LAPORAN AKTIVITI PERSATUAN 2015

LAPORAN AKTIVITI 1:

PROJEK PEROLEHAN,PEMASANGAN & MENAIKTARAF KABIN KOMUNITI EMBUN

( DI BAWAH PROGRAM GUARDED NEIGHBOURHOOD )

Tarikh         : 30 Januari 2015 ( Jumaat ) sehingga 13 Mac 2015 ( Jumaat )

Tempat         : Tapak Kabin Komuniti Embun

                Jalan Timur 5/1D, Timur@Enstek

Penglibatan         : Semua AJK dan Ahli Persatuan.

1.         PENGENALAN

        Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) telah menawarkan Geran Persatuan Penduduk di bawah Program Guarded Neighbourhood sebanyak RM3000.00 kepada Persatuan Komuniti Embun Timur@Enstek. Surat Tawaran JPPM seperti Lampiran A. Jawatankuasa Persatuan bersetuju peruntukan yang diperolehi digunakan untuk melaksanakan perolehan dan pemasangan sebagai Pusat Komuniti Embun. Minit Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan Bil. 5/2014 seperti Lampiran B.

        Kelulusan pemasangan Kabin ini telah diberikan Majlis Perbandaran Nilai (MPN) di tapak yang dicadangkan. Surat Kelulusan MPN seperti Lampiran C. Kajian pasaran telah dibuat persatuan bagi aktiviti menaiktaraf kabin. Permohonan sumbangan CSR kepada beberapa syarikat telah dibuat bagi menampung kos naiktaraf yang diperlukan. Persatuan berjaya mendapatkan sumbangan sebanyak RM4000.00 daripada Negeri Roadstone Sdn Bhd dan RM1500.00 daripada THP Enstek Development. RM1480.00 diperolehi daripada sumbangan ahli komuniti embun. Peruntukan tambahan tersebut telah digunakan untuk menaiktaraf kabin sebagai Kabin Komuniti Embun dan membeli aset/inventori persatuan iaitu kanopy dan portable PA System.

        

2.         OBJEKTIF

        Projek Perolehan,Pemasangan & Menaiktaraf Kabin Komuniti Embun bertujuan mewujudkan :

  1. Bilik Gerakan bagi Persatuan melaksanakan aktiviti pencegahan jenayah.
  2. Bilik Mesyuarat/Perbincangan Persatuan. Buat masa ini, Mesyuarat diadakan di restoren/kedai makan berdekatan, rumah penghuni dan kawasan padang.
  3. Bilik Penyimpanan Peralatan Persatuan termasuk Lampu Suluh, Vest, Kon Keselamatan dan Peti Kecemasan.

3.         JAWATANKUASA KECIL

        Biro                         : Logistik & Pengurusan Kabin

        Pengarah Program         : Encik Izwar Arfany Bin Abd Jais

        Setiausaha                : Encik Mohd Rahiman Bin Ab. Rahman

        Bendahari                : Encik Sazali Bin Abu Sujak

        AJK                        : Semua AJK Persatuan

4.        AKTIVITI

        

Bil.

Perkara

Tarikh Mula

Tarikh Selesai

Catatan

1

Perolehan Kabin

24/1/2015

30/1/2015

Sebut Harga yang berjaya adalah daripada Kontraktor Projek Tabung Haji.

Nilai Perolehan adalah sebanyak RM3200.00

2

Penghantaran dan Pemasangan Kabin ke Tapak Kabin Jalan Timur 5/1D

30/1/2015

30/1/2015

Penghantaran melibatkan Kren dan Trailer.

3

Menaiktaraf Atap, Dinding dan Lantai Kabin Yang Rosak

31/1/2015

31/1/2015

Kos menaiktaraf adalah sebanyak RM1361.70

4

Membina kawasan beranda Kabin

2/2/2015

9/2/2015

Kos pembinaan adalah sebanyak RM822.00

5

Menaiktaraf pendawaian dalaman dan pemasangan sub meter TNB

10/2/2015

4/3/2015

Kos menaiktaraf adalah sebanyak RM1700.00

6

Pemasangan Banner Komuniti, Hiasan Dalaman dan Pembersihan Dalaman Kabin

1/3/2015

12/3/2015

Kos aktiviti disumbangkan oleh AJK dan ahli

7

Pembaikian & Pemasangan Penghawa Dingin

9/3/2015

10/3/2015

Kos pemasangan semula penghawa dingin adalah sebanyak RM 240.00

8

Majlis Bacaan Yasin & Doa Selamat Sempena Pembukaan Secara Rasmi Kabin Komuniti Embun

13/3/2015

13/3/2015

Kos aktiviti disumbangkan oleh AJK dan ahli.

