PERATURAN BILIK OPERASI S.P.B.T

  1. MASUK KE BILIK SPBT DENGAN HANYA URUSAN SAHAJA. TIDAK DIBENARKAN MASUK KE SPBT TANPA KEBENARAN GURU.

  1. BILIK SPBT HANYA UNTUK URUSAN PENGAMBILAN DAN PEMULANGAN BUKU SPBT SAHAJA. TIDAK DIBENARKAN MENJALANKAN KEGIATAN YANG BERTENTANGAN DENGANNYA.

  1. URUSAN PEMINJAMAN ATAU PEMULANGAN BUKU TEKS HENDAKLAH DIJALANKAN DENGAN KEMAS. SEKIRANYA PEMINJAMAN ATAU PEMULANGAN DIBUAT MENGIKUT KELAS, PELAJAR-PELAJAR HENDAKLAH BERATUR DENGAN TERTIB DAN JANGAN BEREBUT-REBUT.

  1. SEKIRANYA ADA KEJADIAN ATAU KEGIATAN YANG MENCURIGAKAN, LAPORKAN KEPADA GURU SPBT DENGAN SEGERA.

  1. KESELAMATAN HARTA BENDA DI DALAM BILIK SPBT ADALAH TANGGUNGJAWAB  KITA BERSAMA. PASTIKAN BILIK SPBT SELAMAT DARI KECURIAN ATAU KEBAKARAN

PERATURAN SKIM PINJAMAN BUKU TEKS

Adalah dengan hormatnya dimaklumkan bahawa pelajar mestilah mematuhi syarat-syarat peraturan pinjaman yang telah ditetapkan oleh Skim pinjaman buku teks (SPBT) sekolah sebagaimana yang berikut :

  1. Menulis nama di ruang yang disediakan pada setiap buku.
  2. Membalut buku dengan pembalut plastik yang lutsinar.
  3. Tidak meninggalkan buku di mana mana tempat dan di bilik darjah sewaktu lepas persekolahan atau cuti persekolahan.
  4. Membawa buku di sekolah sewaktu matapelajaran berkenaan dijalankan.
  5. Tidak memberi pinjam kepada pelajar lain.
  6. Memastikan buku sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat.
  7. Mengganti balik buku buku yang hilang dengan harga asal buku teks.
  8. Menghantar buku tepat pada tarikh yang ditetapkan.
  9. Lain-lain yang ditetapkan kemudian.

Dimaklumkan juga bahawa mana mana  pelajar yang tidak membalut buku teks dan meninggalkan buku mereka dalam laci/meja, pihak sekolah berhak untuk merampas dan mengambil tindakan. Pelajar yang berkenaan akan diambil tindakan seperti berikut:

  1. Pelajar diberi amaran.
  2. Sekiranya pelajar tidak menuntut buku buku tersebut, pada akhir tahun nanti pelajar dikehendaki membayar harga bagi setiap buku yang dirampas.
  3. Sekiranya didapati pelajar  tidak membawa buku teks semasa waktu pembelajaran bagi matapelajaran tertentu, pihak sekolah juga berhak mengambil kembali buku teks yang telah dibekalkan.
  4. Pelajar mestilah berurusan secara terus dengan guru SPBT untuk mendapatkan semula buku tersebut.