SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TELOK AIR TAWARC:\Users\mariana\Desktop\logo_smktat.jpg

13050 BUTTERWORTH

TEL: 04-3512320                                FAX : 04-3511596

BLOG: http://smktat.com/        

                        

'SMKTAT LEBIH CEMERLANG 2020'

                        Rujukan Tuan:

                        Rujukan Kami: SMKTAT/02/005 (     )                                        Tarikh            :        Julai 2017

Semua Waris Pelajar,

Tingkatan 3 dan 5,

SMK Telok Air Tawar,

13050 Butterworth, Pulau Pinang.

Tuan,

MAKLUMAN BENGKEL SIRI II PELAJAR TINGKATAN 3 DAN 5 TAHUN 2017

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2.        Sukacita dimaklumkan bahawa SMK Telok Air Tawar akan melaksanakan program peningkatan kecemerlangan akademik sepanjang tahun 2017 dalam beberapa fasa. Bengkel Siri Pertama telah berjaya dilaksanakan pada penggal pertama lalu. Bermula bulan Ogos 2017 ini, sekolah akan mula melaksanakan bengkel bagi Siri Kedua pula.

3.        Program ini bertujuan meningkatkan kecemerlangan akademik dari aspek kualiti dan kuantiti bagi peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2017.

4.        Jadual Bengkel Fasa Kedua disertakan dalam bahagian lampiran untuk rujukan tuan/puan. Sebarang perubahan pada jadual akan dimaklumkan secara lisan kepada semua pelajar terlibat.

5.        Sehubungan dengan itu, keprihatinan dan kerjasama daripada semua waris pelajar terlibat untuk memastikan anak-anak tuan/puan hadir ke bengkel ini amat diperlukan untuk menjayakan program ini. Semoga kecemerlangan akademik pelajar-pelajar terlibat berjaya ditingkatkan dalam peperiksaan-peperiksaan yang akan datang.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”

Saya yang menjalankan tugas,

…………………………………