        

5.         ASET / PERALATAN YANG DIBELI

        Aset dan Peralatan yang digunakan menggunakan Geran Penduduk adalah seperti berikut :

a) Satu(1) unit Kabin

                    - Terpakai

                 - Saiz : 20’ x 20’

                - Warna : Peach

        b) Penghawa Dingin

                - Terpakai

                - 1.0 HP

        Resit perolehan Kabin & Penghawa Dingin sebanyak RM3200 seperti Lampiran D

Gambar aktiviti pemasangan kabin seperti berikut :

Gambar 1 : Pemasangan Kabin di Tapak yang diluluskan MPN

Gambar 2 : AJK bersama pekerja kren yang diupah melaksanakan aktiviti pemasangan

5.         PERUNTUKAN & PERBELANJAAN

        Ringkasan peruntukan & perbelanjaan adalah seperti jadual berikut :

6.         KESIMPULAN

Persatuan memerlukan satu pusat komuniti bagi mengerakkan pelbagai aktiviti bagi mencapai objektif penubuhan persatuan termasuk mempertingkatkan kesedaran di kalangan penduduk tentang pentingnya peranan penduduk dalam mencegah kegiatan tidak sihat seperti jenayah, gejala sosial serta memupuk memupuk sifat-sifat tanggungjawab dan displin di kalangan penduduk. Pelbagai aktiviti yang dirancang berpusat di Kabin Komuniti Embun ini dapat mencegah jenayah daripada berlaku di kawasan komuniti dan seterusnya mencapai objektif program guarded neighbourhood.

Disediakan :                                                Disahkan :

.................................................                         .................................................

Setiausaha Program                                        Pengarah Program

MOHD RAHIMAN BIN AB RAHMAN                IZWAR ARFANY BIN ABD JAIS

                                        

Tarikh : 15 Mac 2015

LAPORAN AKTIVITI 2:

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN KALI PERTAMA

Tarikh         : 18 April 2015 (Sabtu)

Masa                 : 9.00 malam

Tempat         : Kabin Komuniti Embun,

                 Jalan Timur 5/1D, Timur@Enstek

Kehadiran         : Semua Ahli

1.         OBJEKTIF

        Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kali Pertama dirancang dan dilaksanakan bagi mencapai objektif berikut :

  1. melaporkan aktiviti persatuan pada 2014
  2. melaporkan penyata kewangan persatuan 2014
  3. memilih AJK Tadbir Persatuan yang baru bagi sesi 2015 - 2017
  4. membincangkan dan meluluskan usul oleh ahli
  5. membentangkan perancangan persatuan bagi tahun 2015
  6. mempromosi keahlian kepada penghuni

2.         JAWATANKUASA KECIL

        Biro                        : Setiausaha

        Pengarah Program         : En Hazili Bin Kesudi

        Setiausaha                : En Mohd Suhazizi Bin Sulaiman

        Bendahari                : En Sazali Bin Abu Sujak

        AJK                        :  AJK yang lain

3.        AKTIVITI

  1. Program Gotong Royong ini dipenuhi dengan aktiviti seperti aturcara berikut :

9.00 Malam        : Ketibaan dan Pendaftaran Ahli Persatuan

9.30 Malam        : Bacaan Doa oleh Penolong Setiausaha Penaja, Ustaz                                   Mohd Suhazizi Bin Sulaiman

                        : Ucapan Pengerusi Jawatankuasa Penaja 2014 - 2015

: Pembentangan Laporan Kewangan / Penyata Kira-kira oleh  

  Bendahari Jawankuasa Penaja 2014 - 2015

                        : Pembentangan Laporan Aktiviti Persatuan oleh Setiausaha /

                           AJK Jawatankuasa Penaja 2014 - 2015

                        : Pelantikan Pengerusi dan Setiausaha Mesyuarat

                        : Pembubaran Ahli Jawatankuasa Penaja 2014-2015

                        : Pelantikan Ahli Jawatankuasa Tadbir Persatuan, Juruaudit dan

  Pegawai Harta 2015 – 2017

                        : Ucapan Aluan Pengerusi Jawatankuasa Tadbir Persatuan

  2015 – 2017

                        : Pembentangan Usul

                        : Ucapan Penangguhan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tadbir

  Persatuan 2015 – 2017

11.55 Malam        : Jamuan Ringan

  1. Video dan Gambar program telah dibuat dan dimuatnaik ke Youtube dan Facebook Persatuan.

4.         PERUNTUKAN & PERBELANJAAN

        Ringkasan peruntukan & perbelanjaan adalah seperti jadual berikut :

5.         KESIMPULAN

Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kali Pertama berjaya diadakan dengan kehadiran sebanyak 39 orang daripada 75 ahli berdaftar. Kehadiran ini melepasi korum kehadiran Mesyuarat Agung sebanyak ½ daripada jumlah ahli iaitu 52%.

Pemilihan Jawatankuasa Tadbir Persatuan yang baru berjaya dibuat bagi menggantikan Jawatankuasa Penaja sedia ada bagi sesi 2015 – 2017. Beberapa usul daripada ahli telah diluluskan termasuk usul pindaan perlembagaan bagi mempertingkatkan lagi pengurusan Jawatankuasa bagi mencapai lima(5) objektif yang telah ditetapkan.

Jawatankuasa Tadbir yang baru akan melaksanakan pelbagai aktiviti komuniti termasuk memperjuangkan isu-isu komuniti kepada pihak berkepentingan.

