Rubrik PdPcA21                                                                                                       FrogAsia_blue.png

KOMPONEN PdPc

PRINSIP

TAHAP 1

TAHAP 2

TAHAP 3

TAHAP 4

BUDAYA DAN KEPIMPINAN

Visi adalah jelas, realistik dan lestari. Pasukan kepimpinan melibatkan komuniti sekolah dalam penetapan visi yang jelas dan realistik yang lebih berfokuskan murid. Setiap individu komited terhadap pelan pelaksanaan yang lestari.

Pasukan kepimpinan merancang visi sekolah dan memaklumkan kepada warga sekolah. Pelan implementasi  jangka pendek telah pun dibangunkan.

Pasukan kepimpinan menetapkan visi yang jelas untuk sekolah dan memaklumkannya kepada seluruh komuniti sekolah. Pelan pelaksanaan jangka panjang dibangunkan.

Pasukan kepimpinan mempertimbangkan input daripada komuniti sekolah dalam menetapkan visi yang jelas untuk sekolah dengan mengambil kira  keberhasilan murid dan merancang cara untuk melestarikan pelaksanaan.

Pasukan kepimpinan melibatkan komuniti sekolah dalam menetapkan visi yang jelas dan setiap individu adalah komited kepada pelan pelaksanaan lestari yang berfokuskan keberhasilan murid.

Amalan kepimpinan distributif (distributed leadership) Setiap individu di sekolah berkongsi tanggungjawab kepimpinan dan penetapan budaya (termasuklah pemilikan dan bertanggungjawaban). Setiap individu terlibat secara aktif dalam kitaran kerjasama refleksi kritikal, penilaian dan penambahbaikan.

Pasukan kepimpinan mula mewujudkan budaya amanah dan berkongsi memikul tanggungjawab. Pandangan warga sekolah dihormati dan dipertimbangkan.

Pasukan kepimpinan memberi kuasa kepada guru-guru untuk berkongsi tanggungjawab kepimpinan. Perspektif berbeza adalah dialu-alukan. Kepimpinan membolehkan pengambilan risiko dan kesilapan untuk terus maju ke hadapan. Amalan reflektif adalah amat digalakkan.

Guru-guru dan murid mengambil tanggungjawab dan mengetuai dalam bidang kepakaran mereka. Kepimpinan dan budaya adalah terbuka dan mengambil kira kepelbagaian dan perbezaan pandangan. Refleksi dan maklum balas berterusan diamalkan oleh kebanyakan kakitangan.

Setiap individu di sekolah berkongsi tanggungjawab kepimpinan dan budaya. Setiap individu terlibat dan bekerjasama secara aktif untuk terus menyediakan dan menerima refleksi kritikal  untuk tujuan penilaian dan penambahbaikan.

Komuniti sekolah mempunyai identiti teguh dan budaya positif termasuklah mengamalkan kemahiran abad ke-21: kolaborasi, kreativiti, komunikasi dan pemikiran kritis

Sekolah memahami akan kepentingan membina jati diri dan mewujudkan warga budaya positif dalam komuniti sekolah.

Sekolah bermula untuk menentukan identiti dan jati diri untuk membangunkan budaya yang positif. Tingkah laku, sikap dan nilai-nilai tersebut kadangkala diamalkan dan komuniti sekolah mula memberi impak positif kepada operasi sekolah secara fizikal dan emosi. Setiap individu mula berasa selamat, penting, semangat kekitaan dan boleh mempunyai identiti mereka sendiri.

Sekolah mentakrifkan identiti dan terus membangunkan budaya yang positif. Tingkah laku, sikap dan nilai-nilai yang lebih konsisten diamalkan oleh komuniti sekolah dan secara beransur-ansur memberi kesan positif kepada operasi sekolah secara fizikal dan emosi. Setiap individu di sekolah  mula berasa selamat, penting, semangat kekitaan dan boleh mempunyai identiti mereka sendiri. Budaya tersebut membolehkan amalan kemahiran abad ke-21.

Sekolah mempamerkan identiti yang padu manakala komuniti sekolah memupuk budaya yang positif. Tingkah laku, sikap dan nilai yang dipegang oleh komuniti sekolah telah memberi impak positif kepada operasi sekolah secara fizikal dan emosi. Setiap individu di sekolah  mula berasa selamat, penting, semangat kekitaan dan boleh mempunyai identiti mereka sendiri. Ini termasuk budaya yang membolehkan amalan kemahiran abad ke-21.

