperti video, gambar, grafik , audio dan lain-lain agar tidak bosan dan dapat menarik perhatian orang.
Tugasan ini tidak ada had jumlah muka surat. Format penulisan tugasan ini adalah antara 1000-1500 patah perkataan. Font yang digunakan adalah Arial, saiz huruf pula adalah 11 point. Semasa menulis tugasan ini, saya perlu langkau 1.5 baris. Saya diberi masa tempoh empat minggu untuk menyiapkan tugasan ini. Topik tugasan saya ialah bencana alam. Saya perlu menerangkan definisi bencana alam dan jenis bencana alam. Saya dikehendaki mempunyai sekurang-kurangnya 3 posts tentang topik tersebut. Tarikh terakhir saya untuk menyiapkan tugasan ini ialah 31 OGOS 2015.
3.1.1 Gantt Chart
Perkara | MINGGU 1 | MINGGU 2 | MINGGU 3 | MINGGU 4 |
Menganalis dan memilih topik | ||||
Mencari maklumat | ||||
Membahagikan sumber | ||||
Menulis laporan | ||||
Membuat pengubahsuaian | ||||
Menyemak semula |
3.1.2 Memahami tugasan
Kata kunci atau frasa yang boleh saya gunakan untuk mencari maklumat yang saya perlukan ialah “Bencana Alam”. Soalan-soalan yang saya perlu jawab bagi menyempurnakan tugasan ini adalah definisi bencana alam dan jenis bencana alam. Rujukan yang telah saya gunakan ialah buku-buku rujukan dan laman web. Penulisan rujukan mesti mengikut format APA 6. Maklumat yang perlu saya cari ialah gambar, berita, wikipedia, dan youtube bagi topik ini.
3.2 Strategi Pencarian Maklumat
Saya telah menggunakan pelbagai sumber untuk mencari maklumat yang saya perlukan. Saya memilih laman web dan buku-buku rujukan sebagai sumber bagi mendapatkan maklumat yang saya perlukan. Saya memilih kedua-dua sumber ini kerana sumber tersebut mudah didapati. Hal ini dikatakan demikian kerana saya boleh meminjam buku-buku rujukan di perpustakaan dan saya boleh melayari laman web dengan menggunakan telefon bimbit dan computer melalui penaipan kata kunci. Dengan begitu, saya akan mendapat maklumat tambahan yang berkaitan dengan topik saya.
Semasa menjalankan tugasan ini, saya telah mengambil banyak masa untuk mencari buku-buku rujukan yang berkaitan dengan topik saya di perpustakaan. Hal ini dikatakan demikian kerana saya perlu membaca buku-buku rujukan tersebut dan menganalisis maklumat yang terdapat dalam buku-buku rujukan. Justeru, kesasihan maklumat di Internet juga membimbangkan saya. Saya berpendapat bahawa mungkin maklumat tersebut tidak berapa tepat atau merupakan maklumat palsu. Oleh itu, saya perlu mengenalpasti maklumat tersebut boleh dipercayai dengan mengetahui pengarang, isi kandungan sumber, rujukan dan sebagainya. Biasanya, saya akan pergi ke perpustakaan selepas kelas.
Selain itu, saya memilih Internet untuk mencari maklumat yang diperlukan kerana Internet mempunyai pelbagai sumber maklumat yang mencukupi. Saya hanya perlu menaipkan kata kunci sahaja, sudah mendapat pelbagai jenis maklumat yang berkaitan dengan topik tugasan saya. Walaupun saya membimbangkan kesasihan maklumat tersebut, namun Internet sememangnya dapat menjimatkan masa saya berbanding dengan membuat pencarian buku-buku rujukan di perpustakaan. Semasa mencari maklumat melalui Internet, saya telah melayari Wikipedia dan Google. Saya telah membandingkan maklumat dari pelbagai laman web untuk menerangkan topik saya. Selepas perbandingan, saya telah mendapat ayat penjelasan yang paling jelas dan ringkas. Saya berpendapat bahawa maklumat di Wikipedia boleh dipercayai jika berbanding dengan laman web lain. Tuntasnya, saya berasa Internet merupakan sumber yang terbaik dan sesuai untuk digunakan dalam tugasan ini.