Disediakan :                                                Disahkan :

.................................................                         .................................................

Setiausaha Program                                        Pengarah Program

MOHD SUHAZIZI BIN SULAIMAN                         HAZILI BIN KESUDI

1 Mei 2015

LAPORAN AKTIVITI 3:

PENYERTAAN DALAM PERTANDINGAN BADMINTON TERTUTUP BANDAR ENSTEK

Tarikh         : 19 April 2015 (Ahad)

Masa                 : 8.30 pagi

Tempat         : Dewan Kuaters KLIA

Penglibatan         : Dua(2) pasukan badminton  

1.         OBJEKTIF

        Penyertaan dalam pertandingan Badminton Tertutup Bandar enstek dibuat bagi mencapai tujuan berikut :

  1. memberi peluang kepada semua ahli beriadah dan menunjukkan kemahiran dalam badminton.
  2. mewujudkan hubungan silaturrahin dengan komuniti bandar enstek;
  3. mempromosikan Komuniti Embun di komuniti Bandar Enstek
  4. memenangi pertandingan

2.         JAWATANKUASA KECIL

        Biro                        : JK Belia & Sukan

        Pengurus Pasukan        : En Shafulnizam Bin Abd Rahman        

        Penolong Pengurus        : En Mohamad Shariffudin Bin Mohamadiah

                                 

        Pasukan Embun A

Regu 1                : En Hashim Bin Tan & En Mohamad Shariffudin Bin

  Mohamadiah

Regu 2        : En Shafulnizam Bin Abd Rahman & En Mohd Khalid Bin

  Mohd Yusoff

Regu Veteran        : En Sazali Bin Abu Sujak & En Mohamad Hisyam Bin Yahaya

Simpanan                : En Mohd Rahiman Bin Ab Rahman

            Regu Wanita                : Pn Sarah Binti Abdul Hamid & Pn Nor Relawati

        Pasukan Embun B

Regu 1                : En Mafzaffar Zalley Bin Mansor & En Mohd Aminudin Bin

  Rahaman

Regu 2        : En Mohd Sharifuddin Asaari & En Mohd Zulfikri

Regu Veteran        : En Azhari Bin Abass & En Razman Bin Mohamad

Simpanan                : En Mohamad Arqam Mohammad

           

3.        AKTIVITI / PENCAPAIAN

  1. Aktiviti promosi pertandingan dibuat melalui Facebook dan WhatApps
  2. Seramai 16 orang berminat menyertai. Pemilihan dilaksanakan bagi memilih 14 orang pemain lelaki. Hanya ada(2) pemain wanita yang berminat menyertai.
  3. Latihan diadakan sebanyak tiga(3) kali sebelum pertandingan.
  4. Pertandingan diadakan. Keputusan seperti berikut :

  1. Video dan Gambar program telah dibuat dan dimuatnaik ke Youtube dan Facebook Persatuan.

4.         PERUNTUKAN & PERBELANJAAN

        Ringkasan peruntukan & perbelanjaan adalah seperti jadual berikut :

5.         KESIMPULAN

Pertandingan ini berjaya memperkenalkan Komuniti Embun kepada Komuniti bandar Enstek melalui jersi yang dipakai pemain. Walaupun gagal membawa piala, namun semangat kesukanan yang tinggi ditunjukkan pemain wajar dipuji. Pemain yang dipilih boleh dilatih untuk mewakili komuniti pada pertandingan akan datang. JK Belia & Sukan juga telah menetapkan setiap hari jumaat sebagai hari bermain badminton sebagai salah satu aktiviti riadah komuniti. Sambutan yang diterima penduduk adalah baik.

Disediakan :                                                Disahkan :

.................................................                         .................................................

Penolong Pengurus                                        Pengurus

MOHAMAD SHARIFFUDIN MOHAMADIAH        SHAFULNIZAM BIN ABD RAHMAN        

Tarikh : 1 Mei 2015

LAPORAN AKTIVITI 4:

PROGRAM GOTONG ROYONG & PEMERIKSAAN KESIHATAN KOMUNITI EMBUN

Tarikh         : 25 April 2015 (Sabtu)

Masa                 : 7.45 pagi

Tempat         : Kabin Komuniti Embun,

                 Jalan Timur 5/1D, Timur@Enstek

Kehadiran         : Semua Ahli

1.         OBJEKTIF

        Program Gotong Royong & Pemerikasaan Kesihatan Komuniti Embun dirancang dan dilaksanakan bagi mencapai objektif berikut :

  1. Melaksanakan pembersihan kawasan fokus utama iaitu padang permainan, longkang utama, kawasan kabin dan rumah terbengkalai
  2. Menganjurkan aktiviti senamrobik dengan kerjasama pelatih KPJHealthCare
  3. Menganjurkan pemeriksaan kesihatan asas dengan kerjasama KPJHealthcare
  4. Mengedarkan flyer dan ubat gegat sebagai kempen pencegahan pembiakan Aedes & Denggi
  5. Mengeratkan silaturrahim antara ahli dan komuniti luar serta pihak yang bertanggungjawab.

