BIL.                        ISI KANDUNGAN                                        MUKASURAT

        

  1. Pendahuluan                                                                1

  1. Bahagian A                                                                 Peraturan Pertandingan  Silat Seni Sekolah-Sekolah                             Peringkat Kebangsaan                                                        3

  1. BAHAGIAN B                                                                                    Pengurusan Pertandingan Silat Seni Sekolah-Sekolah                             Peringkat Kebangsaan                                                        17

  1. BAHAGIAN C                                                                                     Penubuhan Dan Pengurusan Pasukan                                                             Silat Sekolah                                                                28        

  1. BAHAGIAN D

Panduan Juri  Silat Seni                                                33

  1. LAMPIRAN                                                                            Borang-Borang Pertandingan Silat Seni Sekolah-Sekolah                65

  1. Panel Penulis Dan Panel Pemurnian                                        82

        

PENDAHULUAN

Silat di Malaysia dipercayai telah berusia lebih daripada 400 tahun. Pengajaran dan pembelajaran diwariskan dari generasi ke generasi sehinggalah ke hari ini. Sedaya yang boleh segala keaslian budaya silat dapat dipelihara. Kegiatan silat kini bukan sahaja aktif dalam kalangan masyarakat Melayu di kampung malah diterima sebagai aktiviti kokurikulum di sekolah.

Dalam usaha memartabatkan seni silat ke peringkat antarabangsa, aspek seni, estetika dan artistik yang terdapat dalam seni silat yang bersumberkan khazanah rumpun atau bangsa Melayu harus dikekalkan dan dipertahankan. Seni bela diri lain yang telah berkembang pesat di seluruh dunia mampu mempertahankan keaslian dan identitinya.

                Selain itu, dari tahun ke tahun, mutu persembahan peserta pertandingan silat sekolah-sekolah semakin meningkat dan mantap. Namun dalam keghairahan  mengejar kemenangan, sama ada secara sedar atau tidak sedar, unsur-unsur seni bela diri asing yang tidak bersumberkan khazanah Rumpun Melayu telah dicampuradukkan. Hal ini  dapat dilihat  dalam beberapa kategori  Silat Seni.

Bagi mengekalkan  seni warisan pusaka  dan matlamat asal Pertandingan Silat Seni Sekolah-Sekolah, maka buku ini diterbitkan. Selain itu, buku ini juga bertujuan menyelaraskan format pertandingan, upacara perasmian dan penutup, istiadat penyerahan Keris Kuasa dan borang-borang yang berkaitan untuk Pertandingan Silat Seni Sekolah-Sekolah peringkat kebangsaan, negeri, dan daerah.

        Sehubungan dengan itu, penerbitan buku ini diharap dapat membantu semua pihak yang berkaitan dalam pengurusan unit beruniform silat di sekolah dan pengelolaan pertandingan silat seni.

BAHAGIAN A

PERATURAN PERTANDINGAN  SILAT SENI SEKOLAH-SEKOLAH

PERINGKAT KEBANGSAAN

  1. PENYERTAAN

1.1        Peserta adalah terdiri daripada murid lelaki dan perempuan. Bagi peserta sekolah menengah adalah terdiri daripada murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 manakala peserta sekolah rendah pula ialah murid Tahun 3 hingga Tahun 6 sahaja.

1.2        Pegawai kontinjen mestilah terdiri daripada kakitangan Kementerian Pelajaran Malaysia atau Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah atau sekolah dan mestilah warganegara Malaysia.

1.3        Peserta kontinjen mestilah pelajar yang berdaftar di sekolah bantuan penuh Kementerian Pelajaran Malaysia dan warganegara Malaysia.

1.4        Satu salinan kad pengenalan atau surat beranak, borang deklarasi kesihatan dan borang kebenaran ibu bapa atau penjaga hendaklah diserahkan kepada penganjur semasa pendaftaran.

1.5        Ahli-ahli kontinjen negeri adalah terdiri daripada :

        1.5.1        Seorang Ketua Kontinjen (lelaki atau perempuan)

1.5.1        Seorang Pengurus Pasukan (lelaki)

        1.5.3        Seorang Penolong Pengurus (perempuan)

        1.5.4        Seorang Jurulatih (lelaki)

        1.5.5        Seorang Penolong Jurulatih (perempuan)

        1.5.6        Seorang Jurulatih Muzik (lelaki atau perempuan)

        1.5.7        Peserta seramai 33 orang termasuk pasukan muzik (rujuk Jadual 1).

KATEGORI

Rendah

Menengah

Lelaki

Perempuan

Lelaki

Perempuan

Seni Tari Silat

1

1

1

1

Seni Tempur Silat

2

2

2

2

Seni Silat Asli

2

Seni Jurus Silat

4

4

Jurus Wajib

3

3

Pasukan Muzik

5

Jadual 1

1.6        Bagi pasukan muzik iringan, jumlah peserta tidak melebihi 5 orang peserta sama ada lelaki atau perempuan sahaja atau campuran lelaki dan perempuan (samada sekolah menengah atau sekolah rendah atau campuran keduanya)

  1. KATEGORI ,WAKTU  DAN CORAK PERSEMBAHAN

2.1        Persembahan pertandingan yang lengkap adalah terbahagi kepada LIMA kategori sekolah menengah , EMPAT kategori sekolah rendah dan DUA kategori muzik (rujuk Jadual 2).

KATEGORI

NAMA KATEGORI

CORAK PERSEMBAHAN

I

Seni Tari Silat

(Menengah atau Rendah)

Dipersembahkan oleh seorang peserta. (Lelaki atau perempuan)

II

Seni Tempur Silat

(Menengah atau Rendah)

Dipersembahkan oleh dua orang peserta. (Lelaki atau perempuan)

III

Seni Silat Asli (Menengah)

Dipersembahkan oleh dua orang peserta. (Lelaki sahaja)

IV

Seni Jurus Silat

(Menengah atau Rendah)

Dipersembahkan oleh empat orang peserta. (Perempuan sahaja)

V

Jurus Wajib

(Menengah atau Rendah)

Dipersembahkan oleh tiga orang peserta. (Lelaki sahaja)

VI

Gendang Silat KPM

Dipersembahkan oleh tidak lebih dari empat orang peserta (lelaki dan perempuan)

Hanya melibat 4 alat muzik sahaja aiatu Serunai, Gendang Ibu, Gendang Anak dan Gong

VII

Muzik Silat Tempatan

Dipersembahkan oleh tidak lebih dari lima orang peserta (lelaki dan perempuan)

Mengguna tidak lebih daripada 7 alat muzik tradisonal.

Alat Muzik Wajib adalah Gendang Ibu, Gendang Anak dan Gong

Jadual 2

2.2        Waktu Persembahan

KATEGORI

NAMA KATEGORI

MASA PERSEMBAHAN

I

Seni Tari Silat

(Menengah atau Rendah)

3 minit

II

Seni Tempur Silat

(Menengah atau Rendah)

3 minit

III

Seni Silat Asli

(Menengah)

3 minit

IV

Seni Jurus Silat

(Menengah atau Rendah)

3 minit

V

Jurus Wajib

(Menengah atau Rendah)

3 minit

VI

Gendang Silat KPM

Mengiringi pesilat kategori II atau III (lelaki menengah)

VII

Muzik Silat Tempatan

Mengiringi pesilat kategori IV

(perempuan menengah)

Jadual 3

2.3        Tanda Permulaan dan Tanda Akhir Persembahan

Wisel atau gong  akan dibunyikan sekali sebagai tanda permulaan. Pada masa 2 minit dan 50 saat masa persembahan, wisel atau gong dibunyikan sekali sebagai tanda peringatan. Kemudian wisel atau gong akan dibunyikan sebanyak dua kali sebagai tanda akhir persembahan kategori I,II, III dan IV, manakala bagi kategori V wisel atau gong akan dibunyikan sekali pada masa 3 minit. Markah akan dipotong mengikut kepada peraturan yang telah ditetapkan bagi setiap kategori.

2.4        Muzik Iringan

Setiap kategori silat seni yang dipertandingan boleh diiringi dengan         muzik atau tanpa muzik kecuali bagi kategori V (Jurus Wajib) mengikut ketetapan di bawah ini . Sebarang penggunaan alat muzik moden atau bukan alat muzik semasa mengiringi persembahan pesilat adalah tidak dibenarkan sama sekali dan akan menyebabkan pengurangan markah WIRAMA.

