1.0 Pendahuluan

 

Pada era globalisasi ini , menerima pendidikan adalah wajib disertai oleh semua rakyat semenjak negara Malaysia telah merdeka . Namun dalam pertukaran generasi , untuk menyelaras dengan generasi semasa , kerajaan kita selalu menjalankan inovasi pendidikan untuk mencari dasar pendidikan yang lebih sesuai dengan masyarakat kini Walaubagaimanapun dalam jalan inovasi dasar pendidikan negara kita juga menghadapi cabaran pengurusan pendidikan . Contohnya , selepas penggunaan teknologi telekomunikasi dan pengkomputeran diperkenalkan telah meningkatkan kecekapan dalam pengurusan pendidikan . Selain itu penggunaan ICT juga banyak menolong dalam proses pengajaran dan pembelajaran . Sebagai contoh penggunaan ICT yang mempunyai gambaran telah meningkatkan prestasi pelajar dalam pemahaman dan kemahiran praktikal serta menigkatkan memori seseorang pelajar .

Jadi , sebagai rakyat Malaysia yang bijak , kita mempunyai terlalu banyak cara untuk menimba ilmu .Tetapi , dalam zaman yang modenisasi ini , kita mempunyai terlalu banyak sumber maklumat sehingga menyebabkan kita akan menjadi keliru dalam mengemaskan maklumat yang diperoleh .Jadi , literasi maklumat adalah satu cara yang tepat untuk menjadikan sebagai panduan kepada individu yang menghadapi masalah proses pengurusan sumber maklumat .

2.0 Literasi maklumat

Sekarang , marilah kita memahami apakah Literasi Maklumat ? Literasi maklumat merupakan suatu kemahiran yang digunakan untuk mencari maklumat tertentu yang diperlukan dan merangkumi kebolehan mencari dan memperolehi maklumat dalam apa jua format serta mengggunakan maklumat tersebut secara aktif. Ia juga boleh didefinisikan sebagai keupayaan untuk mengakses dan menilai maklumat bagi membantu membuat pemilihan dan penyelesaian masalah secara efektif.

Menurut pandangan Doyle(1992), beliau mendefinasikan Literasi Maklumat sebagai satu kebolehan untuk mengekses, menilai dan mengunakan maklumat dari pelbagai sumber. Bahagian Teknologi Pendidikan (2002) pula mendefinasikan Literasi Maklumat sebagai “keupayaan untuk mengkakses dan menilai maklumat bagi membuat pemilihan dan menyelesaikan permasalahan secara efektif.”

3.0 Proses Pencarian maklumat (The Big Six)

 The big six skills merupakan model proses untuk menyelesaikan masalah . Dalam cara Big six ini adalah seperti dengan namanya mempunyai enam langkah untuk membantu kita menyelesaikan masalah .Langkah yang pertama adalah mendefinisikan masalah,iaitu mengenal pastikan masalah dahulu dan maklumat yang kita perlu . Kedua ialah strategi pencarian maklumat iaitu mengenalpastikan keberkesanan sumber-sumber untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. . Ketiga , ialah mengenalpastikan lokasi dan akses maklumat .Contohnya , kita hendaklah jelas tentang maklumat yang diperlukan dan menentukan tempat lokasinya. Kempat , adalah penggunaan maklumat iaitu mengenalpastikan kesesuaian maklumat yang telah dicari dengan topik yang ditetapkan Kelima ,ialah menyusun dan mempersembah maklumat iaitu kita hendaklah mengenalpasti format hasil tugasan yang diperlukan dalam proses penyusunan produk dan akhir sekali ialah penilaian produk iaitu menyemak semula semua soalan dan memastikan susunan produk  adalah betul serta memastikan semua bahagian soalan telah dijawab.

Capture.PNG

3.1 Definisi Tugasan  

 

Produk jenis yang perlu dipersembahkan kepada Pensyarah iaitu Encik Wan Mazlan Wan Rashdi ialah sebuah laman blog di tapak Blogger / Blogspot  (www.blogger.com) . Penghasilan blog itu haruslah mengandungi isi kandungan blog yang sesuai dengan pengguna sasaran dan diorganisasi dari mudah kepada sukar . Selain itu , idea yang dipamirkan adalah jelas dan berfokus serta mengunakan unsur-unsur multimedia seperti teks , grafik, foto , audio ,animasi dan hyerlink untuk membolehkan  kandungan yang dipamirkan oleh kita lebih menarik dan jelas .      

