BAHAGIAN D

PANDUAN JURI  SILAT SENI

        Syarat utama seorang juri yang ditugaskan untuk menilai persembahan pesilat dalam setiap Kejohanan Silat Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia ialah;

  1. Mempunyai kemahiran bersilat dan mempunyai tauliah daripada perguruan masing-masing. Mampu mempamerkan dan menghurai setiap pergerakan  sama ada seni tari, jurus dan gerakan dalam seni silat.
  2. Telah menghadiri kursus pengadilan Silat Seni, Silat Olahraga dan Jurus Wajib serta mampu bersilat apabila diminta berbuat demikian.
  3. Dapat membuat  dan memberi keputusan dengan cepat, tepat ,tegas, adil dan tidak berat sebelah.
  4. Boleh menyimpan rahsia dan beretika.

ETIKA JURI

 

  1. Amanah, jujur dan berahsia.        
  2. Berpakaian lengkap semasa pertandingan.
  3. Tidak berdampingan dengan peserta dan penonton sepanjang pertandingan.
  4. Tidak boleh membuat bantahan bagi mana-mana pihak dan pasukan.
  5. Mematuhi jadual bertugas dan berada di tempat bertugas 30 minit sebelum pertandingan.
  6. Tidak boleh bertugas apabila anak buah sendiri terlibat dengan pertandingan.
  7. Menghormati keputusan Dewan Juri dan Juri Rayuan.
  8. Tidak melakukan aktiviti diluar tugas rasmi sebagai pegawai pertandingan semasa bertugas.

  1. BAGAIMANA MENILAI SENI TARI SILAT

  Apakah yang anda faham mengenai Seni Tari Silat?

  Bagaimanakah Seni Tari Silat dipersembahkan?

Apakah pergerakan Seni Tari Silat yang dinilai dan diambilkira untuk pertandingan?

        Apakah pergerakan  Seni Tari Silat sama pergerakannya dengan Seni Jurus Silat?

        Apakah itu Seni Tari Silat?

Seni Tari Silat adalah berdasarkan Silat Seni  dalam persilatan Rumpun Melayu Nusantara. Silat Seni   ini,  biasanya dipersembahkan  dalam majlis keramaian, majlis perkahwinan dan lain-lain majlis sambutan dan karaian oleh dua orang pesilat sama ada dari perguruan yang sama atau perguruan yang lain.

                

Persembahan akan dimulai dengan ‘Salam Perguruan’atau “Langkah Sembah”. Setelah kedua-dua pesilat selesai mempersembahkan salam perguruan masing-masing, barulah pergerakan melilit dan jual beli akan bermula. Persembahan akan berlaku dalam 7 babak. Setiap babak akan dimulai dengan satu bentuk serangan antaranya, Tikam Kanan, Tikam Kiri, Belah, Paras dan lain-lain pergerakan mengikut perguruan masing-masing. Apabila selesai satu-satu babak, pesilat akan bertari silat (Pecah Tari) dengan kedudukan kekuda dan berpola langkah. Setelah selesai persembahan, kedua-dua pesilat mengangkat sembah, mengundur diri dan keluar gelanggang.

Dalam Kejohanan Silat Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, Seni Tari Silat akan dipersembahkan oleh seorang pesilat sahaja. Pesilat akan melakonkan seolah dirinya sedang berhadapan dengan lawannya dengan penuh bersemangat dan berseni. Persembahan harus dilakukan antara 5 hinga 7 babak. Setiap babak mesti dimulai dengan gerakan yang berbeza  sama ada menjual atau membeli. (Keterangan setrusnya, perhatikan dalam ruang pendhuluan)

Pergerakan Seni Tari Silat dan Seni Jurus Silat adalah berbeza. Perkataan tari dan jurus mempunyai makna yang berbeza begitu juga cara melaksanakan pergerakannya.

     


        PEMERHATIAN AWAL / PRA PEMARKAHAN

BIL

ITEM

HURAIAN

TINDAKAN JURI

1

Langkah masuk ke gelanggang.

  1. Apabila giliran dipanggil, pesilat berdiri di tepi gelanggang di sudut yang ditetapkan dan memberi hormat.
  2. Kemudian terus melangkah masuk dengan kaki kanan ke tengah gelanggang (tanpa iringan muzik), memberi hormat kepada Ketua Pertandingan,  juri  di sebelah kanan, belakang dan kiri. Kemudian terus menunggu arahan daripada Ketua Pertandingan.

Juri hendaklah memerhati geraklaku pesilat- cara melangkah dan kesopanannya. Jika langkah pesilat diiringi muzik atau melebihi daripada pergerakan yang dibenarkan, juri hendaklah membuat catatan pada borang markah. Potongan markah akan dibuat oleh Dewan Juri.

( Tertib dan Sopan Santun)

2

Gerak mula / salam perguruan / langkah sembah

  Apabila wisel berbunyi dan arahan mulai daripada Ketua Pertandingan – pesilat hendaklah terlebih dahulu membuka langkah sembah atau salam perguruannya dalam tempoh 10-15 saat sebelum pergerakan-pergerakan yang lain.

Gerak mula atau langkah sembah perguruan pesilat akan mempamer  asal usul pencak Silat. ketertiban , kesopanan  melalui gerak tari dan bunga silat yang ditonjolkan. Juri harus memerhati  agar markah kesopanan dapat dinilai dengan wajar.

3

Aras

Dalam persilatan Rumpun Melayu kebiasaan pesilat berada pada 3 aras kedudukan dan mempunyai kekuda mengikut perguruan masing-masing.

  1. Aras Rendah / Lantai
  2. Aras Sederhana
  3. Aras Tinggi

Berdasarkan aras-aras ini akan terbentuk pola langkah dan pergerakan   sama ada serangan atau belaan.

Sebelum membuat penilaian, juri hendaklah memastikan ketiga-tiga aras ini dipamerkan  oleh pesilat . Dalam kedudukan ketiga-tiga aras ini, pelbagai gerakan dapat dilakukan oleh pesilat  sama ada menyerang ,mengelak, menangkis, dan sebagainya. Semua aras yang dipamerkan dicatat oleh juri  dalam menilai Kekayaan Gerak.