KATEGORI

NAMA KATEGORI

MUZIK

I

Seni Tari Silat

(Menengah atau Rendah)

Wajib diiringi dengan muzik

II

Seni Tempur Silat

(Menengah atau Rendah)

Pilihan

(Muzik atau tanpa muzik)

III

Seni Silat Asli

Pilihan

(Muzik atau tanpa muzik)

KATEGORI

NAMA KATEGORI

MUZIK

IV

Seni Jurus Silat

(Menengah atau Rendah)

Wajib diiringi dengan muzik

V

Jurus Wajib

(Menengah atau Rendah)

Tanpa iringan muzik

Jadual 4

  1. KAEDAH PELAKSANAAN PERSEMBAHAN

Semua persembahan oleh peserta bagi semua kategori adalah tertakluk kepada kaedah pelaksanaan persembahan yang ditetapkan di dalam buku peraturan ini. Sebarang pelanggaran akan dikenakan pemotongan markah. Perlaksanaan persembahan akan diadakan di dalam sebuah gelanggang rata berbentuk empat segi tepat dengan keluasan tidak kurang daripada 81 meter persegi (9x9 meter). Rujuk Bahagian B (muka surat 16) : Pengurusan Pertandingan Silat Seni Sekolah-Sekolah Peringkat Kebangsaan.

3.1        KATEGORI I                :        SENI TARI SILAT

        3.1.1        Apabila giliran dipanggil, pesilat berdiri di tepi gelanggang di sudut yang ditetapkan dan memberi hormat.

        3.1.2        Pesilat terus melangkah masuk dengan kaki kanan ke tengah gelanggang (tanpa iringan muzik), memberi hormat kepada Ketua Pertandingan,  juri  di sebelah kanan, belakang dan kiri. Pesilat terus menunggu arahan daripada Ketua Pertandingan dalam keadaan berdiri atau bertekuk lutut.

        3.1.3        Apabila Ketua Pertandingan memberi arahan “mulai” pesilat hendaklah terlebih dahulu membuka langkah sembah atau salam perguruannya dalam tempoh 10-15 saat . Selepas sahaja selesai mempersembahnkan salam perguruannya, pesilat dikehendaki melakukan sekurang-kurang 3 pola langkah sebelum memulakan pergerakan-pergerakan yang lain.

        3.1.4        Pada setiap babak, pesilat dikehendaki melakukan gerak tari silat sekurang-kurangnya 3 pola langkah sebelum memulakan pergerakan-pergerakan lain.

        3.1.5        Pada masa 2 minit 50 saat, pengamat waktu akan membunyikan wisel atau gong sekali sebagai peringatan.

        3.1.6        Pada minit ke 3 pengamat waktu akan membunyikan wisel atau gong sebanyak 2 kali bagi menandakan masa persembahan tamat.

3.1.7        Setelah tamat persembahan, pesilat hendaklah kembali ke tengah gelanggang. Memberi hormat kepada Ketua Pertandingan dan   mengundur 3 langkah kebelakang dan   hormat sekali lagi, barulah terus keluar dari gelanggang dengan melangkah kaki kiri pada sudut yang ditetapkan.

3.2        KATEGORI II        :        SENI TEMPUR SILAT

        3.2.1        Apabila giliran dipanggil, pesilat berdiri di tepi gelanggang di satu sudut yang ditetapkan dan memberi hormat. Pesilat tidak dibenarkan berada di dua sudut yang berlainan.

        3.2.2        Pesilat terus melangkah masuk dengan kaki kanan ke tengah gelanggang (tanpa iringan muzik), memberi hormat kepada Ketua Pertandingan,  juri  di sebelah kanan, belakang dan kiri. Pesilat terus menunggu arahan daripada Ketua Pertandingan. Semasa menunggu arahan daripada Ketua Pertandingan, kedua-dua pesilat dibenarkan berada dalam posisi berdiri , bertekuk lutut dan saling mengadap pasangan atau mengadap Ketua Pertandingan.

        3.2.3        Apabila Ketua Pertandingan memberi arahan “mulai” pesilat hendaklah terlebih dahulu membuka langkah sembah atau salam perguruannya dalam tempoh 10 - 15 saat . Selepas sahaja selesai mempersembahkan salam perguruannya, pesilat dikehendaki melakukan sekurang-kurang 3 pola langkah sebelum memulakan pergerakan-pergerakan yang lain.

        3.2.4        Pada setiap babak, pesilat dikehendaki melakukan sekurang-kurangnya 3 pola langkah sebelum memulakan pergerakan-pergerakan lain.

        3.2.5        Pada masa 2 minit 50 saat, pengamat waktu akan membunyikan wisel atau gong sekali sebagai peringatan.

        3.2.6        Pada minit ke 3, pengamat waktu akan membunyikan wisel atau gong sebanyak 2 kali bagi menandakan masa persembahan tamat.

3.2.7        Setelah tamat persembahan, kedua-dua pesilat hendaklah kembali ke tengah gelanggang. Memberi hormat kepada Ketua Pertandingan dan   mengundur 3 langkah kebelakang dan   hormat sekali lagi, barulah terus keluar dari gelanggang dengan melangkah kaki kiri pada sudut yang ditetapkan.

3.3        KATEGORI III        :        SENI SILAT ASLI

        3.3.1        Apabila giliran dipanggil, pesilat berdiri di tepi gelanggang di satu sudut yang ditetapkan dan memberi hormat. Pesilat tidak dibenarkan berada di dua sudut yang berlainan.

        3.3.2        Pesilat terus melangkah masuk dengan kaki kanan ke tengah gelanggang (tanpa iringan muzik), memberi hormat kepada Ketua Pertandingan dan juri. Pesilat terus menunggu arahan daripada Ketua Pertandingan. Semasa menunggu arahan daripada Ketua Pertandingan, kedua-dua pesilat dibenarkan berada dalam posisi berdiri atau bertekuk lutut dan mengadap juri .

        3.3.3        Apabila Ketua Pertandingan memberi arahan “mulai” pesilat akan memperagakan persembahannya iaitu Tapak Sembah, Tapak Empat, Melilit dan Berdamai

        3.3.4        Pada masa 2 minit 50 saat, pengamat waktu akan membunyikan wisel atau gong sekali sebagai peringatan.

        3.3.5        Pada minit ke 3 pengamat waktu akan membunyikan wisel atau gong sebanyak 2 kali bagi menandakan masa persembahan tamat.

3.3.6        Setelah tamat persembahan, kedua-dua pesilat hendaklah kembali ke tengah gelanggang. Memberi hormat kepada Ketua Pertandingan dan   mengundur tiga langkah kebelakang dan   hormat sekali lagi, barulah terus keluar dari gelanggang dengan melangkah kaki kiri pada sudut yang ditetapkan.

3.4        KATEGORI IV        :        SENI JURUS SILAT

        3.4.1        Apabila giliran dipanggil, pesilat berdiri di tepi gelanggang di satu sudut yang ditetapkan dan memberi hormat. Pesilat tidak dibenarkan berada di sudut yang berlainan.

        3.4.2        Pesilat terus melangkah masuk dengan kaki kanan ke tengah gelanggang (tanpa iringan muzik) dengan posisi seorang dihadapan dan 3 orang dibelakang, memberi hormat kepada Ketua Pertandingan,  juri  di sebelah kanan, belakang dan kiri. Pesilat terus menunggu arahan daripada Ketua Pertandingan. Semasa menunggu arahan daripada Ketua Pertandingan, pesilat dibenarkan berada dalam posisi berdiri atau bertekuk lutut.

        3.4.3        Apabila Ketua Pertandingan memberi arahan “mulai” pesilat hendaklah terlebih dahulu membuka langkah sembah atau salam perguruannya dalam tempoh 10 - 15 saat . Selepas sahaja selesai mempersembahkan salam perguruannya, pesilat dikehendaki melakukan sekurang-kurangnya 3 pola langkah sebelum memulakan pergerakan-pergerakan yang lain.

        3.4.4        Pada masa 2 minit 50 saat, pengamat waktu akan membunyikan wisel atau gong sekali sebagai peringatan.

        3.4.5        Pada minit ke 3 pengamat waktu akan membunyikan wisel atau gong sebanyak 2 kali bagi menandakan masa persembahan tamat.

3.4.6        Setelah tamat persembahan, kesemua pesilat hendaklah kembali ke tengah gelanggang dalam posisi seorang dihadapan dan 3 orang dibelakang. Memberi hormat kepada Ketua Pertandingan dan   mengundur 3 langkah kebelakang dan   hormat sekali lagi, barulah terus keluar dari gelanggang dengan melangkah kaki kiri pada sudut yang ditetapkan.

