HARI CINTA(VALENTINE DAY: 14th Feb)
VERSUS
HARI HIJAB(1st Feb)
Sumber Asal : Kupasan Ust Syaari Abd Rahman (Telegram.me/legasiibrah114)
Penyusun : Mohd Shafie Bakar (Feb 2016)
Bulan Februari bagi anak-anak muda remaja mereka sangat tahu tentang Hari Cinta (Valentine Day). Dalam kupasan sumber asal oleh Ust Syaari Abd Rahman, beliau memberikan satu pandangan yang sangat baik untuk diterjemahkan dalam kehidupan bercinta dan berhijab.
Sejarah asal hari cinta dipelopori kerana sambutan terhadap seorang yang dianggap pejuang Kristain yang dikenali sebagai Santo Valentine [1] iaitu pada 14 Februari 270M. Ia berlaku di zaman Romawi di mana pemerintah yang zalim ketika itu bernama Kaisar
Claudius mengeluarkan arahan agar pemuda-pemuda mesti menjadi tentera dan tidak boleh berkahwin. Pemuda-pemuda zaman berkenaan memberontak kerana mereka perlu meninggalkan keluarga dan kekasih untuk pergi berperang. Ada di kalangan mereka yang secara senyap-senyap telah meminta Santo Valentine yang juga dianggap pendeta Kristain merestui dan melaksanakan upacara perkahwinan pemuda-pemuda ini. Hal ini berterusan hinggalah akhirnya Kaisar Claudius menghidu aktiviti ini dan mengarahkan Santo Valentine ditangkap dan dihukum mati. Versi yang diperolehi dari pembacaan yang terhad menunjukkan bagaimana dalam tempoh berkenaan, Santo Valentine telah dibela dan dijadikan wira serta dipuja dengan berlebihan-lebihan hinggalah hari kematiannya dikenali sebagai (Valentine Day).
Namun di abad ke-20 ini, lahir pula seorang gadis yang dikenali Nazma Khan di New York yang mengajak manusia menggunakan hijab. Reformasi dengan pantas berlaku kerana seruan dakwah Nazma, hinggakan mereka yang simpati dengan beliau dari kalangan bukan Islam juga berhijab pada tanggal 1 Februari 2013. Ini adalah kerana Nazma telah mengajak manusia sejagat berfikir akibat daripada pengalaman pahit yang dilaluinya dengan berhijab beliau telah mendapat ejekan seperti ninja, banyak diskriminasi diperolehi dan juga pernah digelar Osama. Ini semua memberikan tekanan yang berpanjangan kepada beliau hinggalah Allah SWT memberikan kekuatan kepada beliau dan bangkit dengan mengemukakan Hari Hijab.
Rentetan dari dua senario ini, kupasan oleh Ust Syaari, dipersembahkan.
Mari kita lihat beberapa ayat dalam surah Al-A’raf yang menyentuh tentang hakikat bahayanya cinta yang dimainkan oleh syaitan terkutuk.
20. Maka syaitan membisikkan pikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya apa yang tertutup dari mereka yaitu auratnya dan syaitan berkata: "Tuhan kamu tidak melarangmu dan mendekati pohon ini, melainkan supaya kamu berdua tidak menjadi malaikat atau tidak menjadi orang-orang yang kekal (dalam surga)".
Allah SWT membongkarkan bagaimana Nabi Adam & Hawa telah memakan buah yang dilarang di dalam syurga. Tujuan Allah SWT bukan sekadar nak tunjukkan kepada umat bahawa syaitan menipu ayah & bonda kita tapi syaitan juga ingin melihat mereka berdua telenjang. Di sebalik sikap manusia yang memandang remeh persoalan aurat, percintaan semakin lama menjerat seseorang menjadi kemahuan yang menggila untuk melihat apa yang ada di sebalik pada kain @ pakaian. Itulah hakikiat permainan dan bisikan syaitan kepada orang yang bercinta dengan melanggar batasan syarak.
Sementara ayat yang ke-22, menceritakan dengan lebih terperinci apa yang berlaku kepada Nabi Adam dan Hawa akibat melanggar larangan daripada Allah SWT.
22. Maka syaitan membujuk keduanya (untuk memakan buah itu) dengan tipu daya. tatkala keduanya Telah merasai buah kayu itu, nampaklah bagi keduanya aurat-auratnya, dan mulailah keduanya menutupinya dengan daun-daun surga. Kemudian Tuhan mereka menyeru mereka: "Bukankah Aku Telah melarang kamu berdua dari pohon kayu itu dan Aku katakan kepadamu: "Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu berdua?"
Bila mereka menjamah buah yang dilarang, maka pakaian mereka pun tertanggal. Sebenarnya ketika Nabi Adam & Hawa diciptakan mereka tidak sedar mereka sudah berpakaian sejak hari pertama mereka diciptakan. Ini menunjukkan peradaban yang tinggi dalam Islam. Bila pakaian mula luntur, Allah SWT membongkar sifat malu yang sedia ada/semula jadi ada pada hati manusia. Bila manusia tidak ada rasa malu maka nilai manusia tidak ada. Sifat malu tidak perlu belajar. Jika manusia tidak ada sifat malu maka dia tidak faham hakikat atau membezakan antara manusia dengan binatang. Binatang tidak ada sifat malu. Di sini, kita boleh fahami tidak timbul manusia tidak berpakaian sejak kejadian dan manusia berasal dari monyet.
Ayat ke-26, Allah SWT dengan lebih tegas menyentuh isu berpakaian kepada anak-anak Nabi Adam.
26. Hai anak Adam[530], Sesungguhnya kami Telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan Pakaian indah untuk perhiasan dan pakaian takwa[531] Itulah yang paling baik. yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, Mudah-mudahan mereka selalu ingat.
Kali ke-3 Allah SWT memberi penegasan tentang isu pakaian. Bagaimana syaitan melunturkan, Kami menurunkan Nabi Adam & Hawa dari tempat yang tinggi (syurga) ke tempat rendah (bumi). Kedudukan berpakaian adalah kedudukan org yang tinggi. Orang yang bertelanjang (tidak menutup sesuatu yang sepatutnya ditutup) tidak mempunyai sikap ahli syurga. Pakaian ada 2 bahagian dalam ayat ini iaitu:
1) Pakaian Fizikal
2) Pakaian yg sebenar ialah pakaian dalam hati (true beauty) iaitu pakaian taqwa.
Ramai orang mengambil nilai taqwa tetapi tidak sedar ayat sebelumnya tentang penegasan mengenai isu pakaian di mana ia rentetan dari peristiwa Nabi Adam & Hawa.
27. Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari surga, ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya 'auratnya. Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dan suatu tempat yang kamu tidak bisa melihat mereka. Sesungguhnya kami Telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpim bagi orang-orang yang tidak beriman.
Lagi Allah SWT menegaskan dalam isu berpakaian dengan memberi peringatan akan permainan syaitan. Justeru adalah lebih baik kita lebih meraikan hari hijab sedunia berbanding dengan hari cinta.
[1] http://tgkboy.blogspot.my/2013/07/asal-mula-sejarah-hari-valentine-arti.html,
03 Julai 2013
02 Februari 2015
[3] Audio Telegram.me/legasiibrah114
| Page