4

Jenis Gerak

Dalam Seni Tari Silat terdapat beberapa gerakan yang digabungkan dan diolah seperti sebuah taridra atau drama yang menggunakan mimik muka dan bahasa badan. Antara gerak dalam seni tari silat ialah

  1. Gerak maknawi
  2. Gerak estetika
  3. Gerak perlahan
  4. Gerak laju
  5. Gerak sebenar

 6.    Garapan gerak -

         - gerak Makyong

         - gimnastik

         - Wayang Kulit

         - Tari Inang/Zapin

         - dan lain-lain yang sesuai

           dengan tari silat

Berdasarkan kedudukan ketiga-tiga aras, pesilat akan melaksanakan pelbagai gerak sama ada Gerak Maknawi (Gerak simbolik dan bermakna), Gerak Estetika (Berbudi luhur), Gerak Perlahan (Memberi tahu) , Gerak laju (Gerak dramatik) dan Gerak Sebenar (Menzahirkan pergerakan sebenar seperti dalam suatu pertempuran, biasanya berakhir dengan kematian)

  Keadaan ini melibatkan ekspresi dan mimik muka.

   Juri hendaklah mencatat semua gerakan yang dipamerkan oleh pesilat untuk memberi penilaian dalam Wiraga.

5

Arah / Penguasaan Gelanggang

Keluasan gelanggang ialah 9 x 9 meter persegi.Pesilat seharusnya memanfaatkan  dan mengguna sepenuhnya ruang yang ada dengan menggunakan beberapa pola langkah  bagi menguasai gelanggang.

  1. Maju ke hadapan
  2. Ke penjuru / tepi
  3. Mundur ke belakang
  4. Ke sisi dan lain-lain.

Juri hendaklah pastikan pesilat dapat menguasai ruang dengan sepenuhnya dan mencatat sejauh mana ruang/ gelanggang telah digunakan oleh pesilat. Semasa penggunaan ruang inilah pesilat mempamerkan  keindahan gerak, kematangan gerak dan kaedah pencak silat

BAHAGIAN A – WIRAGA

PENDAHULUAN

Dalam Kategori Seni Tari Silat- Pesilat adalah seorang  wira yang akan bertarung dengan seorang atau beberapa orang musuhnya. Di sini  pesilat akan menunjukkan kemahiran bersilatnya untuk menghapuskan musuh-musuh dengan menggunakan ketangkasan tangan kosong atau  bersenjata secara simbolik dan mengalahkan musuhnya  satu persatu.

      Apabila selesai satu babak  pesilat harus  kembali pada  kedukan asal , bertenang dan membuka  bunga tari silat sebelum meneruskan babak seterusnya.

 Pertempuran boleh berlaku antara 5 hingga 7 babak sama ada berlawan  dengan  seorang sahaja atau dengan beberapa orang. Rantaian serangan dan elakan hendaklah sesuai , wajar serta tidak ada unsur-unsur tidak logik.

   Pesilat boleh menggunakan senjata secara simbolik. Namun kaedah menggunakan senjata  hendaklah sesuai dan difahami oleh orang lain. Bagaimana senjata dipegang, cara menyerang  dan di mana senjata disimpan setelah selesai diguna.

1. Juri hendaklah memberi tumpuan sepenuhnya ketika pesilat membuka tari, melangkah, menyerang, mengelak dan menangkis.

2.   Apabila   selesai    satu-satu   babak pertarungan pesilat seharusnya kembali kepada sikap pasang disertai tari silat dan seterusnya bertarung semula, sama ada pertahankan diri dengan elakan dan tangkisan atau terus menyerang  dengan tangan, kaki- pancung, tusukan, tetakan dan

tendangan.

3. Perhatikan gerak semasa pesilat menari, menyerang, mengelak, menangkis dan sebagainya menggunakan pencak Silat Rumpun Melayu.

 4.  Pastikan unsur-unsur tidak logik yang dipamerkan oleh pesilat.

                                                   

1                                                                                                  

a                              

WIRAGA I

10 MARKAH

Kekayaan Gerak

Kepelbagaian Gerak

Berpandukan kepelbagaian gerak ini , gerak badan, mimik muka, garapan gerak makyong, tari inang, wayang kulit dan gimnastik akan melahirkan kekayaan gerak dan keindahan gerak.

     Juri seharusnya mencatat sekiranya berlaku pengulangan gerakan yang sama.  Sama ada dalam babak yang sama atau pada babak yang berlainan. Jika berlaku perulangan gerakan maka ini  tidak dinamakan kaya gerak. Penilaian maksimum tidak layak diberikan . Walau bagaimanapun perhatikan kekerapan perulangan itu.

a.  Tangan

b.  Kaki

c.  Elakan

   Tumbukan                        Tikaman          

  Tetakan            

Belahan          

Paras                

Tusukan          

Pancungan    

Siku              

Melompat                               dll

       

Tendang

  - Lurus  

 - Belakang  

 - Layang  

 - Sendeng

 - luar    

 - Dalam    

 - Rejang        

   dll                               

Tangkis -kiri  

Tangkis- kanan

Elak kiri  

Elak Kanan      

Gelek kiri

Gelek Kanan

Menunduk

Melompat

 dll

Pola

Langkah                

Cara Melangkah

    - Lurus                                  

   - Zig-zag      

   - Segitiga    

   - Ladam U    

   - Segi Empat

 

   -   “ S “

   -   “ V “      

  • Geseran
  • Insutan
  • Lompatan
  • Angkatan

    -  Putaran

b

Kekayaan Gerak /

Garapan Gerak

Penggarapan Gerak – Penggarapan Gerak seperti Mak Yong, wayang kulit, tari Inang, Zapin boleh menampilkan keindahan gerak dan nilai estetika budaya dalam tari silat.

   Gerak gimnastik menjadikan pergerakan pantas yang dramatik .Pergerakan binatang pula menceritakan asal usul atau sumber asal persilatan.

Walau pun pergerakan ini masih dalam kekayaan gerak, nilai-nilai kematangan dan keindahan gerak telah dapat dilihat dan dirasai, sama ada hebat, menarik, dramatik atau sebaliknya hambar kerana berulang pergerakan yang sama.

2

WIRAGA 2

10 MARKAH

Kemantapan dan kematangan

gerak

Kemantapan  dan kematangan gerak terhasil apabila ada kekuatan dan ketepatan pada serangan dan belaan sama ada gerakan laju atau perlahan. Oleh itu pesilat mesti menyusun langkah  tari dengan teratur dan penuh penghayatan. Begitu juga semasa menyerang dan menangkis hendaklah sentiasa berpola langkah silat dengan kedudukan kekuda  yang sesuai. Lain-lain pergerakan yang digarapkan hendaklah mantap dan sesuai seperti gerak maknawi, tarian dan akrobatik.