3.5        KATEGORI         V        :        JURUS WAJIB

        3.5.1        Apabila giliran dipanggil, pesilat berdiri di tepi gelanggang di satu sudut yang ditetapkan dan memberi hormat.

        3.5.2        Pesilat terus melangkah masuk dengan kaki kanan ke tengah gelanggang (tanpa iringan muzik), memberi hormat kepada Ketua Pertandingan dan juri di belakang. Pesilat terus menunggu arahan daripada Ketua Pertandingan dalam kedudukan mengadap juri.

        3.5.3        Apabila Ketua Pertandingan memberi arahan “mulai” barulah pesilat memulakan peragaan Jurus Wajib.

        3.5.4        Pada minit ke 3 pengamat waktu akan membunyikan wisel atau gong sebanyak sekali bagi menandakan masa persembahan tamat.

3.5.5        Setelah tamat persembahan, kesemua pesilat hendaklah memberi hormat kepada Ketua Pertandingan dan terus keluar dari gelanggang dengan melangkah kaki kiri pada sudut yang ditetapkan.

4.0        LARANGAN SEMASA PERSEMBAHAN

Perkara yang dilarang semasa persembahan seperti yang dinyatakan di bawah ini berkuat kuasa ke atas semua peserta bagi semua kategori termasuk kategori muzik. Larangan ini tidak hanya berkuat kuasa semasa persembahan tetapi di luar persembahan bagi memastikan adab sopan seorang pesilat tidak hanya diamalkan di dalam gelanggang sahaja malahan di mana-mana sahaja mereka berada. Jika didapati berlakunya pelanggaran dan disahkan oleh Jawatankuasa Teknikal Kebangsaan , pengurangan nilai adab, tertib dan sopan akan dikenakan. Antara larangan dalam persembahan adalah :

4.1        Persembahan yang membahayakan penonton dan pegawai.

4.2        Kelakuan yang biadap dan tidak sopan seperti mengejek, meludah dan sebagainya.

4.3        Kelakuan yang mencabar.

4.4        Memakai pakaian yang tidak menunjukkan sifat murni kependekaran Melayu.

4.5        Solekan yang berlebihan bagi pesilat perempuan dan lelaki seperti misai, janggut dan jambang.

4.6        Pendedahan aurat bagi pesilat perempuan seperti baju berlengan pendek, potongan leher yang luas, dan pakaian ketat.

4.7        Terdedahnya aurat bagi pesilat semasa persembahan.

4.8        Perbuatan seperti bersewang, meracau, merasuk semasa persembahan muzik dijalankan.

4.9        Alat-alat muzik moden dan elektronik atau bukan alat muzik adalah tidak dibenarkan. Keingkaran dalam mematuhi peraturan ini boleh dikenakan hukuman diskualifikasi bagi peserta kategori VI dan VII.

4.10        Pelanggaran peraturan pakaian bagi kategori V.

5.0        PAKAIAN PESERTA

5.1        Pakaian asas bagi pesilat kategori I, II ,III, VI dan VII adalah seperti berikut :

        5.1.1        Pakaian silat lengkap.

        5.1.2        Tengkolok atau tanjak bagi pesilat lelaki dan pesilat perempuan diwajibkan. Bagi pesilat perempuan beragama Islam diwajibkan memakai tudung manakala pesilat perempuan yang bukan beragama Islam adalah digalakkan memakai tudung atas tujuan keseragaman.

        5.1.3        Memakai samping bagi pesilat lelaki dan perempuan.

        5.1.4        Memakai bengkung.

5.2        Pakaian tambahan bagi pesilat kategori I,II ,III, V dan VI adalah seperti berikut:

        5.2.1        Baju layang kecuali pesilat kategori II dan III.

5.2.2        Sebarang aksesori tambahan yang mana mengikut pandangan Pengerusi Teknikal Kebangsaan atau Negeri dan Ketua Pertandingan tidak membahayakan peserta dan penonton.

5.2.3        Pesilat tidak dibenarkan memakai aksesori logam yang tajam dan keras .

5.3        Pakaian bagi pesilat kategori V adalah seperti berikut :

        5.3.1        Pakaian silat seragam bagi ketiga-tiga pesilat.

        5.3.2        Bengkung berwarna putih selebar 3-4 inci dan melilit pinggang dengan hujungnya berjuntai atau tanpa juntai.

        5.3.3        Tidak dibenarkan memakai tengkolok, pengikat kepala dan baju layang.

6.0        PENILAIAN MARKAH

6.1        Nilai markah

Penilaian markah akan diberi berdasarkan kepada kategori persembahan yang menggunakan kaedah pencak silat sahaja adalah seperti berikut :

        6.1.1        Kategori I dan III

                a.        Wiraga                                        50

                b.        Wirama                                        20

                c.        Wiraga                                        30        

        6.1.2        Kategori II

                a.        Teknik Serang Bela                                40

                b.        Kekayaan Teknik                                20

                c.        Keangkasan dan Ketepatan                20

                d.        Daya Tahan & Pernafasan                        10

                e.        Tertib dan Sopan Santun                        10

        6.1.3        Kategori IV

                a.        Jumlah nilai kebenaran                        100

                b.        Kemantapan dan Penghayatan                60        

        6.1.4        Kategori V

                a.        Gendang                                        40

                b.        Serunai                                        40

                c.        Penilaian Muzik atau Sikap atau Sahsiah        20

        6.1.5        Kategori VI

                a.        Kesesuaian dengan Gerak Silat                50

                b.        Daya Tarik                                        30

                c.        Pakaian dan Kesopanan                        20

6.2        Penolakan Markah berdasarkan masa persembahan.

6.2.1        Bagi kategori I,II,III dan IV penolakan markah berdasarkan masa persembahan adalah seperti berikut :

a.        Nilai 5 markah ditolak bagi masa persembahan yang kurang daripada 15 – 29 saat daripada masa yang ditetapkan.

b.        Nilai 10 markah ditolak bagi masa persembahan yang kurang daripada 30 – 59 saat daripada masa yang ditetapkan.

c.        Nilai 15 markah ditolak bagi masa persembahan yang kurang daripada 60 saat daripada masa yang ditetapkan.

d.        Tiada penolakan markah dilakukan bagi persembahan yang melebihi daripada masa yang ditetapkan. Persembahan dalam tempoh masa tersebut tidak akan diberi penilaian oleh para juri.

e.        Tiada penolakan markah berdasarkan kepada masa persembahan bagi kategori VI dan VII.

f.        Penolakan markah berdasarkan kepada masa persembahan tidak dilakukan oleh juri tetapi juri hanya mencatat di dalam borang pemarkahan. Penolakan markah akan dilakukan oleh Dewan Juri dan ditolak setelah mendapat markah keseluruhan pasukan tersebut.

6.2.2        Bagi kategori V penolakan markah berdasarkan masa persembahan adalah seperti berikut :

a.        Nilai 5 markah ditolak bagi masa persembahan yang kurang atau lebih daripada 6 – 10 saat daripada masa yang ditetapkan.

b.        Nilai 10 markah ditolak bagi masa persembahan yang kurang atau lebih daripada 11 - 15 saat daripada masa yang ditetapkan.

c.        Nilai 15 markah ditolak bagi masa persembahan yang kurang atau lebih daripada 16 saat daripada masa yang ditetapkan.

d.        Penolakan markah berdasarkan kepada masa persembahan akan dilakukan oleh setiap juri.

6.3        Perkara-perkara lain yang membolehkan penolakan markah semasa pertandingan.

6.3.1        Penolakan 1 markah bagi setiap perkara yang berikut :

        a.        Jatuh aksesori , hiasan badan atau objek lain.

        b.        Pijak tengkolok (maksimum 5 markah).

        c.        Pelanggaran peraturan pakaian bagi kategori V.

d.        Keluar gelanggang (garisan 9 X 9 meter) bagi sebarang anggota badan bagi kategori I,II, III dan IV (maksimum 5 markah). Bagi kesalahan ini mestilah mendapat pengesahan sekurang-kurangnya 2 daripada 5 juri. Jika terdapat pengesahan daripada Dewan Juri, syarat sebelum itu tidak digunapakai.