2.         JAWATANKUASA KECIL

        Biro                        : JK Kebersihan, Kesihatan & Alam Sekitar

        Pengarah Program         : En Tenagaran Govindan

        Setiausaha                : En Razif Ithnain

        Bendahari                : En Sazali Bin Abu Sujak

        AJK                        :  AJK yang lain

3.        AKTIVITI

  1. Program Gotong Royong & Pemeriksaan Kesihatan Percuma ini dipenuhi dengan aktiviti seperti aturcara berikut :

7.45 pagi                : Berkumpul di Kabin Komuniti Embun

8.00 pagi                : Senamrobik

                        : Sarapan Pagi

: Taklimat Gotong Royong & Pembahagian Kumpulan

                        : Aktiviti Gotong Royong di Empat(4) Kawasan Fokus

10.00 pagi                : Jamuan Makan

10.30 pagi        : Sesi Pemeriksaan Kesihatan Percuma oleh KPJHealthcare University College

: Taklimat ringkas berkaitan pencegahan Aedes & Denggi serta Skuad COMBI

        

        1.00 tgh hari        : Bersurai

  1. Video dan Gambar program telah dibuat dan dimuatnaik ke Youtube dan Facebook Persatuan.

4.         PERUNTUKAN & PERBELANJAAN

        Ringkasan peruntukan & perbelanjaan adalah seperti jadual berikut :

5.         KESIMPULAN

Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kali Pertama berjaya diadakan dengan kehadiran sebanyak 39 orang daripada 75 ahli berdaftar. Kehadiran ini melepasi korum kehadiran Mesyuarat Agung sebanyak ½ daripada jumlah ahli iaitu 52%.

Pemilihan Jawatankuasa Tadbir Persatuan yang baru berjaya dibuat bagi menggantikan Jawatankuasa Penaja sedia ada bagi sesi 2015 – 2017. Beberapa usul daripada ahli telah diluluskan termasuk usul pindaan perlembagaan bagi mempertingkatkan lagi pengurusan Jawatankuasa bagi mencapai lima(5) objektif yang telah ditetapkan.

Jawatankuasa Tadbir yang baru akan melaksanakan pelbagai aktiviti komuniti termasuk memperjuangkan isu-isu komuniti kepada pihak berkepentingan.

Disediakan :                                                Disahkan :

.................................................                         .................................................

Setiausaha Program                                        Pengarah Program

RAZIF ITHNAIN                                         TENAGARAN GOVINDRAN

15 Mei 2015

LAPORAN AKTIVITI 5:

PROGRAM LIVE SKRIN FINAL PIALA FA

EMBUN@ENSTEK 2015

Tarikh         : 23 Mei 2015 (Sabtu)

Masa                 : 6.30 petang

Tempat         : Kabin Komuniti Embun,

                 Jalan Timur 5/1D, Timur@Enstek

Kehadiran         : Semua Ahli

1.         OBJEKTIF

        Program LIVE Skrin Final Piala FA : Kelantan vs Lions 12 dirancang dan dilaksanakan bagi mencapai objektif berikut :

  1. memeriahkan Final Piala FA antara Kelantan dan Lions 12
  2. semua penghuni samaada pemilik/penyewa dapat mengenali antara satu
  3. memupuk semangat kejiranan dan mengeratkan silaturrahim
  4. mempromosi keahlian kepada penghuni

2.         JAWATANKUASA KECIL

        Biro                        : JK Sosial & Rekreasi

        Pengarah Program         : En Zashahrizan Bin Zahari

        Setiausaha                : En Mohamad Arqam Bin Mohammad

        Bendahari                : En Mafzaffar Zalley Bin Mansor

        AJK                        :  AJK yang lain

3.        AKTIVITI

  1. Program LIVE Skrin Final Piala FA : Kelantan vs Lions12  Embun Timur@Enstek ini dipenuhi dengan aktiviti BBQ Kerang, Ayam, Ikan dan Kambing
  2. BBQ bermula pukul 6.30 petang sehingga tamat perlawanan.
  3. Kick Off Perlawanan bermula pukul 8.45 malam.
  4. Video dan Gambar program telah dibuat dan dimuatnaik ke Youtube dan Facebook Persatuan.

4.         PERUNTUKAN & PERBELANJAAN

        Tiada peruntukan daripada persatuan dipohon. Semua perbelanjaan program ditaja oleh ahli embun terutama pembelian bahan-bahan BBQ seperti kerang, ikan, kambing dan ayam. Sumbangan juadah yang lain juga dibuat dalam bentuk potluck oleh komuniti embun.

5.         KESIMPULAN

Program LIVE Skrin perlawanan akhir bola sepak tempatan samaada Piala FA atau Piala Malaysia menarik ramai penyertaan penghuni secara sukarela. Aktiviti yang diadakan ini dapat menyediakan platform kepada peminat pasukan yang tidak berkesempatan ke stadium. Sumbangan yang diterima dalam menyediakan bahan2 BBQ juga amat menggalakkan.