Semasa  menilai kemantapan dan kematangan gerak ,juri hendaklah teliti agar tidak terpengaruh dengan kelajuan dan kerampakan gerak langkah pesilat.   Perhatikan bagai- mana cara pesilat melangkah dan menyerang, mengelak dan menangkis. Walaupun kaya dengan gerakan serangan, tangkisan, elakan, gerak maknawi, gerak estetika, akrobatik namun belum pasti kesemuanya mantap atau matang.

  Oleh itu, markah untuk kemantapan dan kematangan tidak semestinya sama dengan markah kekayaan gerak.

Ketelitian  dan kepekaan juri sangat penting.

3

WIRAGA 3

10 MARKAH

Keindahan Gerak

Keindahan gerak – adalah lebih ditumpukan kepada gerak tari  silat yang pelbagai daripada perguruan-perguruan silat yang terdapat dalam Rumpun Melayu Nusantara.

    Keindahan gerak didapati  lebih jelas dalam gerak tari, gerak perlahan, gerak maknawi, gerak kepala dan gerak badan (bahu, tangan, jari dan kaki) lenggok berjalan dan melangkah penuh bermakna dan murni.

   Untuk menzahirkan keindahan gerak, pesilat harus memulakan pergerakannya dengan salam sembah perguruan masing-masing dalam lingkungan masa 15 saat.

   Selain itu, selepas selesai satu-satu babak serangan, pesilat seharusnya membuka langkah tari dengan gerak perlahan dan gerak-gerak maknawi dan estetika.

Keindahan gerak dapat dilihat apabila pesilat memulai dengan salam sembah perguruannya.

   Semasa menyerang, mengelak dan menangkis kita akan melihat keindahan gerak.

   Selain itu, keindahan gerak dapat diperhatikan semasa peralihan setelah selesai satu satu babak serangan.Sebelum meneruskan babak- babak berikutnya,    pesilat seharusnya membuka langkah  tari dengan sopan.

   Sebagai seorang wira, setelah selesai melaksanakan tugasnya , dia akan kembali dengan penuh sopan dan beradab seperti mengadap sultan dan menyusun tangan merapat sembah.

4

WIRAGA 4

10 MARKAH

Kaedah Pencak Silat

Kaedah Pencak Silat adalah pergerakan yang menampilkan sikap pasang dan pola langkah dalam serangan dan belaan sama ada gerak dramatik atau estetik.

    Gerak-gerak persilatan ini mengandungi nilai budi luhur yang bersumberkan pada khazanah budaya Melayu Nusantara.

(Rujuk Buku Peraturan Kejohanan Silat Kementerian Pelajaran Malaysia)

Semasa memberi nilai aspek Kaedah Pencak Silat, juri harus meneliti sikap pasang, pola langkah, kekuda , kaedah menyerang, menangkis, mengelak dan sebagainya tidak bercampur aduk dengan seni beladiri asing yang bukan dari khazanah Melayu Nusantara.  

    Sekiranya pesilat tidak mempamerkan kaedah pencak silat atau menggunakan kaedah seni beladiri asing , maka nilainya tidak lebih daripada 5.

   

5

WIRAGA 5

10 MARKAH

Keserasian Pakaian

Pakaian Pesilat hendaklah mengikut peraturan 1.3 (Rujuk Buku Peraturan Kejohanan Silat Kementerian Pelajaran Malaysia)  

  1. Wajib memakai tengkolok
  2. Bersamping dan berbengkung
  3. Tambahan – baju layang.

Pakaian pesilat yang memenuhi syarat, hendaklah diberi nilai 6. Kemudian teliti pula kesesuaiannya dan keserasian dengan pesilat. Kemudian barulah tentukan nilai 7 atau 8.

Sekiranya nilai 9 atau 10 diberikan, maka juri hendaklah memberi sebab dan ulasan pada borang markah.

        

BAHAGIAN B – WIRAMA

BIL

ITEM

HURAIAN

TINDAKAN JURI

1

WIRAMA 1

10 MARKAH

Ketepatan Gerak dengan Irama

Ketepatan gerak dengan irama – berada dalam dua keadaan sama ada pergerakan pesilat mengikut irama muzik atau irama muzik mengikut pergerakan pesilat.

   

Dalam menentukan ketepatan gerak dengan irama- Juri harus peka dan meneliti rentak muzik yang digunakan.    

   Sekiranya pesilat bergerak tanpa mengambil kira rentak muzik- misalnya pergerakan pesilat rancak tetapi muzik perlahan atau sebaliknya. Keadaan ini ketepatan gerak  dan irama tidak selari dan tidak wujud. Muzik hanya sekadar mengiringi sahaja. Nilai yang layak diberi ialah antara 4 -5 sahaja.

   Juri seharusnya tahu dan faham dengan rentak muzik  dan pergerakan silat yang dipersembahkan.

2

WIRAMA 2

10 MARKAH

Keserasian Gerak dengan Irama

Keserasian gerak dengan tempo, irama, dentum dan lain-lain Gerak Pencak Silat mengikut

  1. Gong
  2. Gendang ibu
  3. Gendang anak
  4. Serunai
  5. Sebarang alat muzik tradisional

atau sebaliknya dan menimbulkan suatu keserasian antara pesilat dengan irama

Juri hendaklah memerhatikan gerak pesilat yang dipamerkan sama ada tari seni atau tempur dan bandingkan dengan rentak muzik silat yang mengiringi sama ada sesuai atau tidak. Rentak tari muziknya berseni dan rentak tempur muziknya adalah rancak atau rentak perang.

  Sesuaikan dengan muzik iringan setiap negeri.

                 

        BAHAGIAN C – WIRASA

BIL

ITEM

HURAIAN

TINDAKAN JURI

1

WIRASA 1

10 MARKAH

Penghayatan Gerak

Wirasa ialah gerak dalaman yang dizahirkan.

Pesilat dapat menghayati watak

  • Watak kepahlawanan, keperwiraan, dan kependekaran Melayu yang ditimbulkan semasa  mempersembah dan memperagakan pencak silat .

  -  Kemahiran Gerak Badan                       -      

            -    Non Verbal

-   Mimik muka

      -   Gerak sendi

      -   Gerak tangan dan jari

Bagi menilai Penghayatan Gerak – Juri hendaklah perhatikan kepada watak kepahlawanan dan kependekaran pesilat seperti kesabaran, ketegasan, ketenangan dan kebijaksanaan yang dizahirkan.

