PERATURAN GIMRAMA

  1. UNDANG-UNDANG

  1. Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG), undang-undang Persekutuan Gimnastik Malaysia dan peraturan SPTS.

  1. ACARA YANG DIPERTANDINGKAN

2.1        “Little Gymnast” – Latihan Tanpa Alat, Tali, Bola

2.2        Gred 1                – Latihan Tanpa Alat, Tali, Gelung, Bola, Belantan, Riben

        

  1. KELAYAKAN UMUR

3.1         “Little Gymnast” – 7 - 9 tahun

3.2           Gred 1  – 7 -  10  tahun

Sila bawa sijil lahir, MyKid atau kad pengenalan gimnas yang disahkan oleh   Guru Besar atau Penolong Kanan  sekolah masing-masing.

  1. PASUKAN

4.1        Setiap negeri boleh menghantar  3 orang gimnas dan 1 simpanan  bagi setiap      

                kategori. ( Tahun 2014 masih menggunakan 3 orang gimnas tanpa simpanan)

  1. KEPERLUAN TEKNIK

5.1        Setiap gimnas bagi setiap kategori dikehendaki membuat semua acara yang dipertandingkan.

5.2        Setiap latihan mesti lengkap  10 elemen bagi setiap acara.

  1. PERTANDINGAN

6.1        Pertandingan I dijalankan serentak.

6.2             Pertandingan I untuk menentukan Johan Pasukan Keseluruhan.

6.3             Untuk menentukan Johan Pasukan Keseluruhan, jumlah mata tertinggi bagi kedua-                dua peserta yang terbaik bagi setiap kategori (Little Gymnast dan Gred 1) akan                         diambilkira.

6.4        Pertandingan ini hanya terbuka kepada gimnas gred LG dan Gred 1 di setiap          negeri.

  1. HADIAH

ACARA

JOHAN

NAIB JOHAN

KE-3

KE-4

Pasukan

8

8

8

8

Jumlah

8

8

8

8

        

  1. PAKAIAN

8.1        Leotard atau  “unitard”  dibenarkan.

  1. MUZIK

9.1        Muzik adalah wajib.  Muzik yang digunakan boleh dimainkan dengan satu alat muzik atau lebih dan ini boleh dimainkan dengan serentak ataupun berasingan.  Muzik bagi setiap persembahan hendaklah dirakamkan dengan CD.

9.2        Bagi setiap gimnas LG  hanya 1 daripada 3  ‘routine’ manakala  bagi  setiap gimnas

              G 1  hanya 1 daripada 6 “routine’  yang dipertandingkan  dibenarkan menggunakan muzik dengan vocal dan lirik.

9.3        Tempoh muzik antara 1’ 15” hingga 1’ 30”

9.4        CD hendaklah diserah kepada jurumuzik di tempat pertandingan 1 jam sebelum pertandingan dimulakan.  Butir-butir hendaklah ditulis pada CD seperti berikut:-

NAMA GIMNAS

NEGERI

GRED

ACARA/ALAT

9.3             Semua pengurus pasukan/jurulatih mesti pastikan semua CD sedia ada tutupnya dan bukan plastik.  Sekiranya gimnas-gimnas menggunakan muzik yang sama bagi satu rutin jurulatih yang berkenaan diminta menulis nama gimnas-gimnas pada CD berkenaan.

  1. HAL-HAL YANG TIDAK DIPERUNTUKAN

  1. Semua hal yang tidak diperuntukan di bawah Peraturan ini atau sebarang pengecualian mengenai pematuhan Peraturan ini atau semua perkara-perkara di luar jangka atau mengenai perbezaan tafsiran, akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pertandingan yang mana keputusannya adalah muktamad.

Dikemaskini pada                                         Diperiksa dan penambahbaikan oleh

Unit Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS)                Cik Petrina Low Lai Hun

Bahagian Sukan                                                PTPS Gimrama MSSM dan

Kementerian Pendidikan Malaysia                        Unit SPTS