        6.3.2        Penolakan 2 markah bagi setiap perkara yang berikut :

                a.        Jatuh tengkolok (kecuali kategori II dan III).

                b.        Meludah semasa persembahan.

                c.        Isyarat lucah.

                d.        Perbuatan yang melampau batas kesopanan.

e.        Perlakuan mencabar yang difikirkan Jawatankuasa Teknikal yang tidak sesuai.

f.        Solekan yang berlebihan seperti misai, jambang, parut atau mana-mana cara yang tidak difikirkan sesuai bagi seorang pesilat.

g.        Penolakan markah dilakukan oleh Dewan Juri. Juri hanya mencatat di dalam borang pemarkahan.

        6.3.3        Penolakan 5 markah bagi setiap perkara yang berikut :

a.        Keluar gelanggang bagi kategori V bagi setiap kali kesalahan dilakukan.

                b.        Bersuara bagi kategori V bagi setiap kali kesalahan dilakukan.

                c.        Penolakan markah dilakukan oleh setiap juri.

7.0        PENENTUAN KEMENANGAN

7.1        Bagi semua kategori, penentuan kemenangan adalah berdasarkan kepada jumlah markah tertinggi.

7.2        Bagi situasi kemenangan yang tidak dapat ditentukan berdasarkan kepada jumlah markah tertinggi, kemenangan akan ditentukan berdasarkan  kepada keutamaan susunan ini bagi kategori I, II , III dan IV:

7.2.1        Nilai Wiraga atau Teknik Serang Bela atau Melilit.

7.2.2        Nilai Wirama atau Kekayaan Teknik atau Tapak Sembah.

7.2.3        Nilai pengurangan markah terkecil.

7.2.4        Pengiraan nilai bagi perkara 7.2.1, 7.2.2 dan 7.2.3 adalah berdasarkan kepada markah juri yang terpilih bagi pasukan tersebut

7.2.5        Jika kemenangan tidak dapat ditentukan berdasarkan kepada perkara di atas, lambungan duit syiling di antara pengurus pasukan yang terlibat akan diadakan.        

7.3        Jika penentuan kemenangan bagi kategori V tidak dapat ditentukan berdasarkan kepada perkara 7.1, penentuan kemenangan akan ditentukan berdasarkan kepada keutamaan susunan berikut :

        7.3.1        Nilai hukuman terkecil untuk kebenaran rincian urutan gerak.

        7.3.2        Nilai hukuman terkecil untuk kekompakan.

        7.3.3        Peserta yang paling mendekati ketepatan waktu 3 minit.

        7.3.4        Nilai hukuman terkecil untuk kebenaran urutan jurus.

        7.3.5        Nilai hukuman terkecil untuk ketepatan waktu.

7.3.6        Jika kemenangan tidak dapat ditentukan, pemenangnya akan diundi oleh Ketua Pertandingan dengan disaksikan Pengerusi Teknik Silat Kebangsaan, Dewan Juri dan Pengurus Pasukan yang terlibat.

7.4        Jika penentuan kemenangan bagi kategori VI tidak dapat ditentukan berdasarkan kepada perkara 7.1, penentuan kemenangan akan ditentukan berdasarkan kepada keutamaan susunan berikut :

        7.4.1        Pembukaan atau Intro.

        7.4.2        Pokok – Serunai.

7.4.3        Jika masih sama kemenangan akan ditentukan kepada kesepakatan Dewan Juri.

7.5        Jika penentuan kemenangan bagi kategori VII tidak dapat ditentukan berdasarkan kepada perkara 7.1, penentuan kemenangan akan ditentukan berdasarkan kepada keutamaan susunan berikut :

        7.5.1        Kepelbagaian Melodi dan Rentak.

        7.5.2        Kematangan.

7.5.3        Jika masih sama kemenangan akan ditentukan kepada kesepakatan Dewan Juri.

7.6        Penentuan Johan Keseluruhan.

7.6.1        Terdapat tiga kategori Johan Keseluruhan iaitu Johan Keseluruhan Sekolah Rendah, Johan Keseluruhan Sekolah Menengah dan Johan Keseluruhan Pertandingan Silat Seni Sekolah-Sekolah Peringkat Kebangsaan.

7.6.2        Sebarang penambahan kategori johan selain daripada yang dinyatakan di atas adalah atas budi bicara penganjur dan penentuan kemenangan adalah berdasarkan kepada mesyuarat antara semua Pengerusi Teknikal Negeri.

7.6.3        Penentuan pemenang bagi kategori yang dinyatakan di perkara 7.6.1 adalah berdasarkan kepada kaedah berikut :

                                        a.        Berdasarkan  pungutan pingat iaitu emas. Jika didapati sama, bilangan pingat perak akan diambil kira. Jika masih didapati sama bilangan, pingat gangsa akan diambil kira.

                                        b.        Jika kemenangan tidak dapat ditentukan menggunakan peraturan 7.6.3(a), pasukan yang mendapat kedudukan terbaik kategori Seni Tempur Silat Lelaki Sekolah Menengah akan menjadi penentu kemenangan.

                                        c.         Pungutan pingat bagi kategori VI dan VII hanya akan diambil kira bagi penentuan Johan Keseluruhan Pertandingan Silat Seni Kementerian Pelajaran Malaysia sahaja.                                        

7.7                Segala keputusan akan diumumkan oleh Ketua Pertandingan atau mana-mana orang yang diberi mandat oleh Pegawai Teknik Kebangsaan atau Negeri.

8.0                INGKAR DAN HUKUMAN

8.1                Ingkar terhadap sebarang keputusan Ketua Pertandingan atau mana-mana orang yang diberi mandat oleh Pengerusi Teknik Kebangsaan atau Negeri serta penyimpangan daripada peraturan yang dinyatakan di dalam peraturan Pertandingan Silat Seni Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran boleh dikenakan tindakan seperti berikut :

        8.1.1                Amaran.

        8.1.2                Dilarang mengikuti keseluruhan pertandingan.

8.2        Perlaksanaan hukuman juga termaktub kepada pegawai kontinjen dan peserta kontinjen.

9.0        BANTAHAN

9.1                Sebarang bantahan hendaklah dibuat dengan mengisi borang bantahan  oleh Ketua Kontinjen atau Pengurus Pasukan sahaja dengan menyertakan wang pertaruhan sebanyak RM500.00 tunai.

9.2                Setiap bantahan hendaklah  diserahkan kepada Ketua Pertandingan dalam masa (60) minit selepas pengumuman keputusan pertandingan. Bantahan hanya meliputi kesalahan teknikal sahaja. Bantahan yang lewat tidak  dilayan.

9.3                Wang pertaruhan ini akan hangus sekiranya bantahan yang dikemukakan didapati tidak wajar oleh pihak Juri Rayuan. Sila rujuk Bahagian B : Pengurusan Pertandingan Silat Seni Sekolah-Sekolah Peringkat Kebangsaan.

9.4        Keputusan Juri Rayuan adalah muktamad.

10.0        PERATURAN-PERATURAN LAIN

10.1        Sebarang perkara yang tidak terdapat di dalam peraturan Pertandingan Silat Seni Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran hendaklah dibincang bersama dalam satu mesyuarat yang melibatkan sekurang-kurangnya dua pertiga daripada Pengerusi Teknikal Negeri yang hadir dengan kehadiran seorang pegawai atau wakil Kementerian Pelajaran MalaysiaatauJabatan Pelajaran Negeri atauPejabat Pelajaran Daerah dan mendapat persetujuan sekurang-kurangnya dua pertiga daripada yang hadir dalam mesyuarat tersebut.

10.2        Perkara yang tidak terdapat  dalam peraturan  ini hendaklah    ditentukan dan dijelaskan oleh Jawatankuasa Teknikal Kebangsaan atau Negeri kepada pengurus-pengurus pasukan sebelum pertandingan dimulakan.

BAHAGIAN B

PENGURUSAN PERTANDINGAN SILAT SENI SEKOLAH-SEKOLAH

PERINGKAT KEBANGSAAN

  1. KELENGKAPAN PERTANDINGAN

  1. Gelanggang Persembahan.
  1. Gelanggang persembahan merupakan kawasan empat segi tepat dengan ukuran 10 m x 10 m.
  2. Sempadan gelanggang dibatasi dengan garisan selebar 5 cm ke arah luar dan berwarna putih berukuran 9 m x 9 m.
  3. Gelanggang persembahan menggunakan matras setebal 5 cm dengan permukaan yang rata.