Disediakan :                                                Disahkan :

.................................................                         .................................................

Setiausaha Program                                        Pengarah Program

MOHAMAD ARQAM BIN MOHAMMAD                 ZASHAHRIZAN BIN ZAHARI

16 Jun 2015

LAPORAN AKTIVITI 6:

FAMILY DAY BOWLING EMBUN 2015

Tarikh         : 24 Mei 2015 (Ahad)

Masa                 : 8.30 malam

Tempat         : Kompleks Sukan Airport, Nilai

Penglibatan         : 29 ahli penduduk.

1.         OBJEKTIF

        Family Day Bowling Embun 2015 dirancang dan dilaksanakan bagi mencapai objektif berikut :

  1. sebagai latihan dan pemilihan pasukan embun ke Kejohanan Bowling Tertutup Bandar Enstek
  2. aktiviti sosial komuniti
  3. semua penghuni samaada pemilik/penyewa dapat mengenali antara satu
  4. memupuk semangat kejiranan dan mengeratkan silaturrahim

2.         JAWATANKUASA KECIL

        Biro                        : JK Belia & Sukan

        Pengarah Program        : En Shafulnizam Bin Abd Rahman        

        Setiausaha                : En Mohamad Arqam Bin Mohammad

Bendahari                : En Mohamad Shariffudin Bin

  Mohamadiah

        AJK                        : Semua AJK yang lain.

        

Senarai Pemain Lelaki

  1. Mohamad Arqam
  2. Azhari
  3. Shafulnizam
  4. Sharifuddin
  5. Mafzaffar Zalley
  6. Rahim
  7. Hardee
  8. Zainuzzaman
  9. Amer Shah
  10. Hussin
  11. Muharram
  12. Nazri
  13. Hazili
  14. Hazri
  15. Fazdi Lutffi
  16. Hafiz
  17. Fikri

Senarai Pemain Perempuan

  1. Nurlin
  2. Sarah
  3. Nor Relawati
  4. Saadah
  5. Finar
  6. Asnizan
  7. Zulaiha

Senarai Pemain Remaja

  1. Aliff
  2. Nabila
  3. Naim
  4. Adeeb
  5. Nazira

        

         

3.        AKTIVITI / PENCAPAIAN

  1. Aktiviti promosi pertandingan dibuat melalui Facebook dan WhatApps
  2. Seramai 29 orang ahli berminat menyertai. Pemilihan dilaksanakan melalui pertandingan bagi memilih 5 orang pemain lelaki dan 3 orang pemain wanita ke Kejohonan Tertutup Bandar Enstek.  
  3. Pertandingan diadakan. Keputusan seperti berikut :
  1. Pemain terbaik lelaki dan perempuan dipilih ke Kejohonan Tertutup Bowling Bandar Enstek
  2. Video dan Gambar program telah dibuat dan dimuatnaik ke Youtube dan Facebook Persatuan.

4.         PERUNTUKAN & PERBELANJAAN

        Ringkasan peruntukan & perbelanjaan adalah seperti jadual berikut :

5.         KESIMPULAN

Family Day Bowling Embun 2015 berjaya mencungkil bakat sedia ada dan baru dalam Bowling. Penyertaan yang menggalakkan daripada penduduk membolehkan pemilihan pasukan dibuat dengan lebih baik lagi. Lima(5) orang pemain lelaki dan tiga(3) orang pemain perempuan telah dipilih berdasarkan jatuhan pin yang dibuat dalam tiga permainan.

Aktiviti ini boleh dijadikan sebagai salah satu riadah komuniti di masa akan datang.

Disediakan :                                                Disahkan :

.................................................                         .................................................

Penolong Pengurus                                        Pengurus

MOHAMAD ARQAM BIN MOHAMMAD                SHAFULNIZAM BIN ABD RAHMAN        

Tarikh : 12 Jun 2015

LAPORAN AKTIVITI 7:

PENYERTAAN DALAM PERTANDINGAN BOWLING TERTUTUP BANDAR ENSTEK

Tarikh         : 13 Jun 2015 (Sabtu)

Masa                 : 8.30 pagi

Tempat         : Kompleks Sukan Airport, Nilai

Penglibatan         : Dua(2) pasukan bowling

1.         OBJEKTIF

        Penyertaan dalam pertandingan Bowling Tertutup Bandar enstek dibuat bagi mencapai tujuan berikut :

  1. memberi peluang kepada semua ahli beriadah dan menunjukkan kemahiran dalam bowling.
  2. mewujudkan hubungan silaturrahin dengan komuniti bandar enstek;
  3. mempromosikan Komuniti Embun di komuniti Bandar Enstek
  4. memenangi pertandingan

2.         JAWATANKUASA KECIL

        Biro                        : JK Belia & Sukan

        Pengurus Pasukan        : En Mohamad Arqam Bin Mohammad

        Penolong Pengurus        : En Mohamad Shariffudin Bin Mohamadiah

                                 

        Pasukan Embun Lelaki

  1. En Shafulnizam
  2. En Rahim
  3. En Muharram
  4. En Mohd Fikri
  5. En Hardee

        

        Pasukan Embun Perempuan

  1. Pn Nor Suryaniza
  2. Pn Sarah

        3.   Pn Nadia

        

           

3.        AKTIVITI / PENCAPAIAN

  1. Aktiviti promosi pertandingan dibuat melalui Facebook dan WhatApps
  2. Seramai 8 orang pemain terlibat. Pemilihan telah dibuat semasa Family Day Bowling Embun.
  3. Pertandingan diadakan. Keputusan seperti berikut :
  1. Video dan Gambar program telah dibuat dan dimuatnaik ke Youtube dan Facebook Persatuan.