 

Tugasan ini haruslah dijalankan secara individu dan tugasan ini perlu disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan iaitu dalam tempoh empat minggu. Selain itu , melaksanakan projek ini haruslah membut rujukan yang mencukupi dari pelbagai sumber seperti penggunaan internet ataupun mencari bahan buku serta amalan plagiat adalah tidak dibenarkan sama sekali . Tugasan ini juga menyatakan bahawa format penulisan ini mestilah mempunyai antara 1000-1500 patah perkataan, berfont Arial ,saiz huruf 11 point serta mempunyai minimum lima rujukan dan penulisan rujukan mestilah mengikut format APA 6 . Topik yang saya pilih dalam tugasan ini ialah Kebudayaan Malaysia yang berbilang kaum . Menurut maklumat yang saya dapat , negara Malaysia adalah terdiri daripada kaum yang berbeza , seperti tiga kaum yang paling utama ialah Kaum Melayu , Kaum Cina dan Kaum india . Jadi , blog saya akan mempamirkan tentang kebudayaan tiga kaum ini untuk membolehkan kita lebih faham tentang adab dan budaya kaum lain . Tugasan ini perlu disiapkan dan dihantar pada 28 Ogos 2015 .

Rajah (1).png

 

3.1.2  Memahami tentang sumber maklumat .

 

Dalam projek ini , katakunci atau frasa yang saya gunakan untuk mencari maklumat  bagi topik Kebudayaan Malaysia yang berbilang kaum ialah “Kebudayaan Malaysia yang berbilang kaum ” Soalan yang perlu saya jawab untuk melaksanakan projek ini ialah “apakah keistimewaan dan perbezaan kebudayaan antara tiga kaum ”dan“apakah adab dan tatasusila antara kaum ” dan seumpamanya . Jenis rujukan yang saya gunakan adalah bahan buku dan internet . Senarai rujukan tersebut akan dilampirkan dengan format APA . Selain itu , saya juga mencari maklumat dan gambar bagi topik ini .

 

3.2 Strategi Pencarian maklumat

 

Sumber -sumber yang saya gunakan untuk mendapat maklumat untuk menjalankan tugasan ini adalah buku - buku rujukan dan internet . Buku-buku yang saya cari ialah dari pusat sumber . Manakala , bagi sumber internet  saya mencari maklumat yang berkenaan dengan meniapkan kata-kata kunci .  Dengan menggunakan dua cara ini , saya boleh dapat maklumat yang saya mahu dengan senang dan tepat .

 

 Dalam proses mencari maklumat , saya mendapati bahawa bukan semua sumber maklumat boleh digunakan kerana kebanyakan maklumat yang dicari dari internet adalah tidak tepat dan kandungan yang belum dipastikan . Contohnya , ada sebilangan maklumat yang cari dari internet  tentang sesuatu adab kaum adalah belum dikenal pastikan oleh pihak-pihak masyarakat .Oleh itu , biasanya saya akan melayari Google, dan wikipedia . Hal ini disebabkan saya lebih mempercayai tentang maklumat yang dirujuk oleh kerana kebanyakan maklumat yang dipaparkan dalam Wikipedia adalah dikenal pastikan oleh pihak masyarakat .  

   

 

3.3 Mengenalpasti lokasi dan akses maklumat

Tempat yang saya pergi untuk mencari maklumat yang saya gunakan ialah di pusat sumber IPG Kampus Ipoh . Tetapi , oleh sebabnya terlalu banyak buku rujukan di pusat sumber telah menyebabkan kita keliru dalam mencari maklumat . Oleh itu , Saya telah menggunakan Online Public Access Catalog (OPAC) . OPAC merupakan sistem katalog terpasang yang dapat diakses secara umum dan dapat dipakai oleh pengguna untuk menelusuri data katalog. Dengan menggunakan OPAC ini telah banyak membantu saya dalam mencari buku maklumat .Saya hanya perlu masukkan kata kunci dan boleh mengetahui sama ada perpustakaan menyimpan bahan berkaitan atau tidak. Saya juga boleh mengetahui tentang kod bahan-bahan tertentu dan saya boleh mencari bahan tersebut dengan mengikut kodnya di pusat sumber IPG Kampus Ipoh.

Apabila saya menghadapi masalah dalam menjalankan tugas , Encik Wan Mazlan telah banyak membantu dan membimbing saya dengan memberi pendapat dan cadangannya dalam membantu saya menyiapkan tugasan ini . Selain itu , saya juga tanya rakan saya tentang masalah yang saya hadapi serta bertukar pandangan dan bahan-bahan yang telah dicari oleh kita .  