  1. Kelengkapan gelanggang.
  1. Kelengkapan gelanggang adalah terdiri daripada:
  1. Keris Kuasa
  2. Jam pertandingan atau jam randik
  3. Gong atau alat yang berfungsi sama atau wisel
  4. Kerusi dan meja bagi Ketua Pertandingan, Setiausaha Pertandingan, Dewan Juri dan Pengamat Waktu.
  5. Label Jawatankuasa Teknikal Pertandingan
  6. Kerusi dan meja bagi juri-juri
  7. Kerusi dan meja pasukan perubatan
  8. Kalkulator
  9. Alat tulis seperti pen merah dan biru, pen marker, stapler,dawai kokot, binding tape,masking tape, klip kertas dan lain-lain.
  10. Fail poket.
  11. Fail klip.
  12. Pita ukur.
  13. Mesin pencetak.
  14. Kertas A4.
  15. Komputer.
  16. LCD Projektor dan skrin.
  17. Pembesar suara.
  18. Mana-mana kelengkapan yang difikirkan perlu.

  1. JAWATANKUASA TEKNIKAL PERTANDINGAN

2.1        Jawatankuasa Teknikal Pertandingan bertanggungjawab sepenuhnya dalam menguruskan pertandingan sehingga tamat. Jawatankuasa Teknikal Pertandingan terdiri daripada :

  1. Pengerusi Teknikal Silat Kebangsaan
  2. Timbalan Pengerusi Teknikal Silat Kebangsaan
  3. Setiausaha Teknikal Silat Kebangsaan
  4. Ahli Jawatankuasa Teknikal Silat Kebangsaan yang terdiri daripada beberapa jawatankuasa :
  1. Jawatankuasa Aktiviti
  2. Jawatankuasa Pertandingan
  3. Jawatankuasa Disiplin
  4. Jawatankuasa Adat Istiadat dan Protokol
  5. Jawatankuasa Muzik
  6. Jawatankuasa Publisiti dan Media
  1. Ketua Pertandingan yang dibantu oleh :
  1. Dewan Juri.
  2. Juri.
  3. Setiausaha Pertandingan dan Penolong Setiausaha Pertandingan.
  4. Pengamat Waktu dan Penolong Pengamat Waktu.
  5. Penyelia Peserta.
  6. Pembantu Gelanggang.
  1. Pasukan Perubatan.
  2. Juri Rayuan.

  1. Bidang Tugas Jawatankuasa Teknikal Pertandingan.

  1. Pengerusi Teknikal Silat Kebangsaan
  1. Merupakan Pegawai Teknikal Delegasi.
  2. Beliau bertanggungjawab sepenuhnya atas keseluruhan pertandingan, menyusun dan mengatur jadual Dewan Juri, Ketua Pertandingan dan para juri dengan dibantu Dewan Juri
  3. Beliau memiliki kuasa pemutus bagi sebarang keraguan berkaitan dengan teknikal.
  4. Beliau juga akan mempengerusikan sebarang mesyuarat berkaitan teknikal dan masalah pertandingan.
  5. Beliau juga boleh menjadi ahli Dewan Juri dan salah seorang Jawatankuasa Juri Rayuan.
  6. Mengesahkan keputusan terakhir sebelum pengumuman dibuat.
  1. Timbalan Pengerusi Teknikal Silat Kebangsaan
  1. Memangku tugas Pengerusi Teknikal Silat Kebangsaan semasa ketiadaannya.
  2. Membantu Pengerusi Teknikal Silat Kebangsaan sepanjang pertandingan.
  3. Beliau juga boleh dilantik menjadi Ahli Dewan Juri dan salah seorang Jawatankuasa Juri Rayuan.

  1. Setiausaha Teknikal Silat Kebangsaan
  1. Beliau bertanggungjawab dalam menguruskan kemasukan markah ke dalam satu sistem pengiraan yang digunapakai dan diperakui ketelusannya dan seterusnya atas kebenaran Pengerusi Teknikal Silat Kebangsaan untuk memaparkan markah tersebut.
  2. Beliau bertanggungjawab dalam mengeluarkan senarai bertugas Dewan Juri, Ketua Pertandingan, Juri dan pegawai pertandingan yang lain atas kelulusan Pengerusi Teknikal Silat Kebangsaan.
  3. Beliau merupakan setiausaha Juri Rayuan.

  1. Ahli Jawatankuasa Teknikal Silat Kebangsaan

Ahli yang dilantik dari kalangan Pengerusi Teknik Negeri yang diamanahkan memegang tugas dalam jawatankuasa-jawatankuasa tertentu seperti :

  1. Jawatankuasa Aktiviti

Membantu memastikan jadual tugasan Ketua Pertandingan dan Juri berjalan dengan lancar. Selain itu, memastikan sesi ulangkaji dalam kalangan para juri sebelum pertandingan rasmi dijalankan dapat diadakan.

Memastikan kebajikan pegawai teknikal dijaga sepanjang pertandingan.

  1. Jawatankuasa Pertandingan

Memastikan kelengkapan pertandingan seperti gelanggang dan peralatan telah siap untuk digunakan semasa pertandingan. Memastikan ukuran gelanggang dan borang pertandingan adalah mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

  1. Jawatankuasa Disiplin

Memastikan perjalanan pertandingan berjalan dengan lancar. Memastikan disiplin para juri mengikut etika juri yang telah ditetapkan. Melaporkan sebarang salahlaku juri kepada Pengerusi Teknikal Silat Kebangsaan.

  1. Jawatankuasa Adat Istiadat dan Protokol

Memastikan upacara perasmian, pembukaan gelanggang, dan penutupan gelanggang berjalan mengikut istiadat yang telah ditetapkan. Memastikan kelengkapan bagi majlis-majlis tersebut telah disediakan dan mengikut spesifikasi.

  1. Jawatankuasa Muzik

Bertanggungjawab bagi menyediakan juri-juri muzik yang berkelayakan dalam mengadili kategori VI dan VII. Beliau adalah Ketua Juri Muzik.

  1. Jawatankuasa Publisiti dan Media

Bertanggungjawab merakam gambar dan video sepanjang pertandingan berlangsung dan mengemaskini maklumat berkaitan pertandingan ke dalam blog rasmi.

  1. Ketua Pertandingan

Ketua Pertandingan dilantik dalam kalangan Pengerusi Teknik Negeri atau mana-mana pegawai yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang tinggi dalam menguruskan pertandingan.

  1. Mengatur dan bertanggungjawab terhadap kelancaran perjalanan pertandingan
  2. Memimpin jawatankuasa teknikal dan penyelia peserta sebelum pertandingan bermula dibantu oleh Ketua Dewan Juri.
  3. Memutuskan masalah pertandingan di peringkat pertama iaitu dengan merujuk kepada Dewan Juri.
  4. Mengajukan masalah pertandingan ke peringkat kedua iaitu Juri Rayuan.
  5. Dalam melaksanakan tugas, Ketua Pertandingan boleh dibantu oleh Dewan Juri untuk memimpin pertandingan.
  6. Mengesahkan segala keputusan sebelum pengumuman keputusan dibuat.

  1. Setiausaha Pertandingan
  1. Setiausaha Pertandingan adalah seorang yang berpengalaman dan memahami  pengurusan serta pentadbiran pertandingan  yang dipilih oleh  Pengerusi Teknikal Silat Kebangsaan.
  2. Bertugas membantu Ketua Pertandingan dalam  pengendalian  dan urusan pertandingan. Dalam melaksanakan tugasnya  boleh dibantu oleh seorang  penolong Setiausaha.
  3. Setiausaha pertandingan bertanggungjawab kepada Ketua    Pertandingan dan penolong setiausaha bertanggungjawab kepada Setiausaha Pertandingan.

  1. Ketua Dewan Juri
  1. Ketua Dewan Juri adalah dilantik oleh Pengerusi Teknikal Silat Kebangsaan atau Negeri dengan  persetujuan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia atau Jabatan Pelajaran Malaysia atau Pejabat Pelajaran Daerah.
  2. Pada sepanjang masa membuat pemerhatian setiap persembahan dan mencatat sebarang pelanggaran dan perlaksanaan persembahan.
  3. Membuat cadangan mengenai permasalahan pertandingan kepada Ketua Pertandingan.

  1. Dewan Juri
  1. Dewan Juri adalah pemimpin juri yang dipilih oleh  Kementerian Pelajaran Malaysia atau Jabatan Pelajaran Malaysia atau Pejabat Pelajaran Daerah  atau Pengerusi  Teknikal Silat Kebangsaan atau Negeri.
  2. Membantu Pengerusi Teknikal Silat Kebangsaan  menyusun dan   mengatur   tugasan juri.
  3. Meneliti hasil penilaian juri dan berhak memperbetulkan nilai yang kurang tepat merujuk kepada peraturan pertandingan.
  4. Menandatangani  borang penilaian juri setelah disahkan  dan menyerahkannya kepada Ketua Pertandingan.
  5. Mengesahkan markah yang dimasukkan oleh Setiausaha Teknikal Silat Kebangsaan.