4.         PERUNTUKAN & PERBELANJAAN

        Ringkasan peruntukan & perbelanjaan adalah seperti jadual berikut :

5.         KESIMPULAN

Pertandingan ini berjaya memperkenalkan Komuniti Embun kepada Komuniti bandar Enstek melalui jersi yang dipakai pemain. Pasukan embun berjaya mendapat tempat ketiga kategori lelaki dan kedua kategori perempuan dalam pertandingan kali ini. Pemain wanita, Pn Sarah berjaya memenangi kategori Masters Perempuan.

Disediakan :                                                Disahkan :

.................................................                         .................................................

Penolong Pengurus                                        Pengurus

MOHAMAD SHARIFFUDIN MOHAMADIAH        MOHAMAD ARQAM MOHAMMAD        

Tarikh : 1 Julai 2015

LAPORAN AKTIVITI 8:

KELAS PENGAJIAN AGAMA SURI

Tarikh         : 20 Jun 2015 (Sabtu)

Masa                 : 3.00 petang

Tempat         : Kediaman No. 120, jalan Timur 5/11

Penglibatan         : Ahli Wanita & Suri Komuniti

1.         OBJEKTIF

        Kelas Pengajian Agama Suri dirancang dan dilaksanakan bagi mencapai objektif berikut :

  1. sebagai pengisian dan perkongsian ilmu agama kepada ahli wanita dan suri komuniti
  2. sebagai platform usrah di kalangan penghuni wanita dalam isu semasa dan komuniti.
  3. semua penghuni samaada pemilik/penyewa dapat mengenali antara satu
  4. memupuk semangat kejiranan dan mengeratkan silaturrahim

2.         JAWATANKUASA KECIL

        Biro                        : JK Kemajuan Wanita

        Pengarah Program        : Pn Sh Nabilatul Huda Binti Syed Abdullah        

        Setiausaha                : Pn Mariam Binti Abdul Rahman

Bendahari                : En Nor Fiza Binti Ruby

AJK                : Semua AJK yang lain.

                   

3.        AKTIVITI / PENCAPAIAN

  1. Kelas Pengajian Agama Suri dirancang untuk diadakan sebanyak 4 kali setahun. Program pada 20 Jun 2015 merupakan program kick-off.
  2. Penceramah luar dijemput iaitu Ustazah Sharifah.
  3. Kandungan Pengajian adalah Peringatan Tentang Umur Islam
  4. Kelas diadakan selama sejam.

4.         PERUNTUKAN & PERBELANJAAN

        Ringkasan peruntukan & perbelanjaan adalah seperti jadual berikut :

5.         KESIMPULAN

Kelas Pengajian Agama Suri merupakan satu inisiatif daripada AJK Kemajuan Wanita bagi memberi pengisian rohani kepada suri. Kelas ini akan cuba dilaksanakan mengikut perancangan.

Disediakan :                                        Disahkan :

.................................................                 .................................................

Setiausaha                                        Pengarah Program

MARIAM BINTI ABDUL RAHMAN                SH NABILATUL HUDA SYED ABDLULLAH        

Tarikh : 10 Julai 2015

LAPORAN AKTIVITI 9:

MAJLIS IHYA RAMADHAN & BERBUKA PUASA EMBUN

Tarikh         : 27 Jun 2015 (Sabtu)

Masa                 : 7.00 malam

Tempat         : Kabin Komuniti Embun,

                 Jalan Timur 5/1D, Timur@Enstek

Kehadiran         : Semua Ahli

1.         OBJEKTIF

        Program Majlis Ihya’ Ramadhan & Berbuka Puasa Embun dirancang dan dilaksanakan bagi mencapai objektif berikut :

  1. Melaksanakan ihya’ ramadhan iaitu Solat Maghrib, Isyak, Tarawih, Witir serta Tazkirah ringkas
  2. Menganjurkan berbuka puasa komuniti.
  3. Menyediakan saluran kepada ahli untuk membuat amal jariah dan sedekah
  4. Mengeratkan silaturrahim antara ahli dan komuniti luar serta pihak yang bertanggungjawab.