KOMPONEN PdPc

PRINSIP

TAHAP 1

TAHAP 2

TAHAP 3

TAHAP 4

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pembelajaran adalah berterusan, kendiri dan berasaskan inkuiri

Ia menghasilkan pengetahuan dan kemahiran yang tersusun dan mempunyai perkaitan secara koheren..

Murid kurang diberi peluang untuk menghasilkan tugasan berasaskan (learner-directed), untuk bertanya soalan, membuat pilihan, dan melatih mengawal setiap aspek dari pengalaman pembelajaran  mereka. Pembelajaran terutamanya yang berlaku di dalam kelas. Keutamaan pembelajaran ialah untuk memperoleh pengetahuan dan kemahiran belajar akan mula dirancang.

Murid diberi sedikit peluang untuk mengawal pengalaman pembelajaran mereka. Mereka menanyakan soalan dan melibatkan diri dalam beberapa aktiviti open ended. Pembelajaran diteruskan di luar bilik darjah dengan bimbingan ibu bapa atau guru. Pembelajaran membolehkan pemerolehan pengetahuan dan kemahiran pembelajaran.

Guru bertindak sebagai fasilitator pembelajaran. Murid diberikan banyak peluang untuk mengawal dan bertanggungjawab ke atas pengalaman pembelajaran mereka. Mereka  mengkaji dan terlibat dalam aktiviti open ended. Pembelajaran diteruskan di luar bilik darjah. Pembelajaran menghasilkan perkaitan antara pengetahuan dan kemahiran yang lebih tersusun.

Murid sentiasa berpeluang untuk  mengkaji soalan dan menentukan arah  pembelajaran mereka sendiri. Pembelajaran adalah berterusan dan menghasilkan pengetahuan dan kemahiran yang tersusun dan mempunyai perkaitan secara koheren. Pembelajaran memberi tumpuan kepada pembangunan kemahiran pembelajaran, selain hanya pemerolehan pengetahuan.

Aktiviti pembelajaran adalah kolaboratif, berasaskan murid dan bersesuaian. Ia mengambil kira latar belakang pengetahuan, minat, sosial, nilai budaya dan potensi murid.

Aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas adalah diketuai oleh guru. Guru mula melibatkan murid dalam aktiviti pembelajaran yang interaktif.

Aktiviti pembelajaran melibatkan murid dalam beberapa aktiviti pembelajaran open ended dan kolaboratif diamalkan. Terdapat beberapa peluang untuk murid dihubungkan dengan dunia sebenar.

Aktiviti pembelajaran memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi, berkomunikasi dan berfikir secara mahir tentang isu dunia sebenar. Terdapat beberapa peluang untuk murid dihubungkan dengan dunia sebenar.

Pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan murid. Aktiviti pembelajaran memberi peluang kepada murid  untuk bukan hanya berkolaborasi, tetapi berhubung dengan dunia sebenar. Ia sentiasa mengambil kira latar belakang pengetahuan, minat, sosial, nilai budaya dan potensi murid.

Pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan penilaian

Ia memerlukan tahap kualiti tinggi yang dipadankan dengan peluang mendapatkan maklumbalas, refleksi dan ulangkaji yang kerap untuk meningkatkan kualiti pembelajaran.

Guru menyediakan strategi pengajaran yang sama kepada semua murid bagi mendapatkan standard yang dikehendaki. Ulangkaji dan maklumbalas akan berlaku terutamanya pada masa peperiksaan dan hanya tertumpu kepada keputusan peperiksaan.

Guru mula menyediakan arahan yang berbeza yang mengharapkan sebahagian murid berjaya dengan standard yang tinggi. Maklumbalas, ulangkaji dan refleksi perlahan-lahan menjadi sebahagian dari amalan pengajaran dan pembelajaran.

Arahan yang berbeza mewujudkan peluang kepada kebanyakan murid untuk berjaya. Maklumbalas yang kerap, ulangkaji dan refleksi disediakan bertujuan untuk mempertingkatkan kualiti pembelajaran.

Dengan memberi arahan yang berbeza, kesemua di dalam kelas dijangkakan berjaya. Kekerapan maklumbalas yang membina, refleksi, dan ulangkaji diintegrasikan dengan pembelajaran. Mereka sentiasa menumpukan kepada peningkatan kualiti pembelajaran.