2

WIRASA 2

10 MARKAH

Kemantapan

Ekspresi

Kemantapan Ekspresi berkait rapat dengan mimik muka, suara, dan kerlingan mata.

Dalam aspek ini-

Pesilat dapat menimbulkan watak waja diri dan jati diri  dalam setiap pergerakan.

  • Mempunyai tahap keyakinan yang tinggi.
  • Dramatik.
  • Persembahan pesilat ibarat sebuah drama yang    mempunyai plot- permulaan, puncak dan penamat.

Juri hendaklah memerhatikan penggunaan suara, kerlingan mata dan mimik muka semasa pesilat mempamerkan

persembahan. Persembahan dalam Seni Tari Silat  ibarat sebuah drama. Bermula dengan tari iaitu sembah salam perguruan kemudian diikuti dengan babak-babak pertempuran. Setiap pergerakannya mempunyai tujuan, maksud dan sasaran.

   Juri hendaklah teliti dan memahami olahan persembahan pesilat. Pastikan juri tidak terpengaruh dengan kerancakan gerak dan kerampakan muzik.  

3

WIRASA 3

10 MARKAH

Tertib dan Sopan Santun

i.   Semua pesilat mematuhi Peraturan 9  

      Format  Persembahan Pertandingan.

ii.  Sebelum arahan mulai daripada Ketua pertandingan, pesilat hendaklah duduk bersila / bersimpuh/ melutut/ berdiri di tengah  gelanggang.

iii. Setelah tamat persembahan, pesilat hendaklah kembali ke tengah gelanggang. Memberi hormat –   mengundur tiga langkah kebelakang dan   hormat sekali lagi, barulah terus keluar dari gelanggang.

iv.   Apabila berlaku jatuhan tengkolok-  

      pesilat hendaklah mengambil dan

      meletaknya di luar gelanggang

      secara tertib.

v.  Memijak tengkolok adalah perbuatan tidak  

     bersopan.

Juri hendaklah memastikan pesilat mematuhi Peraturan 9 Format Persembahan Pertandingan.

Bagi Pesilat Puteri – terselak kaki seluar sehingga ternampak betis semasa persembahan dikira tidak sopan.

Pada akhir persembahan, tertib keluar gelanggang seharusnya seperti masuk ke gelanggang.

Markah Tertib dan Sopan Santun adalah markah yang terawal diperhatikan dan terakhir diisi oleh juri.

 Catatan :

  • nilai 2 untuk tertib masuk
  • nilai 4 untuk salam perguruan
  • nilai 2 semasa permainan
  • nilai 2 untuk tertib keluar

 

         


        2. BAGAIMANA MENILAI SENI JURUS SILAT

Apakah yang anda faham mengenai Jurus Silat?

Bagaimanakah Jurus Silat harus dipersembahkan?

Apakah pergerakan jurus yang dinilai dan diambilkira untuk pertandingan?

Apakah pergerakan jurus sama pergerakan seni tari silat?

Apakah itu Jurus Silat?

Jurus Silat ialah Rantaian Pergerakan Serang Bela Yang Berterusan. Apabila digabungkan beberapa  gerakan serangan dan belaan seperti tumbuk, pancung, siku, tendang lurus, tendang juring tangkis, elak dan sebagainya serta dikuti pula dengan pola langkah, maka ianya terbentuk satu struktur Gerakan Jurus Silat. Seni Jurus Silat juga mempunyai konsep yang sama dengan Jurus Wajib. Perbezaannya ialah Seni Jurus Silat diberi kebebasan untuk menyusun dan menggabungkan  beberapa gerakan serangan dan belaan menjadi rantaian jurus oleh  4 pesilat dan wajib diiringi dengan muzik silat. Dalam aspek keseragaman juga ada sedikit perbezaan dengan jurus wajib. Hal ini adalah untuk membolehkan pesilat bebas menyusun pergerakannya mengikut kreativiti masing-masing. Walau bagaimana pun, semua pergerakan adalah bersumberkan Pencak Silat Rumpun Melayu Nusantara.

              Persembahan hendaklah dimulai dengan salam perguruan. Pergerakan jurus hendaklah disusun  dalam  5 hingga 7 babak.  Rantaian jurus dalam setiap babak hendaklah berbeza  dan tidak berlaku perulangan pergerakan.

              Pergerakan jurus yang tidak bersumberkan persilatan rumpun Melayu nusantara tidak akan diberi nilai. Begitu juga pergerakan gimnastik dan akrobatik yang tidak sesuai dengan gerakan silat.


PEMERHATIAN AWAL / PRA PEMARKAHAN

BIL

ITEM

HURAIAN

TINDAKAN JURI

1

Langkah Masuk ke Gelanggang

1. Apabila giliran dipanggil, ke empat-empat pesilat berdiri di tepi gelanggang di sudut yang ditetapkan dan memberi hormat.

2.   Kemudian terus melangkah masuk tanpa iringan muzik dengan kaki kanan ke tengah gelanggang, memberi hormat kepada Ketua Pertandingan,  juri  di sebelah kanan, belakang dan kiri. Kemudian terus menunggu arahan daripada Ketua Pertandingan.

3.  Susunan dan kedudukan memberi hormat mestilah bermula dengan seorang di hadapan dan 3 lagi berada di belakang. Kemudian barulah berada dalam susunan yang telah ditetapkan oleh pasukan.

Juri hendaklah memerhati gerak laku pesilat- cara langkah dan kesopanannya. Jika langkah pesilat diiringi muzik atau melebihi daripada pergerakan yang dibenarkan, juri hendaklah membuat catatan pada borang markah. Potongan markah akan dibuat oleh Dewan Juri.

( Tertib dan Sopan Santun)

2

Gerak mula / salam perguruan langkah

sembah

1. Apabila wisel berbunyi dan arahan mulai daripada Ketua Pertandingan – pesilat hendaklah terlebih dahulu membuka langkah sembah atau salam perguruannya dalam tempoh 10-15 saat sebelum pergerakan-pergerakan yang lain.

2. Setelah selesai salam perguruan / gerak mula / langkah sembah – barulah jurus pertama dimulakan diikuti beberapa rantaian serangan . Struktur dan susunan pesilat adalah bergantung kepada kreativiti masing-masing.