3.3 Mengenalpasti Lokasi dan Akses Maklumat
Saya telah mendapatkan maklumat melalui sumber buku rujukan di perpustakaan IPG Kampus Ipoh. Namun bilangan buku yang terlalu banyak dalam perpustakaan telah menyebabkan saya perlu meluangkan masa yang banyak. Nasib baik, saya boleh menjimatkan masa dengan menggunakan Online Public Access Catalog (OPAC). OPAC merupakan sistem katalog terpasang yang dapat diakses secara umum. OPAC dapat dipakai oleh pengguna untuk menelusuri data katalog. Dalam pencarian bahan, OPAC telah banyak membantu saya. Melalui penaipan kata kunci, saya akan mengetahui sama ada perpustakaan mempunyai bahan berkaitan. Saya akan mengetahui kod buku-buku rujukan lalu saya dapat mencari maklumat yang berkaitan dengan topik saya melalui kod.
Apabila saya menghadapi masalah tentang tugasan, saya akan menanya pensyarah saya, Encik Wan Mazlan. Beliau telah banyak membantu saya apabila saya menghadapi kesukaran untuk menyiapkan tugasan ini. Saya juga meminta bantuan daripada rakan saya, mereka telah membantu saya dengan banyak. Kami menjalankan perbincangan bersama-sama dan mereka akan mengajar saya cara untuk menyiapkan tugasan ini.
3.4 Penggunaan Maklumat yang dikenalpasti
Saya telah mendapat banyak maklumat bagi topik saya yang bertajuk “Bencana Alam” melalui Internet dan buku-buku rujukan untuk membantu saya menyiapkan tugasan ini. Saya dapat menimba ilmu pengetahuan yang banyak tentang bencana alam yang berlaku semasa menjalankan tugasan ini. Hal ini dikatakan demikian kerana maklumat yang terdapat di buku-buku rujukan dan Internet jelas dan mudah difahami. Maklumat yang terdapat dalam sumber ini cukup untuk saya melaksanakan tugasan ini. Maklumat tersebut memberikan idea tambahan kepada saya untuk mengubahsuai jawapan saya.
Saya telah memperoleh banyak pengetahuan tentang bencana alam yang berlaku seperti gempa bumi, tsunami dan banjir. Gempa bumi merupakan satu bencana alam yang melibatkan gegaran dan rekahan pada permukaan bumi. Gempa bumi menyebabkan bangunan roboh, ramai nyawa terkoban malah permukaan jalan berpecah-belah. Contohnya, gempa bumi yang berlaku di Nepal pada 25 April 2015 telah menyebabkan kemusnahan harta benda dan meragut banyak nyawa.
Saya telah menggunakan beberapa cara untuk mengeluarkan maklumat yang diperlukan melalui Note-taking, Photocopying dan download. Saya menggunakan Note-taking untuk membuat nota tentang maklumat yang berkaitan dengan tajuk saya. Saya juga menggunakan cara download supaya saya mudah membuat rujukan tentang maklumat saya. Cara photocopying juga digunakan oleh saya untuk membuat rujukan dengan lebih mudah. Maklumat ini telah memberikan kata kunci lain yang boleh membawa ke maklumat yang berlainan. Saya telah meletak gambar dan pautan youtube tentang bencana alam supaya blog saya tidak akan membosankan orang. Saya akan mengatur susunan maklumat saya supaya kelihatan lebih kemas dan sistematik. Saya sudah bersiap sedia untuk merangka draf pertama kerja kursus saya melalui semakan fakta dari sumber pelbagai, semua jenis maklumat, penulisan rujukan dan cukup maklumat.
3.5 Sintesis (Penyusunan dan persembahan Maklumat)
Format hasil tugasan saya ialah laman blog. Saya perlu menghasilkan sekurang-kurangnya 3 posts bagi tugasan ini. Topik bagi laman blog saya ialah “Bencana Alam”. Saya telah menyusun dan menkategorikan maklumat yang dicari setelah memahami maklumat yang dicari. Lalu, saya menggunakan Microsoft Word untuk menyiapkan tugasan saya dan memuat naik maklumat yang berkaitan dengan topik saya ke laman blog saya. Misalnya, post pertama bagi topik ini ialah pengenalan bencana alam dan post seterusnya merupakan jenis-jenis bencana alam dan penjelasannya. Saya telah mempersembahkan topik saya dalam bentuk point form. Saya telah meletakkan gambar-gambar bencana alam dan pautan video dalam blog saya supaya dapat menarik perhatian para pembaca dan mereka tidak akan berasa bosan sama sekali.