Pembelajaran adalah bersifat sosial dan berpusatkan komuniti.

 Ia memupuk budaya pembelajaran, kepercayaan dan rasa hormat aras tinggi. Komuniti dihubungkan dengan pelbagai sumber pembelajaran

Pembelajaran terutamanya berlaku di dalam kelas. Budaya mempercayai dan nilai rasa hormat akan terjalin melalui aktiviti-aktiviti pembelajaran.

Pembelajaran melangkaui bilik darjah melalui komuniti pembelajaran kecil yang dibina di sekolah (cth. study group). Kepercayaan dan rasa hormat akan terus menjadi satu kebiasaan dengan cubaan kepada pembelajaran aras tinggi. Kesilapan dalam pembelajaran adalah sesuatu yang  boleh diterima.

Pembelajaran mula berlaku di luar sekolah dan penggunaan sumber pembelajaran menjangkau sumber sedia ada. Individu dipercayai, dihormati dan terlibat dalam pembelajaran aras tinggi. Belajar melalui kesilapan menjadi perkara biasa.

Pembelajaran adalah sosial dan berpusatkan komuniti yang aktif. Komuniti memupuk budaya pembelajaran aras tinggi, kepercayaan dan rasa hormat. Membuat kesilapan dan belajar daripadanya adalah OK. Komuniti mempunyai akses yang bagus kepada sumber pembelajaran yang pelbagai.

Penggunaan alatan teknologi  dalam pengajaran dan pembelajaran secara inovatif adalah digalakkan.

Teknologi digunakan untuk memudah cara aktiviti pembelajaran aras tinggi yang mungkin tidak akan berlaku tanpa penggunaan teknologi.

Teknologi mula digunakan untuk menyampaikan kandungan kurikulum kepada murid-murid. Kebanyakan guru tidak memberikan akses terus ke teknologi kepada murid.

Teknologi menjadi sebahagian daripada pembelajaran murid.. Penggunaan teknologi adalah berpandukan arahan guru, konvensional dan mengikut prosedur.

Teknologi digunakan oleh murid  untuk tujuan kolaborasi. Guru memudahcara penggunaan pelbagai teknologi, manakala murid meneroka sendiri penggunaan  teknologi tersebut.

Teknologi digunakan untuk memudahcara aktiviti pembelajaran aras tinggi. Guru-guru mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran mereka secara inovatif untuk mewujudkan kemungkinan pembelajaran yang baharu.

KOMPONEN PdPc

PRINSIP

TAHAP 1

TAHAP 2

TAHAP 3

TAHAP 4

PEMBANGUNAN PROFESIONAL

Pembangunan Profesional adalah berterusan, berkaitan kerja, dan boleh diperibadikan. Ia merupakan satu sesi yang merupakan hibrid kepada aktif, dibimbing dan ditentukan sendiri.

Guru mula terlibat dengan perancangan Pembangunan Profesional yang secara keseluruhannya dirancang untuk mereka. Kebanyakan sesi-sesi Pembangunan Profesional adalah tidak terancang dan tidak berterusan.

Guru-guru terlibat dalam perancangan dan penganjuran sesi pembangunan profesional dengan bimbingan. Sesi Pembangunan profesional menjadi lebih terancang dan berterusan.

Guru secara aktif menyusun strategi pelan pembangunan profesional mereka sendiri dengan bimbingan. sesi Pembangunan Profesional adalah berterusan.

Guru secara berterusan menilai, memperibadikan dan mempertingkatkan pembangunan profesional mereka sendiri. Pembangunan profesional berpandu dan kendiri, diamalkan secara aktif.  Sesi Pembangunan Profesional adalah berterusan dan mampan.

Pembangunan profesional adalah berkaitan dengan keperluan barisan  kepimpinan dan guru. Ia meliputi pengetahuan kandungan pedagogi dan disiplin.

Matlamat yang tidak jelas bagi sesi pembangunan profesional sedang dibangunkan untuk dipadankan dengan pengetahuan dan kemahiran barisan kepimpinan dan guru. Mereka mula mempertimbangkan keberhasilan murid.

Sesi Pembangunan Profesional mempunyai matlamat yang jelas dan sesuai untuk barisan kepimpinan. Sesi ini juga menawarkan pengetahuan dan tahap kemahiran pedagogi dan teknologi guru sepadan dengan kurikulum yang mereka ajar. Mereka biasanya mempertimbangkan keberhasilan murid.