  1. Juri
  1. Membuat penilaian dan memberikan markah mengikut panduan penilaian silat seni terhadap persembahan peserta.
  2. Menandatangani borang penilaian markah yang telah diisi.
  3. Mencatat sebarang pelanggaran yang berlaku.
  4. Menjawab pertanyaan Pengerusi Teknikal Silat Kebangsaan atau Negeri atau Ketua Pertandingan atau Dewan Juri apabila diperlukan.
  5. Telah mengikuti kursus juri silat seni yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan mempunyai kemahiran bersilat.

  1. Pengamat Waktu
  1. Pengamat Waktu dipilih dan ditugaskan  oleh  Dewan Juri     dalam  kalangan mereka yang menguasai tugas tersebut.
  2. Memulakan dan menghentikan jam pertandingan sesuai  dengan waktu pertandingan yang ditentukan atau berdasarkan  arahan daripada Ketua Pertandingan.
  3. Membunyikan wisel atau gong untuk memulakan pertandingan, isyarat amaran dan tamat masa peragaan.
  4. Mengisi dan menandatangani Borang Catatan Masa  Individu dan Keseluruhan.

  1. Penyelia Peserta
  1. Menyelia pasukan atau peserta yang mengambil bahagian.
  2. Mendapatkan borang undian peserta daripada Ketua Pertandingan.
  3. Memastikan peserta berada di tempat pertandingan dan menyusun mengikut nombor undian.
  4. Memaklumkan kepada Pengurus Pasukan apabila peserta tidak berada di tempat menunggu.
  5. Memaklumkan kepada Ketua Pertandingan apabila peserta tidak hadir atau menarik diri.

  1. Pasukan Perubatan
  1. Setiap pertandingan yang dijalankan mesti dihadiri, disaksi, dan dijaga oleh Doktor atau Pegawai Perubatan yang disediakan oleh penganjur.
  2. Doktor atau Pegawai Perubatan adalah Doktor atau Pegawai Perubatan yang memahami kecederaan pesilat dan dilengkapi dengan peralatan perubatan dan ambulan atau kenderaan khas.
  3. Doktor atau Pegawai Perubatan  mesti berada dari mula pertandingan pertama sehingga pertandingan terakhir selesai.
  4. Doktor atau Pegawai Perubatan akan menentukan  sama ada pesilat dapat atau tidak dapat meneruskan pertandingan.
  5. Jika terdapat bantahan dalam suatu pertandingan , doktor atau pegawai perubatan  boleh dipanggil  jika perlu untuk memberi keterangan
  6. Atas permintaan Ketua Pertandingan, Pegawai Perubatan boleh merawat pesilat di gelanggang persembahan.

  1. Juri Rayuan
  1. Ahli-ahli Juri Rayuan adalah seperti berikut :

i.        Pengerusi Teknikal Silat Kebangsaan.

ii.        Timbalan Pengerusi Teknikal Silat Kebangsaan.

iii.        Setiausaha Teknikal Silat Kebangsaan (pencatat).

iv.        Ketua Dewan Juri.

v.        Ketua Pertandingan yang berkaitan.

vi.        Pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia atauJ abatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah.

  1. Juri Rayuan merupakan kuasa tertinggi untuk memberi keputusan terhadap masalah pertandingan yang dikemukakan kepadanya.
  2. Keputusan Juri Rayuan adalah muktamad.

  1. ETIKA PEGAWAI TEKNIKAL PERTANDINGAN DAN JURI

  1. Setiap Pegawai Teknikal Pertandingan dan Juri yang dilantik haruslah memenuhi syarat yang berikut:
  1. Memiliki kemahiran bersilat dan mempunyai tauliah daripada perguruan masing-masing.
  2. Bersikap adil dan tidak berat sebelah.
  3. Dapat membuat keputusan tepat dengan pantas dan tegas.
  1. Bagi memastikan pertandingan dapat dijalankan mengikut peraturan yang telah ditetapkan, satu panduan etika kejurian diwujudkan dan hendaklah dipatuhi.
  1. Amanah, jujur dan berahsia.
  2. Berpakaian lengkap semasa pertandingan.
  3. Tidak berdampingan dengan peserta dan penonton sepanjang pertandingan.
  4. Tidak boleh membuat bantahan bagi mana-mana pihak dan pasukan.
  5. Mematuhi jadual bertugas dan berada di tempat bertugas 30 minit sebelum pertandingan.
  6. Menghormati keputusan Dewan Juri dan Juri Rayuan.
  7. Tidak melakukan aktiviti diluar tugas rasmi sebagai pegawai pertandingan semasa bertugas.

  1. ETIKA PAKAIAN

  1. Pengerusi Teknikal Silat Kebangsaan
  1. Memakai pakaian Baju Melayu hitam dengan bersamping songket hitam, memakai tengkolok dan bengkung biru Juri Kementerian Pelajaran Malaysia serta berkeris.
  2. Memakai Baju Layang berwarna hitam berbenang emas berlengan panjang dengan tiga lapis benang emas dihujungnya.
  3. Bercapal.

  1. Timbalan Pengerusi Teknikal Silat Kebangsaan
  1. Memakai pakaian Baju Melayu hitam dengan bersamping songket hitam, memakai tengkolok dan bengkung biru Juri Kementerian Pelajaran Malaysia serta berkeris.
  2. Memakai Baju Layang berwarna hitam berbenang emas berlengan panjang dengan dua lapis benang emas dihujungnya.
  3. Bercapal.

  1. Setiausaha Teknikal Silat Kebangsaan
  1. Memakai pakaian Baju Melayu hitam dengan bersamping songket hitam, memakai tengkolok dan bengkung biru Juri Kementerian Pelajaran Malaysia serta berkeris.
  2. Memakai Baju Layang berwarna hitam berbenang emas berlengan panjang dengan selapis benang emas dihujungnya.
  3. Bercapal.

  1. Semua Pengerusi Teknikal Silat Negeri
  1. Memakai pakaian Baju Melayu hitam dengan bersamping songket hitam, memakai tengkolok dan bengkung biru Juri Kementerian Pelajaran Malaysia serta berkeris.
  2. Memakai Baju Layang berwarna hitam berbenang emas dengan lengan.
  3. Bercapal.

  1. Pegawai Teknikal Pertandingan
  1. Memakai pakaian Baju Melayu hitam dengan bersamping songket hitam, memakai tengkolok dan bengkung biru Juri Kementerian Pelajaran Malaysia serta berkeris.
  2. Memakai Baju Layang berwarna hitam berbenang emas tanpa lengan.
  3. Bercapal.

  1. Pembantu Gelanggang

Memakai pakaian pencak silat warna hitam  tanpa tengkolok dan memakai bengkung  warna hijau.

  1. PENGURUSAN PERTANDINGAN SILAT SENI SEKOLAH-SEKOLAH

Bagi memastikan Pertandingan Silat Seni Sekolah-Sekolah dapat dilaksanakan dengan lancar, maka satu panduan pengurusan pertandingan dicadangkan yang mana panduan ini boleh disesuaikan mengikut masa dan takwim Kementerian Pelajaran atau Jabatan Pelajaran atau Pejabat Pelajaran Daerah.

5.1        Panduan Pelaksanaan Pengurusan Pertandingan Silat Seni Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.

BIL.

PERKARA

TINDAKAN

1

Mesyuarat kali pertama bagi menetapkan tarikh pertandingan peringkat kebangsaan dan kategori yang dipertandingkan

Kementerian Pelajaran Malaysia

Penganjur Kebangsaan

Semua Pengerusi Teknik Negeri

2

Menetapkan tarikh pertandingan peringkat negeri

Jabatan Pelajaran Negeri

Pengerusi Teknik Negeri

3

Menetapkan tarikh pertandingan peringkat daerah

Pejabat Pelajaran Daerah

Pengerusi Teknik Negeri

Pengerusi Teknik Daerah

4

Sekolah menghantar borang pengesahan penyertaan

Pihak Pengurusan silat di sekolah

5

Pertandingan Silat peringkat Daerah dilaksanakan.

