4.12  Peraturan Am Sekolah

(Tambahan kepada Buku Panduan Disiplin dan Peraturan Am Sekolah)

  1. Setiap murid hendaklah datang awal ke sekolah, sebelum loceng pertama dibunyikan pada pukul 7.15 pagi untuk murid sesi pagi dan 1.05 petang (Isnin hingga Khamis) dan 2.20 petang (Jumaat) untuk murid sesi petang.

  1. Sebaik sahaja loceng pertama permulaan persekolahan dibunyikan, semua murid sesi pagi harus berkumpul di tapak perhimpunan manakala murid sesi petang berbaris di sepanjang koridor laluan masuk ke bangunan sekolah dalam masa lima minit.

  1. Semua murid hendaklah berpakaian seragam lengkap mengikut unit beruniform masing-masing pada setiap hari Rabu.

  1. Murid tidak dibenarkan pergi ke kantin untuk membeli makanan dan minuman di luar waktu rehat termasuk selepas waktu Pendidikan Jasmani. Murid digalakkan membawa sendiri bekalan air minuman sekiranya ada waktu Pendidikan Jasmani dalam jadual waktu atau membeli air minuman botol sebelum bermula sesi persekolahan.

  1. Tindakan disiplin akan diambil ke atas murid yang membawa masuk makanan dan minuman dari kantin kecuali air minuman berbotol ke dalam bilik darjah atau bilik-bilik khas.

  1. Murid hendaklah beratur semasa membeli makanan dan minuman dan menggunakan tong sampah yang disediakan untuk membuang sisa-sisa makanan dan mengembalikan bekas makanan dan minuman ke tempat yang disediakan di gerai.

  1. Murid yang merosakkan dengan sengaja sebarang peralatan atau harta benda sekolah dikehendaki menggantikannya atau membayar ganti rugi.

  1. Semua murid diwajibkan memakai tali leher sekolah sepanjang waktu persekolahan mulai 2016. Tali leher mesti dipakai secara betul, kemas dan sentiasa dalam keadaan bersih. Butang teratas pada kemeja sekolah mesti dibutangkan dan tali leher ditolak ke atas sehingga butang pertama di atas kemeja sekolah.

  1. Tindakan disiplin akan diambil ke atas murid yang didapati tidak memakai tali leher atau memakai secara tidak kemas.

  1. Murid tidak dibenarkan tidur dalam bilik darjah sepanjang waktu persekolahan. Tindakan disiplin yang tegas akan diambil terhadap murid berkenaan termasuk memanggil waris ke sekolah untuk memberi penjelasan.

4.13  Barangan Larangan Dibawa ke Sekolah

1

Kamera/kamera video

16

Penyembur/Gel/Pewarna Rambut

2

Telefon Bimbit

17

Alat Suntikan/Pen Marker

3

Radio

18

Buku Cerita Bersifat Lucah

4

Pemain MP3/MP4/CD

19

Alat Muzik

5

Pita Rakaman

20

Komputer/Laptop (perlu kebenaran)

6

Pemacu mudah alih/Pen Drive

21

Rokok/Tembakau/Mancis/Pemetik Api

7

CD/DVD/Blue Ray Disc

22

Dadah/Inhalan

8

Permainan Elektronik

23

Senjata Berbahaya/Alat Tajam

9

Majalah Hiburan/Buku Komik

24

Pembaris Besi

10

Semua jenis Permainan/Daun Terup

25

Barangan Elektronik seperi ipad/tab

11

Pemadam Cecair/Pelekat

26

Minuman Beralkohol

12

Alat Persolekan/Wangian/Semburan

27

Objek Tajam/Gunting/Pisau

13

Barangan Kemas

28

Kemeja T dgn Tulisan Unsur Negatif

14

Kerongsang/Pin Penyemat Tudung

29

Gelang/Cincin/Subang Besar/Rantai

15

Tangkal

30

Rokok/Vape Elektronik

Peringatan :

4.14  Kelayakan Menerima Sijil Akuan

Murid Tingkatan 5 akan dianugerahkan Sijil Akuan sekiranya memenuhi semua syarat yang berikut sepanjang persekolahan dari Peralihan hingga Tingkatan 5 manakala murid Tingkatan 6 atas memenuhi syarat tersebut sepanjang persekolahan di Tingkatan 6 rendah dan atas.