Sesi Pembangunan Profesional mempunyai matlamat yang jelas sesuai untuk barisan kepimpinan serta pengetahuan dan tahap kemahiran pedagogi dan teknologi guru sepadan dengan kurikulum yang mereka ajar. Mereka biasanya mensasarkan keberhasilan murid.

Sesi Pembangunan Profesional mempunyai matlamat yang sangat jelas sesuai untuk barisan kepimpinan serta pengetahuan dan tahap kemahiran pedagogi dan teknologi guru sepadan dengan kurikulum yang mereka ajar. Mereka juga menumpukan kepada keberhasilan murid.

Pembangunan profesional adalah  berpusatkan penilaian. Ia memerlukan standard yang tinggi  berserta kepelbagaian dan kekerapan peluang untuk mendapatkan maklum balas, refleksi, dan revisi, untuk meningkatkan kualiti pembelajaran.

Sesi pembangunan profesional mula menawarkan peluang untuk memberi maklum balas atau refleksi.

Maklum balas dan refleksi mula digunakan untuk meningkatkan kualiti pembelajaran.

Sesi pembangunan profesional

menawarkan kepelbagaian dan peluang yang terhad untuk maklum balas dan refleksi yang selari dengan matlamat pembelajaran.

Hasil maklum balas kadangkala digunakan untuk meningkatkan kualiti pembelajaran.

Sesi pembangunan profesional menawarkan beberapa kepelbagaian dan peluang untuk maklum balas, refleksi dan revisi yang selari dengan beberapa matlamat pembelajaran.

Maklum balas kadangkala digunakan untuk meningkatkan kualiti pembelajaran.

Sesi pembangunan profesional menawarkan peluang untuk maklum balas, refleksi dan revisi yang pelbagai dan kerap yang selari dengan matlamat pembelajaran.

Maklum balas  berterusan digunakan untuk meningkatkan kualiti pembelajaran fasilitator dan juga  peserta.

Pembangunan profesional adalah didorong oleh sosial dan komuniti. Aktiviti komuniti pembelajaran secara langsung memberi impak kepada  inovasi amalan bilik darjah.

Komuniti pengamal sedang dirancang.

Komuniti pengamal terbentuk dengan jumlah aktiviti dan ahli yang terhad.

Komuniti pengamal adalah  aktif dengan ahli-ahli yang bekerjasama dan berkongsi.

Komuniti pengamal yang  aktif membolehkan guru membuat impak inovatif kepada amalan bilik darjah mereka.

KOMPONEN PdPc

PRINSIP

TAHAP 1

TAHAP 2

TAHAP 3

TAHAP 4

TEKNOLOGI

Akses yang sama kepada peranti untuk penggunaan teknologi yang optimum dikalangan guru, murid dan ibu bapa.

Guru mempunyai akses kepada peranti untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Guru dan murid berkongsi akses kepada peranti di sekolah untuk mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran.

Guru dan murid mempunyai akses individu kepada peranti untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran sepanjang hari.

Guru, murid & ibu bapa mempunyai akses berterusan kepada peranti pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Perisian adalah mudah untuk digunakan, intuitif dan relevan. (Dengan keupayaan sistem komputer atau perisian untuk bertukar-tukar dan menggunakan maklumatnya).

Kebanyakan perisian sekolah sudah lama dan sukar untuk digunakan.  Sukar untuk belajar menggunakannya. Ia hanya berfungsi pada jenis peranti atau pelayar yang tertentu sahaja. Tiada satu pun perisian yang mempunyai keupayaan untuk bertukar-tukar maklumat menyebabkan sekolah perlu menggunakan pelbagai platform.

Kebanyakan perisian sekolah sedang dinaik taraf untuk membolehkannya berfungsi pada pelbagai jenis peranti atau pelayar. Tidak sukar bagi  guru-guru dan murid untuk belajar menggunakannya. Sebahagian daripada perisian mempunyai keupayaan untuk bertukar-tukar maklumat untuk mengurangkan keperluan menggunakan pelbagai platform.

Kebanyakan perisian sekolah adalah mudah untuk digunakan dan dipelajari. Ia boleh diakses menggunakan kebanyakan peranti atau pelayar. Majoriti perisian mempunyai keupayaan untuk bertukar-tukar maklumat untuk meningkatkan kecekapan.