Gerak mula atau langkah sembah perguruan pesilat akan mempamerkan  asal usul pencak silat. ketertiban , kesopanan  melalui gerak tari dan bunga silat yang ditonjolkan. Juri harus memerhati  agar markah kesopanan dapat dinilai dengan wajar

3

Aras

Dalam persilatan Melayu Nusantara, kebiasaan pesilat berada pada 3 aras kedudukan dan mempuyai kekuda mengikut perguruan masing-masing.

  1. Aras Rendah / Lantai
  2. Aras Sederhana
  3. Aras Tinggi

Berdasarkan aras-aras ini akan terbentuk pola langkah dan pergerakan jurus.

Sebelum  membuat  penilaian, juri  hendaklah memastikan ketiga-tiga aras ini dipamerkan  oleh pesilat .

Dalam kedudukan ketiga-tiga aras ini, pelbagai gerakan jurus dapat dilakukan oleh pesilat  sama ada menyerang ,mengelak, menangkis dan sebagainya. Semua aras yang dipamerkan dicatat oleh juri  dalam menilai Kekayaan Gerak.

4

4.1

Arah Penguasaan Gelanggang

4.2  Ruang

Keluasan gelanggang ialah 9 x 9 meter persegi. Pesilat seharusnya memanfaatkan  dan mengguna sepenuhnya ruang yang ada dengan menggunakan beberapa pola langkah  bagi menguasai gelanggang.

4.1.1 Maju ke hadapan

4.1.2 Ke penjuru / tepi

4.1.3 Mundur ke belakang

4.1.4 Ke sisi dan lain-lain.

   4.2.1 Kuncup / sempit

   4.2.2 Sederhana

   4.2.3 Kembang luas

 

1. Dalam Kategori Jurus Silat, Juri hendaklah menilai bagaimana keempat-empat pesilat menyusun formasinya dalam menguasai ruang dengan sepenuhnya.

2. Juri perhati dan catatkan bilangan dan kekerapan formasi yang digunakan.

3.  Juri seharusnya mencatat sebarang kekurangan yang berlaku dan kelebihan atau keistimewaan  satu-satu pasukan.

BAHAGIAN A – WIRAGA

1

a

WIRAGA I

10 MARKAH

Kekayaan Gerak

(Gerak Asas)

Kepelbagaian Gerak

Berpandukan kepelbagaian gerak ini ,gerak badan, garapan gerak , pola langkah silat dan gimnastik akan melahirkan kekayaan gerak dan keindahan gerak.

   Juri seharusnya mencatat sekiranya berlaku pengulangan gerakan yang sama,  sama ada dalam babak yang sama atau pada babak yang berlainan. Jika berlaku pengulangan gerakan, ini  tidak dinamakan kaya gerak. Penilaian markah maksimum tidak layak diberikan. Walau bagaimanapun perhatikan kekerapan pengulangan itu adakah logik atau tidak logik.

a.  Tangan

b.  Kaki

c.  Elakan

  Tumbukan         Tikaman        Tetakan      

  Belahan          Paras              

Tusukan         Pancungan

Siku              

                         

 Tendang

  -  Lurus

  -  Belakang

  -  Layang

  -  Sendeng

  -  Luar

  -  Dalam

  -  Rejang

     Dll.

 Tangkis- kiri  

            - kanan

 Elak   - Kiri

            - Kanan

 Gelek- Kiri

          - Kanan

 Menunduk

 Melompat

 Hindar

Pola Langkah                

    - Lurus                                  

   - Zig-zag      

   - Segitiga    

   - Ladam U    

   - Segi Empat    

   -   “ S “

     -   “ V “      

Cara Melangkah

  • Geseran
  • Insutan
  • Lompatan
  • Angkatan
  • Putaran

b

Kekayaan Gerak

(Gerak Silat dan Garapan Gerak lain yang sesuai dengan Pencak Silat)

1. Seni Jurus Silat mempunyai sedikit perbezaan dengan Seni Tari Silat. Jurus Silat banyak tertumpu kepada gerakan jurus iaitu gerakan menyerang dan belaan yang berantai. Apabila selesai suatu jurus pesilat tidak perlu menari, pesilat hanya perlu berada dalam kedudukan / formasi yang berbeza dengan jurus yang pertama sebagai tanda masa peralihan jurus pertama kepada jurus kedua dan seterusnya.

2.  Garapan gerak -  Langkah yang berunsur silat seperti lompatan, gimnastik, dan akrobatik boleh diperagakan dalam Seni Jurus silat terutama semasa bergerak untuk menguasai ruang/ gelanggang dan masa peralihan di antara satu babak jurus ke babak jurus seterusnya.

Kekayaan Gerak akan dapat dilihat apabila pesilat melaksanakan jurus mereka dengan rantaian serangan yang berterusan dan pelbagai. Selain itu, garapan gerak gimnastik dan unsur-unsur gerakan yang lain digabungkan dalam rantaian jurus mereka.

     Walau bagaimanapun, juri harus peka dengan gerakan jurus pesilat  adalah gerakan Pencak Silat Rumpun Melayu.

    Juri hendaklah mencatat sebarang kelemahan dan kekuatan persembahan pesilat dan pelanggaran peraturan pertandingan.

     Dalam Kategori Jurus Silat,  tidak ada unsur bertempur secara nyata (tidak boleh bersentuhan).

2

WIRAGA 2

10 MARKAH

Kemantapan Gerak dan Kematangan Gerak

Kemantapan  dan kematangan gerak terhasil daripada kekuatan dan ketepatan gerakan.

   Oleh itu pesilat mesti menyusun langkah   dengan teratur dan rapi. Sentiasa menggunakan  pola langkah silat dengan kedudukan kekuda  yang sesuai.

   Lain-lain pergerakan yang digarapkan hendaklah mantap dan sesuai seperti gerak maknawi, langkah silat dan akrobatik.

1.    Semasa  menilai kemantapan dan kematangan gerak ,juri hendaklah teliti agar tidak terpengaruh dengan kelajuan dan kerampakan gerak langkah pesilat.  

2. Perhatikan bagaimana cara pesilat melangkah dan menyerang, mengelak dan menangkis. Walau pun kaya dengan gerakan serangan, tangkisan, elakan, gerak maknawi, gerak estetika dan akrobatik namun belum pasti kesemuanya mantap.

  Oleh itu markah untuk kematangan tidak semestinya sama dengan markah kekayaan gerak.