Syarat

  1. Purata markah untuk kokurikulum adalah sekurang-kurangnya 65 markah.
  2. Purata kehadiran untuk aktiviti kokurikulum sekurang-kurangnya 70%.
  3. Kelakuan sekurang-kurangnya pada tahap baik.
  4. Bilangan ketidakhadiran ke sekolah tidak melebihi 50 hari tanpa sebab untuk Ting 5 dan tidak melebihi 20 hari untuk Tingkatan 6 atas.
  5. Markah demerit terkumpul tidak boleh melebihi 25 markah.
  6. Pencapaian markah purata peperiksaan percubaan tidak kurang daripada 60%.
  7. Mengumpul markah merit untuk khidmat sekolah sekurang-kurangnya 25 markah.

4.15  Sistem Mata Demerit

Sistem mata demerit digunakan untuk menilai "tingkahlaku" pelajar. Setiap pelajar tertakluk kepada sistem mata demerit bagi kesalahan melanggar peraturan sekolah. Setiap tahun pengajian, setiap pelajar diberi 100 mata. Bagi setiap kesalahan sejumlah tertentu markah akan ditolak berdasarkan kepada jenis/berat kesalahan yang dilakukan. Tindakan yang diambil ke atas seseorang pelajar bergantung kepada mata demerit.

Objektif

  1. Memudahkan pihak sekolah menilai sesuatu kesalahan yang dilakukan pelajar.
  2. Dapat mengambil tindakan yang lebih wajar dan seragam bagi kesalahan yang dilakukan dengan berpandu pungutan markah demerit.
  3. Membolehkan Guru Tingkatan, Guru Biasiswa menilai prestasi pelajar untuk menulis Surat Akaun, Surat Berhenti atau lain-lain dokumen yang berkaitan.
  4. Membolehkan pelajar dirujuk kepada Guru Tingkatan, Guru Kauneling atau pihak pengurusan untuk tindakan pemulihan dan lain-lain tindakan.
  5. Pelajar mengetahui dengan jelas prestasi disiplin mereka melalui rekod demerit.

Disamping Mata Demerit Salah Laku yang tercatat di dalam Buku Panduan dan Peraturan-Peraturan Am Sekolah, berikut adalah maklumat tambahan.

Mata Demerit Bagi Kesalahan Tambahan

Kod

Kesalahan / Perlakuan

Mata Penalti

Tindakan Disiplin

TINGKAHLAKU YANG TIDAK MENTINGKAN MASA

452

Tidur semasa menduduki peperiksaan

5-10

Amaran / Hubungi waris

453

Tidak menjawab soalan peperiksaan atau menyerahkan kertas jawapan kosong

5-10

Amaran / Hubungi waris

Pelajar yang telah mengumpul mata demerit sebanyak yang berikut akan dikenakan tindakan berikut:-        

  1. 10 demerit

Murid akan diberikan nasihat oleh Pentadbir/Guru Disiplin/Kaunselor Sekolah.

  1. 20 demerit

Murid akan diberi kaunseling oleh Kaunselor Sekolah dan ibubapa dipanggil ke sekolah untuk perbincangan.

  1. 30 demerit

Ibubapa akan dipanggil ke sekolah untuk menandatangan surat perjanjian pertama.

  1. 60 demerit

Ibubapa akan dipanggil ke sekolah, murid akan digantung persekolahan selama 1 minggu dan surat perjanjian kedua akan ditandatangan.

  1. 90 demerit

Ibubapa akan dipanggil ke sekolah, murid akan digantung persekolahan selama 2 minggu dan surat perjanjian terakhir akan dikeluarkan.

  1. 100 demerit

Murid akan dibuang sekolah.

Peringatan :

4.16        Potongan  Rambut  Murid

Potongan Rambut Lelaki                                Potongan Rambut Perempuan

Pakaian Seragam Pelajar Lelaki Berseluar Panjang dan Berbaju Lengan Pendek

Pakaian Seragam Perempuan “Pinafore” dengan “Blouse”

dan Baju Kurung dengan Kain Kain Sarung

Pakaian Seragam Pelajar Perempuan Bertudung