Perisian sekolah adalah mudah untuk digunakan, intuitif dan relevan. Ia boleh diakses menggunakan kebanyakan peranti atau pelayar. Semua perisian mempunyai keupayaan untuk bertukar-tukar maklumat untuk memaksimumkan kecekapan.

Sambungan, rangkaian, peranti, platform dan infrastruktur di sekolah yang ada dan boleh dipercayai.

Sambungan dan infrastruktur rangkaian adalah terhad dan sedang disediakan.

Penyelenggaraan peranti rangkaian sedang dirancang  tetapi belum lagi dilaksanakan.

Infrastruktur rangkaian disediakan tetapi sambungan hanya disediakan atas kelulusan permintaan.

Penyelenggaraan  peranti rangkaian dilakukan pada setiap tahun.

Infrastruktur rangkaian disediakan, dan sambungan hanya boleh didapati di kawasan-kawasan tertentu dalam kawasan sekolah.

Penyelenggaraan peranti rangkaian dilakukan pada setiap suku tahun.

Infrastruktur rangkaian disediakan, dan sambungan yang stabil boleh didapati di seluruh sekolah.

Penyelenggaraan peranti rangkaian dilakukan pada setiap bulan.

Prinsip bantuan/sokongan yang efektif dan rapi mengekalkan persepsi positif terhadap teknologi dalam pendidikan

Sedang ke sana! Sekolah mendapatkan bantuan/sokongan teknikal daripada meja bantuan mengikut keperluan

Sedang mengusahakannya! Sekolah mempunyai akses kepada bantuan/sokongan teknikal daripada kakitangan/staf sokongan yang dilatih, cth: Jurulatih MOE.

Kami berjaya! Guru ICT sekolah telah dilatih untuk memberikan bantuan/sokongan teknikal kepada guru lain di sekolah.

Lakukan lebih lagi! Sekolah mempunyai sistem bantuan/sokongan yang lestari dengan adanya guru-guru dan ibu bapa yang berdikari.  

KOMPONEN PdPc

PRINSIP

TAHAP 1

TAHAP 2

TAHAP 3

TAHAP 4

SUMBER BAHAN

Kandungan digital selari dengan kurikulum, dan standard negeri dan kebangsaan. Guru-guru akan terus terlibat dalam menyemak dan mengemaskini repositori kandungan digital sekolah.

Sekolah mempunyai repositori kandungan digital yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Hanya guru-guru yang terpilih, terlibat dalam menyusun dan menyesuaikan kandungan digital dengan kurikulum.

Guru-guru terlibat secara berterusan dalam menyemak, mengemaskini dan menambah kandungan digital yang berkaitan agar selaras dengan kurikulum dan standard negeri/ kebangsaan.

Sekolah memudahcara satu repositori kandungan digital yang sentiasa berkembang dan dikemaskini agar selaras dengan kurikulum dan standard negeri/ kebangsaan.

Kandungan digital mudah diakses oleh komuniti  sekolah. Ia diuruskan secara sistematik dengan cara (tagging) untuk menyokong penemuan yang efisien bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.

Repositori kandungan digital disediakan kepada guru-guru untuk pengajaran dan pembelajaran.

Guru  boleh  mengakses kandungan digital yang berkaitan subjek dengan mudah dan mengintegrasikannya dalam rancangan pelajaran.

Setiap individu boleh  mengakses kandungan digital bagi subjek dan topik tertentu dengan mudah untuk pengajaran dan pembelajaran.

Setiap individu  boleh mengakses dan mencari kandungan digital tertentu dengan kata kunci dengan mudah. Kandungan digital diuruskan secara sistematik dengan cara (tagging) yang berkaitan untuk menyokong penemuan berkesan untuk pengajaran dan pembelajaran.

Kandungan digital disesuaikan dan digunakan secara inovatif untuk pengajaran dan pembelajaran. Ianya digunakan untuk mentransformasi pembelajaran dengan kemungkinan yang baharu (tidak hanya menggantikan sumber konvensional)

Kandungan digital digunakan sebagai sumber pembelajaran tambahan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Kandungan digital disepadukan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Murid dan guru berinteraksi dengan kandungan digital untuk mencapai hasil pembelajaran.

Kandungan digital yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah mudah digunakan  dan diubahsuai oleh guru dan murid untuk memenuhi keperluan dan hasil pembelajaran yang berbeza.