3

WIRAGA 3

10 MARKAH

Keseragaman Gerak

Keseragaman Gerak dalam Seni Jurus Silat adalah seperti berikut:

  1. Keempat-empat pesilat serentak memperagakan gerakan jurus yang sama.
  2. Bergerak berurutan dengan gerak jurus yang sama
  3. Bergerak berselang-seli misalnya  pesilat 1 kemudian pesilat 3, kemudian pesilat  2  dan pesilat  ke 4 menggunakan gerak sama .
  4. Bergerak serentak tetapi gerakan jurus berbeza.
  5. Bergerak serentak atau berurutan semasa garapan gerak gimnastik untuk penguasaan ruang.

Semasa menilai keseragaman gerak , juri   harus teliti dan dapat membezakan antara keseragaman gerak dengan kematangan dan kemantapan gerak.

   Terdapat pesilat yang dapat melaksanakan gerakan jurus mereka  dengan seragam tetapi tidak mantap/ matang. Dalam keadaan ini seharusnya markah/ nilai kematangan adalah lebih rendah daripada markah / nilai keseragaman

4

WIRAGA 4

10 MARKAH

Kaedah Pencak Silat

   Seni Jurus Silat yang diperagakan mestilah menggunakan kaedah Pencak Silat iaitu sikap pasang dan pola langkah.

    Pesilat dikehendaki mempamerkan gerak-gerak persilatan dalam  aspek tari dan jurus silat dengan menggunakan pola langkah, sikap pasang dan lintasan serangan.

Semasa memberi nilai aspek Kaedah Pencak Silat, juri harus meneliti sikap pasang, pola langkah, kekuda , kaedah menyerang, menangkis, mengelak dan sebagainya tidak bercampur aduk dengan seni beladiri asing yang bukan dari khazanah Melayu Nusantara.  

    Sekiranya pesilat tidak mempamerkan kaedah pencak silat atau menggunakan kaedah seni beladiri asing , maka nilainya tidak lebih daripada 5.

5

WIRAGA 5

10 MARKAH

Keserasian Pakaian

Pakaian pesilat hendaklah mengikut peraturan 5.0 (rujuk Buku Peraturan Pertandingan  Silat Seni Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia).

  1. Wajib memakai tengkolok.
  2. Bersamping dan berbengkung.
  3. Tambahan – baju layang.

 Pakaian pesilat yang memenuhi syarat, hendaklah diberi nilai 6. Kemudian teliti pula kesesuaiannya dan keserasian dengan pesilat. Kemudian barulah tentukan nilai 7 atau 8.

Sekiranya nilai 9 atau 10 diberikan, maka juri hendaklah memberi sebab dan ulasan pada borang markah.

 

BAHAGIAN B – WIRAMA

BIL

ITEM

HURAIAN

TINDAKAN JURI

1

WIRAMA I

10 MARKAH

Ketepatan Gerak dengan Irama

Ketepatan gerak dengan irama – berada dalam dua keadaan sama ada pergerakan pesilat mengikut irama muzik atau irama muzik mengikut pergerakan pesilat.

 

Dalam menentukan ketepatan gerak dengan irama- Juri harus peka dan meneliti rentak muzik yang digunakan.   Sekiranya pesilat bergerak tanpa mengambil kira rentak muzik- misalnya pergerakan pesilat rancak tetapi muzik perlahan atau sebaliknya. Keadaan ini ketepatan gerak dan irama tidak selari dan tidak wujud. Muzik hanya sekadar mengiringi sahaja. Nilai yang layak diberi ialah antara 4 -5 sahaja.

   Juri seharusnya tahu dan faham dengan rentak muzik dan pergerakan silat yang dipersembahkan.

2

WIRAMA 2

10 MARKAH

Keserasian Gerak dengan Irama

Keserasian gerak dengan tempo, irama, dentum dan lain-lain Gerak Pencak Silat mengikut

  1. Gong
  2. Gendang ibu
  3. Gendang anak
  4. Serunai
  5. Sebarang alat muzik tradisional

atau sebaliknya dan menimbulkan suatu keserasian antara pesilat dengan irama

Juri hendaklah memerhatikan gerak pesilat yang dipamerkan sama ada ia serasi dengan rentak muzik silat.

BAHAGIAN C – WIRASA

BIL

ITEM

HURAIAN

TINDAKAN JURI

1

WIRASA I

10 MARKAH

Penghayatan Gerak

Wirasa ialah gerak dalaman yang dizahirkan.

Pesilat dapat menghayati watak

  • Watak pahlawan, keperwiraan, dan kependekaran Melayu yang ditimbulkan semasa  persembahan dan memperagakan pencak silat .

 - Kemahiran Gerak Badan                       -   Non Verbal

-   Mimik muka

     -   Gerak sendi

     -   Gerak tangan dan jari

 Bagi menilai Penghayatan Gerak – Juri hendaklah perhatikan kepada watak kepahlawanan dan kependekaran pesilat seperti kesabaran, ketegasan, ketenangan dan kebijaksanaan yang dizahirkan.

2

WIRASA 2

10 MARKAH

Kemantapan Ekspresi

Kemantapan Ekspresi berkait rapat dengan mimik muka, suara, dan kerlingan mata.

 Dalam aspek ini-

-Pesilat dapat menimbulkan

 watak waja diri dan jati diri    

 dalam setiap pergerakan

-Mempunyai tahap keyakinan

 yang tinggi.

 

Juri hendaklah memerhatikan penggunaan suara, kerlingan mata, dan mimik muka semasa pesilat mempamerkan persembahan.

   Ekspresi pesilat hendaklah bersesuaian dengan jurus yang diperagakan.

   Juri hendaklah teliti dan memahami olahan persembahan pesilat. Pastikan juri tidak terpengaruh dengan kerancakan gerak dan kerampakan muzik.

3

WIRASA 3

10 MARKAH

Tertib dan Sopan Santun

1.   Semua pesilat mematuhi

      Peraturan 9 Format  Persembahan  

      Pertandingan.

2.  Sebelum arahan mulai daripada Ketua Pertandingan, pesilat hendaklah berada di posisi untuk memulakan persembahan.

3. Setelah tamat persembahan, pesilat hendaklah kembali ke tengah gelanggang. Memberi hormat –   mengundur tiga langkah kebelakang dan   hormat sekali lagi, barulah terus keluar dari gelanggang.

4.    Memijak tengkolok adalah

        perbuatan tidak bersopan.

Juri hendaklah memastikan pesilat mematuhi Peraturan 9 Format Persembahan Pertandingan.

Bagi Pesilat Puteri – terselak kaki seluar sehingga ternampak betis semasa persembahan dikira tidak sopan.

Pada akhir persembahan, tertib keluar gelanggang seharusnya seperti masuk ke gelanggang.