2.         JAWATANKUASA KECIL

        Biro                        : JK Pendidikan, Kerohanian & Modal Insan

        Pengarah Program         : En Hussin Bin Hashim

        Setiausaha                : En Mohamad Arqam Bin Mohammad

        Bendahari                : En Mohd Suhazizi Bin Sulaiman

        AJK                        : AJK yang lain

3.        AKTIVITI

  1. Program Majlis Ihya’ Ramadhan & Berbuka Puasa Embun ini dipenuhi dengan aktiviti seperti aturcara berikut :

6.30 petang        : Berkumpul di Kabin Komuniti Embun, Jalan Timur 5/1D

        : Tazkirah / Bacaan Al-Quran

7.22 malam        : Berbuka Puasa

7.30 malam        : Solat Maghrib

8.00 malam        : Makan

8.38 malam        : Solat Isya’, Tarawih & Witir

10.30 malam        : Bersurai

  1. Video dan Gambar program telah dibuat dan dimuatnaik ke Youtube dan Facebook Persatuan.

4.         PERUNTUKAN & PERBELANJAAN

        Ringkasan peruntukan & perbelanjaan adalah seperti jadual berikut :

5.         KESIMPULAN

        

        Majlis Ihya’ Ramadhan & Berbuka Puasa berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Sambutan yang diterima daripada ahli komuniti sangat menggalakkan. Program ini boleh dijadikan sebagai salah satu aktiviti persatuan setiap tahun.

        

Disediakan :                                                Disahkan :

.................................................                         .................................................

Setiausaha Program                                        Pengarah Program

MOHAMAD ARQAM MOHAMMAD                         HUSIN HASHIM

15 Julai 2015

LAPORAN AKTIVITI 10:

PROGRAM ZIARAH AIDILFITRI EMBUN@ENSTEK 2015

Tarikh         : 27 Julai – 17 Ogos 2015 ( Sepanjang Syawal )

Masa                 : 8.30 malam ( Hari Bekerja ), Sabtu & Ahad.

Tempat         : Kediaman Ahli & Penghuni

                Taman Embun Timur@Enstek

Penglibatan         : Semua Ahli & Penghuni yang terlibat

1.         OBJEKTIF

        Program Ziarah & Marhaban Aidilfitri Embun Timur@Enstek dirancang dan dilaksanakan bagi mencapai objektif berikut :

a)        semua penghuni samaada pemilik/penyewa dapat mengenali antara satu

b)        memupuk semangat kejiranan dan mengeratkan silaturrahim

c)        mempromosi keahlian kepada penghuni

d)        memberi sumbangan kebajikan sempena kelahiran anak ahli.

2.         JAWATANKUASA KECIL

        Biro                         : JK Sosial & Rekreasi

        Pengarah Program         : En Azlaan Shah Ahmad

        Setiausaha                : En Mohamad Shariffuddin Mohamadiah

        AJK                        :  AJK yang lain.

3.        AKTIVITI

a)        Program Ziarah & Marhaban Aidilfitri Embun Timur@Enstek ini dipenuhi dengan aktiviti ziarah beramai-ramai rumah ke rumah bermula 8.30 malam.

b)        Setiap hari dihadkan kepada empat(4) buah rumah sahaja. Aktiviti berakhir selewat-lewatnya pukul 10.30 malam. Penghuni yang menyertai :

c)        Gambar program telah dibuat dan dimuatnaik ke Facebook Persatuan.

 

4.         PERUNTUKAN & PERBELANJAAN

        

        Tiada peruntukan daripada persatuan di pohon. Semua Kos dibawah tanggungbawab peserta.

        

5.         KESIMPULAN

Program ini berjaya dilaksanakan walaupun penglibatan kurang memuaskan berbanding tahun 2014. Ini disebabkan masa diadakan pada malam hari bekerja. Cadangan untuk tahun 2016, program ini dibuat secara mengikut Jalan.

Disediakan :                                        Disahkan :

.................................................                 .................................................

Setiausaha Program                                Pengarah Program

MOHAMAD ARQAM MOHAMMAD                AZLAAN SHAH AHMAD

Tarikh : 30 Ogos 2015

LAPORAN AKTIVITI 11:

MAJLIS MESRA AIDILFITRI EMBUN TIMUR@ENSTEK 2015

Tarikh         : 1 Ogos 2015 ( Sabtu )

Masa                 : 8.30 malam

Tempat         : Gelanggang Takraw

                Taman Embun Timur@Enstek

Kehadiran         : 1. YB Dato’ Hasim Bin Rusdi, ADUN Labu

                  2. Pengerusi Persatuan Penduduk Sekitar Bandar Enstek

  3. Ahli dan Penghuni Taman Embun Timur@Enstek ( Anggaran 200  

     Orang )

1.         OBJEKTIF

        Majlis Mesra Aidilfitri Embun Timur@Enstek 2015 dirancang dan dilaksanakan bagi mencapai objektif berikut :

  1. semua penghuni samaada pemilik/penyewa dapat mengenali antara satu
  2. memupuk semangat kejiranan dan mengeratkan silaturrahim
  3. mempromosi keahlian kepada penghuni
  4. mengumpul dana kebajikan persatuan