Kandungan digital adalah menyeluruh dan memberi peluang kepada pelbagai kemungkinan pembelajaran baharu. Terdapat satu sistem lestari yang menggunakan, mengubahsuai, membina dan berkongsi kandungan digital di kalangan komuniti sekolah.

KOMPONEN PdPc

PRINSIP

TAHAP 1

TAHAP 2

TAHAP 3

TAHAP 4

OPERASI

Memahami dan melaksanakan dasar (negara, negeri, daerah) adalah sejajar dengan penerimaan (adoption).

Pentadbir melaksanakan dasar-dasar, pelan tindakan dan strategi berdasarkan visi penerimaan (adoption) sekolah.

Pentadbir menyelaraskan polisi pelaksanaan, pelan tindakan dan strategi dengan memahami dan menghubungkan visi penerimaan (adoption) sekolah dan negeri.

Pentadbir menyelaraskan polisi pelaksanaan dengan memahami dan menghubungkan visi penerimaan (adoption) dengan KPM, negeri dan daerah.

Pentadbir bekerjasama dengan barisan keimpinan untuk merangka visi penerimaan (adoption) selaras dengan visi penerimaan (adoption) di peringkat KPM, negeri dan daerah dan merangka polisi yang bersesuaian.

Logistik sekolah sentiasa mengoptimumkan persekitaran pembelajaran fizikal untuk keperluan pengajaran dan pembelajaran yang disepadukan dengan teknologi.

Jadual dan persekitaran fizikal sekolah sesuai dengan keperluan semasa bagi pengajaran dan pembelajaran

Pentadbir mengatur jadual dan persekitaran fizikal sekolah untuk  keperluan pengajaran dan pembelajaran yang disepadukan dengan teknologi.

Pentadbir melibatkan guru dan murid dalam mengatur jadual sekolah dan persekitaran pembelajaran fizikal untuk keperluan pengajaran dan pembelajaran yang disepadukan dengan teknologi.

Pentadbir melaksanakan satu sistem lestari bagi memastikan logistik sekolah sentiasa memberi kemudahan untuk keperluan pengajaran dan pembelajaran yang disepadukan dengan teknologi secara optimum.

Pemantauan data dan analisis berkesan menyokong penerimaan (adoption) dalam keberhasilan murid.

Pentadbir memahami kepentingan data dan menganalisis data untuk membentuk pemahaman mudah berdasarkan corak penggunaan dan pemaksimuman sumber.

Pentadbir menganalisa dan mentafsir data kompleks untuk mengenal pasti impak ke atas keberhasilan murid dan berkongsi dengan pihak berkepentingan untuk menghasilkan pelan pelaksanaan yang disesuaikan dan diselaraskan dengan visi penerimaan (adoption).

Pentadbir terus mengumpul, menganalisa dan mentafsir pelbagai data kompleks untuk mengenal pasti impak ke atas keberhasilan murid dan membolehkan guru-guru memahami dan menggunakan data tersebut untuk disesuaikan dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran dan pendekatan penghasilan bahan.

Pentadbir membina satu sistem yang lestari menerusi penglibatan yang konsisten dengan komuniti sekolah untuk menganalisa dan mentafsir data.

Data digunakan untuk memaklumkan keberhasilan murid yang akan menjadi panduan kepada pengkajian semula dasar, pedagogi, penghasilan bahan dan program-program pembangunan profesional (untuk mencapai visi penerimaan).

Analisa data juga diperluaskan untuk menyokong komuniti.

Terdapat sistem penilaian dan komunikasi dan penglibatan konsisten yang telus dan berterusan dikalangan komuniti  sekolah ke arah meningkatkan dan mengekalkan pendidikan yang berkualiti tinggi.

Pentadbir sekolah menilai guru jika perlu melalui pemerhatian pengajaran formal tertumpu kepada penglibatan murid dan persekitaran pembelajaran.




Penilaian oleh pentadbir sekolah lebih dari hanya pemerhatian pengajaran di dalam bilik darjah, tetapi juga memberi tumpuan kepada keberhasilan murid dengan cadangan untuk penambahbaikan; dikongsi dengan Ketua Panitia dan guru.

Pentadbir sekolah secara berterusan menilai guru, pengajaran dan pencapaian murid. Ketua Panitia dan guru terlibat untuk bersama-sama membina pelan penambahbaikan.

Penilaian menjadi tanggungjawab kolektif komuniti sekolah ke arah meningkatkan dan mengekalkan pendidikan yang berkualiti tinggi.