PANDUAN KEISTIMEWAAN
SEBAGAI AHLI PERSATUAN KOMUNITI EMBUN TIMUR@ENSTEK
PENGENALAN:
Senarai ini bertujuan untuk membantu AJK dalam mempromosikan keahlian dan melaksanakan operasi dan pentadbiran Persatuan mengikut tanggungjawab dan biro yang telah dipertanggungjawabkan.
TAKRIFAN:
AHLI : Nama yang berdaftar dalam Borang Permohonan Ahli
KELUARGA : 1. Suami / Isteri
2. Anak-anak
3. Tanggungan Lain yang tinggal bersama
( Seperti mana dicatatkan dalam Borang Ahli )
BUKAN AHLI : Kriteria selain AHLI dan KELUARGA tetapi merupakan penduduk Embun
AWAM : Kriteria selain AHLI, KELUARGA dan BUKAN AHLI.
KEISTIMEWAAN:
AM
- Keistimewaan dan faedah akan diberikan kepada semua AHLI dan KELUARGA.
AKTIVITI
- AHLI dan KELUARGA TIDAK PERLU membayar yuran/sumbangan bagi menyertai sebarang aktiviti yang dianjurkan Persatuan. Bergantung kepada keputusan Jawatankuasa.
- AHLI dan KELUARGA mendapat DISKAUN bagi sebarang yuran/bayaran yang perlu dikenakan bagi sebarang aktiviti atau pembelian yang dianjurkan Persatuan. Bergantung kepada keputusan Jawatankuasa.
KEBAJIKAN
- Sumbangan wang akan diberikan kepada setiap AHLI dan KELUARGA yang mendapat cahaya mata.
- Nilai sumbangan adalah sebanyak RM50.00 sahaja.
- Sumbangan wang akan diberikan kepada setiap AHLI dan KELUARGA yang sakit tenat.
- Takrifan Sakit Tenat : Dimasukkan ke Wad dalam tempoh yang lama.
- Nilai Sumbangan adalah sebanyak RM50.00 sahaja.
- Persatuan juga akan menubuhkan Tabung Kebajikan Khusus Embun bagi tujuan Kutipan Derma Tambahan.
- Sekali sahaja bagi setiap ahli dan keluarga bagi tahun semasa.
- Sumbangan wang juga akan diberikan kepada setiap AHLI dan KELUARGA yang kematian ahli keluarga.
- Nilai Sumbangan adalah sebanyak RM100.00 sahaja.
- Persatuan juga akan menubuhkan Tabung Kebajikan Khusus Embun bagi tujuan Kutipan Derma Tambahan.
- Persatuan juga akan menguruskan Khairat Kematian dengan Jawatankuasa Khairat Masjid Kuarters KLIA dan Surau Al-Hidayah. Bergantung kepada keahlian ahli dalam Tabung Khairat Masjid Kuarters KLIA atau Surau Al-Hidayah.
- Sumbangan kecemerlangan anak-anak embun
- Nilai Sumbangan adalah sebanyak RM50.00 sahaja.
- Kecemerlangan :
- Ijazah Kelas Pertama
- Diploma dengan PNGK = 3.5 ke atas.
- SPM = 9A/8A
- PT3 = 9A
- UPSR = 5A
- UPKK = 8A
- Sumbangan perkahwinan anak kepada ahli.
- Nilai Sumbangan adalah sebanyak RM50.00 sahaja.
SUKAN
- Yuran Penyertaan dalam SUKAN yang dianjurkan oleh penganjur sukan luar akan ditaja oleh persatuan.
- Pembelian T-Shirt/Jersey akan ditaja oleh Persatuan. T-Shirt/Jersey adalah untuk guna sama bagi semua aktiviti sukan persatuan. Bergantung kepada keputusan Jawatakuasa Persatuan.
ADUAN
- Semua aduan/permohonan berkaitan komuniti akan diselaraskan oleh Persatuan kepada pihak berkaitan
- Majlis Perbandaran Nilai
- Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Sembilan
- Tabung Haji Properties
- Badan Penyelaras Bandar Enstek
- Lain-lain Agensi
HAL-HAL LAIN
- Semua keistimewaan lain boleh dicadangkan dan dilaksanakan setelah mendapat persetujuan Jawatankuasa Persatuan. Panduan ini perlu dipinda dalam Mesyuarat Jawatankuasa yang terdekat.
- Persatuan boleh meminda keistimewaan ini mengikut kesesuaian semasa.
- Panduan ini akan dipaparkan dalam Saluran Rasmi Persatuan ( Facebook, Grup WhatsApp, Grup Telegram )
Dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan Bil. 5/2014 pada 28 November 2014.
TARIKH KUAT KUASA: 28 November 2014
Disediakan oleh : Disahkan oleh :
t.t t.t
(HAZILI BIN KESUDI) (MOHAMAD ARQAM MOHAMMAD) Setiausaha Pengerusi