Markah Tertib dan Sopan Santun adalah markah yang terawal diperhatikan dan terakhir diisi oleh juri.

 Catatan :

  • nilai 2 untuk tertib masuk
  • nilai 4 untuk salam perguruan
  • nilai 2 semasa permainan
  • nilai 2 untuk tertib keluar

        

         

         3. BAGAIMANA MENILAI SENI TEMPUR SILAT?

Apakah yang anda faham mengenai Seni Tempur Silat?

Bagaimana Seni Tempur Silat harus dipersembahkan?

Apakah perkara dan gerakan-gerakan yang hendak dinilaikan?

Berapakah jumlah serangan dan rantaiannya ?

Apakah unsur logik dan tidak logik dalam serangan dan belaan?

Apakah itu Seni Tempur Silat?

       Kedua-dua pesilat adalah terdiri daripada kubu yang sama. Mereka dikehendaki mempersembahkan suatu pertempuran yang menggunakan kaedah pencak silat tanpa senjata yang berciri dan bersumberkan pada budaya rumpun Melayu Nusantara dan tetap berdasarkan ‘Kaedah Pencak Silat’. Persembahannya dalam bentuk dramatik yang mempunyai plot yang memiliki pembukaan, kemuncak dan penutup. Dari permulaan ke kemuncak akan mengalami perkembangan dan dari kemuncak ke penutup ada penurunan. Masa yang diperuntukkan hanya tiga minit sahaja, bermula apabila bunyi wisel pertama dan berakhir apabila wisel dibunyikan  sebanyak dua kali berturut.

         Juri harus memperhatikan  bahawa waktu gerak  antara kemuncak dan penutup harus lebih pendek daripada pembukaan ke kemuncak.

             

                             Kemuncak                                 Kemuncak

                 

                                                                           

                                                                                       

                                                            Akhir                                                                                                                                                    

          Mula                                                              Mula                                                                  Akhir

PENDAHULUAN- PEMERHATIAN AWAL

BIL

ITEM

HURAIAN

TINDAKAN JURI

1

Langkah Masuk ke Gelanggang.

1. Apabila giliran dipanggil, kedua-dua pesilat berdiri di tepi gelanggang di sudut yang ditetapkan dan memberi hormat.

2.   Kemudian terus melangkah masuk tanpa iringan muzik dengan kaki kanan ke tengah gelanggang. Kemudian memberi hormat kepada Ketua Pertandingan,  juri  di sebelah kanan, belakang dan kiri. Kemudian terus menunggu arahan daripada Ketua Pertandingan.

Juri hendaklah memerhati geraklaku pesilat, cara melangkah dan kesopanannya. Jika langkah pesilat diiringi muzik atau melebihi daripada pergerakan yang dibenarkan, juri hendaklah membuat catatan pada borang markah. Potongan markah akan dibuat oleh Dewan Juri.

( Tertib dan Sopan Santun)

2

Gerak Mula /Salam Perguruan/ Langkah Sembah

Apabila wisel berbunyi dan arahan “Mulai” daripada  Ketua Pertandingan – pesilat hendaklah terlebih dahulu membuka langkah sembah atau salam perguruannya dalam tempoh 10-15 saat. Kemudian barulah memulakan persembahan.

Permulaan pertempuran seorang pendekar terlebih dahulu memerhati gerak langkah pihak lawan sebelum membuat serangan dan belaan. Sebelum menyerang dan membuat belaan setiap pesilat pasti mempunyai sikap pasang. Setiap bentuk serangan mempunyai sikap awal, lintasan dan kekuatannya.

        

        BAHAGIAN A. TEKNIK SERANG BELA  ( 40 MARKAH)

BIL

ITEM

HURAIAN

TINDAKAN JURI

1

Serangan  dan Belaan yang Logik

10 MARKAH

Dalam suatu pertempuran, serangan dan belaan merupakan gerak yang silih berganti antara dua pesilat.

 Serangan dan belaan yang logik mesti menggunakan sikap pasang dan pola langkah untuk mempamerkan ketangkasan, ketepatan dan kemantapan kedua pesilat.

Contoh serangan dan belaan tidak logik:

   i – Serangan yang bertalu-talu tanpa

        belaan.

  ii -  Terkena serangan maut dan jatuh,

       tetapi dapat meneruskan

       permainan  tanpa apa-apa kesan.

  iii- Serangan dan belaan tidak   berkesan tetapi pesilat melakonkan

        sebaliknya.

 iv.  Membantu pihak lawan melakukan

        sesuatu pergerakan akrobatik.

Juri hendaklah memerhati dengan teliti setiap pergerakan pesilat. Setiap pergerakan sama ada serangan, belaan, gerak akrobatik, gimnastik yang tidak logik hendaklah dicatat untuk diberi nilai yang sepatutnya .

 Rantaian serangan juga perlu diambilkira dari segi logiknya.

Juri jangan terpengaruh dengan super hero seperti dalam filem  - filem seni bela diri . Misalnya : Pesilat yang terkena serangan maut bertalu-talu tetapi masih dapat meneruskan permainan seperti biasa tanpa apa-apa kesan.

2

Sikap Awal, Lintasan serangan

Dan  Kekuatan

10 MARKAH

Sikap Awal –Sebelum melakukan serangan dan belaan, pesilat berada dalam kedudukan kekuda atau berumah yang akan menentukan pola langkah.

Lintasan serangan bermula dengan sikap awal sama ada pesilat akan menyerang lawannya dengan tumbukan, tikaman, tetakan atau serangan dengan kaki.

   Sikap awal dan pola langkah yang mantap akan melahirkan serangan dan belaan yang padu dan mempunyai kekuatan.

Juri hendaklah sentiasa memerhatikan sikap awal, lintasan serangan dan kekuatan pada setiap kali pesilat memulakan serangan dan kesediaan pihak lawan untuk membuat belaan.

  Langkah silat adalah berbeza dengan langkah seni bela diri yang lain.

   Sikap awal yang mantap akan diikuti dengan serangan yang bertenaga dan berkesan.

3

Kaedah Pencak Silat

10 MARKAH

Kedua-dua pesilat hanya dibenarkan menggunakan Kaedah Pencak Silat dari Rumpun Melayu Nusantara sahaja. Pergerakan akrobatik dan gimnastik yang mempunyai kaitan langsung dengan pergerakan silat dibolehkan.

Juri hanya menilai pertempuran kedua-dua pesilat yang menggunakan Kaedah Pencak Silat sahaja.