3.4 Penggunaan Maklumat yang Dekenalpasti

Bagi topik saya bertajuk “Kebudayaan Malaysia yang berbilang kaum” , saya telah menggunakan Wikipedia untuk memulakan proses pencarian maklumat . Pada mula-mulanya saya telah mengasingkan tiga kaum utama masing-masing seterusnya saya telah mencari maklumat tentang adab kebudayaan daripada Wikipedia untuk menambahkan idea-idea saya . Saya berasa maklumat dan sumber ini adalah cukup mendalam disebabkan maklumat yang dirujuk oleh Wikipedia ini adalah luas dan mendalam .Selain itu saya juga menggunakan cara “Copy and Paste” untuk mengambil isi maklumat yang tertentu .Maklumat yang saya cari telah memberikan kata kunci Seperti “kebudayaan”,Jadi ,saya telah  merangka draf pertama untuk menyemak fakta dari sumber, semua jenis maklumat dan penulisan rujukan. Cara yang saya gunakan untuk mengeluarkan maklumat daripada sumber buku adalah note-taking dan scanning. Maklumat yang terdapat dalam buku kebanyakan adalah dalam format perenggan .Jadi, saya akan mencatatkan isi utama tukar kepada point form dan selepas memahamikannya dan saya telah taipkan dalam komputer.

3.5 Sintesis ( Penyusunan dan Persembahan Maklumat )

Format hasil tugasan saya ialah laman blog , saya telah menghasilkan tiga post di dalam blog saya yang memperkenalkan kebudayaan kaum di Malaysia iaitu bertajuk “Kebudayaan Malaysia Yang Berbilang Kaum” . Contohnya post yang pertama yang saya lmeletakkan ialah berkaitan dengan adab dan Kebudayaan tentang masyarakat Melayu . Post yang Kedua , saya meletakkan tentang Adab dan kebudayaan Masyarakat Cina dan post yang ketiga saya meletakkan kebudayaan tentang masyarakat India . Selain itu , saya juga menggunakan sedikit gambar untuk mengenalkan keunikan budaya kaum-kaum untuk memudahkan pembaca lebih mudah faham .

3.6 Penilaian Produk (Blog) dan Proses yang Dilalui

Dalam tempoh masa yang singkat ini , saya telah menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah dengan sempurna . Saya telah menyemak semula soalan tugasan , memastikan semua bahagian soalan telah saya siapkan dan susunannya adalah betul . Selain itu ,  saya juga menggunakan bahasa yang betul  serta perkataan yang mudah faham . Saya juga menghasilkan tugasan dengan mengikut susunan yang betul untuk membolehkan projek saya kelihatan kemas  .

Dalam tempoh masa empat minggu ini , saya telah berjaya menjalankan tugasan saya dengan menghasilkan sebuah laman blog . Saya amatlah bersyukur atas bantuan pensyarah kita yang selalu membimbing kita sehingga tugasan ini dapat dijalankan dengan lancar . Selain itu , saya juga amat gembira kerana melalui menjalankan tugasan ini telah membolehkan saya menguasai lagi satu kemahiran yang baharu iaitu pembinaan blog serta menggunakan blog untuk mengkongsikan maklumat dengan rakan saya .  

4.0 Rumusan

Sebagai konklusinya , saya berasa bahawa Big Six adalah cara yang baik untuk membantu kita menyelesaikan masalah yang rumit . Hal ini disebabkan Big six mempunyai prosedur yang tepat dan bersistematik . Jadi , jika kita mengikut langkah-langkah yang berikutnya akan membantu kita mengurangkan membuat kesalahan dalam menjalankan proses menyelesaikan masalah . Akhir sekali , saya ingin berterima kasih  lagi kepada pensyarah kita iaitu Encik Wan Mazlan Wan Rashdi kerana banyak memberi bantuan kepada saya dalam menjalankan tugasan ini . Tugasan ini memanglah menarik dan menambah ilmu pengetahuan saya .

RUJUKAN

 BAHAN INTERNET

Literasi maklumat . Ogos 12 2015 , dari https://pssmkcas.wordpress.com/literasi-maklumat/

THE BIG SIX (2015) Dari http://big6.com/

http://bibliografi.moe.edu.my/sumberPendidikan/index.php/faqs/213-literasi-maklumat.html

 

Literasi maklumat (2013)

http://valahulalam.blog.walisongo.ac.id/2013/12/16/literasi

Lampiran 1 : Produk akhir (Laman Blog : qianwei02.blogspot.com)

lampiran 1.png

Lampiran 2  : Post pertama (Kebudayaan kaum Melayu)

GKB (crop pic).png

Lampiran 2 :Post Kedua( Kebudayaan masyarakat kaum Cina)

GKB (Cina)2.png

 

 

 Lampiran 3  : Post Ketiga (Kebudayaan masyarakat India)

GKB (India).png