3.6 Penilaian Produk (Blog) dan proses yang dilalui
Saya telah berjaya menyempurnakan tugasan yang diberikan oleh pensyarah dengan sempurna. Saya telah menyemak semula soalan tugasan. Saya sudah memastikan saya sudah selesaikan semua bahagian soalan dan susunannya betul. Saya telah memilih maklumat yang bersesuaian untuk dimuatkan ke blog saya. Saya jelas dengan topik yang saya jalankan supaya tidak memberi fakta yang salah. Selain itu, saya telah menyemak tugasan saya berulang-ulang kali untuk memastikan bahasa yang digunakan adalah betul dan ayat yang saya gunakan adalah ringkas dan senang difahami. Saya juga memastikan kekemasan maklumat saya. Saya telah meletakkan pautan laman-laman web yang telah saya rujuk dan pautan video.
4.0 Rumusan
Kesimpulannya, saya mendapati Big 6 sememangya membantu saya lebih mudah mejalankan tugasan saya dengan melalui enam peringkat iaitu petugas definisi, maklumat sedang mencari strategi, lokasi dan akses, penggunaan maklumat, sintesis dan penilaian. Oleh itu, saya ingin berterima kasih kepada Mike Eisenberg dan Bob Berkowitz kerana membangunkan Big 6. Pembangunan tersebut telah mengurangkan masalah yang dihadapi oleh pelbagai lapisan masyarakat. Saya akan sentiasa mengaplikasikani kemahiran Big 6 dalam tugasan saya. Akhir sekali, saya juga ingin berterima kasih kepada rakan-rakan yang telah mengajar saya menyiapkan tugasan ini.
5.0 Rujukan
Big 6. (2014). Diperolehi pada 30 Ogos 2015, daripada http://big6.com/pages/about/big6-skills-overview.php
PENGURUSAN SUMBER PENDIDIKAN. (n.d.). Diperolehi pada 30 Ogos 2015, daripada http://bibliografi.moe.edu.my/sumberPendidikan/index.php/faqs/213-literasi-maklumat.html
UM. (2011, November 14). Model The Big6 Dalam Pengajaran. Diperolehi pada 30 Ogos 2015, daripada Mencari Redha Ilahi: Model The Big6 Dalam Pengajaran: http://ummahmud.blogspot.com/2011/11/model-big6-dalam-pengajaran.html
Lau, J. (2006). Garisan Mengenai Literaksi Maklumat untuk Sepanjang Hayat. Garispanduan Antarabangsa Mengenai Literasi Maklumat, 1-81. Diperolehi pada 30 Ogos 2015, daripada http://www.ifla.org/files/assets/information-literacy/publications/ifla-guidelines-ms.pdf
Kamus Dewan DBP. Banjir. Diperolehi pada 27 Januari 2007.
Wikipedia, ensiklopedia bebas. (2015). Diperolehi pada 30 Ogos 2015, daripada
https://ms.wikipedia.org/wiki/Banjir
Wikipedia, ensiklopedia bebas. (2015). Diperolehi pada 30 Ogos 2015, daripada
https://ms.wikipedia.org/wiki/Gempa_bumi
Wikipedia, ensiklopedia bebas. (2015). Diperolehi pada 30 Ogos 2015, daripada
https://ms.wikipedia.org/wiki/Gempa_bumi_Nepal_2015
Wikipedia, ensiklopedia bebas. (2015). Diperolehi pada 30 Ogos 2015, daripada
https://ms.wikipedia.org/wiki/Tsunami
Wikipedia, ensiklopedia bebas. (2015). Diperolehi pada 30 Ogos 2015, daripada
https://ms.wikipedia.org/wiki/Gempa_bumi_dan_tsunami_Lautan_Hindi_2004
Wikipedia, ensiklopedia bebas. (2015). Diperolehi pada 30 Ogos 2015, daripada
https://id.wikipedia.org/wiki/Bencana_alam
6.0 Lampiran
Blog saya
Google Translate
Google Search