4

Keberkesanan Serangan & Belaan

10 MARKAH

Keberkesanan serangan ialah serangan yang mantap ke arah sasaran dan memberi kesan kepada pihak lawan. Keberkesanan belaan adalah belaan yang mantap dan berkesan serta berhasil menangkis serangan lawan.

    Juri harus memerhatikan dengan teliti pada keberkesanan serangan dan belaan ini. Kekerapan dan banyaknya serangan dan belaan belum tentu menunjukkan  keberkesanannya.

     Keberkesanan serangan dan belaan akan memaparkan persembahan yang mantap.

               

        BAHAGIAN B.  KEKAYAAN TEKNIK ( 20 MARKAH)

BIL

ITEM

HURAIAN

TINDAKAN JURI

1

Keanekaragaman

Teknik

10 MARKAH

Kedua-dua pesilat akan bertempur menggunakan tangan, siku, kaki, lutut dan kepala. Kedua-dua pesilat akan menggunakan pelbagai teknik menyerang dan membela disamping mengguna gerakan gimnastik dan akrobatik pada ketiga-tiga aras.

Serangan Tangan- Tumbuk, tikam, pancung, paras, tetak, siku, tebak, bandul dan sebagainya.

Serangan Kaki – Tendang lurus, tendang juring, sepak rajang, sepak layang, tebar jala dan sebagainya.

Belaan – Elak kanan, elak kiri, elak dalam, elak luar, tangkis dalam, tangkis luar, lompatan, gulingan, tangkapan, kuncian dan sebagainya.

   

      Juri hendaklah meneliti keanekaragaman dan kekerapan teknik serang bela yang diperagakan.

  Keanekaragaman adalah kepelbagaian teknik serang bela manakala kekerapan adalah pengulangan teknik/jurus yang sama.

  Oleh itu, juri hendaklah mencatat jumlah teknik serangan dan belaan yang digunakan kerana item ini berkait rapat dengan item berikutnya.

2

Jumlah Teknik serangan & Belaan

10 MARKAH

Teknik serangan ialah kaedah serangan sama ada secara langsung atau tidak langsung yang menggunakan tangan, kaki dan sebagainya pada pelbagai aras.

Jumlah serangan banyak, tetapi pesilat menggunakan cara yang sama contohnya pesilat menyerang menggunakan tumbukan lurus bertubi-tubi dikira sebagai satu teknik sahaja.

Teknik belaan adalah kaedah menggagalkan  atau menghalang serangan lawan  seperti elak luar, elak dalam , tangkis kiri , tangkis kanan, , gulingan, lompatan dan sebagainya.

Juri perhatikan teknik

  1. Serangan Tangan – Tumbuk, tikam,tetak. pancung, tebak , cakar helang/harimau, siku.
  2. Serangan Kaki – Tendang lurus,

sepak layang, tendang juring,

sepak rejang, tendang belakang dan lain-lain.

  3.   Belaan - Elak kanan, elak kiri,  

        undur, menghambur, tangkis  

        kanan ,tangkis kiri, tangkis luar,  

        tangkis dalam, tangkis atas,  

        tangkis bawah, gulingan dan  

        sebagainyal.

 

Kira jumlah teknik sahaja.

        BAHAGIAN C. KETANGKASAN DAN KETEPATAN  ( 20 MARKAH)

BIL

ITEM

HURAIAN

TINDAKAN JURI

1

Ketepatan Waktu Serangan & Belaan

10 MARKAH

Ketepatan waktu serangan dan belaan adalah serangan yang menuju sasaran dan diikuti belaan yang tepat pada masanya.

Seni Tempur Silat merupakan pergerakan yang telah disusun dan diatur dan bukan gerakan spontan maka kelewatan serangan dan belaan tidak sepatutnya berlaku.

  Apabila berlaku kelewatan waktu serangan dan  belaan maka akan wujud rantaian serang bela yang tidak logik. Situasi ini akan mencacatkan persembahan pesilat.

Juri perhatikan ketepatan waktu serangan dan belaan. Keadaan ini sering berlaku pada pertengahan dan akhir persembahan seperti :

- serangan telah berlaku   tetapi pesilat lambat membuat belaan.

-  Belaan mendahului serangan

-  Teragak-agak menyerang atau

    membuat belaan.

2

Ketangkasan Serangan & belaan

10 MARKAH

Ketangkasan serangan / belaan adalah serangan / belaan yang menggunakan kekuatan dan kepantasan.

Juri hendaklah menilai serangan yang mempunyai kekuatan, kepantasan dan tepat pada waktunya.

Kelewatan serangan atau belaan akan memberi kesan kepada ketangkasan dan ketepatan. Oleh itu juri hendaklah teliti dalam pemberian markah.

       

        

        BAHAGIAN D. DAYA TAHAN DAN PERNAFASAN  ( 10 MARKAH)

BIL

ITEM

HURAIAN

TINDAKAN JURI

1

Daya Tahan Tubuh

4 MARKAH

Lasak dan stabil sepanjang tempoh persembahan

Pada bahagian ini, juri tidak perlu memberi markah mengikut setiap item. Markah ketiga-tiga item

Hendaklah dijumlahkan menjadi angka bulat. Elakkan markah yang mempunyai perpuluhan.

2

Pernafasan

4 MARKAH

Mempunyai pernafasan yang mantap sehingga berakhirnya persembahan

3

Pemanfaatan Tenaga

2 MARKAH

Memanfaatkan tenaga secara maksimum sehingga ke akhir persembahan

 

        BAHAGIAN E.  KEMANTAPAN SIKAP  ( 10 MARKAH)

BIL

ITEM

HURAIAN

TINDAKAN JURI

1

Sikap Sopan Santun

Sikap sopan santun dinilai dari permulaan pesilat melangkah masuk ke gelanggang, salam perguruan, semasa persembahan, penamat dan semasa keluar gelanggang.

Jumlah markah kedua-dua item dalam Bahagian E ini hendaklah dalam angka bulat. Elakkan markah yang mempunyai perpuluhan

Catatan:

  • nilai  2  - Tertib masuk
  • nilai  4  - Salam Perguruan
  • nilai  2  - Sikap tegas & berani
  • nilai  2  - Tertib keluar

2

Sikap Tegas dan Berani

Sikap tegas dan berani merupakan sifat seorang pendekar sejati. Pesilat seharusnya mempamerkan kedua-dua sifat ini semasa membuat persembahan .