2.         JAWATANKUASA KECIL

        Biro                        : Timbalan Pengerusi

Pengarah Program         : En Azhari Bin Abass

        Setiausaha                : En Hazili Bin Kesudi

        Bendahari                : Encik Hashim Bin Tan

        AJK Makanan                :  En  Amer Shah Bin Mohamed

        AJK Logistik                : En Zashahrizan Bin Zahari

        AJK Tempat                : En Muhamad Haqime Bin Amdan

        AJK Aturcara & DJ        : En Mafzaffar Bin Zalley

        AJK Video & Gambar        : En Sharifuddin

        AJK VIP                : En Musa                                

3.        AKTIVITI

  1. Empat (4) siri perbincangan diadakan bagi merancang Majlis ini. Satu sesi Gotong Royong diadakan pada pagi Sabtu 31 Julai 2015.
  2. Majlis Mesra Aidilfitri Embun Timur@Enstek ini dipenuhi dengan aktiviti seperti aturcara berikut :

8.30 malam                 : Ketibaan Penghuni Komuniti

                                  : Ketibaan VIP/Tetamu Jemputan

9.00 malam                : Ucapan Pengarah Program

                                  : Ucapan Pengerusi Persatuan

9.10 malam                : Ucapan ADUN Labu, YB. Datuk Hasim Bin Rusdi

9.30 malam                : Bacaan doa

                                 : Jamuan bermula

                                 : Rakaman video dan gambar

                                : Cabutan Bertuah

                                : Sumbangan Duit Raya Kepada Anak Embun

11.00 malam                : Majlis bersurai.

Video dan Gambar sempena Majlis Mesra telah dibuat dan dimuatnaik ke Youtube dan Facebook Persatuan.

4.         PERUNTUKAN & PERBELANJAAN

        Ringkasan peruntukan & perbelanjaan adalah seperti jadual berikut :

        

 

5.         KESIMPULAN

Majlis ini berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan dan boleh dilaksanakan semula pada tahun 2016.

Disediakan :                                        Disahkan :

.................................................                 .................................................

Setiausaha Program                                Pengarah Program

HAZILI BIN KESUDI                                AZHARI BIN ABASS

Tarikh : 20 Ogos 2015

LAPORAN AKTIVITI 12:

MAJLIS SOLAT HAJAT, TAHLIL, BACAAN YASIN & TAKLIMAT KHAIRAT KEMATIAN BANDAR ENSTEK

Tarikh         : 12 September 2015 (Sabtu)

Masa                 : 7.00 malam

Tempat         : Kabin Komuniti Embun,

                 Jalan Timur 5/1D, Timur@Enstek

Kehadiran         : Semua Ahli

1.         OBJEKTIF

        Program Solat hajat, Tahlil, Bacaan Yasin & Taklimat Khairat Kematian Bandar Enstek dirancang dan dilaksanakan bagi mencapai objektif berikut :

  1. Melaksanakan pengisian rohani melalui Solat Maghrib, Isyak, Tahlil, Bacaan Yasin serta Tazkirah ringkas secara berjamaah.
  2. Menganjurkan promosi dan taklimat khairat kematian Bandar Enstek
  3. Menyediakan saluran kepada ahli untuk membuat amal jariah dan sedekah
  4. Mengeratkan silaturrahim antara ahli dan komuniti luar serta pihak yang bertanggungjawab.

2.         JAWATANKUASA KECIL

        Biro                        : JK Pendidikan, Kerohanian & Modal Insan

        Pengarah Program         : En Hussin Bin Hashim

        Setiausaha                : En Mohamad Arqam Bin Mohammad

        Bendahari                : En Mohd Suhazizi Bin Sulaiman

        AJK                        : AJK yang lain

3.        AKTIVITI

  1. Program Solat hajat, Tahlil, Bacaan Yasin & Taklimat Khairat Kematian Bandar Enstek ini dipenuhi dengan aktiviti seperti aturcara berikut :

7.00 petang        : Berkumpul di Kabin Komuniti Embun, Jalan Timur 5/1D

        : Tazkirah / Bacaan Al-Quran

7.15 malam        : Solat Maghrib

8.00 malam        : Solat Hajat, Bacaan Yasin dan Tahlil

8.28 malam        : Solat Isya’ & Tazkirah Pengerusi JK Surau Hidayah

        : Taklimat Ringkas Khairat Kematian

        : Jamuan Makan

10.30 malam        : Bersurai

  1. Gambar program telah dibuat dan dimuatnaik ke Facebook Persatuan.

4.         PERUNTUKAN & PERBELANJAAN

        Ringkasan peruntukan & perbelanjaan adalah seperti jadual berikut :

5.         KESIMPULAN

        

        Solat hajat, Tahlil, Bacaan Yasin & Taklimat Khairat Kematian Bandar Enstek berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Sambutan yang diterima daripada ahli komuniti sangat menggalakkan. Program ini boleh dijadikan sebagai salah satu aktiviti persatuan setiap tahun.

        

Disediakan :                                                Disahkan :

.................................................                         .................................................

Setiausaha Program                                        Pengarah Program

MOHAMAD ARQAM MOHAMMAD                         HUSIN HASHIM

14 Sept 2015