Borang penyertaan daerah diserahkan kepada Jabatan Pelajaran Negeri

Pejabat Pelajaran Daerah

Pengerusi Teknik Negeri

Pengerusi Teknik Daerah

6

Pertandingan Silat peringkat Negeri dilaksanakan.

Jabatan Pelajaran Negeri

Pengerusi Teknik Negeri

7

Senarai nama peserta kontinjen negeri diserahkan kepada Penganjur Pertandingan Kebangsaan

Kementerian Pelajaran Malaysia

Penganjur Kebangsaan

Semua Pengerusi Teknik Negeri

Jadual 5

5.2        Tindakan yang perlu diambil sebelum pertandingan peringkat Negeri atau Daerah

BIL.

PERKARA

1

Makluman kepada sekolah berkaitan dengan tarikh, syarat, dan kategori pertandingan. Mengedarkan borang kebenaran, borang deklarasi kesihatan, dan borang pengesahan penyertaan,

2

Menerima borang pengesahan penyertaan.

3

Menetapkan tarikh pengundian pasukan dan taklimat jika perlu.

4

Memastikan jumlah pegawai teknikal dan juri mencukupi.

5

Melantik jawatankuasa pertandingan, teknikal, dan pegawai yang bertugas. Mengadakan mesyuarat penyelarasan kerja.

6

Mesyuarat bagi membuat undian antara pasukan yang bertanding

7

Memastikan tempat dan gelanggang pertandingan lengkap dan mengikut susun atur yang telah ditetapkan.

8

Borang-borang berkaitan disemak bagi memastikan bilangan dan jenis borang mencukupi.

9

Memastikan piala atau hadiah dan sijil telah disediakan lebih awal.

10

Menetapkan susun atur majlis perasmian pembukaan atau penutup pertandingan.

11

Pengerusi Teknik melengkapkan jadual dan senarai pegawai bertugas. Satu mesyuarat diadakan bagi penyelarasan kerja

12

Jawatankuasa Teknikal memastikan tempat dan gelanggang pertandingan dalam keadaan baik dan selamat sebelum pertandingan

13

Pendaftaran pasukan semasa pertandingan

14

Menyediakan laporan lengkap oleh Pengerusi Teknik.

Jadual 6

        5.3        Senarai borang yang perlu disediakan

                5.3.1        Borang Pemarkahan

KATEGORI

JENIS BORANG

BILANGAN

I

Lelaki Rendah

5 x bilangan pasukan

Perempuan Rendah

5 x bilangan pasukan

Lelaki Menengah

5 x bilangan pasukan

Perempuan Menengah

5 x bilangan pasukan

II

Lelaki Rendah

5 x bilangan pasukan

Perempuan Rendah

5 x bilangan pasukan

Lelaki Menengah

5 x bilangan pasukan

Perempuan Menengah

5 x bilangan pasukan

III

Lelaki Menengah

5 x bilangan pasukan

IV

Perempuan Rendah

5 x bilangan pasukan

Perempuan Menengah

5 x bilangan pasukan

V

Lelaki Rendah

5 x bilangan pasukan

Lelaki Menengah

5 x bilangan pasukan

VI

Bahagian A : Irama Gendang

2 x bilangan pasukan

Bahagian B : Melodi Serunai

2 x bilangan pasukan

VII

Bahagian A : Borang Penjurian

5 x bilangan pasukan

Bahagian B : Borang Senarai Melodi dan Rentak atau Irama

5 x bilangan pasukan

Jadual 7

                5.3.2        Senarai Undian atau Giliran Pertandingan

KATEGORI

JENIS BORANG

BILANGAN

I

Lelaki Rendah

5 + (1 x bilangan pasukan)

Perempuan Rendah

5 + (1 x bilangan pasukan)

Lelaki Menengah

5 + (1 x bilangan pasukan)

Perempuan Menengah

5 + (1 x bilangan pasukan)

II

Lelaki Rendah

5 + (1 x bilangan pasukan)

Perempuan Rendah

5 + (1 x bilangan pasukan)

Lelaki Menengah

5 + (1 x bilangan pasukan)

Perempuan Menengah

5 + (1 x bilangan pasukan)

III

Lelaki Menengah

5 + (1 x bilangan pasukan)

IV

Perempuan Rendah

5 + (1 x bilangan pasukan)

Perempuan Menengah

5 + (1 x bilangan pasukan)

V

Lelaki Rendah

5 + (1 x bilangan pasukan)

Lelaki Menengah

5 + (1 x bilangan pasukan)

Jadual 8

                5.3.3        Borang-borang lain

                        a.        Borang Senarai Pegawai atau Juri Bertugas

                        b.        Borang Pengamat Waktu (individu)

                        c.        Borang Pengamat Waktu (keseluruhan)

                        d.        Borang Deklarasi Kesihatan

                        e.        Borang Bantahan

                        f .        Borang Jawapan Bantahan

                        h.        Borang Perincian Markah Keseluruhan

                        i.        Borang Perincian Markah Keseluruhan Kategori Gendang

KPM

BAHAGIAN C

PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PASUKAN SILAT SEKOLAH

1.0        PENDAHULUAN

        1.1        Dipercayai bahawa silat di Malaysia telah berusia lebih dari 400 tahun. Pengajaran dan pembelajaran diwariskan dari generasi ke generasi  sehinggalah ke hari ini. Sedaya yang boleh segala keaslian budaya silat seperti cara berpakaian, langkah, gerak, adat istiadat dan lain-lainnya dipelihara.

        1.2        Kegiatan silat ini bukan sahaja aktif di kalangan masyarakat Melayu di kampong malah diterima sebagai aktiviti kokurikulum di sekolah, maktab perguruan, universiti dan juga di kelab-kelab rekreasi dan sukan Jabatan Kerajaan. Badan Penyelaras, Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA) ditubuhkan oleh Kementarian Belia dan Sukan pada tahun 1983.

        1.3        Pada Disember 1987 negara kita telah menjadi tuan rumah kepada Kejuaraan ke-4 Silat Sedunia. Masyarakat di negara kita telah dikejutkan oleh penyertaan dari negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat. Kemunculan peserta-peserta dari negara-negara ini telah memberi semangat kepada pencinta silat untuk mengembangkan silat ke seluruh pelusuk negara.

        1.4        Usaha ini disokong pula dengan permintaan yang bertambah dari masyarakat umum untuk membuka kelas-kelas silat. Perkembangan seterusnya memperlihatkan acara pertandingan silat dimasukkan ke dalam Sukan Sea, Sukan Malaysia dan Sukan Merdeka Brunei. Kejuaraan-kejuaraan khusus untuk silat turut dianjurkan baik dalam mahu pun di luar negara. PESAKA menganjurkan Kejuaraan Silat Remaja Malaysia.  Persekutuan Silat Singapura(PERSISI) menganjurkan Kejuaraan Jemputan Silat Singapura dan Persekutuan Silat Antarabangsa (PERSILAT) menganjurkan kejuaraan Silat Sedunia.

1.5        Terdapat 267 jenis silat di negara ini. Setiap perguruan mempunyai   kesamaan dan kelainan di antara satu dengan lain. Dalam perkara ini, pengamal silat perlu mengetahui matlamat mempelajari silat agar boleh memilih jenis silat yang bersesuaian.

        1.6        Sehubungan dengan ini, Kementerian Pendidikan Malaysia merasakan perlu perkembangan silat di sekolah ditentukan  arah tujunya. Penentuannya akan dapat dijadikan asas kepada jenis silat yang dipilih dan seterusnya mengawasi perjalanan kegiatan-kegiatannya bagi memastikan penubuhan persatuan silat mencapai matlamat.

2.0        MATLAMAT

        2.1        Untuk menyemai dan mengukuhkan rasa cinta para pelajar terhadap warisan budaya bangsa.

        2.2        Untuk melahirkan generasi yang berdikari, bersikap positif, sabar, berani menghadapi cabaran dan yakin pada diri.

2.3        Menyediakan pelbagai aktiviti silat di sekolah.

3.0        DASAR PENUBUHAN KELAB SILAT SEKOLAH

  1. Penubuhan pesatuan silat di sekolah adalah tertakluk kepada ‘ The School (Societes) Regulation 1956’

        3.2        Untuk menjalankan aktiviti-aktiviti persatuan, sekolah-sekolah hendaklah mendapatkan bantuan nasihat dan tenaga pengajar dari perguruan-perguruan silat yang berdaftar dengan:

a.        Persekutuan Silat Kebangsaan ( PESAKA )

b.        Majlis Silat Negeri

c.        Majlis Silat Daerah

d.        Badan-badan Perguruan Silat yang berdaftar

        3.3        Bagi tujuan penyelarasan serta kawalan perkara-perkara berikut hendaklah dijadikan panduan dalam membuat pemilihan perguruan silat yang sesuai:

                a.        Pendaftaran Perguruan Silat

Perguruan silat hendaklah berdaftar. Sesalinan Sijil Pendaftaran badan perguruan perlu diperolehi oleh pihak sekolah. Status pendaftarannya boleh secara langsung kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia atau berdaftar dengan mana-mana badan lain yang berdaftar dengan Jabatan berkenaan.

                b.        Pendaftaran Tenaga Pengajar

Semua tenaga pengajar hendaklah berdaftar. Sesalinan Sijil Kejurulatihan yang dikeluarkan oleh badan perguruan berkenaan hendaklah diperolehi dari tenaga pengajar yang ditugaskan di sekolah.

                c.        Adat-Istiadat Perguruan

Adat istiadat Perguruan Silat yang dijalankan hendaklah tidak menyalahi  Agama Islam atau boleh memesongkan akidah para pelajar. Antara adat istiadat yang tidak wajar dilakukan adalah seperti menyemah gelanggang, memakai tangkal azimat, pertapaan dan sebagainya yang menyalahi hukum syarak.

                d.        Kurikulum

Kurikulum perguruan silat hendaklah jelas dan terancang serta mampu menyediakan para pelajar untuk menyertai pertandingan dalam pertandingan-pertandingan yang diiktiraf, seperti Pertandingan Silat Olahraga dan Pertandingan Silat Seni. Kurikulum silat juga perlu jelas dalam hal-hal mengenai peringkat pencapaian dan pensijilan.

        3.4        Hanya para pelajar lelaki dan perempuan berumur sekurang-kurangnya 10 tahun sahaja dibenarkan mengikuti latihan silat.

        3.5.        Penggunaan sebarang bentuk senjata tidak dibenarkan dalam aktiviti silat  sekolah sama ada dalam sesi latihan atau pertunjukan dan demonstrasi.

4.0        PENGURUSAN KELAB SILAT SEKOLAH

        4.1        Penasihat

Kelab Silat sekolah hendaklah diawasi oleh sekurang-kurangnya seorang guru.  Antara tanggungjawab guru penasihat adalah:        

i.        Menubuhkankan sebuah jawatankuasa yang  dianggotai oleh para pelajar yang akan menolong merancang dan mengurus aktiviti kelab.

ii.        Membimbing jawatankuasa  kelab merancang, merangka  dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dapat memupuk dan mempertingkatkan minat  pelajar. Sehubungan dengan ini , guru penasihat seharusnya mempunyai pengetahuan yang diperlukan.

iii.        Mendapatkan bantuan jurulatih bertauliah dalam merancang dan melaksanakan aktiviti yang bersesuaian.

iv.        Membantu ahli mengenalpasti masalah, menganalisisnya dan seterusnya mencari langkah untuk mengatasi masalah tersebut

v.        Hadir dalam semua perjumpaan dan latihan  yang diadakan oleh kelab.

        vi.        Memupuk keyakinan diri dan ketabahan di kalangan ahli kelab dalam usaha meningkatkan  kemahiran bersilat.

Untuk menjalankan tugas dengan lebih berkesan, Guru Penasihat Kelab seelok-eloknya didedahkan kepada pengetahuan seperti berikut:

        i.        Konsep dan falsafah silat

        ii.        Adat istiadat dalam silat

        iii.        Kurikulum silat

        iv.        Jenis dan sistem pertandingan silat

        4.2        Jawatankuasa

                4.2.1        Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada        

i.        Pengerusi

ii.        Naib Pengerusi

iii.        Setiausaha

                        iv.        Bendahari

        v.        Ahli-ahli jawatankuasa, yang bilangannya bergantung kepada bilangan ahli dalam kelab. Bagi sekolah rendah memadai dengan melantik  seorang Pengerusi  untuk membantu Guru Penasihat.

4.2.2        Ahli jawatankuasa perlu diasuh dan dilatih untuk membolehkan mereka memainkan peranan penyeliaan dan membantu  guru dalam kerja-kerja pengurusan kelab.

4.2.3        Pengiktirafan tanggungjawab dan peranan ahli jawatankuasa hendaklah diberi, sebagai insentif kepada mereka.

  1. Pungutan Wang atau Yuran

        Sebarang kutipan  kewangan  hendaklah     mendapat    persetujuan

Pengetua atau Guru Besar dan kelulusan daripada Pengarah    Pelajaran Negeri.

  1. Aktiviti

4.4.1        Aktiviti latihan boleh dijalankan di mana-mana kawasan lapang seperti padang, dewan dan gelanggang-gelanggang permainan

                4.4.2        Sebagai gerakerja  kokurikulum di bawah unit pakaian seragam,

waktu melaksanakan aktiviti hendaklah di luar jadual waktu sekolah.

                4.4.3        Waktu latihan hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya sekali

                        seminggu.

5.0        KEBAJIKAN  PELAJAR

        5.1        Bagi tujuan pembangunan dan pengembangan silat di sekolah, kelab sekolah boleh juga melibatkan diri dalam aktiviti di luar sekolah. Antaranya termasuklah menyertai persembahan kebudayaan, pertandingan silat olahraga dan silat seni anjuran  Jabatan Pelajaran Negeri atau Daerah, Majlis Silat Negeri dan PESAKA.

        5.2        Kepentingan, kebajikan, keselamatan dan kesejahteraan pelajar-pelajar hendaklah sentiasa terjaga dan diutamakan. Perkara-perkara berikut hendaklah diambil kira:        

                5.2.1        Pemilihan, latihan, pertandingan atau kejohanan yang akan disertai oleh pelajar itu diketahui oleh Pengetua atau Guru Besar sekolah yang berkenaan dan dipersetujui oleh Pengarah Pendidikan Negeri.

                5.2.2        Persetujuan dan kebenaran bertulis dari ibu bapa atau penjaga  

                yang membenarkan pelajar mengambil bahagian dalam pemilihan,  

                latihan, pertandingan atau kejohanan pada tarikh, tempat dan masa

                yang ditetapkan.

                5.2.3        Penyertaan dalam pemilihan, latihan, pertandingan atau kejohanan anjuran badan luar hendaklah tidak akan mengganggu atau

                menjejaskan  persekolahan pelajar.

                5.2.4        Perlindungan insuran dan langkah-langkah kecemasan untuk

                pelajar ada disediakan.

5.3        Setakat mana yang boleh, adalah disarankan supaya pelajar-pelajar yang mengambil bahagian dalam pemilihan, latihan, pertandingan atau kejohanan anjuran pihak luar ( secara bersendirian atau anjuran bersama ) diawasi oleh guru pembimbing dari sekolah pelajar yang berkenaan. Langkah ini adalah wajar sebagai usaha sekolah untuk mengikuti dengan dekat perkembangan yang berlaku ke atas pelajar-pelajar serta menentukan bahawa pelajar-pelajar terhindar dari kelakuan atau pengaruh yang tidak diingini.

6.0        PANDUAN PEMARKAHAN JAWATAN BAGI PERSATUAN SILAT DI SEKOLAH

TAHAP

SYARAT

MARKAH

7

Berdaftar sebagai ahli selama 5 tahun dan telah mengambil dan lulus ujian peningkatan peringkat ketiga dan seterusnya. Atau lulus ujian peningkatan peringkat ketiga dan seterusnya

10

6

Berdaftar sebagai ahli selama 5 tahun dan telah mengambil dan lulus ujian peningkatan peringkat ketiga dan seterusnya. Atau lulus ujian peningkatan peringkat ketiga dan seterusnya

9

5

Berdaftar sebagai ahli selama 4 tahun dan telah mengambil dan lulus ujian peningkatan peringkat ketiga dan seterusnya. Atau lulus ujian peningkatan peringkat ketiga dan seterusnya

8

4

Berdaftar sebagai ahli selama 3 tahun dan telah mengambil dan lulus ujian peningkatan peringkat ketiga.

7

3

Berdaftar sebagai ahli selama 2 tahun dan telah mengambil dan lulus ujian peningkatan peringkat kedua.

5

2

Berdaftar sebagai ahli selama 1 tahun dan telah mengambil dan lulus ujian peningkatan peringkat pertama.

4

1

Berdaftar sebagai ahli selama 1 tahun dan tidak mengambil sebarang ujian peningkatan.

2